Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Tuesday, December 24, 2013

Retreat Pengukuhan Admin & HR

3 hari berkampung kat Shah Alam sanun.
Secara khususnya di Grand Bluewave Hotel.
Retreat kekdahnya.
Lama kot kami2 admin tak ber-treat. Last tahun 2007.
Aku pun masih 'hijau' masa tu.
Eh. Skrg pun hijau jugak lagi.
Baru je nak masuk 10 tahun kerja kat sini bulan 2 tahun hadapan.
Masih hijau la kan. Hihi.

So, takde apa nak cerita la sgt.
Biasa arr, retreat kan.
Yg bes jumpa kawan2 lama. Kawan2 cawangan yang biasanya cakap on d phone je.
Tapi, aku selalu gak la ke cawangan, so, kenal2 jugak la derang ni.

1st day dah kena bagi talk.
Alah, bukan la taklimat ke apa kan.
Just briefing segala kerja kita buat. Refresh la lebih kurang. Supaya EO cawangan ni buleh alert semula segala prosedur.
Me myself on Perjawatan, Personnel, Tatatertib n Pasca Perkhidmatan. Lelain tu, klik lain lah yg brief.

Malam akhir ada bbq. Yang wajib adalah - Kambing BBQ lah.
Akibat nya - rasa cam kedemaman. Adeh. Bukan makan byk pun. Sehiris 2 je pun. Selalu oke ja.
Aku pun tak tahu la.
Sebab kambing ke. Atau sebab ber aircond je 3 hari 2 malam tu kan.
Tak keluar langsung dari area hotel.
Eh. Tipu, ada kuar jap time break petang.
Gi beli tudung kat Sincerelybyus Shawl (SBU). Tu nanti aku cerita lain entry.

Jadi, meh tgk gmbr2 sket ya.
Antara gmbr ngan rerakan dari cawangan :)


Ni ex-osmet masa bujang dulu.
Skrg dia kat caw. Penang.

Presenter yang kelam kelibut

Tuesday, December 10, 2013

Aktiviti Weekend Bulan Disember : Kenduri

Weekend.
Bulan Disember.
Bulan cuti sekolah.
Apa lagi lah kan aktiviti nya. Menghadiri jemputan kenduri lah. Kenduri kahwin tu mmg tak boleh nak kata lah. Memang saban minggu je ada. Jemputan kenduri akikah pun ada jugak. So. Mari pergi makan free.

Minggu lepas. 30 November n 1 Disember.
30hb tu attend wedding anak staff ofis kat Wangsa Maju.
Tiada gambar. Sbb kami pun datang dah lewat. Dkt kul 3.
Amboi. Kalah orang ada anak kecik yer.
Well, walau pun tiada anak, byk juga komitmen lain. Nak ke pasar tani, basuh kain, dsb nya. Apa, ingat takde anak, goyang kaki je kerja nya di rumah. Eh. Kau kenapa pompuan? Meroyan tetiba. Takde lah. Kan selalu orang cakap 'ada anak ni, tak boleh nak itu nak ini. Sebuk itu, sebuk ini'.
Baeklah. Lupakan.
PMS mungkin. Kohkohkoh (T___T).

Seterusnya 1 Disember.


Majlis akikah anak mybff - Juwita.  Walau jumpa setahun sekali kot, but still my bff tersayang. Kohkohkoh. Ini anak ketiga beliau. Harus hadir. Walau lewat jugak. Ha. Kali ni lewat sbb pergi tgk wayang cerita Hunger Games tu dulu. Majlis ni kat rumah family dia. Kat Kg Nakhoda sanun. Aku ni rasa nya 3,4 kali dah ke rumah dia. But... stillll sesatt melarat nak carik rumah. Haih. Lain kali ingat - masuk kira, terussss je smpai lorong 13. 

Cantik tau buai dia

Ni adik ipar dia punya business. Comey comey dia buat. Boleh tgk blog aidear nih. Aku tgk pun geram. Oh. Cepat lah ada baby. (-_-")

Siap dapat balik tapau lauk lagi. Thank u la Ta.. sok dtg bawak anak2 dtg mandi kolam umah aku lak tau. Hurm. Dah 3 dah dia, while me?? Eh.. kenapa la emosi sgt ni? Eh. Tak yah la buat entry kalau nak emosi jerrr...dah..dah..

Oke lah..oke lah..normal.


Mggu ni - 7hb. Kat ofis. Wedding anak our big boss (KP). Oh. Yang ni ai jadi penanggah. Theme purple. Family pengantin oren. Kiterang yg penanggah ofis nih,  kena pakai purple. Tapi aku pakai pink. Kira oke la. Ada gak sesket cam purple kan.


Meja makan beradap

Tiada pelamin. Tp mereka ada tpt amik gmbr ni.
Cantik bagai pelamin jugak kan.

Tumpang dua kaki. 
Hiasan n deco done by our designer. Cantik kan? Nak buat, sile la hire designer kami nih. Hihi.
Oh. Masa aku up kat insta ada yg tanya kat dewan mana ni? Hihi. Ni bukan dewan. Ni tpt jualan kraf kalau kami ada event. And mmg ofis aku ni sewa gak kalau ada orang nak sewa. Cuma.. tpt ni selalu buat event. Mungkin susah nak available kalau ada event tu. Mesti lah utamakan event kiterang. Kalau yg pernah dtg, tpt ni kat tpt jualan batik masa Hari Kraf Kebangsaan. Haa.. tetiba bertukar gini kan :)

Gitu lah. Next week, pun ada lagi jemputan. Next week jugak... my anniversary... hikhikhikk... #motipnakbagitahuanniversary?

Friday, November 29, 2013

Bicara Bersama Ustaz Don


Kali kedua Ustaz Don datang ke ofis kami.
Kali pertama bulan 3 tu hari.
Ni dgn kerjasama Pusat Pungutan Zakat Wilayah. Ye lah, dah nak akhir tahun ni kan. Sapa yg tak potong gaji bulan2 tu, ayuh la kita ke PPZ atau lelain pusat zakat untuk menunaikan zakat pendapatan kita :)
Cemana nak kira boleh tgk web PPZ. Amik kaedah 'tolakan' tu. Nanti dia akan kira kan.


Oraitz. Ustaz Don. Sejam je la dia bagi ceramah. Macam tak cukup.
Tajuknya Hijrah Satu Pengorbanan.

Tapi ustaz cerita pasal solat. Yang aku rasakan pengisiannya amat bagus.
Rupanya banyak lagi 'compang camping' dalam solat ni sebenarnya.
Tapi tu lah ustaz kata, walau kita ni kadang sah ke tak sah solat, Allah itu Maha Pemurah, tetap Dia bagi apa kita minta kan. Hurm.
Rasa cam nak pergi je kem solat yg dianjurkan ni.

Ustaz tanya, bila last baca buku berkaitan solat.
Huhu.
Aku baru beli buku Ensiklopedia Solat masa Pesta Buku tu hari. Tp tu lah. Beli je lah kan. Selak2 jap. Pastu, terbiar sepi. Apa lah nak jadi.
Memula ustaz Don duk atas pentas depan. Dia rasa cam jauh sgt. Mintak nak duk kat 'royal box' tu. Jadi, kami dah jadi depan idung dia ja. Huhu

Lagi gambar ada kat FB Ustaz Don. Oh ya. Ustaz Don kan bawah pengurusan anak syarikat KUIS. So, orang KUIS tu bagitahu kalau FB yang Ustaz Don Daniyal (original), tu bukan Ustaz Don punya. Yang Ustaz Don saja pun bukan jugak. Kalau nak yang betul FB dia - Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour. Jadi, situ adalah xtvt berkaitan Ustaz Don.

Wednesday, November 6, 2013

Sayangi lah Kerja Anda Kerana

Beribu malah berjuta kot yg nak kan 'tempat' anda tu.

Bila takde kerja nak kerja.
Bila dah bagi kerja. Taknak pulak buat kerja.
Dah smpai kena tindakan tatatertib bagai.
Haih (T_____T)

Bebel. Tu puanstoberi la bebel.
Huhu.

Sejak iklan keluar pada 21 Oktober, hehari kiterang ngadap borang.
Bukan seratus, bukan dua ratus, malah beribu. Tentah belas ribu kot.. (exact figure belum ada sbb masih key-in)

Ini antara minggu pertama. Oke. Masih sekotak.

Ni dah masuk ujung minggu pertama. Terbelahakkk menengoknya. Kita terpaksa la panggil staff dept lain selain HR jugak tolong (OT lewww...ihiks). Kadang2 ada je yg dtg bantu sesambil dah abis waktu ofis hour tu. Bantu bukak sampul cam dak Faizullah kita tu pun dah oke.. hihi.


Seterusnya.. minggu kedua.. minggu last... semakin parah. Bos kiterang pun turut sama bantu (gmbr ngan bos tu kat FB n Instagram je lah. Takyah la jaja sini, kang uols kenal plak bos ai. Ngehhh.. Ihiks).


Hehari 3,4 guni. Paling banyak hari Khamis 31hb tu - 5 guni!
Dan ini hari terakhir.
Kihkihkih.
Elok je tersimpuh di celah timbunan sampul tu kan.
Banyak sampul pos ekspress. Sbb semua takut tak sempat kot.
.Nampaknya, kaya pos Malaysia.
Huhu.

Oke, terima kasih la pada yg memohon.
Dan maaf juga kalau susah nak access web kami. Terkezut web tu tetiba traffic byk sgt. Huhu.
Walau cemana pun, kami cuba bantu sedaya upaya.
Ada yg call, bagitahu problem tu, terus kami emel kan syarat n borang.
Ada jugak reader yg emel terus ke aku, and aku emel kan jugak.
Takde masalah.. boleh saja.

So, sekiranya anda dah hantar, berdoa sajalah terpilih.. dapat panggil interview pun dah seribu satu rahmat kalau tgk cemna banyaknya orang hantar kan...
Tu sbb aku kata - sayangi lah kerja anda.. kerana..kalau anda persia kan.. beratus ribu lagi orang nak tempat tu... 

Kiterang dah start key-in data nih. Nanti aku buat entry cemana plak kategori2 orang mohon nih. Mungkin ada yg kelulusan degree tp mohon jawatan gred R1 or R9 (ni cuma kelayakan sekolah rendah/SRP/PMR sahaja).

Once again, kerja lah bebaik..demi agama, bangsa dan negara.. Peace! :D

Monday, October 28, 2013

Melawat Baby Mira

Ini cerita last week. Tp kat instagram dah jaja la gmbr ni seme pun.

Melawat baby Mira. Mira ni staff kat HR Dept gak.
Jadi, pergi. Kata orang.... amik berkat *yes, walau aku TTC'ian, but then, I'm not having prob nak tgk baby baru ke apa... walau masa tu rerakan lain akan cerita pengalaman derang.. tp bebuat dek' ja. Everything should be oke lah. Takkan la nk suruh orang 'diam..oooii.. diam lah.. jangan la cerita...' Haish.. 

Bos kasik kuar awal sebelum lunch. Dkt je umah dia. Ampang sajer..
Baby Alisha (nama penuh lupa la plak.. maafkan che da ye)

Masa ni kiterang ni baby baru 3 hari.. eh..ye ke.. tapi kurang 1 week la.
Memula aku taknak angkat baby tu. Takuttt.... maklum la ai kan masih 'remaja'. Kuikuikui.
Tapi, dah derang suruh juga, jadi meh la..meh ai angkat. Hihi. Udah la ber selendang tok ti kan. Hihi.

Apa pun, tahniah Mira.. atas kelahiran baby girl ke dua ini (ni anak no. 3 beliau).
Dengan harapan. Moga kakak mu ini akan turut jejak mu nanti. Insyaallah......

Monday, October 21, 2013

Jawatan Kosong Kraftangan Malaysia

Agensi di bawah Kementerian Pelancongan & Kebudayaan.
Untuk keterangan lanjut kepada yang berminat, boleh layari laman web kraftangan
Tarikh tutup permohonan : 4 November 2013

p/s : Mungkin agak sukar nak masuk portal kami (Kraftangan) ni lantaran 'traffic congestion'. (tetiba hit plak portal kraf). Maaf atas segala kesulitan. Tp sesiapa yg nak borang dan syarat permohonan, boleh la emel ke saya. Insyaallah..saya akan bantu utk emel kan semula borang dan syarat. 


***********
Pitam nih. Dah la aku ada family trip end of November tu.
Dgn nak buat shortlisted lagi, interview lagi.
Huwaaa.... takut nyaaa cuti tak approved... tapi kalau lepas pun cam tak sedap perut jugak tinggalkan kerja nih. Aduyai....

Thursday, October 17, 2013

Pengalaman Bertugas Di Parlimen

PTD's biasa lah ni kan, jadi pegawai bertugas kat Parlimen. Cam aku ni, yg bukan PTD (aku ni pi tido boleh lah. Haha) bukan selalu lah jadi pegawai bertugas ni. Jadi, terpaksa lah poyo poyo catat pengalaman sini. Maafkan je lah ke-poyo-an hamba ya. (eleh, bertugas Parlimen pun mahu cerita.. kata dek orang lain.)

8.10.2013- mewakili agensi utk turut sama dengan wakil MOTAC. Kira bertugas ni pun dia pick2 je. Aku ni pun 1st time. Org lain ber time time dah kot pergi jadi pegawai bertugas. Atau pun mungkin jadi pegawai perantara peringkat jabatan/agensi.

Tapi bukan mudah sesuka kita nak masuk Parlimen ni kan. Aku pernah sekali, masa tu baru beli kereta, dan konon nak jalan2 waktu malam lah. Sekali termasuk lorong ke Parlimen ni ha. Kan lorong Parlimen ni hanya utk ke Parlimen. Manade jalan ke tpt lain. Ha, engkau..siap guard tu dah angkat senapang dah. Haha. Sudah la malam. Pastu, dia nampak budak perempuan dan kawan2..jadi dia bagi je lah U-turn. Bikin malu saja. Mengong.

Dah kena bertugas ni, mari lah kita pergi dengan kereta ofis je. Booking je lah drive anto jap. Bukan jauh pun. Aku nak drive skrg? Haha. Kalau selagi namanya bukan emergency, aku dah tak kuasa nak pegang stereng. Aku rasa ability aku drive pada masa ini dah drop down. Tggl 35% je kot. Lagi pun bawa kereta kena fikir parking entah mana. Kereta jabatan ni, mudah je dia bagi masuk. Bagi pass jabatan kat post guard, dan dia akan tukarkan dengan pass 'pegawai bertugas'. Masuk parlimen pun cam kat airport jugak. Kena scan beg. Lps tu register dan pergi lah ke bilik sekreteriat. Mmg cam rusa masuk kampung gak lah kejap. Haha. Aku smpai dalam kul 9pg. Awal. Officer yg duty pun tak berapa ramai lagi. Mmg tercangak cangak jugak. Tp muka mesti kompiden. Smpai ada orang dari kementerian lain plak yg tanya aku, skrg dia patut pergi mana. Aku pun memandai je kata pergi cari bilik sekreteriat ikut kementerian. Kihkihkih. Tu ah..muka kena kompiden..

Biasanya bilik sekteriat ni dah ada la urusetia dari kementerian memasing. Share la dengan 2,3 kementerian lain. Lps tu urusetia akan bagi kupon makan utk hari tu. Dpt la RM20. Utk makan di cafe nanti.

Aku bertugas masa Dewan Negara.
Kata orang, yg bes masa Dewan Rakyat. Agak kecoh2 sket kan.
Dewan Negara ni smoothly running ja.
Sesi soal jawab.
Pastu ada pembentangan rang undang-undang.
Pastu kami yg bertugas ni buat la laporan.

Begitu lah.
Walau pun sesi aku kena tu abis jam 8.00 mlm, tp oke lah. Pengalaman baru kot. Dan dapat kawan baru lagi. Hai Farah.. Cea.. macam kan dia baca blog aku.. kihkihkih :>

p/s : gambar takde. Segan kot nak amik2 gmbr sgt. Kang cam jakun sgt plak. Kihkihkih

Monday, October 14, 2013

Surat Pekeliling : Pemakaian Suit Pants Bagi Pegawai Awam Wanita Semasa Bekerja


JPA baru keluarkan last Friday.
Dulu pegawai awam tak boleh pakai slack.
Sekarang dah dibenarkan.

Tapi, bagi Pihak Berkuasa Berkanun cam weolz ni, pemakaian adalah tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa.
Jadi, tggu ya smpai di 'wartakan'.

Contoh suit yang dibenarkan



Nampak la ala-ala korporat sket kan. Hihik. Lps ni kalau bertugas parlimen pun smart sket kan. Hihi
Tapi, saiz 'comel' cam aku nih kan payah la nak carik slack ready made. Satu hal pula nak ber tempah bagai.

Tak mengapa lah, pakai skirt (labuh) lagi bes kot.
Hihi.

************
Tapi sebenarnya, mmg sebelum ni aku nak carik blazer ala jacket. Kira cam aku takmo la pakai blazer sbb nampak cam poyo formal sgt kan. Nak carik jacket. Pakai ngan skirt labuh/kain itam. Kat dalam kalau pakai kemeja lengan pendek pun oke. Contoh camni
Lawa. Mana nak carik nih.

Ni nampak cam blazer sket

Ni lawa. Suka!

Ni comel. Tpi tak tutup punggung plak.

Thursday, July 25, 2013

Promosi Kraf Aidilfitri 2013 : Kompleks Kraf KL

Upsss... ai lupa nak promote plak.

Promosi datang lagiii...
Ha. Baru je abis Promosi Kerja Kahwin kan. Dah ada Promosi Kraf Aidilfitri.
Meh la uols datang.
Cuci cuci mata.
Cuci cuci poket.

Kuih raya, baju raya, tudung raya, brooch raya semua pun ada.

Aiols??
1st day lagi dah rembat... tu lah masalahnya.... mmg masalah kan.

Shawl dari Khaylaa Couture.
Dia ni meniaga kat FB. Tp dia amik booth kali ni masa promosi.

Shawl yg bila 'diadun' jadi begini


Nampak cam dua lapis, tp selapis je. Sweet kan??
Smlm member datang, dia pun beli sehelai. Kaler pink cam atas ni gak.

Tapi tu lah, aku ni macam takde kaler lain.
Lagi lagi pink. Pink lagi lagi.
Sebenar nak match ngan baju raya ai lah.
Walo ai dah beli tudung che fareeda dah (yg dah pakai pun..pftt... tak sesabo nak tggu raya kan)
Kalo suka, buleh la tgk kat FB. Search je Khaylaa Couture.
Senang je pun cara pakai dia.

Lagi,
Ada ter minat sepasang baju kurung pahang plak.
Plain. Dan cotton.
Tapi tu nanti dah pakai lah kasik jaja di sini ya.
Tu kena carik tudung gak tu. Shawl seploh ringgit udah ler yer.. Huhu.

Oke lah. Takde buat apa ujung2 minggu ni, jemputlah datang.
Sehingga 3 Ogos. 10 pagi - 10 malam.
Jangan risau tak selesa sbb semua ruang jualan adalah berhawa dingin.
Kuikuikui. Baek punya promote kan :P

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2013 [Pekeliling]

Pekeliling Penuh : http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp072013.pdf

Akhirnya.... segala pun terjawab yea. 
Kemain sedari awal puasa lagi semua duk tertanya tanya.
Sampai sokkaba tahun lepas pun jadi mangsa.
Pastu org duk fwd plak pasal bonus yg dapat sempena bulan puasa. Bonus dari Allah katanya. Mungkin nak menyedarkan orang yg sesebuk pasal bonus 'duit' ni. Haha.
Tu pun, jgn duk sebar je... amik iktibar juga.
Entah dpt entah tidak kan.
Nak nak bila nak menghampiri 10 mlm terakhir nih.
Kalo duk sibuk tido.. apa pun takdo lah... (aku bercakap hal aku ya... bukan orang lain.. sbb lately ni asik nak tido je.. haih.. aptb..!! Geram btul)

Eh. Dah la. Nak tempek pekeliling ni je.
Lain plak kuar ceritanya.

Oke lah uols. Jimat cermat lah yer dgn bantuan khas tu.
Apa pun syukur dengan rezeki ini. Jgn pulak biasa popia seketul 50sen, kuih seketul 40sen, petang ni dah naik seposen lagi. Kami dpt 500 je kot. Bukan 5000. Tp sokkaba, berita semua pukui canang macam kan dapat 5000 (T____T) Orang lain dapat berbulan bulan bonus... senyap sunyi je... *bunyi cengkerik*

Tuesday, June 18, 2013

Edisi Promosi Kerja Kahwin 2013

Esok start.
Sapa nak carik2 barang kahwin ke butik2 ke apa ke, boleh la dtg.
Selain tu jualan2 kraf lelain pun ada jugak. Batik2 pun pasti la pun ada.
Aku pun tak tahu berapa ramai usahawan masuk, tema apa seme sbb aku masih ber M.C
Selamat la tk jadi usherette masa perasmian. Haha. Tp dengarnya hanya Press Conf je pun.

Boleh klik sini lah utk tahu detail - Promosi Kerja Kahwin

Friday, April 26, 2013

Edisi Jumaat Kelam Kabut Dan Rezeki

Assalamualaikum.
Sunyi plak. Bkn mandom. Bukan merajuk. Bukan berhati lara.
Kelam kabut sket hari ni.


Dari pagi. Bangun seawal jam 5.30pagi. Apa bikin??
Haha.

Siap masa myDH kejut tu dia kata "eh..awak da bagi manifesto kat bebudak ofis kan awak nak bawak makanan"
Aku jawab (dalam mamai2 tu pun buleh) "Nanti manifesto tak jadi janji ditepati, tapi janji dicapati plak kan" Hahaha.

Oke, bangun. Basuh2 muka.
Kiub2 kan segala yg perlu dikiubkan.
Mula memasak.
Ala, aku janji nak bawak spegeti je ke bebudak aku.
Kena janji, kut tak...mmg aku malas je. Haha.


Dah tu, agak lewat pula keluar. Dgn harapan mungkin kalau terlewat pun seminit dua cuma.
Skali kau. Jalan Tun Razak cam hazabbbb hari ni.

Bukak twitter nak tau - oke. Ada xciden rupanya. Dia tulis dpn RHB dkt tunnel.
Tapi ada yg kata dkt Prince Court. Tak kesah lah. Memana lah.
Yang nyata tepat2 jam 8.24 waktu kat menara Maxis KLCC tu - aku baru ada kat trafic lite tu.
Lebih sejam hoke. Sabo neh..berbanyak la sabo.

Sampai2 adik2 aku dah bekpas. Aku da msg salah sorang, rupanya dia tak pasan msg aku.
Ah. Aku tak kira. Byk ni aku masak. Kena habiskan juga.
Tapi aku dah kata ke derang, nak makan, makan..taknak makan takpe. Boleh bawak balik. Haha.


Tapi hari ni mmg rezeki sungguh lah.
Lunch pun ada orang belanja jugak. Org2 yg dapat APC dept aku. Derang blnja nasik berlauk lah. Penuh dah perut aku. Aku makan ini je.


Pastu sebelum tu, myDH kasik aku kek. Tak kirim pun. Agaknya ada la tu dia beli kek sesapa. Kalo dia pegi kedai kek tu mmg dia akan belikan sbb dia tau aku suka kek tu. Kek apa tah nama dia. Bawah dia ada oreo. Mmg sedap.dap.dap. Tp tak bule nak sumbat dh. Petang2 lah. Atau pun bawak balik makan sesama. Ewah...

Pastu lagi, member opis,yg juga ex-osmet, bagi lagi pulut kuning.

Niat katanya. Anak dia dah sihat sepenuhnya. Dulu anak dia cam ada masalah kesihatan sket.
Oh. 

Aku tak makan pun lagi. Bawak balik rumah bole kut. Sbb dia asing kan lauk dia tu. Oke kut.

Jadi, byknya makanan ini hari.
Mekasih ya semua.
Murah rezki semua..

Thursday, April 18, 2013

Paperless ke Papermore?

Sebok. Sebok.
Bz. Bz.

Sapa kata zaman skrg paperless?
Terutama kalo tgh bergelumang dengan paperwork.
Mmg paper-more la jadiknya.
Penuh meja. Mujo aku tak tertimbus dlm paper tu ja.

Oke lah. Takleh nak ber sosial sgt.
Esuk cuti.
Jadi, kena settle kan segala urusan sblm bercuti.
Cewah. Cam cuti lama nau.
Ini bkn nak gi cuti cuti cinta ke apa ni.
Ada urusan sket di Damansara. Then terus lajak balik kg.

Kasut phua chu kang pink tak dpt lagi neh..... (T___T)

Monday, April 8, 2013

Edisi Taklimat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013

Hai uols.
Monday blues?
No..no.. takmo..takmo..
Kiter tak berapa nak blues sgt la.
Sbb tadi kiter gi Putrajaya.

Ada taklimat ngan JPA. Pasal Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013.
Tahu pekeliling apa? Sila gugel.
Huhu.
Oke lah. Tu pekeliling gaji maksimum minumum yg PM announce masa MAPPA tu ari.
So, JPA nak bagi taklimat lah.

Itu yg max - min punya cerita.
Tapi yg kita tggu2 harus la yg Julai tu kan.
Itu masih belum keluar pekeliling.
Tapi secara 'rough' nya begini lah.

Ari tu ada yg kata 'diawalkan tu maksudnya tahun depan (2014) tak dpt dah ke KGT?'

Jawapannya - tetap ada. Kira cam gaji kita utk next year dgn KGT baru lah.


Jadi, sila ber sabo tggu pekeliling KGT Julai tu yer.
Apa apa hal, my PGT is April. Bulan ni uols. Hikhik. Ada sesapa nak suh kiter open table?
Meh la.. hihik. Kiter mmg suka je nak open2 table belanja orang nih. Hiksss :>
Pastu bulan Julai dpt lagi sekali khen.
Hikhik.
Plat KL sudah WYF hari ni. (Eh! Apa kaitan. Hikhikhikkkfffttt)

Kena mengundi la napak gayanya ni yer. Haha.
Dan.
Undi adalah rehsia...
(dah pakai dakwat kekal kan... kang dtg ofis org tahu plak kalo tak ngundi. Adeh. Nak suh org tu pkaikan cam pakai inai tu lah. Bolehhh???)

p/s : Jumpa kawan yg sama kelas masa buat degree dulu. Hampir2 lupa dah nama dia. Kira oke lah. Kami di bidang yg sama. Pastu dia pun kat badan berkanun jugak. Senang nak mintak tolong apa2. Cam rakan aku sorang kat LKIM tu. Apa2 hal mmg aku refer n mintak tolong dia ja. Sbb sama kiterang nyer perkhidmatan badan berkanun. Kan Shah kan??? Hiksss :)

Wednesday, April 3, 2013

Edisi Groom For Success

Bes kan kalo dapat pegi.
Tapi fee dia cam nak pengsan. RM900.
Ofis nak hantar?
Haha.
Takde kena mengena.
Takkan dapat punya.

Dapat kat emel ofis nih.
Tgk dia nyer detail ni mmg bes.
Tak penah gi course yg utk groom groom ni.

Monday, March 4, 2013

Edisi HKK 2013 : Instagram #2

Nampaknya kena gak buat disclaimer walo kat atas tu terang2 dah tulis HKK 2013.
Oke, aku tak marahkan korang. Mungkin ada yg tak tahu apa kah jadahnya HKK tu kan.
Takpe. Aku rajin nak repeat lagi buat kesekian kalinya.
Dan acapkali juga tiap kalo aku post berkaitan HKK. Aku akan buat disclaimer.
HKK itu adalah Hari Kraf Kebangsaan. Yang sedang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Yang terletak di Jalan Conlay. Sehingga 11 Mac 2013. 
Nak citer panjang, aku tak larat. Tolong la rajin2 klik link ini : HKK 2013.
Kalo nak detail info, baru tanya.
Tapi, jgn la bila aku dah cerita yg seme gmbr ni dari HKK, tp ada yg tanya lagi, "beli kat mana tu, dapat mana tu, dsbnya"
Boleh gitu. Deal ya. Deal. Good.

Oke, ni gmbr2 instagram seterus. Sekitar HKK. Takde kat memana. Hanya di HKK. HKK. HKK. (3x dah aku berzikir ni... harap dimaklumkan yer sekalian yg membaca)

Persediaan untuk majlis perasmian. 3 ribu goodie bag
disediakan. Oh. Kelihatan adik ku yg berdedikasi.
Tak sesia ai bagi tinggi markah utk LNPT :)

Mar dtg bawak Deeja ari Sabtu.
Dia nak beli batik. Awal dah smpai. Tp dia tggu aku
abis rehearsal. Kejap je dia beli. Zass zass.. siap!
Hihi. Harap puas ati dengan rega batik RM330 utk
2 pasang crepe tu ya :)

Majlis perasmian. 4 Mac 2013.
By Permaisuri Agung.
Bertugas sbg petugas sambutan & protokol.
Debo oii buat menda ni. Risau sehingga lah tamat majlis.
Ye lah, nati kut ada yg tak dpt makan ke, tak dpt beg ke.
Risau! Tp semuanya goes well.
Alhamdulillah.

Nasi tumpang n wajik.
Dpt masa hari perasmian. Tak penah makan nasi
tumpang ni, tp aku terus kata aku tak suka. 
Jadi, sbb org dah bagi, aku try lah. Wajik tu mmg aku
suka. Lagi plak dia buat dgn gula enau. Sedap.
Entah. Cam mengimbau kenangan waktu kecil je 
makan wajik ni.

Wall of fame HKK2013.
Haha.
Sebahagian dari petugas sambutan & protokol.
Yg pakai pink tu mmg org kraf lah. Yg grey tu
dari KPKK. Minta bantuan meke juga :)

Jadi, itulah. Kali ni takde gmbr2 produk kan. Kalo ada yg bes nati, ai update lagi yaw.
Lenguh kaki dah.
Nak rest kan kejap kaki nih.
Bai!

update : Ada yg kata masuk kena bayar ke tak? Rasanya takde mana2 pameran dan jualan anjuran kerajaan yang mengenakan bayaran. Kraftangan Malaysia adalah sepenuhnya kerajaan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Kerajaan ya. Cumanya kami ni badan berkanun persekutuan. Tp tetap kerajaan. Jadi, begitu jugalah HKK ni. PERCUMA. Parking pun PERCUMA. Siap ada disediakan pengangkutan terus ke kawasan pameran. PERCUMA jugak. Shuttle (van) dari LRT Ampang Park pun PERCUMA. Yg kena bayar bila nak membeli dari usahawan2 tu. Kalo seme nak pree, tokei mas pun bule bankrap...
Takkk.... acik tak marah lah... acik cakap ja.. walo sebenarnya, dlm iklan, dalam laman web, dlm banner dan apa sajalah yg tunjuk pasal HKK ni dah tulis 'masuk percuma'. Takpe... saya akan tulis ni juga byk2 kali. 

Tuesday, February 26, 2013

Edisi Outstation 2013 : Sarawak

Memacam citer tertangguh. Hai. Dgn sakit perut. Hangin pulak kan. Nak citer apa dulu ni. Citer outstation Swak ke citer celebration besday myDH?
Takpe. Kita citer hok Swak dulu ya.

Hohohoiii... Ini bukan gi jalan2 ya. Ini gi atas urusan kerja. Tp sempat la gak beli2 menda yg wajib di beli kalo gi Sarawak kan. Apa lagi, harus la kek lapis and ikan terubuk. Jangan kata gambir Sarawak plak. Ups! Hahahaiii...
Pelik tgk kad tu  kena sumbat camtu ja. Buleh???
Pegi ari Selasa petang-19.2.2013. Flight nya jam 3pm camtu (KLIA). Smpai dlm kul 5pm. Org cawangan amik lah. Lalu terus ke hotel. Kami stay kat Riverside Majestic Hotel. Bes gak la. Dulu aku pegi tah mana duduk. Holiday Inn ke apa tah. Cam dah takde je dah hotel tu. Oke lah kan. Cawangan yg booking kan. Tp bilik bes la. Besar pun. Pulak tu cermin yg boleh napak pemandangan ada 2 side. Satu side napak sungai Sarawak (eh. ye ke?), satu side lagi napak Kucing anak beranak kat bulatan tu. Huhu.

Yang bagus siap ada jadual waktu solat. Good.
Ada sejadah jugak. Iron pun ada. Bagus.

Gmbr yang diwar-warkan di Instagram. Poyo ah!
Jadi, smpai je, aku trus google tpt makan. Jadinya pegi la ke seberang sungai utk ke food court belah sana. Haha. Tak memasal naik sampan plak kan. Tp oke lah. Dulu aku pegi tak naik pun. 50sen sorang. Yg si adik aku ni dah risau2 takut bot dah takde. Huhu. Aku pun tatau smpai kul brapa operasi dia. Tp dlm kul 7 lebih tu aku percaya ada lagi. Nak makan pun tatau nak makan apa. Igt nak makan laksa Sarawak tapi kang cam lapau plak tak makan nasik. So, nyer order nasik goreng. Kureng. Tp dah rezeki. Makan je. Tu pun tak abis. Tak plan pun nak beli kek lapis ke apa time tu.

Esuknya terus ke office cawangan la. Ada interview sebenarnya kat sana. Sbb nak carik utk jawatan pemandu, so pengurusan decide buat kat sana je instead of calon kena turun sini kan. Calon pun tak ramai. Panggil 10, datang 7. So, dlm kul 12 camtu dah abis. Maka, terus la gi jalan2 carik buah tangan. Huhu.

Memula derang bawak gi beli kek lapis. Gi kat Kek Lapis Dayang Salha. Tpt dia rupanya dpn ngan tpt kiterang makan malam tu. Tak byk pun aku beli. Utk ofis, pastu ada la bagi kat kak ipar sket. Kang bebyk bukan abis pun kat umah tu. Pastu derang bawak gi Pasar Satok. Haaa.... ni pasar baru. Tpt lama tu dah takde dah. Ni pun baru bukak Januari tu ari. Kira kami antara yg terawal lah. Ceh! Haha. Sini pun tak byk aku beli since, yg bawak tu bawak ke kedai yg biasa derang pegi, jadi dapat la murah2. Tu pun aku beli 20 inggit ja. Cam biasa, derang siap seal trus dlm kotak. Yg kek lapis pun siap seal trus. Mudah. Kalo kat sini cam jeruk Penang, kopok leko Tganu buat camtu kan senang nak usung. Tu hari masa gi Ganu senget2 bahu aku ngusung kopok leko. Huhu.
Lps tu aku suggest nak makan ayam penyet. Mula derang nak bawak ke Raja Ayam Penyet ke apa ke namanya. Tp tgk2 tutup lak kedai tu. Maka, makan kat restoran ni ja. Tp oke lah. Sambal dia sedap. Pasaipa taknak makan laksa Swak. Entah. Rasa nak makan nasik plak. Huhu. Atas flight, tak amik nasik lah.


Lps tu trus gi airport. Lepak situ walopun flight nyer kul 5.45 pun. Silap, sepatutnya buleh mintak derang bawak ke tpt2 jual souvenir ke apa ke kan. Awal dah smpai airport. Dlm kul 2 lebih dah check in. Tp ingat tak lama la. Skali flight delay. Wargh...! Jarang aku delay kalo naik MAS ni. Udah la masa check imigresen tu aku kena punggah barang dlm hbeg aku. Apakah? Dia kata ada bunyik. Tp tak dapat detect apa dia. Ek eh. Bukankah beg tu dah masuk dlm tpt scanner tu. Harus dia tahu apa yg menyebabkan menda tu bunyi. Kut ada pisau ke apa ke. Tp mmg takde woi. Abis aku kuarkan segala menda. Menyusahkan btul lah. Tak pepenah kena camtu. Ada napak muka penjenayah ke hapa? Tp dah tugas dia kan. Nak buat cemana. Tp yg menyampah tu, buleh semua2 imigresen tu duk keliling aku. Padan la muka terpijak kaki dia ngan kasut aku yg tebal tu. Muahahaha... sebuk lagi kan. Aku pun tatau apa yg bunyi tu. Mungkin tin gegula Extra tu kut. Entah. Tu aku bawak smpai HK retu pun takde masalah. Tahpehapatah!

Akibatnya, dok geram2 beg kena tonggang, aku merayau2 lalu terbeli ini. Hohohoiii... Memang tak memasal nih. Tp aku sker. Bau dia cam bau buah2, sport2 sket. Aku mmg kureng perfume hok bau bunga2 ke, vanila ke, bau feminin sgt tu. Tu sbb yg dpt free dari Intrend tu ari aku tak pakai pun. Nak ku lanting kan je lah ke sapa2 tu nati. FOC ja. Takde de nak jual2 de. Baru skali je aku rasa aku sembur.

Flight delay. 6.15 baru naik. Dan kesudahannya, kul 8.20 baru touch down. Oke lah tu. Kalo lagi lambat lagi pitam. Dan mujo driver yg tunggu pun tak kesah orang nya. Mmg kiterang booking keta ofis dah. MyDH tggu kat ofis ja.

Jadi begitu lah. Cerita ceriti outstation pertama utk tahun 2013 nih. Ada lagi ke outstation. Duk HR kureng sket kan o.s nih. Lain la unit lama aku dulu kan.