Tuesday, February 26, 2013

Edisi Outstation 2013 : Sarawak

Memacam citer tertangguh. Hai. Dgn sakit perut. Hangin pulak kan. Nak citer apa dulu ni. Citer outstation Swak ke citer celebration besday myDH?
Takpe. Kita citer hok Swak dulu ya.

Hohohoiii... Ini bukan gi jalan2 ya. Ini gi atas urusan kerja. Tp sempat la gak beli2 menda yg wajib di beli kalo gi Sarawak kan. Apa lagi, harus la kek lapis and ikan terubuk. Jangan kata gambir Sarawak plak. Ups! Hahahaiii...
Pelik tgk kad tu  kena sumbat camtu ja. Buleh???
Pegi ari Selasa petang-19.2.2013. Flight nya jam 3pm camtu (KLIA). Smpai dlm kul 5pm. Org cawangan amik lah. Lalu terus ke hotel. Kami stay kat Riverside Majestic Hotel. Bes gak la. Dulu aku pegi tah mana duduk. Holiday Inn ke apa tah. Cam dah takde je dah hotel tu. Oke lah kan. Cawangan yg booking kan. Tp bilik bes la. Besar pun. Pulak tu cermin yg boleh napak pemandangan ada 2 side. Satu side napak sungai Sarawak (eh. ye ke?), satu side lagi napak Kucing anak beranak kat bulatan tu. Huhu.

Yang bagus siap ada jadual waktu solat. Good.
Ada sejadah jugak. Iron pun ada. Bagus.

Gmbr yang diwar-warkan di Instagram. Poyo ah!
Jadi, smpai je, aku trus google tpt makan. Jadinya pegi la ke seberang sungai utk ke food court belah sana. Haha. Tak memasal naik sampan plak kan. Tp oke lah. Dulu aku pegi tak naik pun. 50sen sorang. Yg si adik aku ni dah risau2 takut bot dah takde. Huhu. Aku pun tatau smpai kul brapa operasi dia. Tp dlm kul 7 lebih tu aku percaya ada lagi. Nak makan pun tatau nak makan apa. Igt nak makan laksa Sarawak tapi kang cam lapau plak tak makan nasik. So, nyer order nasik goreng. Kureng. Tp dah rezeki. Makan je. Tu pun tak abis. Tak plan pun nak beli kek lapis ke apa time tu.

Esuknya terus ke office cawangan la. Ada interview sebenarnya kat sana. Sbb nak carik utk jawatan pemandu, so pengurusan decide buat kat sana je instead of calon kena turun sini kan. Calon pun tak ramai. Panggil 10, datang 7. So, dlm kul 12 camtu dah abis. Maka, terus la gi jalan2 carik buah tangan. Huhu.

Memula derang bawak gi beli kek lapis. Gi kat Kek Lapis Dayang Salha. Tpt dia rupanya dpn ngan tpt kiterang makan malam tu. Tak byk pun aku beli. Utk ofis, pastu ada la bagi kat kak ipar sket. Kang bebyk bukan abis pun kat umah tu. Pastu derang bawak gi Pasar Satok. Haaa.... ni pasar baru. Tpt lama tu dah takde dah. Ni pun baru bukak Januari tu ari. Kira kami antara yg terawal lah. Ceh! Haha. Sini pun tak byk aku beli since, yg bawak tu bawak ke kedai yg biasa derang pegi, jadi dapat la murah2. Tu pun aku beli 20 inggit ja. Cam biasa, derang siap seal trus dlm kotak. Yg kek lapis pun siap seal trus. Mudah. Kalo kat sini cam jeruk Penang, kopok leko Tganu buat camtu kan senang nak usung. Tu hari masa gi Ganu senget2 bahu aku ngusung kopok leko. Huhu.
Lps tu aku suggest nak makan ayam penyet. Mula derang nak bawak ke Raja Ayam Penyet ke apa ke namanya. Tp tgk2 tutup lak kedai tu. Maka, makan kat restoran ni ja. Tp oke lah. Sambal dia sedap. Pasaipa taknak makan laksa Swak. Entah. Rasa nak makan nasik plak. Huhu. Atas flight, tak amik nasik lah.


Lps tu trus gi airport. Lepak situ walopun flight nyer kul 5.45 pun. Silap, sepatutnya buleh mintak derang bawak ke tpt2 jual souvenir ke apa ke kan. Awal dah smpai airport. Dlm kul 2 lebih dah check in. Tp ingat tak lama la. Skali flight delay. Wargh...! Jarang aku delay kalo naik MAS ni. Udah la masa check imigresen tu aku kena punggah barang dlm hbeg aku. Apakah? Dia kata ada bunyik. Tp tak dapat detect apa dia. Ek eh. Bukankah beg tu dah masuk dlm tpt scanner tu. Harus dia tahu apa yg menyebabkan menda tu bunyi. Kut ada pisau ke apa ke. Tp mmg takde woi. Abis aku kuarkan segala menda. Menyusahkan btul lah. Tak pepenah kena camtu. Ada napak muka penjenayah ke hapa? Tp dah tugas dia kan. Nak buat cemana. Tp yg menyampah tu, buleh semua2 imigresen tu duk keliling aku. Padan la muka terpijak kaki dia ngan kasut aku yg tebal tu. Muahahaha... sebuk lagi kan. Aku pun tatau apa yg bunyi tu. Mungkin tin gegula Extra tu kut. Entah. Tu aku bawak smpai HK retu pun takde masalah. Tahpehapatah!

Akibatnya, dok geram2 beg kena tonggang, aku merayau2 lalu terbeli ini. Hohohoiii... Memang tak memasal nih. Tp aku sker. Bau dia cam bau buah2, sport2 sket. Aku mmg kureng perfume hok bau bunga2 ke, vanila ke, bau feminin sgt tu. Tu sbb yg dpt free dari Intrend tu ari aku tak pakai pun. Nak ku lanting kan je lah ke sapa2 tu nati. FOC ja. Takde de nak jual2 de. Baru skali je aku rasa aku sembur.

Flight delay. 6.15 baru naik. Dan kesudahannya, kul 8.20 baru touch down. Oke lah tu. Kalo lagi lambat lagi pitam. Dan mujo driver yg tunggu pun tak kesah orang nya. Mmg kiterang booking keta ofis dah. MyDH tggu kat ofis ja.

Jadi begitu lah. Cerita ceriti outstation pertama utk tahun 2013 nih. Ada lagi ke outstation. Duk HR kureng sket kan o.s nih. Lain la unit lama aku dulu kan. 

9 comments:

Anum said...

best leh jalan2

suwara entertainment said...

sambil kerja, sambil jalan :)

eKa said...

eka penah dok kat grand margherita... mmg dekat sgt dgn bot penambang.betul2 dpn sungai tu. tp nak ke kucing2 tu jauh sket la...

Sheila Salim said...

assalamualaikum, cepat. nak baca next entri kekda punya celebration dgn hubby kekda ♥

resepi awesome, thanks kekda

::EIDA:: said...

kekdaaaaaaaaaaaaaaaaa.... saje panggil! hahhahaa

Anonymous said...

Aih...pendenknyer perjalanan Cik ke Sarawak...bilala agaknya cik nak datang lagi ehh? Sarawak ada banyak benda yang boleh tengok bukan setakat makan ayam penyet ngan beli kek lapis.

http://www.facebook.com/pages/Pakej-Percutian-Sabah-Sarawak-Travel

puanstoberi said...

HANUM :
Jalan2??? Kejaaa....ngeeee


SUE :
Skali Sue bagi jawapan bagi statement di atas. Hihi

puanstoberi said...

EKA :
Riverside ni pun margherita punya kan.. dpt emel dia tulis margherita.

SHIELA :
Resepi?? ooo.. oke.ok.

puanstoberi said...

EIDA :
Hahaha.. tatau nak komen apa le tewww....


NGUMBANG :
Oke, kalo saya dtg bercuti saya carik incik ngumbang ya.. ahaha.. saya pun tahu la.. kat swak tu bukan ada ayam penyet ngan kek lapis ngan ikan terubuk ngan naik sampan ngan gambar kucing tu.. byk lagi tempat menarik, tp kisahnya........... SAYA OUTSTATION, KE SARAWAK KERNA KERJA. Ni misti lompat terus ke komen ni yaaaa... tak baca penuh2 ni yaaaaa... biasa dia tu..
duduk pun tak smpai 24jam kat sarawak tu.
Jadi, nati lenkali saya duk seminggu d sana, sila la bawa saya dan suami jalan2 seluruh sarawak ya :D