Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Thursday, May 30, 2013

Edisi NuffnangX to Imotiv


Takde dah NuffnangX ek?
Sebelum aku nak cuti panjang tu ari ada le napak emel ni. Tp aku tak sempat nak baca. Lagipun time tu macam kelam kabut nak settle keja bagai. 

Ada try nak masuk NuffnangX (kat phone) tp da tak bule.
Lps tu update aplikasi. Baru lah boleh.
Da tukar Imotiv rupanya.

Bagi aku, aku lagi suka. 
Lebih mesra pengguna. Eceh!
Bes, gmbr pun lawa.
Senang nak baca update blog orang yg kita follow.

Oh. Imotiv ni pun cam nuffnangX yer. Kena follow blog memana kita nak follow.
Since aku mmg da ada akaun NuffnangX , aku terus je lah dgn blog2 aku da follow. Dan sempena aku bed rest ni, aku follow lagi blog2 lain juga. Dan mostly blog aku follow tu adalah bukan dari kategori blog yg mmg aku follow kat blog ni. Eh.Faham? Tak faham? Huhu. Maknanya blog2 yg selama ni aku as silent reader. Yg aku tak follow pun blog mereka. Jadi kat Imotiv aku follow.

Jadi, meh la install IMotiv nih.
Utk android kat PlayStore lah.
Buleh baca artikel Nuffnang publish ni kalo nak tau lagi - IMotiv
Bes. Siap bule tap utk love gak. Ala...cam instagram tu. Hihihi.
Ni Imotiv aku.

Install la wey..apa guna talipon canggih2, kalo tak guna kan aplikasi yang ada. Takkan asik main game yg kena mintak tlg ngan orang utk naik level tu je. Hikhikhik.. *oke lari nyuruk bawah meja..eh, tak bole plak..sakit perut..hihihi*

Friday, May 10, 2013

Blogbuster Campaign

I'm sure korang pun dpt kan assignment utk buat blogbuster campaign nih.
Korang tak mo buat kah?
Tapi cam susah sket kan sbb dia nak suh buat video.
Jadi, tu yg bertangguh tangguh.
Satu mmg cam segan je nak rekod video nih (the reason kenapa aku tak bukak akaun keek).
Satu lagi kena carik idea segala.

Dia mmg hantar tetiap mggu eh asaimen nih?
Huhu.
Yg mggu lps nyer dah terlepas sbb suppose antar ari ni.
Takde idea lor. Pastu cam terburu2 kan minggu ni.

Pastu mggu ni punya task cam sempoi sket.
Carik idea dulu.
Kalo dah dpt, assistant ai akan bantu rekodkan.
Cewah. Siap ada assistant tu.
Tapi oke gak la blogbuster ni kan.
Video yg kita buat, akan di iklankan dlm blog kita sendiri and dpt gak la tambah duit Nuffnang setiap kali orang view video tu. Menarik la sbb ada memacam video kita buleh tgk kt blog orang2 lain jugak. Huhu.

Tapi segan pun ada. Ngeee.
Takpe. Kita cuba 2nd asaimen ni plak. Ngehngehngeh. :P

Thursday, December 20, 2012

Edisi Cash Out : Sudah Kosong

Kosong... kosong... bak lagu Najwa Latif.

Dah.
Tgk BEliau dah takde terus cash out.
Bukan byk nau pun.
Tapi cash out saja lah.
Thn lps cash out bulan 11, tahun ni bulan 12.
Setahun baru dpt byk tu. Org lain sehari je (atau satu BE) kot dpt byk tu.
Takpe la. No hal lah tu kan.
Jadi, bulan 2 la baru dpt gamaknya.
Sila bersabau. Huhu.
Kira bonus gak la tu. Bonus menulis blog. (T___T)

*perlu jot down sbb nati senang nak igt bila date cash out.
Date cash out : 20.12.2012

Thursday, December 6, 2012

Cash Out Earning

Tgk Zana buat entry pasal BE dia.
Hihi. Aku mmg tak selalu la bukak Nuffnang tu. Malas. Bukan byk pun earning kan.
So, retu ada tgk.
Sbb igt nak cash out.
Tgk2 tgh ada BE.
Biar dulu lah. Dah habis sok baru nak cash out.
Ingat kut sempat la bawak g shopping kat Langkawi sok.
Tapi, katakan kalo ujung bulan 12 baru cash out, ujung bln 2 baru dpt kot. Lambat.

Alahai. Cam byk je bunyinya nak bawak smpai ke Langkawi.
Kuikuikui.

Oke, kali ni aku telus lah yer.
Takde de nak tutup2.


Takde byk mana pun.
Tu pun hasil lebih setahun kot. Last year bulan 11 aku cash out.
Setahun baru dpt byk tu. Muahahahah. Napak nau tak byk iklan masuk. Muahahaha.(tp aku salu dpt iklan kaler merah putih - cam colgate/hotlink - mungkin sbb layout blog ni tema camtu. Hihi)
Tapi tak kesah pun. Bukan tu tujuan utama aku berblog 

Ada pun takpe..takde pun takpe.
Ada tu - rezeki - Alhamdulilah. Takde tu - belum lagi lah. Allah bagi rezeki tang lain. Insyaallah.

Ye lah. Bukan ramai pun orang masuk sbb aku pun tak rajin nak BW bagai. Dan takde nak promote kat memana network. FB ke apa ke. Segan woh. Bukan ada apa pun kat blog aku ni. Merepek merapu je lebih.
Nak BW plak pun limited sgt skang ni. Tambah2 lagi time bz nih.

Tapi still, saya ucapkan terima kasih banyak2 pada kawan2 yg setia berkunjung ke sini. Ada la 2,3 orang yg saya mmg dah aim utk bagi sesuatu sbg penghargaan.

Tp bz nau skang ni. Tggu yer, dah study week ke nati boleh la bagi.
Atau pun bila dah dpt cek ni kan.
Sedikit penghargaan utk mereka2 yg tak pernah jemu turunkan komen (walaupun lately ni aku lambat nak reply seme komen) 
Dan tak lupa kepada semua silent reader saya kat office ni. Ai know what u did last summer. Miahaha. Thanks kerana naikkan jumlah UV saya di blog ini  Kalo nak saya belanja, sila lah call extension saya. Miahahaha (^^,).

*byk tu rasa buleh beli set Corelle / Vision tak?? Hahah. Tutup bekas Corelle mungkin boleh la. Miahahahaha.

Wednesday, September 26, 2012

Edisi Nuffnang X

Tetiba aku sudah berdaftar NuffnangX.
Motip?
Entah. Dalam kesibukan smlm tu sempat gak explore apa ke benda mendalah Nuffnang X ni.
Rerupanya dia cam link dgn blog kita. So, kalo nak balas komen ke apa ke buleh terus bukak Nuffnang X. If kita bukak kat hphone senang la nih.
Juga, boleh follow blog orang lain seme lah dlm tu.

Ini contoh newsfeed blog aku sendiri dlm Nuffnang X.
Dan bila dah set dgn Nuffnang X ni, rupanya ruangan komen kat entry pun dah jadi lain.
Korang jgn terkezut plak tetiba cam lain aku nyer ruangan komen tu.
Buleh je, komen cam biasa yer.

Tp kalo taknak komen camni appear dlm blog pun buleh kot.
Just tukar kat setting.
Amik je verify my blog only.
Aku pun blum sempat explore sepenuhnya. Tggu lah weekend nati utk aku letakkan blog2 aku follow. Mudah, sesambil dlm kelas boring2 tu leh reply komen. Hikhik :D

Monday, June 25, 2012

Iklan Merah Di Kebun Stoberi

Salu tau dapat iklan merah.
Retu hotlink.

Skang ada CIMB,
ngan CocaCola plak.


Sesuai. Mak sokak nokss...

Haha. Iklan singgah kejap tu.
Bukan BE agaknya.
Tah. Dah lama kot aku tak check BE ke ME ke apa seme tu.
Lantak kan situ. Ada adalah, takde pun tidak mengapalah :)

Saturday, May 19, 2012

Keyword : Mencari Nurafliana??

Petang2 smlm da abis waktu kijer, bukak Nuffnang. Tgk analytics. (mmg jarang tgk earning yer. Sbb tau earning takde nyer banyak nau..bia dia dediam banak kat situ).
So, tgk keywords utk hari ni.

Oke, mari kita tgk. 
Asid folik d watson. Oke, mungkin ada la kot. Dulu, time aku duk citer pasal TTC. Skang ni dah ada blog TTC yg khas kan. So, no more citer TTC kat sini.
Lps tu gambar coretan mengantuk. Ayoo.. apakah itu?? Entry mana la beliau jumpa yg tu yer.. Haha. Klaka.
Tip mekap. Ini pun klaka. Ada ke dlm blog ni. Harus takde dpt spti apa yg dikehendaki. Blog ni bkn blog mekap mekap.
Katalog tupperware - ha, ni takpe la. Mmg la ada pun.
Tudung Rita Rudaini - tau entry yg mana.
puanstoberi - ha, ni mmg selalu. Takyah la google weh, buat bookmark je, takpun folo terus. Eh..? hahahahah. Yelah, susah2 je kan nak taip. Eh. Tentah ada orang nak stalk. Sbb tu dia taip. Eiii..ngeri uols. *Hahaha.. perasan..macamkan la retis nak ada stalker bagai. Artiskah kau? Bukan kan. So, diam. Tp lagi ngeri sbb aku penah jumpa dia taip nama betul aku, lalu dibawa ke blog ini. Hiii... takottt...
bihun goreng - ada la kot. Retu ada aku citer pasal bihun goreng.
pnstoberi.blogspot - Aik...tadi takde blogspot. Ni siap ada domain ni. Rajin tul nak taip taip.
rempah 4 sekawan - yer, mmg saya ada blogpost yg pasal tu.
rita rudaini pakai tudung - harus entry yg Teratak Shamsiah tu la keluar.
tudung - oh. too general. Nak carik pasal apa ni? tudung Fareeda, tudung Ariani, tudung dari Radiusite atau tudung saji??
Pokok Zoo - ni apa kes ni?? kenapa pokok zoo?? apa natang tu?? ada ke kat blog aku ni. Rasa citer pasal gi zoo pun takde.. ke ada.. eh, takde..tak penah aku pegi zoo heh sejak kawen ni. Miahahha.
Carlo Rino - ha..ni oke la. In fact, entry handbag Carlo Rino tu salu jadi top5.
Dan yg akhir. Ini mmg tak boleh tahan. Kut stalk aku sorang dah la. Ni nak stalk member ofis aku ni apsal. Nama betul dan penuh plak tu.
Nurafliana.
Haha. Sapa stalk adik aku ni weyy... baik ngaku. Smpai 2 kali plak tu carik. Haha. Nak gelak pun ada ha. Bini orang tu pun wes. Haha.

Dulu ada skali camni gak, member kawan porem aku. Naik nama dia 'perkahwinan xxxx'. Hahaha. Biar benar korang ni. Giler stalker camtu sekali kan. 

Ni pun kira ala-ala je kan, orang lain punya keyword, lagi memacam kan. Hai la hai...

Friday, May 18, 2012

Edisi Hotlink Kaler Merah

Haha. Hotlink mmg la kaler merah pun. Manade kaler biru. Tu dah jadi lain.
Takde keja. Gi screencap blog sendiri.
Haha.

Bukan per.
Napak iklan Hotlink kaler merah itu sesuai plak dgn kebun stoberi ini.
Saja aku printscreen sbb tgk cam eh, sesuai pulak beliau tu disitu.

Tatau BE atau iklan biasa yg tumpang singgah kejap.
Malas nak tgk. Sbb rasa cam bukan BE.
Ada la seketul BE skang ni. Kalo BE tu tamat mmg boleh cash out dah.

Settle.

p/s :
# Esuk ada Karnival Jom Masuk UM. Harap2 bersemangat nak pegi (。◕‿◕。)

## Mlm ni Insyaallah nak tgk wayang. Citer What to Expect When You're Expecting. Maklum la..masih tak mengandung ngandung lagi, tgk citer orang mengandung pun jadi lah....

Thursday, March 29, 2012

Nuffnang : Non-Exclusive

Dah jadi non-exclusive.
Padan la aku tgk da takde bunga-bunga yg salu pop art out kata bawah belah kanan tu kalo bukak blog ni. Huhu.


Sudah tukar. No more glitterati. (T____T)

Dan penyebabnya adalah blog ini diprivate minggu lepas. Haha.

Takpe lah. 
Takde effect apa pun sgt.
Tp BE yg tgh duk ada tu tak kencang sgt la.
Padan muka aku la kan. Bakpe aku gi private blog tu ari. 
Saja je private. Malas.


Sekali sekali nak juga berhibernate kan.


Nuffnang, kalo nak bagi blog jadi gli gli tu bagilah, tak jadi pun takpe lah. Sukati lah. Tp esuk2 ada balik la status gli gli tu. Retu dulu pun dah jadi dah. Hohohooo.

Tuesday, March 13, 2012

Hasil Online Kepada Online

Tehehehee.
Tajuk sungguh terhapa hapa dan propa saja.
Setelah dpt cek dari Nuffnang, lambat btul nak di cash out kan.
Amaun tidaklah seberapa pun. Ku peram-peram jugak 2,3 bulan. Sbb terpikir2 nak beli apa. Igt nak beli samting yg 'napak' la. Teheeee.
Ada terpikir nak beli set tupperware. Tp cam eh, tak yah la... 
Lps tu nak beli tudung. Pun cam eh, takyah la.

Tapi sbb bulan lps da gedik2 tgk FB Yanti Collection, trus jadi gulp gulp. (aku beli tudung Fareeda mmg dari Yanti Collection sbb tudung dia cam lawa je tgk - padahal sama je pun ngan org lain-dah tu cpt dia pos. Hari ni ko bank-in, esuk dpt dah. Huhu).
So, bila da gulp gulp tu, kepala otak terus mencerna. Kena beli, kena beli. Tp masa tu kan gaji jauhhhhh sgt. Gaji bln 1 yg awal, smpai nak pitam tggu gaji bulan 2 tu.
Sbb da gulp gulp, maka my dear kata 'guna je lah cek awak tu'.
Dalam hati sayang, tp apa kes nak simpan plak. Igt bleh beranak pinak ke cek tu?
So, ini lah hasilnya.

Sebenarnya pun guna duit aku dulu. Lps tu baru p bank-in cek tu. Rasanya pun smpai reni pun floating lagi kot. Ke dah ada, malas nak check maybank2u.

Hasil online kepada online.
Maksudnya, aku dpt duit hasil online, aku beli barang pun thro online. Kuikuikui.

Lps tu ada la lebihan sket. Maka sambar plak 4 buah buku ni. Secara online jugak. Beli dari - BELI DISKAUN. Pun cpt smpai. Bayar Jumaat, Isnin dpt. Bes kan. Aku siap emel ke dia buku2 aku nak, so dia yg cari. Mujur ada, sbb ada buku2 yg da tak re-publish.
Empat buah novel ni beserta kos pos adalah RM81.00. Ada dulu aku buat entry nak kumpul novel penulis2 yg aku sker. So, novel Anis Ayuni secara rasminya telah hampir lengkap (ada 2 buku lama, tp malas nak carik, tkpe lah). Begitu juga dengan Noor Suraya (eh, ni ada tak lengkap, tp dah baca seme). Lps ni Fauziah Ashari ngan Norhayati Berahim plak.
Empat buah tu. Bacalah kau smpai muntah. Huhu.

Tp ini di top up jugak ngan cek hasil jualan Tupperware.
Yeps... syukur, amaun satu cek hanyalah RM30. Dan baru dpt 2kali. Tp tu lah sumber semangat katanya. Tetiap bulan, jualan maintain dan dpt la merasa 'komisyen'nyer. Tupperware tu pun kira online gak la, sbb ada gak sahabat2 online yg membelinya. 

Jadi, begitu lah.
Hasil Online kepada Online.

Terima kasih. 
Terima kasih.
Dan 
Terima kasih kepada semua.

Thursday, January 5, 2012

Hasil Tuaian Kebun Stoberi Saya

Kan da kata.. wat segan je nak ticket2 tau.
Malu ai tau. Kalo ai sabar je sket lagi, tak perlu nak tiket2. Aww. Aww.

Poyo ke kalo letak gambar ni?

Aww.. Poyo tak poyo lah.
Penat ni menuai di kebun stoberi nih. Dan ini lah hasil tuaian tersebut.

Iyer.. ini la cek pertama yg diperolehi. Maka mmg poyo, poto dan sebagainya lah.
Tak kesah lah. Kata lah nak kata pun. Yg kata tu pun cam la tak penah poyo kan. Eh??
Mmg da letak mendalah Nuffnang ni dari tahun 2009, tp secara aktif utk mendapatkan hasil adalah dlm tahun 2010 *setelah 'kejadian' itu lah.*
Dan seriyes mencarik gali bagaimana kebun stoberi ni bakal membuahkan hasil dan itu lah dia nyer.

Kiranya setahun lah membajak kebun stoberi nih utk menuai hasilnya nih. Walo mmg dah bleh cash out pada satu waktu tu tp saja nak tgk dia berkembang biak. Sbb masa tu BE meriah.

Sekarang. No more BE dear. No more. Lama da tak napak BE. Sobsss.

Maka, skrg kembali menuai dgn lebih gigih. Walo ku sedar blog ni pun blog suam suam kuku ja. Dan amaun dapat tu pun suam2 kuku ja. Takde la ribu ribu.

Thank you pada semua yg berkunjung, baik follower, silent reader dan yg ter singgah. Anda la yg membantu saya mendapatkan hasil tuaian ini.

Dan Insyaallah, pasti ada sesuatu yg di share bersama. Dan tentunya ole ole dari Langkawi - sekiranya tiada aral melintang dan di izinkan Allah.

Thank you Nuffnang, thank you all....
Anda lah semangat saya. Ceaa... tetiba. Hahahahah.

Wednesday, January 4, 2012

Hantar Tiket


Poyo nyer anta 'ticket' ke Nuffnang.
Malu pun ada segan pun ada.
Tp sbb cam da 2 bln kan.
Maka ai ticket je lah.

Malu tau nak tnya pasal payment yg ada seringgit dua tu *eh, seringgit dua da bleh cash out kah?*. Org skali cash out je beribu pun tak bising.

Ai cashed out 4th November retu. Sbb tu cam segan je nak tnya. Haha.
Ai baca gak yg FAQ yg org tanya nih.

Sbb katanya amik masa dlm 30 hari lps tu dalam 2,3 mggu utk penghantaran.

Nuffies, ai tak la kesah sgt pun, cuma ai tingin la nak berbelanja menggunakan duit tu kat Langkawi karang. Kot nak beli cekelat2 ke, Fridge Magnet utk dibuat GA ke kan. Ate 'nyer.. duit bonus udah terobang membeli Ariani kan. Terpaksa la ber tiket2 ngan Nuffy. Tp rasa cam tak sempat je kot dpt ni before pegi sana. Tkpe lah. Tak dpt pun takpe, dapat lagi sukeeee..

Oh.. segan dowh.....
credit : Here

** Ada rasa nak pelempang tak?? Mengada2 nak segan2 plak... Pang kang tau la... Hoho.

**edit : Da dpt jawapan dari Nuffnang lebih kurang jam 3 tadi (5 Jan). Nak tau apa kate incik Nuffnang??



Hi Ida,

As stated in our payment policy, Nuffnang pays its members 30 days (60 days for Ordinary) after every end of the month from their cashout request date for Glitterati members. Upon then, the cheque will be compiled and sent to the bank for legal processing before delivered to your registered address. The processing and delivering by the bank will take about 2 weeks time.

Therefore, if you have attempted to cashout on 04/11/2011 as shown in our system, therefore your cheque should arrive after 14/01/2012.



Haha. Tu aku segan tu. Macam aku dah terhegeh2. Padahal mmg dia akan kumpul smpai ujung bln - maknanya ujung November lah. Lps tu tunggu 30 hari lagi yakni 31 Disember. Dan lps tu baru la diproses dan dihantar yg mengambil masa 2 minggu. Dan akhirnya after 14hb baru dpt. (kalo nak cpt, suppose kena cash out ujung bln, tak la lama sgt tunggu). Dgn itu, maka mmg la duit tu dpt lps balik Langkawi. Sokay la. Jgn lps balik kg bln Februari tu sudah.....!!!

Friday, December 9, 2011

Poll : Kisah Kebun Stoberi

Lama kot tak update poll ni.
So, dah tukar poll.
Kalo rajin klik2 la yer.
Soklan2 nya adalah berkisarkan blog ini.
Yg pertama soalannya
"Entry yang menarik minat"
 Soalan kedua
"suka entry panjang ke pendek"
Ha.. ni aku tau, seme org sker entry pendek. Tp blog aku ni salu ada entry panjang2. So, jawab yer. Kalo byk yg sker pendek2, nati aku alter seme entry aku jadi ciput2 jer.

 Dan yg last
"Perlu di update"
Itu saja. Memula buat warna biru, tp gatal buat kaler kelabu lak, skali cam tak napak plak sbb kelabu taik anjin. Hihi. Jap2 lagi lah tukar. Korang rajin jawab lah yer. Hihiww.

Thursday, November 10, 2011

“What Would Puss in Boots Do?”

kredit : here
Hai, saya Kitty Softpaws. Oh. Bleh panggil saya Kitty saja. Simple and cute name right?.
Kenal saya?
Kalau anda kenal pakwe saya *meoowww*, tentu anda kenal saya. Kerana saya adalah cinta hati pakwe saya *meowww....meowww*

Siapakah pakwe saya?
Tentu lah yang glamer ini. Mustahil tak kenal kot???
kredit : here
Eh. Silap. Itu gambar terlalu comel. *Pssst..saya simpan gambar ni dalam wallet saya, jgn bagitau dia erk. Hihik*
Jadi harus pertontonkan yg ini. Cea..bagi pandangan dari belakang dulu.
kredit : here
Kemudian yg ini.
kredit : here
Does he look handsome and 'gagah'?? Hihi. Auumm... eh. silap, beliau bukan harimau. Beliau juga sama spesies dgn saya iaitu kucing.
Ya, kami kucing. Walau kami kucing, kami bleh menumbangkan pihak lawan.
Jangan main2 dgn kami ya. Skali kami meowww..... semua lari tau.

kredit : Here
So, mari bayangkan sekiranya Pnstoberi pula yg menjadi Puss and Kitty Softpaws
"how you would defeat the bad guys?"
Oke mari bayangkan. Siapa yg tak kenal kuasa kucing? Cats have 9 lives. So, apa perlu dibimbangkan.

Siapakah penjahat itu?
Perompak? Penyamun? Peragut? Perogol bersiri *errrr...*

Maka dengan adanya Puss and Kitty kejahatan akan terkawal.
Cakaran kuku kami seolah besi dan tidak memberi peluang kepada mana-mana penjahat pun. 

Bunyi kami yg nyaring juga bukan hanya menyebabkan polis datang. Bomba, JPA3, malah JPJ pun datang berlumba-lumba. Ha... ko mampu???
*But, as other comic heroes, si penyelamat pastinya akan menyembunyikan diri dari diketahui orang awam. Cewah*

Tapi sekiranya kami betul2 tidak dapat melawan.
Apa yg kami boleh buat?
Puss akan pura-pura comel sebegini.

kredit : here
Dan Kitty pula tentunya begini.
kredit : here
Atau pun pura-pura pengsan mcm ni aci tak?

kredit : here
Oke. Cukup lah. Rasanya penjahat pun tak jadi nak lawan kalo begini punya shiomel (comel) kan?? Hihi. Ayuh kita tonton Puss In Boots

Puss in Boots

Mahukan dapatkan tiket percuma?

Sunday, November 6, 2011

Sudah Ringgit Malaysia Kosong


Tggu BE jadi ME.
And it's time.

Thank you for being my UV - everyday.
Insyaallah, kalau dah smpai nati, ada jugak penghargaan kpd yg sudi meng-up kan UV saya setiap hari. Yang setia berkunjung ke kebun stoberi ni.
Tak byk pun, tapi ada la bak kata org nak merasa. Buat2 belanja, nak jalan2 lagi kut ada. Ngeee :D

Friday, November 4, 2011

My Happiest Moment

My happiest moment is when...


Having good time with my lovely friends,


Friends who always give me strength,


Always there when I need.


Friends who share the joy,


also share the pain,


And putting a smile on my face when I'm down.


Thank you friends for bring me joy and happines.

**Taman Wetland Putrajaya.
**8 Oktober 2011.

*This contest was brought by Nuffnang in conjunction with Happy Moment Last With Olympus PEN.


Thursday, September 8, 2011

~Pasal BEliau Dah Pergi : Terima Kasih PERSONA~

Akhirnya....
yg menari nari di kebun stoberi ku ini berakhir juga.
Lama giler oh BEliau itu melekat di kebun stoberi ku ini.
Ini aku capture ari Senin retu. Masih ada.


Dan bila aku tgk mcm da takde, aku semak semula.
Yer. BEliau da jadi ME-liau. Hihi.
Lama giler. Start 3 May retu, dan aku rasa dia berakhir dlm 6 Sept camtu kot.
Ini lah BE terlama yg aku dpt. Dan menyumbangkan yg terbanyak.
Byk dlm kategori BE blog aku ni lah. Bkn ribu riban.
Tp kira kalo ada iklan tu je, mengkalo earning 0, mmg trus bleh cash out dah.

Mekasih bebanyak PERSONA di atas kesudian meletakkan iklan tersebut di dalam kebun stoberi ini bg tempoh yg agak lama - lebih kurang 4 bln. Sgt sgt berterima kasih.
Juga kepada pengunjung2 yg berkunjung dlm tempoh itu.
Kerana, tanpa pengunjung, iklan tu pun tak sudi berlama lama di situ.

Tp, benarnya aku niat nak cash out after iklan PERSONA ni turun.
Sbb igt leh la buat belanja utk vacation nati.
Walo tak byk, tp bleh gak cover utk masuk theme park ke apa ke (yg pasti, tambang katebang mmg tak bleh cover la kalo cash out pun. Hihi).
Tp mebi tak sempat la kot.
Sbb skang, after PERSONA turun, ada lagi 2 yg sedang bercucuk tanam di kebun stoberi nih.
Sayang plak. Biar dulu lah.
So, takpe lah. Kita simpan utk 3rd wedding anniversary honeymoon vaccay (pjg nyer nama percutian haku. Hoho) bln doblas plak kan. Tp tu takde apa pun. Bkn pi jauh melantun. Beli voucher kat Groupon tu ari je pun.

Utk entry BE ini saya juga turut nak ucapkan terima kasih pada pembaca2, pengunjung2, baik yg silent reader or noisy reader (haha. ada ke camtu). Tnpa korang, BE ni pun tak mau berkunjung jugak, sbb tu akan salu ada Edisi Penghargaan utk kawan2 dari kebun stoberi ni, walo tak mampu nak bagi pada kesemua, tp saya tetap hargai kunjungan anda seme. Terima kasih sekali lagi :)

p/s : Insyaallah, kalo takde aral melintang, akan buat contest before pegi bercuti. Hadiah cam contest thn lps pun ada (contest sedondon raya), dan mungkin top up lagi adiah dari tpt saya bercuti tu. Kira sebagai penghargaan sempena nak cash out earning sesket ni la. Ada sesapa rajin nak join lagi ker yer? :D

Wednesday, August 3, 2011

~Pasal Beliau Bukan BE~

Oh. Ingatkan beliau itu BE.
Bila check takde pun.
Dari smlm tgk beliau ada. Tp bukan BE rupanya.
Udah la smlm bila bkk Nuffnang dan tgk earning tetiba kosong.
Bila bawak cursor kat tab earnings tu dia ada tulis available berapa.
Tp kat bawah kosong. Berderau kau. Dah la tgh ngumpul nak cash out before nak gi jalan2 nih.
Mujur pagi ni da ada. Huye. Huyer.

Masih ada 2 BE running.

BE Proton Persona itu sgt lama. Terima kasih diucapkan pada Proton Persona yg sudi melekat di atas ni utk waktu yg panjang. Dan menjadikan earning terbanyak penah diterima. Toce. Toce. Toce.
Alhamdulillah.

Yang aku ingatkan BE adalah yg ini.

Sbb kalo dia BE, aku berbesar hati nak wat review dia.
Dan dia ni pun cam tau je aku meleleh ailiyo tgk dia.
Adessss...
Kalo korang nak tumpang meleleh ailiyo pun leh klik2 gak kat sebelah ni kalo dia kuar yer. Huhu.

Thursday, June 23, 2011

~Pasal Dapat Buah Anggur~

Pasal dapat anggur pun mau crite kah?
Eh. Ini anggur bkn sebarang anggur ye.

Smlm duk baca blog cutemum kata dia dpt BE iklan grapevine.
In d same time aku pun nengok iklan grapevine ada menari2 kat blog aku.
Tp nyer bila check kat Nuffnang idak la ada  BE grapevine.
Jadi aku pikir bkn la kot. Tp acapkali bkk blog ada je pun iklan tu.
So, pagi ni baru tgk.
Skali betul lah. BEliau la tu. Hihi.
Grapevine bagi  iklan Samsung Galaxy S11 - (ceh dia mcm tau2 lak aku mengidam Samsung Galaxy Tab - tskkkkkk). Tp yg ni pun bes gak neh. Tssskkk... tgk la dia nyer web tu. Menggoda btol (klik je iklan. Haha)

Org kata bes kalo dapat iklan grapevine ni.
Kenapa bes?
Oke meh baca apa yg dikatakan oleh org Nuffnang.

How does it work? Simple!

Check out an example of a Skyscraper ad unit with a Grapevine extension as above. (It’s not the real thing though, so don’t click on it! :P) If you happen to come across one of these on any of the blogs serving Nuffnang ads, and you think the promotion offered on the ad is so ABSO-FREAKING-LUTELY AMAZING that you MUST share the great news with all your friends, all you need to do is follow two simple steps:

-Click on any of the 4 big icons to start sharing on the corresponding platforms, but if you feel like spreading the great news on platforms other than those 4, you can click on ‘Share’ to copy the unique link, and share it anywhere else you fancy, really :)

- Fill in your email address in the blank provided, and you’ll receive an email on how you can redeem the earnings from clicks generated on the link you shared earlier!

Do visit www.churpchurp.com/grapevine for more information.

Yes, it’s that easy! What’s more, sharing of the URLs is NOT limited to Nuffnangers only. Even your blog readers who are not registered with Nuffnang can also share campaigns on the Grapevine and be rewarded for doing so! See why we named it the Grapevine? Now EVERYBODY can be a social media influencer, and talk about that cool ad running on your blog! :D

So spread the word, Nuffnangers! Get all your friends to join in the fun and get rewarded for hearing about (and spreading) something through the Grapevine :)

In real life, grapevine ni mcm satu kaedah berkomunikasi lah. Bleh baca secara lanjut kat sini.
So,iklan ni dikatakan grapevine sbb dia mcm bleh menyampaikan sesuatu (dlm kes ni - nak iklan kan barang lah kan). Contoh macam iklan ni ada kat blog kawan kita, then kita share kan, pehtu org yg kita share tu plak share, pehtu share, share, share dan berkembang lah ia. Kiranya ada faedah bersama. Tp yg lebih berfaedah pengiklan lah tentunya. Hihi.

Jadi, bila kita tgk iklan ni marilah kita sesama tolong share kan, anda dpt faedah, saya dpt faedah, pengiklan lagi la sker kan.
Kira mcm buah grape lah.Nom nom nom. Sedapnya anggur...
-gugel-

Wednesday, April 6, 2011

~Pasal Jawab Survey~

Korang da jawab dak survey ni??
Ke aku je terlewat nak jawab??
Sonok jugak jawab apa syampoo kita pakai, apa prefered car brand.
Tehehehe.


Mungkin da lebih 1k pun org jawab. Tp takpe la.. sesuka ajer :D