Showing posts with label wrap up 2010. Show all posts
Showing posts with label wrap up 2010. Show all posts

Friday, December 31, 2010

~Wrap Up 2010 : Tercapaikah Azammu~

Heaven kan? Dpt cuti pree ari ni. Kalo tak becinta nak iron baju suma. Pastu mlm ni sure sendat org kat merata tpt sbb sumorang dpt cuti. Kat dashboard keta blog pun sendat gak citer khairul fahmi dan awek's nya oleh suma blogger. Kira mcm aku ni tak up-to-date eh kalo tak citer gak. Tkpe lah. 

Dan utk wrap terakhir, mari kita selak semula kain azam Puanstoberi utk tahun 2010. Hahahaha.
Source : Here
Nak tau apa azamnya. Hahaha. Aku sendiri segan nak gitau. Hahahahaha. Siap ada masuk kategori mungkin di capai la apa la. Ada ke tah yg tercapai. Hahahahaha. Boleh ke link sini-azam 2010. Awal tu buat tu. Thn 2009 da pasang azam. Hahahahhaaha.
Yelah, nati tak berazam mcm tak bukak buku baru plak kan.

Yg bahagian boleh dicapai tu..Ah..poyo je nak joging suma. Mmg poyo. Hasilnya..berapa kali ek aku joging tahun ni. Okeh..carry forward suma azam tu utk tahun 2011. Hahahahaha. Dah kata.

Then bahagian mungkin akan dicapai. Ummm...ini berat sket la. Ada yg perlu carry forward. Ada yg perlu di list out. Utk yg carik keja lain tu aku kena list out. Sbb? Sbb aku da capai lah yg ni. Walo keja tpt yg sama tp post dah lain. Kira mcm tercapai la kut. Huhu... So, utk smbg study n dapatkan anak tu juga carry forward thn 2011. Hahahaha.

Jadi utk tahun 2011, azam adalah selesaikan azam tak lepas thn 2010 neh. Hahaha. Nxt year check balik samada KPI ni capai ke tak. Hahahahhaa. Tp aku ada satu je azam yg pasti akan memukul rata semua azam yg lain. Apa dia. Just one!

Utk mensucikan hati. That's it.  Skang pun dlm proses ke arah itu juga. Moga dipermudahkan Allah kerana yg hati yang suci akan menjadikan semua azam lain akan tercapai (tetiba tingat tagline iklan Top ke apa ke tu-yg jumpa anak kucing pastu basuh jadi putih tu-basuh dgn sabun basuh kain ke hapa???).

Insyaallah.

Untuk semua, selamat tahun baru- langkah lah dgn hati hati ke angka 11 esuk neh :))
p/s : Mlm ni da ada plan ngan adik2 opis. Then esuk plan karoke ngan Dee kansel. So, duk umah je lah esuk. Umm...masak laksa pun besh nih. teheheeheh :P

Thursday, December 30, 2010

~Wrap Up 2010 - Karier~

Source : Here
Bercakap soal karier, kerja, kerjaya, pejabat, opis adalah menda yg sama. Tik tok tik tok nxt year thn ke7 aku di sini.
Tp tahun 2010 agak memberi impak sket pada karier aku. Alhamdulillah.
Aku penah rasa down bila aku rasa ketinggalan. Aku penah rasa iri pada rezeki org yg aku anggap lebih 'murah' dari aku. Tp Allah itu Maha Mengetahui. Sedikit demi sedikit aku dapat jawapan dari apa yg aku rasa.
 
Source : Here
I didn't say it as being promote, just being to the new post as my offer letter state 'lantikan baru'. Tp suma org kata 'wah..naik pangkat eh'. Biasanya kalo govt ni naik pangkat is when u get 'kanan'. Gred jawatan dia jadi genap. Kalo nombor ganjil tu lantikan baru lah. But then, apa pun syukur Alhamdulillah. 
Link : Kini Pasti

So, utk karier ini, aku berazam utk memperbaiki segala kekurangan sbb tanggungjawab makin bertambah. Ini rezeki yg Allah berikan dan aku tak boleh persiakan juga. Mohon disucikan hati aku dalam menghadapi kerja seharian ini. Dlm tempoh 7 bln aku dlm jawatan ni aku da rasa 'keberatan' dia tu. Tp harus bijak utk mem balance kan.

Apa yg aku belajar dr ini adalah rezeki itu memang Allah tentukan. Kita sbg manusia jgn sekali kali mempertikaikannya kerana Allah lebih mengetahui apa terbaik utk kita. Itu pasti!

Di samping tu aku nak tmbh jugak perihal kejayaan ahli keluarga aku utk thn ni. Tak di sangka anak buah aku yg amek UPSR thn ni leh score 5A plak. Suma ahli keluarga ter kezut sbb dia ni kategori biasa biasa je. Sekali ko. Hamikk... dan paling terkezut adalah aku sbb aku da janji ke dia adiah PSP kalo dpt 5A. So, janji tetap janji la. Udah pun ditunaikan. Apa pun sejarah family aku la sbb blum ada sejarah kuarga yg dpt straight A dlm suma subjek dlm exam utama. Tehehehehe. Tahniah! Tahniah!
Link : Tahniah Am

****
Tahniah utk pasukan bola sepak Malaysia dan terima kasih juga kerana kehebatan korang kami dapat cuti esuk. Bes! Bes!

Wednesday, December 29, 2010

~Wrap Up 2010 : Kehilangan~

Di kala kita bergembira pasti ada yg berduka.
Thn ni byk 'kehilangan' yg tak disangka.

Bermula pada bln June
Ini mmg tak sangka. Walau arwah bkn lah family kami tapi kehilangan arwah mmg amat dirasai. Dah la pemergian dgn cara yg tak sepatutnya.
Arwah bekas anak murid aku (masa aku GSTT thn 2003), salu dtg umah aku sbb kawan dgn anak buah aku. 
Seorang yg patut jadi harapan ibu bapa akhirnya hilang begitu shj akibat dari sesuatu yg boleh dielakkan.
Aku tatau apa status terkini kes tu sbb parents arwah pun dah pindah dr kg aku. Derang tak boleh tahan nak duk situ sbb byk sgt kenangan arwah. 
Al-Fatihah utk arwah Naim.

Kemudian dikejutkan juga dgn berita tak disangka juga pada hari semua umat Islam menyambut 1 Syawal. Masa tu aku kat Raub. Adik kakak ipar aku pulak tetiba jatuh pengsan. Tak tau sbb apa. Tak sedarkan diri genap sebulan dan akhirnya pergi mengadap Ilahi. Meninggalkan 2 anak perempuan yg masih kecil. 
Aku sendiri mcm tak percaya. Akhir kami berjumpa dgn dia masa ke rumah dia kat Perlis masa bln 4. Aku tau kakcik mmg terkesan dgn peristiwa ni, tp yakinlah, Tuhan itu tahu yg terbaik utk kita.
Link : Al-Fatihah

Dan utk semua yg pergi lebih dahulu, mari sedekahkan Al-Fatihah
Source : Here

Tuesday, December 28, 2010

~Wrap Up 2010 : Pertunangan/Perkahwinan~

Source : Here
Tahun ni berkesempatan menghadiri beberapa kenduri. Ekceli da tak ramai dah rakan sebaya yg kawen sbb suma skang ni pakat tggu anak plak yg kawen kan. Teheheheh. Tp ada gak la. Mana yg takde aral melintang, aku dtg je. Antara yg aku pegi thn ni  :

Selamat Pengantin Baru untuk
# Epol - kawan My Dear - April 2010
# Firdaus - Adik kakak ipar aku - May 2010
# Kak Mas - room mate masa DPA - July 2010
# Sara - adik se opis - Oktober 2010
# Zana - rakan se opis - November 2010
# Rina - adik se unit - November 2010
# Fiza - rakan se porem - Disember 2010

Dan selamat Bertunang utk akak ipo ku. Insyaallah bln 6 tahun 2011 nih beliau akan melangsungkan perkahwinan.
Kak Nisah - June 2010

Utk mereka suma, semuga hubungan berkekalan hingga ke akhir hayat!

Monday, December 27, 2010

~Wrap Up 2010 : Percutian~

Alhamdulillah, thn ni ada gak rezeki utk bercuti. Dan thn ni tercapai gak hajat nak bercuti di luar Malaysia. Kahh..kecoh.. mcm gi Ostolia kekdahnya. Tehehehe. Kira ada impian tercapai la kan.
Cuti kali ni merangkumi dgn pamili, dgn rakan-rakan seopis, dgn rakan-rakan se alam maya juga hanya berdua dgn my dear.. aawww....
Tapi perlu diingatkan ya..ini bukan nak tunjuk tunjuk kata aku sorang je boleh pegi bercuti. Ini namanya 'wrap up'. Sudah ku bilang dari awal duluh. Aku sudah sekalikan semua xtvt yg sama dlm satu entry. Utk kemudahan aku sendiri jer., nati mahu dicari semula kan mudah itu. Kalo rasa tidak selesa tidak mengapa. Tidak perlu annoying dan jengkel. Berhenti saja di sini bacaannya ya. Tenkiu ya dong ah! (",)
Source : Here
Percutian pertama : Bersama famili. Sekeluarga ke Utara sanun. Bes! Gi jalan2 di Perlis adalah tidak termasuk dlm plan utk thn ni. Tp rupanya ini lah terakhir kami berjumpa adik kakcik aku.
Date : April 2010.
Ahli terlibat : Mak, pamili Abg Nyah, pamili Abg Cik.
Host : Allahyarhamah Kak Norli (adik kak ipar aku)
Penginapan : 2 ari 1 malam - Umah adik kak cik.
Jalan-jalan : Padang Besar, Gua Kelam, Wang Klian.
Komen : Best! Sbb lama da tak jalan jauh dgn pamili.

Seterusnya dlm perjalanan pulang kami sempat singgah Alor Setar, Kedah.
Date : April 2010
Ahli terlibat : Me n my dear only
Penginapan : Tidak berkaitan
Jalan-jalan : Muzium Padi, Pusat Sains.
Komen : 1st time lps kawen kiterang jalan jauh, travel 2 org ngan keta. Sgt best!
Link : Alor Setar

Percutian kedua : Bersama adik adik opis. Kami ke Pahang pula. Ber bbq di tepi air terjun. Berendam dari pagi smpai kecut petang. Happening walo ramai yg tak join dan ada pula peristiwa berdarah di situ. Ngehehe. Jadi memori utk kami. Kami ber bbq di air terjun Pulau Chekas Ulu Dong, Raub Pahang. Kampung my dear
Date : April 2010
Ahli terlibat : Rini n asben, Eta, Fara, Faizullah
Penginapan : Umah nenek my dear
Aktiviti : Bakar ayam, sotong n ikan.
Komen : Memang bes sgt. Enjoy je suma. Konker waterfall tu mcm kiterang yg punya. Teheehehe

Seterusnya pada keesokkan hari kami ke Bukit Fraser.
Date : April 2010.
Ahli terlibat : Still yg sama
Penginapan : Tidak berkaitan. Pegi pagi balik petang.
Jalan-jalan : Horse Riding, sekitar2 situ je.
Komen : naik turun Bukit Fraser adalah pening. Pegi naik kut Bentong, turun kut KKB.
Link : Bukit Fraser

Percutian ketiga : Bandung-Jakarta Indonesia. Grup adalah bersama rakan BFF ku dari porem mesra dot net which smpai skang jadi kawan rapat.
Date : Ogos 2010
Ahli terlibat : Pamili Jedi, Pamili Kak Julie, Dee.
Penginapan : 3d 1n - Hotel Cemerlang Bandung.
Jalan-jalan : Sekitar Bandung n Jakarta. Shopping shopping shopping
Komen : Naik AA. Waktu balik frust sbb makanan da abis sbb mungkin flight malam. Lapar giler. Tpt soping bes di Bandung - Pasar Baru, Factory Outlet - Heritage. Jakarta - Tanah Abang
Link : Bandung, Bandung-Hotel, Bandung 3-makanan, Bandung 4-shopping, Jakarta

Percutian keempat : Port Dickson. Yang ku anggap pre-anniversary. Hihi.
Date : 13 & 14 November
Ahli terlibat : Me n My dear only
Penginapan : 2d 1n at Avillion Admiral Cove
Jalan-jalan : tiada
Komen : Mmg rasa nak repeat lagi sbb da terpesona ngan view dia yg cantik dan harga pun berbaloi baloi.
Link : Avillion 1, Avillion 2

Percutian kelima : Melaka
Date : 27 & 28 November
Ahli terlibat : Rinie n asben, Eta n Fara, Me, My dear n my anak buah yg pot pet pot pet-Fatin
Penginapan : Damar Suria Resort Kuala Sg. Baru
Jalan-jalan : Makan Ikan Bakar, gi lepak2 Bandar Hilir
Komen : Bes stay di KSB ni, dkt sgt dgn pantai, tp tu lah..waktu malam tu, bau dia Masyaallah...
Link : Kuala Sg Baru, Bandar Hilir

So, itu saja percutian utk tahun ini. Jumpa lagi utk tahun hadapan. Insyaallah.....

Sunday, December 26, 2010

~Wrap Up 2010 : Nuffnang~

Image : google

Wrap up kedua adalah berkaitan Nuffnang plak. Aku agak lewat jugak la dlm xtvt meng nuffies kan diri ni. Memula aku register. Lps tu tak hirau apa. Tp bila aku da terlibat dgn innit, aku mula rasa perlu utk buat sesuatu dgn nuffnang. Aku makin tau pasal BE, ME. Mula nak amek tahu cena nak dptkan BE suma.

Mula lah rajin nak join contest by nuffnang. Contest dgn Nuffnang yg aku join thn ni :

Contest Pertama
My Water Moments. Contest sulung bersama NN. Saja try luck. Grand Prize is Sony TX5
Result : tak menang lorhh.. tp di invite utk bergumbira at Mali Cove Sunway Lagoon.
Bes! Sket lagi time tu nak berjaya bawak balik TX5. Huhu..takpe la, dpt beg pun jadi lah kan.

Contest Kedua
Digi iPhone. Kali ni tatau angin apa merasuk. Rajin lak join. Padahal 4 task tu kena setelkan. Phew. Kalo aku terpikir skang aku rasa mmg aku tak rajin. Hadiah adalah iPhone4.
Result : Pun tak menang. Tp di invite utk join party Digi Angel Internet kat Grand Modesto. Tp aku tak pegi sbb masa tu aku rasa tak cukup extrovert utk pegi secara solo. Hukss...

Contest Ketiga
Celcom Blackberry Torch. Angin giler nak join nuffies contest je. Padahal tau tu bkn mudah nak menang. Tp tak kesah lah kan. Hadiah dia for sure BB Torch lah.
Result : Mmg tau tak menang. Entry aku pun sempoi amat. Kali ni tak dpt invitation memana, just katanya masuk lagi satu contest berkaitan, tp aku da malas hoho.
Link : BB Torch

Contest ke empat
Rapunzel. Yg ni sempoi sket. Contest utk dptkan 2 tiket wayang tgk Rapunzel 3D, premiere screening. Tp adiah grand prize dia adalah nintendo n perfume Nina Ricci.
Result : Tk dpt la grand prize tu, tp dpt la 2 tiket wayang. Oh..masa ni hot hot hot ya. Smpai tetiba aku dpt BE la sbb hot hot hot tersebut. Hahahaa. Lawak tau...cam citer P.Ramlee tu 'pasal taik pun mau gado ka'. Yg ni 'pasai tiket 2 keping pun mau bising ka..'. Ok. Stop stop..lupakan. Tehehhehhe.

Hadiah Hari Lahir
Seterusnya dapat lak 4 tiket pree dari Nuffnang sempena bulan bufday. Yg ni Nuffnang bagi pada 250 blogger yg duk area KL. So, jadi la jugak kan. Igt tak terpilih dah. Hihi.

Then atas segala keazaman nak jugak dptkan BE, aku usaha betul betul. Dptkan info dan dpt gak la merasa apa itu BE. Idak la byk benau. Ada la gak. Skang pun ada lagi sisa2 BE tu 3 ketoi lagi. Hihi.

Apa pun thanks Nuffnang. Walo takde la dpt adiah grand prize, takde la dpt BE ribu ribu, tp at least nuffnang sedar gak yg aku salah seorg dari beribu ribu members derang.

Source : Here

Saturday, December 25, 2010

~Wrap Up 2010 : Pahit Manis as Blogger~

Mulakan entry wrap up dgn Pahit Manis Sebagai Blogger Tahun 2010 Ini.
Source : Here
Dimulakan dgn yg pahit pada bulan 3. Mmg pahit la utk diingatkan. Bak status seorang teman di FB smlm-easy to forgive but not to forget. Rasa hak diceroboh tp bodoh la aku kalo anggap mcm tu sbb blog ni dah open for all. Tp tindakan org tu mmg amat amat aku kesali. Kalo dia masih baca (which aku rasa mmg dia sedang baca), aku harap dia tak ulang lah perbuatan tu pada mana2 org. Kesan nya mmg tak baek. Mujur aku taknak pjg citer je. Mungkin ada silap phm di situ tp org tu da buat menda tu makin teruk. Mujur satu lagi persahabatan tak terjejas. Penangan dia cukup hebat. Aku rasa down, depressed. Trus pvte kan blog. Tp Allah Maha Adil. Bila aku tau siapa yg berusaha sebarkan citer tu, aku rasa aku perlu bagi pengajaran pada org tu. Dan, Alhamdulillah, sesuatu yang pahit akan ada manisnya.

Aku harap sgt perkara tu tak berulang lagi. Aku pun dah jadikan pengajaran .Kalo pun aku ikut rasa hati nak menulis tnpa pikirkan perasaan org, aku ada blog lain utk meluahkannya. Yg mana takde seorg pun org opis aku jemput utk masuk. Maaf, aku mmg tak percaya. Sbb kesah tu lah. Org yg dulunya baek dgn aku, tetiba buat mcm tu. Tp takpe lah. Nasi dah jadi bubur. Cuma org tu lah rugi, dia dah reveal kan perangai sebenar dia.

Manis plak bila tetiba takde angin takde ribut aku nak buat contest plak. Haha.  Aku sebeno nya nak carik idea utk baju raya thn 2011. Nak bagi semua se pamili napak sedondon. Dan pastu plak ada kain pasang silk yg da sethn aku peram tak anta kedai lagi. So, nak bagi kat org camtu je mcm tak bes plak. Maka terjadilah Sedondon Raya Contest. Aku mmg bajet takde sambutan sbb aku tak ramai kawan. Sekali mcm..awww...sker sker..teheheheh

Seyes masa tu tatau plak mmg ada team yg mmg sker join contest montest ni. Maka dari sini lah aku kenal lebih ramai kawan. Teheeehehehe. Seronok gak buat contest ni. Mcm2 faedah dpt. Dapat kawan, dpt kenal mcm2 perangai, dan dpt BE. Hehee.
Link berkaitan contest Sedondon Raya tu :

(Aku tulis ni rasa bersalah pun ada. Sbb adiah kedua n ketiga tu smpai skang lum smpai ke tgn pemenang. Nak jumpa, tak jumpa jumpa smpai skang)

Yang manis lagi bila jumpa beberapa rakan2 baru yg juga pemenang contest aku mcm Ejamaria, Hezesuze, Erin. Best la sbb dulu tak penah kenal pun kawan2 dari blog. Abis pun dari porem. Harap2 suma persahabatan di blog ni baek dah penah jumpa mahupun belum akan kekal hingga ke akhirnya. Utk korang suma baik yg menyokong secara direct or indirect (silent reader la tu), aku ucapkan..
image : goggle.

Friday, December 24, 2010

~2010 Wrap Up~

Kita semakin ke penghujung 2010. Terasa cpt masa berlalu. So, mulai hari ini akan ada entry entry melibatkan kenangan suka duka thn 2010. Ada suka, duka, semuanya berbaur utk tahun 2010 neh.
Kira mcm summarize utk thn 2010 lah. Tgk tercapai ke tak azam retu.
Jadik...jgn boring kalo ada entry or gambar macam siaran ulangan. teheheheheh...

Setiap wrap up tersebut juga akan ada link2 entry terlibat. Jadi as tuan punya blog, saya mohon pengertian sekiranya ada yg membaca blog ini, tidak memanipulasi kan setiap entry 'wrap up' tersebut sebagai tpt tuan punya blog utk terhegeh hegeh nak menunjuk nunjuk. Jika masih rasa tak selesa dan jelak, maafkan saya. Tawon depan saya tukar konsep eh.
Just utk kemudahan empunya blog shj. Peace..!!  \m/


Bye 2010


Welcome 2011.