Thursday, February 21, 2013

Edisi Outstation : Sarawak

Hai uols. Tenkiu eh kerana sudi jengok2 kebun ni sepanjang peninggalan tuan kebun. Hohohoiii...
Alhamdulillah. Selamat pegi. Selamat kembali.

Ah. Berpergian pun satu hari ja. Lagi mau kecoh kan.

Nenati lah kita stori pepanjang perihal outstation ke Sarawak itu ya.
Kalo tak bos suh pegi sorang uolsss.. Jenuh2 ai mujuk bos supaya dibenarkan bawa 'teman'. Teman serumah, ai offer jugak. Tak mahu pulak beliau. Itu lah susah nya seofis uols. Kalo ofis lelain ai dah heret dah. Nati napak ada conflict of interest plak kalo ai heret beliau walo beliau bercuti dan tiket katebang ai tanggung. Apadahal kan. Dah siap tgk pun tiket - 3 rat je pun kalo naik AA. Tapinyer.. kalo guna waran, harga itu berganda yer uols. Ai dapat bawak adik unit ai dan oleh krn itu lah kami naik MAS. Guna waran lagi murah kalo MAS nih.

Hujan ja Sarawak. Jadi, takde la cam nak jalan2 sgt pun. Untuk itu, ai jugak mintak maaf. Tak dapat nak beli FM ke, keychain ke apa utk nak bagi uols Gift-Away ke kan. Sorry banget ye uols. Tak sempat. Ini sbb kerja. If kalo p holiday, ai pasti akan beli. Yg sempat ai beli kek lapis n terubuk masin! Haha. Oke je kalo uols nak terima adiah tu. Tp tak jamin la kalo da 'expired' by the time smpai ke uols.

Tapi takpe. HKK dah dekat. (HKK, HKK, apa HKK tu?? Hari Kraf Kebangsaan - ala.. kalo uols dengar Era, sure dgr iklan ni kan. If dgr iklan ni terus la tingat ai tau.. ahahahah.. pui..sapa tah nak igt ko kan). Nati kat HKK ai carik gift2 unik utk uols seme ya.. harus barangan kraf. 

Lps tu, hari ni suppose ai ada course. Protokol dan etiket. Eh. Begitu ke tajuknya. Begitu lah kot kurang lebih. Ai dah pegi salu pun ni. Mmg ada rasa malas. Sbb smlm pun flight delay. Penat tu mmg ada la kan. Tp kalo duduk je lagi penat kot. So, mmg ada rasa nak mintak ke bos agar dpt excuse dgn alasan - byk kot keja nak settle. Tapi, pucuk dicita ulam mendatang. Pepagi - bos call, kata batal course. Ai igt course tu yg batal, rupa-rupanya ai sorang je yg batal. Bagus. Hiwhiwhiw. Sbb bos kata pepagi ni kena jumpa big boss. Ada menda urgent perlu settle pastu pulak petang bos kata ikut dia g meeting kat KPKK. Meeting tu takde hal la, tp time dia sgt bes lah. Jam 4.30petang startnyer. Yer. Bes sungguh lah (-_-")

Sudah la hari ni punch kad merah. 8.08. Bagus kan? Yer, mmg bagus lah. Bangun pagi baru hegeh2 nak iron baju. Sudah tahu hari ni batik kan. Siap mandi solat semua tgk baju tu masih berkedut seribu. Apakah?? Ini misti aku tak terus jemur baju tu atau spin tp lambat jemur. Apsal dia berkeromot sgt. Tanya myDH dia kata mmg napak kedut - oke, carik baju lain - iron balik. Haaa.. kau.. kul 7.30pg aku duk iron baju. Ko mampu? Baju batik gak tu. Sebbek crepe. Jadi tak la susah sgt 

Jadi, begitu lah. Takde entry autopublish mahupun draft. Tak sempat. Walo ada menda nak cerita. Nati ya. Citer pasal Swak. Bes jugak. Lama kot aku pegi dulu. Masa tu kat aset. Nati nak pegi bercuti lah a.k.a Honeymoon. Hohohoiii...

Dan, amik la sekeping gambo ni dulu sblm ada entry lain ya. Igt nak tulis pendek, ini pun berjela. Apa je lah aku ni kan. Miahahaha.

Lapo. Nak makan. 
Kbai! 

12 comments:

Anum said...

bestnya

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kekda! hahah comelnya entri panjang ni. ingatkan cerita pasal Sarawak! hee. ikan terubuk? nak sikit........ heee

nad said...

Pegi sehari je ke?
Terasa mcm kekda pegi 2-3 hari jek
Hehee

suwara entertainment said...

hehehe..
mati2 ingatkan kekda pergi bercuti.
kikiki..tertipu di sebalik gambau kt insta rupa2nya sue ni. dush dush.
jumpa di HKK 8 mac ni ye.
team cik abg ade wat performance. hehehe

::EIDA:: said...

Kalau lah ida, ai followwww jeee.. rugi! ;p

Masya said...

erkk sarawak, kami minggu dpn kene pg langkawi... kenyit² mata kat bos.. ckp tak mau pg.. nsb baik big bos paham... kalau ikutkan hati melonjak² nak pg sgt tau...

ekinashikin said...

x kisah la gi sbb keje tpi dpt jln2..hihi...

Chekgu Azrine said...

Bestnya dpt merasa kerja kt luar...

Karisma Izzah said...

Klako cite tengah2 hari ni...

Anyway, hadiah Gift-Away dah terima... Thanks tau...

Cantik brooch trus ku pakai di pajabat...

puanstoberi said...

HANUM :
:)


SHIELA :
Nak ke?? meh dtg amik kat umah


NAD :
Aaa... sehari je.. huhu

puanstoberi said...

SUE :
Haa....rajin sgt la kalo gi jalan2 pakai bj kurung kheennn...


EIDA :
Oh... incik husben tak mahu gitu.. huhu


MASYA:
Langkawi..?? Hurm..kalo kat unit lama acapkali tu g Langkawi tu.

puanstoberi said...

EKIN :
Aaa...kalo kerja ni penat sket la sbb rushing2 kan


AZRINE :
Hihi..kita ni dlm negeri je ni chekgu.. kalo unit RnD ke Promosi tu smpai ke Paris la, Frankfurt la malah NY pun ada ya.. lagi bes kot.. huhu


KARISMA :
Sama sama :)