Monday, August 9, 2010

~Ramadhan 1431~

Selamat Menyambut dan Menjalani Ibadah Puasa buat rakan2 semua.
Semoga kita mendapat keberkatan dalam menjalani ibadah ini.
Dan pesanan utk diri sendiri juga semoga tahun lebih baik dari tahun2 yg lps.

Bila baca hadis2 ttg kelebihan puasa ni, rasa mcm..umm..ini lah masanya kita nak tumpukan perhatian pada ibadat. Rugi kalo terlepas. Tahun dpn tak tentu boleh melaluinya lagi. Tp..camtu la. Bila da tiba masanya, salu je ter lepas. Rugi sungguh. Moga tahun ini tak la begitu lagi. Aku mahu bangun buat solat hajat. Banyak lagi hajat dan doa yg perlu aku pohon pada yang Maha Esa. Moga niat ku ini akan termakbul la hendaknya. Amin.

Sedikit hadis berkaitan untuk renungan bersama.....

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."


Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."


Di pandang dari sudut mana sekalipun ibadah puasa perlu dilakukan oleh manusia. Agama Islam yang mengutamakan kesejahteraan umatnya dari segi rohani dan jasmani, tidak menyuruh mereka melakukan ibadah agung ini sekiranya ia tidak mendatangkan menfaat kepada mereka. Maka di antara sebab ibadah ini diwajibkan ialah : pertama, meningkatkan iman dan takwa manusia dengan melaksanakan suruhan Al-Khaliq secara ikhlas sebagai melahirkan kesyukuran terhadapnya; kedua, melahirkan sifat mulia dan jiwa murni dan bersimpati terhadap penderitaan yang dihadapi oleh fakir miskin dan yang menderita; ketiga, menguji kesabaran dalam menghadapi kelazatan makan minum, keinginan nafsu jantina atau godaan hidup yang ditegah oleh syarak; dan keempat, melatih diri untuk terus berjihad bagi meninggikan syiar Islam di samping menjaga maruah dan keselamatan diri serta membersihkan jiwa dari sifat-sifat tamak, gelojoh dan sifat-sifat mazmumah yang lain.

Bagi memastikan pelaksanaan rukun Islam ketiga ini diterima Allah serta mendapat keredhaan, ia hendaklah dilakukan mengikut syarat-syarat atau rukunnya dengan sempurna, berniat ikhlas, berdisplin dan tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang boleh membatalkan puasa dan menghilangkan pahalanya. Ini disebabkan tujuan berpuasa bukanlah menahan diri dari makan dan minum sahaja tetapi menahan semua anggota dari melakukan kerja-kerja yang tidak berakhlak atau yang dilarang oleh agama.

Dalam hal ini kita harus gerun dengan hadis Rasulullah s.a.w. bererti : ‘ berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa balasan dari puasanya melainkan lapar dan dahaga ‘

*copy dari sumber2 di internet*

No comments: