Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Friday, November 29, 2013

Bicara Bersama Ustaz Don


Kali kedua Ustaz Don datang ke ofis kami.
Kali pertama bulan 3 tu hari.
Ni dgn kerjasama Pusat Pungutan Zakat Wilayah. Ye lah, dah nak akhir tahun ni kan. Sapa yg tak potong gaji bulan2 tu, ayuh la kita ke PPZ atau lelain pusat zakat untuk menunaikan zakat pendapatan kita :)
Cemana nak kira boleh tgk web PPZ. Amik kaedah 'tolakan' tu. Nanti dia akan kira kan.


Oraitz. Ustaz Don. Sejam je la dia bagi ceramah. Macam tak cukup.
Tajuknya Hijrah Satu Pengorbanan.

Tapi ustaz cerita pasal solat. Yang aku rasakan pengisiannya amat bagus.
Rupanya banyak lagi 'compang camping' dalam solat ni sebenarnya.
Tapi tu lah ustaz kata, walau kita ni kadang sah ke tak sah solat, Allah itu Maha Pemurah, tetap Dia bagi apa kita minta kan. Hurm.
Rasa cam nak pergi je kem solat yg dianjurkan ni.

Ustaz tanya, bila last baca buku berkaitan solat.
Huhu.
Aku baru beli buku Ensiklopedia Solat masa Pesta Buku tu hari. Tp tu lah. Beli je lah kan. Selak2 jap. Pastu, terbiar sepi. Apa lah nak jadi.
Memula ustaz Don duk atas pentas depan. Dia rasa cam jauh sgt. Mintak nak duk kat 'royal box' tu. Jadi, kami dah jadi depan idung dia ja. Huhu

Lagi gambar ada kat FB Ustaz Don. Oh ya. Ustaz Don kan bawah pengurusan anak syarikat KUIS. So, orang KUIS tu bagitahu kalau FB yang Ustaz Don Daniyal (original), tu bukan Ustaz Don punya. Yang Ustaz Don saja pun bukan jugak. Kalau nak yang betul FB dia - Ustaz Don Daniyal Don Biyajid : Solat & Selawat Tour. Jadi, situ adalah xtvt berkaitan Ustaz Don.

Thursday, November 14, 2013

Coz I'm Not Born To Be A Teacher

Last week ke last 2 week ke salah sorang sahabat menulis status di FB yang katanya ada orang suggest gaji cikgu dibayar half je masa cuti sekolah sebulan nih.
(-_-")

Aku dah cam.. eh, kenapa? Tak pernah langsung aku terpikir camtu kot.
Mungkin la pada orang tu, yg cikgu ni seolah cam Cuti Bergaji Penuh kot masa cuti sekolah tu.
Kalau camtu, dah kita kerja dari jam 8pg hingga 5ptg ni, dan mereka (cikgu) kerja dari jam 7.00pagi lepas tu boleh balik (kalau takde kelas tambahan apa la) sebelum jam 5.00petang, pun tak sama juga dengan jumlah jam kita kerja kan. Kenapa tak suruh potong je gaji derang ikut jam cam kita kerja?


Secara jujur aku pun kadang terselit juga perasaan 'jeles' kat cikgu cikgi ni.
Masakan tidak. Kita yg kerja govt lain nih (aku compare dengan kerja kerajaan je dulu ye), KUP pun kena tggu 15 tahun. Hari tu la baru keluar Pekeliling KUP Time-based 13 tahun. Itu pun utk kump Pelaksana. Kump gred 40 ke atas, mmg tak dapek la den nolong. Tapi cikgu, tak kira gred apa pun, 10 tahun dapat KUP naik gred. Jadi, kawan2 aku yg gred 41, genap 10 tahun dapat gred 44 dah.. best betul! Lps tu ada pulak term 'Guru Cemerlang' yang dapat KUP dalam tempoh 5 tahun sahaja. (sumber : MOE). Betapa beruntung nya cikgu kan.
Itu tak kira insentif bagai2 lagi. Yang cikgu Maths, dapat insentif, cikgu BI dapat.. ni pun dengarnya nak naik lagi insentif.

Tapi, bila aku pikir2 balik... pikir2 balik... pikir2 balik...
Takpe la derang cepat naik pangkat pun.
Takpe la derang dapat insentif bagai bagai pun.
Sebab... I'm not born to be a teacher.

Ye lah. Aku rasa aku tak sanggup nak ulang satu perkara yang sama dari hari pertama bekerja smpai umur 60 tahun kot. Mula dari Januari hingga lah Disember. Tahun lepas dah buat menda tu. Tahun ni buat lagi. Sediakan rekod persediaan mengajar, nak tanda buku, nak buat test, exam bla bla bla. Tu tak kira nak gunting2 kertas, kad manila la apa la utk hias kelas, nak buat latihan sukan (panassss...mmg tak kuasa), nak mesyuarat PIBG lah, nak hari kantin lah dan segala mak neka lagi lah. Kalau sekolah menengah lagi pening. Nak control budak sekarang bukan senang wey... kalau perangai macam comel je..macam comel je tu tak pe lagi. Keluar yg perangai macam macam je..macam macam je..lagi pitam. Akhir tahun ni aku tgk rakan2 aku yang cikgu mengeluh nak key-in apa ke benda ntah secara online tapi system down. Betapa tensionnya kan. Alangkan kita yg nak buat LNPT/SKT guna sistem HRMIS tu pun kita dah malas.. ni kan plak menda yg remeh temeh ni. 


Takyah la suruh aku cuba mengajar ke apa. Sbb nak proof kan bahawa kerja derang ni tak susah. Haha. Takyah suruh. Aku pernah jadi. Memang la tak lama. Setahun je. Tp setahun tu sama je la apa yg cikgu lain buat. Sukan, bawa budak pergi pertandingan pantun, pancaragam, PIBG, mesyuarat panitia. 

Cukup la tu. Nak kata susah senang tu, terpulang pada kita. Sebenarnya minat dan 'born to be' tu kena ada. Aku rasa aku mmg bukan born to be utk jadi cikgu. Jadi, walau aku tak la rasa susah mengajar ni tapi aku rasa aku mmg tak boleh nak jadi cikgu. Aku rasa aku tak sesuai utk kerja yg aku kena hadap menda yg sama setiap tahun. Kalo 10 tahun? 20 tahun?. Nak tunggu pencen?. Pitam! Baik duk dalam pejabat ni weh. Takpe la kena maki ngan orang kata lembap nak naikkan pangkat orang ke apa. Asal seleso membeso kan badan. Kihkihkih (abis... duk melepap je dalam ekon, peluh langsung tak keluar).

Dah la. Biar lah derang bercuti dengan gaji penuh tu. Derang tu nak dapat cuti rehat pun susah. Cuti yang derang panggil Cuti Rehat Khas (CRK) tu pun ada 7 hari setahun. Pulak tu tak boleh di carry forward cam kita ni. Boleh bawa ke Gantian Cuti Rehat (GCR), tp kesian la kot..7 hari je. Cam kita ni boleh bawa ke GCR separuh dari peruntukan Cuti Rehat kita (yang mana2 rata Cuti Rehat adalah start 20-22 hari setahun). Siap boleh juga carry forward next year kalau tak abis cuti rehat tu. Aku pun dari start kerja hingga sekarang mmg simpan utk GCR dalam 10 hari setahun.

Berkenaan Cuti Rehat ni jugak, aku rasa kalau aku jadi cikgu, dalam delima aku nak bercuti sbb aku jenis orang yang tak suka bercuti dalam keadaan crowded nih. Kalau cuti sekolah, hotel crowded, tempat peranginan crowded, nak kena booking seawal mungkin, semua tpt jadi peak-season. Haih. Tak suka..tak suka.. Tapi aku ada je member cikgu, tau2 dah bercuti ke luar negara, waktu tak cuti sekolah. Eh. Senang plak. Mungkin G.Besar/Penyelia dia oke kot. Better la aku kerja sekarang ni. Nak cuti, boleh plan bukan peak-season. Rasa nak gi Cameron Highland ke, pergi je hari weekday. Seleso acik nak kutip stoberi ha.. tgk je kereta berjujut turun ari Ahad tu. Acik rilek je baru nak naik start bercuti. Ko dapat kalau ko cikgu?? Tak dapek la.. dan mungkin kalau jadi cikgu, ada rasa 'tak sampai hati' nak bercuti waktu sepatutnya kita mengajar kan. Responsibility mungkin. Kesian kang ada cikgu kena ganti kelas kita lak kan dan kita amboi..sedapnya bercuti.

Aku tidak menulis ni kerana ada conflict of interest sbb adik beradik aku semua cikgu. Yerp.. mmg dulu parents aku nak sgt aku jadi cikgu supaya kelima lima anak mereka dpt title 'cikgu'. Tpi aku tak rasa aku cenderung ke arah ke-cikgu-an tu. Dah course masa study pun sah sah takde harapan nak jadi cikgu. Ada la gak 2,3 kali amik exam KPLI yang bagai bagai tu (padahal soklan exam PTD lagi senang). Dan mmg aku tak harap sgt pun cikgu tu.. saja... dan akhirnya akur cikgu bukan lah kerjaya ku.

Jadi, bila dipikir pikir, tak perlu lah kita nak jeles menjeles ngan rezeki cikgu ni.
Dia, rezeki dia.
Kita, ada lah rezeki kita.
Bukan kah rezeki tu datang dalam pelbagai bentuk?

p/s : Tahniah utk anak2 yg dpt keputusan cemerlang dalam UPSR. Anak buah acik dapat 3A 2B. Punah harapan acik nak bawak dia g USS (cea..sebenarnya makcik dia ni yg nak sgt pegi USS tu. Huhu. Tp still boleh consider kot. Tggu result PMR abang dia lak).

Thursday, November 7, 2013

Busy : Pasal Kerja dan Bukan Pasal Kerja

Busy!


Dengan borang-borang permohonan jawatan kosong tu hari.

Dengan orang orang call pasal borang tu. Ada yg nak hantar lagi. Ada yg nak suruh cari nama (cop.. suruh carik nama... ada lebih kurang 5k kot borang kami terima..tu pun secara rough tu..bukan exact figure. Tentah lebih)

Dengan orang yg naik KUP (15 tahun pun tak settle lagi dah keluar yang 13 tahun pulak - refer Pekeliling. Sapa kump Pelaksana yang dah cukup 13 tahun tu..get ready je la naik KUP yer.. Tahniah. Huhu)

Itu pasal kerja.
Pasal  bukan kerja.
Sibuk plak nak trade in barang lah. Nak beli itu, nak beli ini.
Lagi, belum buat itinerary yg Pantai Timur trip's tu (musim hujan dah sana..kang ada yg terperangkap kat Ganu kang nih.. Haha). Itu pun mujo course tak jadi. If not..derang nak course sama date aku nak g bercuti tu.

Hai. Pendek kata memacam lah nak kena buat dan kena pikir.
Busy..busy...

p/s : Bagus gak busy busy ni, takde la nak terpikir pasal TTC sangat.. Chill!!

Wednesday, November 6, 2013

Sayangi lah Kerja Anda Kerana

Beribu malah berjuta kot yg nak kan 'tempat' anda tu.

Bila takde kerja nak kerja.
Bila dah bagi kerja. Taknak pulak buat kerja.
Dah smpai kena tindakan tatatertib bagai.
Haih (T_____T)

Bebel. Tu puanstoberi la bebel.
Huhu.

Sejak iklan keluar pada 21 Oktober, hehari kiterang ngadap borang.
Bukan seratus, bukan dua ratus, malah beribu. Tentah belas ribu kot.. (exact figure belum ada sbb masih key-in)

Ini antara minggu pertama. Oke. Masih sekotak.

Ni dah masuk ujung minggu pertama. Terbelahakkk menengoknya. Kita terpaksa la panggil staff dept lain selain HR jugak tolong (OT lewww...ihiks). Kadang2 ada je yg dtg bantu sesambil dah abis waktu ofis hour tu. Bantu bukak sampul cam dak Faizullah kita tu pun dah oke.. hihi.


Seterusnya.. minggu kedua.. minggu last... semakin parah. Bos kiterang pun turut sama bantu (gmbr ngan bos tu kat FB n Instagram je lah. Takyah la jaja sini, kang uols kenal plak bos ai. Ngehhh.. Ihiks).


Hehari 3,4 guni. Paling banyak hari Khamis 31hb tu - 5 guni!
Dan ini hari terakhir.
Kihkihkih.
Elok je tersimpuh di celah timbunan sampul tu kan.
Banyak sampul pos ekspress. Sbb semua takut tak sempat kot.
.Nampaknya, kaya pos Malaysia.
Huhu.

Oke, terima kasih la pada yg memohon.
Dan maaf juga kalau susah nak access web kami. Terkezut web tu tetiba traffic byk sgt. Huhu.
Walau cemana pun, kami cuba bantu sedaya upaya.
Ada yg call, bagitahu problem tu, terus kami emel kan syarat n borang.
Ada jugak reader yg emel terus ke aku, and aku emel kan jugak.
Takde masalah.. boleh saja.

So, sekiranya anda dah hantar, berdoa sajalah terpilih.. dapat panggil interview pun dah seribu satu rahmat kalau tgk cemna banyaknya orang hantar kan...
Tu sbb aku kata - sayangi lah kerja anda.. kerana..kalau anda persia kan.. beratus ribu lagi orang nak tempat tu... 

Kiterang dah start key-in data nih. Nanti aku buat entry cemana plak kategori2 orang mohon nih. Mungkin ada yg kelulusan degree tp mohon jawatan gred R1 or R9 (ni cuma kelayakan sekolah rendah/SRP/PMR sahaja).

Once again, kerja lah bebaik..demi agama, bangsa dan negara.. Peace! :D

Thursday, October 24, 2013

Siapa Kata Kerajaan Je Banyak Kerenah Birokrasi

Asal sebut je birokrasi sure jari menuding - government. Pejabat govt la kononnya paling byk kerenah birokrasi. Ada step sana sini. Lembap. Lambat. Tak efficient.

Oke. Takpe. Aku kerja kerajaan. Aku akui memang ada kerenah birokrasi. Tapi ye lah. Kerajaan kot. Katakan lah in term of expenses. Bukan sesenang camtu nak keluarkan duit kan. Mesti la ada pengesahan sana sini. Oke. Org akan kata, itu takpe lah duit. Bab lain pun lembap. Terpulang. Kadang tu yg mengata tu tak pernah pun berurusan sendiri, asyik dengar 'orang kata la'. Memang lah ada yang lembap, lambat cam kura kura. Tp bukan semua, segelintir. Tp hok yang segelintir tu lah orang akan kata macam kan keseluruhan kerajaan ni lembap ayam. 

Baik. Takpe.

Hari ni aku berkesempatan pergi kedua dua tempat. Government n swasta.

Mulakan dgn swasta. Aku g bank. Tiga hari lepas (Isnin), aku settlekan bayaran kereta aku. Lps tu, orang kaunter tu kata
'cik boleh dtg lagi 3 hari utk amik statement e-batal. Nanti bawa e-batal tu beserta geran kereta ke JPJ utk pembatalan hakmilik' 
Maknanya hakmilik bank dalam geran kita akan di batalkan. Oke lah. Aku tanya hari Rabu ke? Dia kata better hari Khamis. 
Jadi, pagi tadi masuk lah lewat ke ofis. Sbb alang2 nak pergi amik tu, aku boleh buat lesen memandu yang baru. Dan juga ke Pejabat Hal Ehwal Veteran ATM (uruskan kad pesara arwah ayah aku).
Bank ni kul 9.15 buka. Kami park kereta di Maju Junction sbb JPJ n Pejabat Veteran pun kat situ. Senang lah kan. Tak jauh pun dari bank tu. Memula ingat nak buat IC skali kat situ. Rupanya dah tutup JPN situ. Bila dia tutup eh? Haha. 

Oke, takpe lah. Terus ke Pejabat Veteran. Masih awal orang pun takde. Kat sini aku nak tanya pasaipa kad pesara tak smpai kat rumah (kampung) lagi. Padahal dah mintak masa bulan puasa tu ari. Tup2 dia kata dah hantar. Tak smpai lah kot (oke. Napak cam kerenah birokrasi kan). Tapi, dia print balik kad tu. Dan dapat lah. Dalam 15 minit settle. Lega di situ.

So, kami ke bank tu plak. Nak amik e-batal sebagaimana yg dikatakan. Jalan kaki saja. Naik jejambat tu. Jauh tak jauh, tp cam nak peluh tiak gak lah. Pepagi. Kira exercise la kan.
Sampai je terus g kaunter 7 sbb orang tu kata takyah amik nombor, terus gi kaunter 7. Cakap nak e-batal. Orang tu pun check2... bagi kat officer dia (kot). Skali orang tu kata 
'siapa suruh cik datang eh? Tak siap lagi ni e-batal nih'
Damn! (cea.. dah pandai cakap damn uolzzz). 
'Selalunya saya akan call kalau orang nak amik e-batal nih'

Aduhai. Bersabar je lah wahai hati. Tu hari masa buat full payment tkde plak budak kaunter tu bagitahu cam itu. Dok kata 3 hari, 3 hari. 
Jadi, aku tanya 'biasa berapa hari. Sebulan lah yea' (senang.. ckp je sebulan, takde la kita cam orang gile nak pegi balik pegi balik)
'Tak.. 3 hari ke seminggu. Kita akan call'
Aku pun bagi no talipon. Tiga nombor skali aku bagi. 

Sapa kata kerajaan je selalu buat orang camtu. Takde la nak minta maaf ke apa pun. Kalau kerajaan oke lah sbb berkhidmat utk rakyat kan. Ini, kita bayar perkhidmatan dia. Interest dia makan dari duit kita berapa banyak dah. Selalu cakap penjawat awam ni gaji dari duit rakyat yang bayar cukai. Kononnya lah kan. Padahal kalau bank tu pun bukan gaji dari duit pelanggan? Dah makan duit kita, nak minta maaf pun susah ke? Jadi, balik lah kami dengan kehampaan. Berjalan lah balik sampai peluh tiak. Oke la kami mmg area2 situ. Kalau datang dari jauh? Bongok betul. 

Lepas ni lantak kau lah. Kau call, nun tahun depan baru aku amik. Apa menda e-batal tu aku pun tak tahu. Tpi dia kata ada kena mengena dgn JPJ. Aku suspect, dia tak key-in lagi permohonan aku tu. Lagi satu yg aku rasa bengap sgt tu, dia boleh tanya, cik bayar kat mana tu ari? Hai.. kata canggih sangat swasta ni kan. Takkan la bila dia tgk detail aku tu kat system dia, dia tak boleh tahu aku bayar kat mana.

Oh. Selama ni kerajaan je lah yg lembap. Kerajaan je la yg asik suruh orang balik bila dokumen tak siap. Aku risau satu je ni kang. Buat la dia tak update, tak pepasal aku kena bayar lagi plak bulan ni. Nak lagi bes, tetiba ada interest plak ni. Sbb statement tak keluar.

Aku pernah buat full payment utk PTPTN. Dia keluarkan statement sementara yang mengatakan kita dah habis bayar. Nanti baru keluar surat katanya. Yang official punya. 

Cam bank ni, takde pun. Mmg aku risau btul lah. Siap nak tunggu seminggu. Tu pun kalau yer. Kalau tak yer. Tahun depan kot. 

Dah tak dpt e-batal tu, kami pun balik lah. Buat IC. Singgah jap UTC (semua ini dah dgn kebenaran boss yea). Dalam 10minit settle semua. IC boleh diambik dalam masa sejam. Tp kami tak boleh nak tggu. Jadi, ptg nati lah amik. Sbb JPN buka smpai jam 9malam.

Jadi. Kerajaan je lah yang banyak kerenah birokrasi yea?

Monday, October 21, 2013

Jawatan Kosong Kraftangan Malaysia

Agensi di bawah Kementerian Pelancongan & Kebudayaan.
Untuk keterangan lanjut kepada yang berminat, boleh layari laman web kraftangan
Tarikh tutup permohonan : 4 November 2013

p/s : Mungkin agak sukar nak masuk portal kami (Kraftangan) ni lantaran 'traffic congestion'. (tetiba hit plak portal kraf). Maaf atas segala kesulitan. Tp sesiapa yg nak borang dan syarat permohonan, boleh la emel ke saya. Insyaallah..saya akan bantu utk emel kan semula borang dan syarat. 


***********
Pitam nih. Dah la aku ada family trip end of November tu.
Dgn nak buat shortlisted lagi, interview lagi.
Huwaaa.... takut nyaaa cuti tak approved... tapi kalau lepas pun cam tak sedap perut jugak tinggalkan kerja nih. Aduyai....

Thursday, October 17, 2013

Pengalaman Bertugas Di Parlimen

PTD's biasa lah ni kan, jadi pegawai bertugas kat Parlimen. Cam aku ni, yg bukan PTD (aku ni pi tido boleh lah. Haha) bukan selalu lah jadi pegawai bertugas ni. Jadi, terpaksa lah poyo poyo catat pengalaman sini. Maafkan je lah ke-poyo-an hamba ya. (eleh, bertugas Parlimen pun mahu cerita.. kata dek orang lain.)

8.10.2013- mewakili agensi utk turut sama dengan wakil MOTAC. Kira bertugas ni pun dia pick2 je. Aku ni pun 1st time. Org lain ber time time dah kot pergi jadi pegawai bertugas. Atau pun mungkin jadi pegawai perantara peringkat jabatan/agensi.

Tapi bukan mudah sesuka kita nak masuk Parlimen ni kan. Aku pernah sekali, masa tu baru beli kereta, dan konon nak jalan2 waktu malam lah. Sekali termasuk lorong ke Parlimen ni ha. Kan lorong Parlimen ni hanya utk ke Parlimen. Manade jalan ke tpt lain. Ha, engkau..siap guard tu dah angkat senapang dah. Haha. Sudah la malam. Pastu, dia nampak budak perempuan dan kawan2..jadi dia bagi je lah U-turn. Bikin malu saja. Mengong.

Dah kena bertugas ni, mari lah kita pergi dengan kereta ofis je. Booking je lah drive anto jap. Bukan jauh pun. Aku nak drive skrg? Haha. Kalau selagi namanya bukan emergency, aku dah tak kuasa nak pegang stereng. Aku rasa ability aku drive pada masa ini dah drop down. Tggl 35% je kot. Lagi pun bawa kereta kena fikir parking entah mana. Kereta jabatan ni, mudah je dia bagi masuk. Bagi pass jabatan kat post guard, dan dia akan tukarkan dengan pass 'pegawai bertugas'. Masuk parlimen pun cam kat airport jugak. Kena scan beg. Lps tu register dan pergi lah ke bilik sekreteriat. Mmg cam rusa masuk kampung gak lah kejap. Haha. Aku smpai dalam kul 9pg. Awal. Officer yg duty pun tak berapa ramai lagi. Mmg tercangak cangak jugak. Tp muka mesti kompiden. Smpai ada orang dari kementerian lain plak yg tanya aku, skrg dia patut pergi mana. Aku pun memandai je kata pergi cari bilik sekreteriat ikut kementerian. Kihkihkih. Tu ah..muka kena kompiden..

Biasanya bilik sekteriat ni dah ada la urusetia dari kementerian memasing. Share la dengan 2,3 kementerian lain. Lps tu urusetia akan bagi kupon makan utk hari tu. Dpt la RM20. Utk makan di cafe nanti.

Aku bertugas masa Dewan Negara.
Kata orang, yg bes masa Dewan Rakyat. Agak kecoh2 sket kan.
Dewan Negara ni smoothly running ja.
Sesi soal jawab.
Pastu ada pembentangan rang undang-undang.
Pastu kami yg bertugas ni buat la laporan.

Begitu lah.
Walau pun sesi aku kena tu abis jam 8.00 mlm, tp oke lah. Pengalaman baru kot. Dan dapat kawan baru lagi. Hai Farah.. Cea.. macam kan dia baca blog aku.. kihkihkih :>

p/s : gambar takde. Segan kot nak amik2 gmbr sgt. Kang cam jakun sgt plak. Kihkihkih

Thursday, July 25, 2013

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2013 [Pekeliling]

Pekeliling Penuh : http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp072013.pdf

Akhirnya.... segala pun terjawab yea. 
Kemain sedari awal puasa lagi semua duk tertanya tanya.
Sampai sokkaba tahun lepas pun jadi mangsa.
Pastu org duk fwd plak pasal bonus yg dapat sempena bulan puasa. Bonus dari Allah katanya. Mungkin nak menyedarkan orang yg sesebuk pasal bonus 'duit' ni. Haha.
Tu pun, jgn duk sebar je... amik iktibar juga.
Entah dpt entah tidak kan.
Nak nak bila nak menghampiri 10 mlm terakhir nih.
Kalo duk sibuk tido.. apa pun takdo lah... (aku bercakap hal aku ya... bukan orang lain.. sbb lately ni asik nak tido je.. haih.. aptb..!! Geram btul)

Eh. Dah la. Nak tempek pekeliling ni je.
Lain plak kuar ceritanya.

Oke lah uols. Jimat cermat lah yer dgn bantuan khas tu.
Apa pun syukur dengan rezeki ini. Jgn pulak biasa popia seketul 50sen, kuih seketul 40sen, petang ni dah naik seposen lagi. Kami dpt 500 je kot. Bukan 5000. Tp sokkaba, berita semua pukui canang macam kan dapat 5000 (T____T) Orang lain dapat berbulan bulan bonus... senyap sunyi je... *bunyi cengkerik*

Friday, July 12, 2013

Peraturan Baru Pinjaman Dari BNM

Blur la nak update entry apa. 
Dari itu meh la ai tepek keratan akhbar. Last week lagi citer ni kan. Oleh kerana aku terlibat dalam membuat pengesahan majikan sblm orang nak buat loan (personal loan), maka secara tak langsung adalah jugak kena mengena kan.
Bagus la jugak tu. 10 tahun je. Kawal sket supaya takde la orang bergolok gadai.
Penjawat awam mmg potential customer utk bank bank ni sbb penjawat awam la yg paling secure. Tp tu lah, bila dah mudah, ada yg amik kesempatan. Memang sebenarnya semua penjawat awam tak boleh buat loan melebihi 60% dari jumlah emolumen, tp kan memacam skg ni. Tpt aku takde la tapi tak boleh la nak citer lelebih sebab PnC. Uhuks. 

Lagi satu, perihal kewangan ni kita tak boleh nak jadi penasihat sbb orang tahu la apa derang nak buat dengan duit derang. Macam katakan ada orang nak beli keta baru ke apa, kita tak boleh la kata ke dia "eh, jgn beli keta lah...keta awak elok lagi kan, kita kena pikir duit tu utk digunakan utk menda yg lebih penting". Jangan la gitu, sesilap orang tu ingat kita ni jeles kat dia sbb dia nak amik keta baru. Lain lah kalau dia nak pinjam duit kat kita nak beli kereta, ha.. tu mmg lah kena nasihat kan jugak. Kalo orang kata nak beli rumah ke kereta ke kebun ke apa ke, lantak dia lah. Sbb kita tak tahu kedudukan kewangan orang tu. Mana lah tahu dia ada harta peninggalan arwah ayah dia. Kebun kelapa sawit berekar ekar, ada simpanan kat ASB, pelaburan2 lain beratus ribu,  masuk saham itu ini, mak pak dia nak bantu dia ke. Kita bukannya kenal sgt latar belakang dia, yg tetiba kita susah hati pulak bila dia kata nak beli kereta baru. Siap nak suh dengar taklimat AKPK bagai kan. Haha. Kelakar. Tahu la dia nak uruskan kewangan dia. As long dia tak susahkan kita, lantak pi ke dia lah. Pelik kan, kadang2 kita ni nasihat orang macam kan tahu kita serba serbi perihal peribadi orang tu. Walhal yg duk serumah dengan dia pun tak tahu berapa simpanan yang orang tu ada. Tahu lah dia nak uruskan duit dia, rumah tangga dia *geleng kepala* - eh, macam ada orang nasihat kat aku camtu jew... upsss...upss...muahahaha.... 

So, sekarang Personal Loan hanya 10 tahun sahaja.
Rumah plak tak lebih 35 tahun (tak silap aku kalo dgn MOF mmg 30 tahun je. Ke sekarang dah 35tahun. Aku pun tak pasti yg tu sbb aku buat dgn MOF 30 tahun. Genap umo aku pencen sok. Huhu. Jauhhhh lagi tu)
kredit : Mstar



Tuesday, July 9, 2013

Edisi Outstation : Kedah [Majlis Persaraan]

Last week punya cerita lah. Hari Khamis. 4 Julai.
Kali ni g Kedah bawak bodyguard.
Boss cam nak suh g sorang. 
Aku kata kang kalo aku pingsan cemna?
Haha. 

Lagipun bawa adiah jugak. Cemna aku nak usung ngan kotak2 hiasan tu.
So, bos suh g ngan klik sorang lagi yg jaga unit latihan.
HR kiterang ni kekurangan jejantan. Hihi. Semua pun wanita2. Unit aku mmg la powerpuff girls kekdahnya. Eh. Sailormoon. Sbb ada 5 orang. Ngeee.

Cam biasa. Daytrip. Fireflyz.
Gi awal pagi. Balik malam.
Pegi mengejar matahari. Balik mengejar bulan.

Dah tu, flight kul 7pm dah abis. Akur je lah balik kul 8.30. 
Mujo tak delay.

Kali ni mmg takde niat nak beli MakBee bagai.
Malas. Hok tahun lepas pun ada lagi dlm peti ais tu.
Pekan Rabu ke Khamis pun malas.
Tak larat.

So, pegi ofis cawangan sana.
Mmg derang siapkan makan tengahari la seme.
Dengan nasik lauk udang saiz XXL, kari ikan, sayur campur. Kek lagi. Buah lagi. Agar2 lagi. 
Fuh. Tanjat perut ai. Lama dah dia tak menerima segala macam makanan tu.
Macam ustazah bagi tazkirah.
Gasakkkk...

Settle seme majlis persaraan bagai, lepak2 jap, ikut driver sana anta bos derang, pastu g minum jap, balik ke airport.
Singgah makan coq udang.
Klik makan laksa.
Aku tgk je lah. Takut lagi nak makan laksa.

Fuh. Outstation pertama selepas laps.
Mmg ada rasa cam perit2 kawasan incision tu.
Tapi, biarlah. Nak manja2 sgt pun tak buleh.
Asal jangan angkat menda berat sudah.

Duduk je pun kan. Ke duduk pun dikira kerja berat. Hihi.

Oh. Hari ni pun outstation lagik.
Tapi bos pegi. Ai follow ja. Perak. Kampung halaman tu. 
Tapi tak singgah la rumah.
Nak balik awal. Nak masak utk sahur. Hihi.

Selamat berpuasa kengkawan!

Thursday, July 4, 2013

Kes Tatatertib [Dan Rumahtangga]



Tgh duk tgk2 buku Kerusi Bersawang. Sbb skang banyak tul kes 'kerusi bersawang' nih. 
Entah la. Tak tahu la bebudak zaman skang ni. Yg muda2, yg kerja belum 5 tahun dah buat perangai. Tak sayang kerja ke wehh..? Kat luar tu beribu menunggu peluang ni, tp kita yg memang dah ada peluang mempersiakan pulak.

Tapi baca kes yg kat atas ni serasa cam tak percaya kan.
Ini antara kes yg menarik perhatian lah. Ada memacam lagi kes. Ada kes tak hadir sbb jarak dari ofis ke rumah 6 jam perjalanannya. Gulp! Biar betul. Itu kira cam dari KL ke Perlis tu. Ke dekat lagi tu. Dia tak mampu nak sewa rumah katanya.

Tapi kes paling glamer adalah kes penyakit misteri. (-_-")

Tapi betul lah tu. Kes ni walo pun sekadar contoh, aku rasa mmg ada terjadi.
Tapi nyer smpai 249 hari tak datang. Cikgu pulak tu. Dkt nak setahun.
Dgn alasan2 sbgaimana representasi dia tu.
Kadang kesian orang camni. Tak tahu la siapa salah siapa betul.
Mungkin ada lack of communication.

Kadang fikir ada jugak bagusnya kursus pra perkahwinan ni.
Byk kali derang tekankan perihal komunikasi. Sbb kalo lack communication ni, mmg rumah tangga boleh berantakan.

Tapi tu lah. Sebagai lelaki sepatut dari awal dia dah perati bini dia.
Tapi kelakar satu ja - konon nak elak bertengkar jadi dia tak hadir ke sekolah. Aduyai nyer pun. Kut yer pun, takkan nak elak bertengkar smpai 249 hari. Agak2 la pun.

Tapi, bila handle perkara berkenaan "modal insan" ni mmg byk perkara yg kita boleh jumpa walau kengkadang serasa tak percaya. Mungkin ini adalah pengalaman yg dapat dijadikan pengajaran.

Bye!

p/s : I is outstation today. Kedah.

Wednesday, May 15, 2013

Bab C : Bab Cuti


kredit : Here
Wah. Tetiba kuar GO - General Order / Perintah Am kan. Huhu. Oke lah, kita berkongsi maklumat ya. Mana yg dah tau, oke lah. Mana yg tak tau kita sharing. Ala, perintah am ni kan, berapa byk yg buka selain dari waktu exam? Kalo kita tak keja HR, mmg tak buka la. Taktau la kut ada org lain yg rajin, takde buku lain nak baca, p baca buku tebal ni kan. Haha.
Oke, reni kita amik sket je cerita Bab C ni. Senang ingat kan, C for Cuti. Dlm tu ada lah memacam jenis cuti. Skang kita citer sket pasal Cuti Sakit je. 

Bab C Perintah-Perintah Am  memperuntukkan :

 s.1 (iii) mentafsir cuti sakit sebagai cuti bergaji penuh yang diberi kerana sebab-sebab perubatan dan dengan pengemukaan Sijil Sakit  dari seorang pegawai perubatan Kerajaan atau lain-lain doktor yang diterima, dan diberi bagi sakit atau kecederaan yang ada harapan untuk sembuh.

Di dalam Bab yang sama diperuntukkan di bawah :

 s.17 (c) adalah menjadi syarat bahawa semua cuti sakit hendaklah dihabiskan di hospital atau di rumah pegawai melainkan jikalau ditetapkan  oleh seseorang pegawai perubatan sebaliknya.

s. 15(a) pula memperuntukkan pada setiap tahun seseorang itu dibenarkan memgambil cuti sakit tidak melebihi 15 hari sebagai pesakit luar hospital atau klinik swasta tanpa sokongan  manakala s.15(b) membenarkan 180 hari setahun sebagai pesakit dalam di hospital atau klinik swasta.

Dan ini perlu dibaca bersama - Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2006
Info :
Pesakit luar : macam yg kita pegi kalo demam, cirit birit tu lah.
Pesakit dalam : Ada kes berat, perlu dirawat di hospital (warded) atau pun disahkan doktor untuk berehat di rumah selama sekian sekian hari.

p/s : Kalau pun tak duk HR, at least kita kena tahu yg basic2 ni. In case, ada HR terlepas pandang, kita leh alert awal2. Gitewww.... 

Thursday, April 18, 2013

Paperless ke Papermore?

Sebok. Sebok.
Bz. Bz.

Sapa kata zaman skrg paperless?
Terutama kalo tgh bergelumang dengan paperwork.
Mmg paper-more la jadiknya.
Penuh meja. Mujo aku tak tertimbus dlm paper tu ja.

Oke lah. Takleh nak ber sosial sgt.
Esuk cuti.
Jadi, kena settle kan segala urusan sblm bercuti.
Cewah. Cam cuti lama nau.
Ini bkn nak gi cuti cuti cinta ke apa ni.
Ada urusan sket di Damansara. Then terus lajak balik kg.

Kasut phua chu kang pink tak dpt lagi neh..... (T___T)

Majlis APC KPKK 2012



Hari ini berlangsungnya Majlis APC bagi warga KPKK.
Tahniah kepada semua penerima ya. Semoga anda semua dpt mengekalkan prestasi dan terus cemerlang dalam kerjaya. 
Cewah!

Poyo sgt pasaipa. 
Hehe.

Saja la.
Sbb anak buah titew pun ada dpt. Kita suka la. Sbb kita antara yg bagi LNPT kat diyew. Hewhew.
Lps tu yg housemate titew pun dpt. Hikhik hewhewhew.
Kira buah hatiw titew lah. Hewhewhew.

Dia kalo gedik mesti ada w belakang diewww.. hiwhiwhiw..

Ah. Nyampah lak rasa tulis camtu.

Cam biasa - buat kat Istana jugak. Istana Budaya. Hihi.
Tahun ni semua penerima dapat insentif Sijil Simpanan Premium RM1,000.00 (Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2012). Bukan cash lagi dah. Fuh, mujo last year masih cash kan. 
Takpe.. biar lah dpt SSP. Mana tau, skali ada cabutan, dpt BMW ko. Muahahha.
Apa pun, ai da terbayang2 handbag nih. Handbag raya. (>.<)

Apa pun, tahniah skali lagi utk kesemua yg dpt.

Monday, April 8, 2013

Edisi Taklimat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013

Hai uols.
Monday blues?
No..no.. takmo..takmo..
Kiter tak berapa nak blues sgt la.
Sbb tadi kiter gi Putrajaya.

Ada taklimat ngan JPA. Pasal Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013.
Tahu pekeliling apa? Sila gugel.
Huhu.
Oke lah. Tu pekeliling gaji maksimum minumum yg PM announce masa MAPPA tu ari.
So, JPA nak bagi taklimat lah.

Itu yg max - min punya cerita.
Tapi yg kita tggu2 harus la yg Julai tu kan.
Itu masih belum keluar pekeliling.
Tapi secara 'rough' nya begini lah.

Ari tu ada yg kata 'diawalkan tu maksudnya tahun depan (2014) tak dpt dah ke KGT?'

Jawapannya - tetap ada. Kira cam gaji kita utk next year dgn KGT baru lah.


Jadi, sila ber sabo tggu pekeliling KGT Julai tu yer.
Apa apa hal, my PGT is April. Bulan ni uols. Hikhik. Ada sesapa nak suh kiter open table?
Meh la.. hihik. Kiter mmg suka je nak open2 table belanja orang nih. Hiksss :>
Pastu bulan Julai dpt lagi sekali khen.
Hikhik.
Plat KL sudah WYF hari ni. (Eh! Apa kaitan. Hikhikhikkkfffttt)

Kena mengundi la napak gayanya ni yer. Haha.
Dan.
Undi adalah rehsia...
(dah pakai dakwat kekal kan... kang dtg ofis org tahu plak kalo tak ngundi. Adeh. Nak suh org tu pkaikan cam pakai inai tu lah. Bolehhh???)

p/s : Jumpa kawan yg sama kelas masa buat degree dulu. Hampir2 lupa dah nama dia. Kira oke lah. Kami di bidang yg sama. Pastu dia pun kat badan berkanun jugak. Senang nak mintak tolong apa2. Cam rakan aku sorang kat LKIM tu. Apa2 hal mmg aku refer n mintak tolong dia ja. Sbb sama kiterang nyer perkhidmatan badan berkanun. Kan Shah kan??? Hiksss :)

Tuesday, March 19, 2013

Busy Crazy

Hai olsss...
Google
Today is extra busy crazy.
Camtu gambar tu lah kalo boleh diandaikan.
Tu pun ada yang nak cakap pasal keja hakiki hakikat bagai kan (T____T)
Byk nak cakap. Byk nak luahkan.
Tapi terbatas.
Laman sosial bukan tpt utk meluahkan semuanya ikut sesedap rasa.
Orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Jadi, pendam.
Balik kang kita citer sesama ngan osmet kita yer.
Itu la untungnya kalo dapat osmet merangkap opismet.
Kurang ke'bintatan' kepala ni.
Baru clear bintat pas jerit2 kat Genting tu hari, tup2 bintat balik.

Takpe lah.
Ingat kata2 yang sentiasa jadi pegangan.
Buat sedaya mampu, bagi lebih tapi jangan sesekali kurang.
Memang memacam di 'humban' kat kita. Takpe. Terima. Hakiki ke hakikat ke tulang belikat ke.
Buat selagi mampu, bagi lebih tapi jangan sesekali kurang.

Sentiasa ingat apa yg dibuat ni kerana Allah. Mencari keredhaan Allah. Insyaallah. Hati pun tenang.

Wednesday, March 13, 2013

Sana Sini KGT

Tetiba seme (penjawat awam lah) bercakap pasal KGT.
Sejak dari pengumuman PM kat MAPPA tu ari lah kan.

Uols harus tahu berapa KGT uols kan?
Tapi kengkadang terlupa jugak. Aku pun cam eh, berapa ah KGT aku ni. 85,100, etc. etc.

Oh. Bagi bukan penjawat awam, kut tak tahu apa la mendalah KGT ni. KGT is stand for Kenaikan Gaji Tahunan.
Kalo sebelum tahun 2012, kita menggunakan sistem tangga gaji. Tp start tahun 2012, kita dah guna gaji minimum and maksimum. Tak clear menda min-max ni? Takpe. Biar unit gaji yg uruskan tu.
Tapi, kena amik tahu lah KGT kita bulan berapa, dan berapa kan.
Kut ada yg tak tahu lagi buleh la tgk pekeliling perkhidmatan bil 1 tahun 2012.
Kat dlm pekeliling tu ada KGT bagi semua skim perkhidmatan.

Tp secara basic, dan contoh2 KGT adalah :
N17 - RM95.00/year
N27 - RM145.00/year
N41 - RM225.00/year

Tu bagi skim N (Pentadbiran dan Sokongan). Skim2 lain buleh tgk kat pekeliling tu.

Jadi, utk yg diumumkan KGT dibayar awal Julai ni, buleh la buat kira2 dari KGT uols tu ya. Huhu.
Kira cam dapat double KGT lah tahun ni.
Secara basic contoh dia camni lah :
Gred N17, TPG bulan April -
Jadi, dia akan dpt kenaikan RM95.00 pada bulan April. Lps tu pada bulan Julai, sekali lagi dpt RM95.00. Kalo TPG bulan Okt - dpt dulu lah KGT pada bulan Julai, then Okt dapat lagi yg betul2 punya KGT mengikut TPG.

Apa pun, yg penting tggu Pekeliling berkaitan perkara ni ya. Jangan buat andaian 'agaknya' 'kut', begitu begini. Kami di HR pun tgh tggu Pekeliling tu. Yg nyata aku kena settle kan hal kenaikan pangkat orang dulu ni sbb takut KUP yg 15 tahun tu ditukar ke 13 tahun. Yg tu masih dlm review tp akan diumumkan thn ni gak. Lagi plak CUEPACS mintak diumumkan masa hari pekerja (Mei). Phew!

Banyak tak banyak la kita dapat. Tapi bersyukur la dari takde kan.
Dulu ada orang tak nak kerja kerajaan ni kerana katanya 'gaji sikit'. Tapi sekarang, pantang iklan, beribu permohonan. Mmg la, dulu aku masuk keja pun basic dalam RM1+++, skrg utk qualification yg sama starting sudah 1500++ camtu lah. Campur elaun segala, 2+++ jadinya. Kenaikan pun banyak. Tu lah. Dulu orang suruh minta kerja kerajaan tak mahu, skrg tanya tanya pula. Mmg tak dapek la den nak nolong nya...

Apa pun, marilah kita mempertingkatkan prestasi kerja kita. Jgn bagi peluang 'org luar' pula kata 'gaji naik, prestasi keja tak naik juga'. Ayuh!


Update : Pekeliling utk gaji maksimum baru (yg utk org dah 'langgar dinding' tu) boleh tgk kat sini :
http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp022013.pdf

Monday, March 11, 2013

Berita dari MAPPA XIII

Huarghh... baru sampai dari MAPPA.
Phew. Mujo tak lama tggu bas. Masa naik bas tu masih ramai lagi ternanti2 bas jabatan derang. Huhu.

Okeh.  Nak tahu apa?
Ada naik gaji ke tak? Elaun rumah naik ke? COLA cemana?
Cea....
Seme orang pun dah tahu ye dok?

Apa pun, tahniah utk anggota PDRM and Tentera.
Naik gred. Bila naik gred naik lah gaji.
Berita : 

Muka ada sinyum lah sbb berkuatkuasa Jan 2013 uols.

Then, ada beberapa skim akan di review. Esp skim gred 1-11.

Bagi yg dah mencapai gaji maksimum - dpt 3 KGT. Kira ada pergerakan semula la pada sapa yg gajinya dah langgar dinding tu.
Berita :

Pegawai kontrak yang tamat kontrak ujung tahun ni pun akan disambung lagi
Berita : 

Seterusnya ada KGT skali lagi pada bulan 7. Ini bermakna tahun ini kita dpt 2 KGT lah. Let's say, KGT saya bulan 4, then nati bulan 7 ada lagi KGT. Sapa yg KGT bulan 7, untung lah terus dpt dabel. Kira cam advance setahun lah KGT kita tu.

Yang kelakar nya bila presiden CUEPACS berucap after PM umumkan semua2 ni. Dia kata minta review jugak la COLA n ITP tu. Hihi. Semua org duk ketawa ja.

Apa pun, kita tggu pekeliling ya.

Secara ringkas, boleh baca kat sini dulu. Kut nak tanya2, boleh la tanya, if saya boleh jawab, saya jawab. Cea..mementang dah duk HR katanyewww...
http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/pm-umum-9-perkara-berita-baik-kenaikan-tahunan-diawal-1.138600

Friday, March 8, 2013

MAPPA XIII Tahun 2013

30 orang yg kena pegi.
Udah duk HR katanya. Mmg kena pegi la.

Ada apa2 good news ke?
Cea..saja buat tanya.

Kita tggu ye...
Sapa kena pegi??
Mari kita berlaga2 pipi di sana.

Haha. Macam la bule jumpa dlm lautan maknusia tu kan....

p/s :
Aku rasa mmg aku kena pegi tenangkan pikiran nih.
Aku dah rasa serabut.
Tak boleh berpikir dengan rasional.
Aku dah rasa give up.
Aku dah rasa aku menyusahkan orang.
Aku dah rasa macam kena duk dlm utan supaya takde jumpa orang.
Susahnya nak hadapi ujian nih. 
Sampai bila nak hadapi.
Ini lah nasib bila ada kekurangan diri.
Mmg buat orang lain susah.
Sedihnya!

Tuesday, February 26, 2013

Edisi Outstation 2013 : Sarawak

Memacam citer tertangguh. Hai. Dgn sakit perut. Hangin pulak kan. Nak citer apa dulu ni. Citer outstation Swak ke citer celebration besday myDH?
Takpe. Kita citer hok Swak dulu ya.

Hohohoiii... Ini bukan gi jalan2 ya. Ini gi atas urusan kerja. Tp sempat la gak beli2 menda yg wajib di beli kalo gi Sarawak kan. Apa lagi, harus la kek lapis and ikan terubuk. Jangan kata gambir Sarawak plak. Ups! Hahahaiii...
Pelik tgk kad tu  kena sumbat camtu ja. Buleh???
Pegi ari Selasa petang-19.2.2013. Flight nya jam 3pm camtu (KLIA). Smpai dlm kul 5pm. Org cawangan amik lah. Lalu terus ke hotel. Kami stay kat Riverside Majestic Hotel. Bes gak la. Dulu aku pegi tah mana duduk. Holiday Inn ke apa tah. Cam dah takde je dah hotel tu. Oke lah kan. Cawangan yg booking kan. Tp bilik bes la. Besar pun. Pulak tu cermin yg boleh napak pemandangan ada 2 side. Satu side napak sungai Sarawak (eh. ye ke?), satu side lagi napak Kucing anak beranak kat bulatan tu. Huhu.

Yang bagus siap ada jadual waktu solat. Good.
Ada sejadah jugak. Iron pun ada. Bagus.

Gmbr yang diwar-warkan di Instagram. Poyo ah!
Jadi, smpai je, aku trus google tpt makan. Jadinya pegi la ke seberang sungai utk ke food court belah sana. Haha. Tak memasal naik sampan plak kan. Tp oke lah. Dulu aku pegi tak naik pun. 50sen sorang. Yg si adik aku ni dah risau2 takut bot dah takde. Huhu. Aku pun tatau smpai kul brapa operasi dia. Tp dlm kul 7 lebih tu aku percaya ada lagi. Nak makan pun tatau nak makan apa. Igt nak makan laksa Sarawak tapi kang cam lapau plak tak makan nasik. So, nyer order nasik goreng. Kureng. Tp dah rezeki. Makan je. Tu pun tak abis. Tak plan pun nak beli kek lapis ke apa time tu.

Esuknya terus ke office cawangan la. Ada interview sebenarnya kat sana. Sbb nak carik utk jawatan pemandu, so pengurusan decide buat kat sana je instead of calon kena turun sini kan. Calon pun tak ramai. Panggil 10, datang 7. So, dlm kul 12 camtu dah abis. Maka, terus la gi jalan2 carik buah tangan. Huhu.

Memula derang bawak gi beli kek lapis. Gi kat Kek Lapis Dayang Salha. Tpt dia rupanya dpn ngan tpt kiterang makan malam tu. Tak byk pun aku beli. Utk ofis, pastu ada la bagi kat kak ipar sket. Kang bebyk bukan abis pun kat umah tu. Pastu derang bawak gi Pasar Satok. Haaa.... ni pasar baru. Tpt lama tu dah takde dah. Ni pun baru bukak Januari tu ari. Kira kami antara yg terawal lah. Ceh! Haha. Sini pun tak byk aku beli since, yg bawak tu bawak ke kedai yg biasa derang pegi, jadi dapat la murah2. Tu pun aku beli 20 inggit ja. Cam biasa, derang siap seal trus dlm kotak. Yg kek lapis pun siap seal trus. Mudah. Kalo kat sini cam jeruk Penang, kopok leko Tganu buat camtu kan senang nak usung. Tu hari masa gi Ganu senget2 bahu aku ngusung kopok leko. Huhu.
Lps tu aku suggest nak makan ayam penyet. Mula derang nak bawak ke Raja Ayam Penyet ke apa ke namanya. Tp tgk2 tutup lak kedai tu. Maka, makan kat restoran ni ja. Tp oke lah. Sambal dia sedap. Pasaipa taknak makan laksa Swak. Entah. Rasa nak makan nasik plak. Huhu. Atas flight, tak amik nasik lah.


Lps tu trus gi airport. Lepak situ walopun flight nyer kul 5.45 pun. Silap, sepatutnya buleh mintak derang bawak ke tpt2 jual souvenir ke apa ke kan. Awal dah smpai airport. Dlm kul 2 lebih dah check in. Tp ingat tak lama la. Skali flight delay. Wargh...! Jarang aku delay kalo naik MAS ni. Udah la masa check imigresen tu aku kena punggah barang dlm hbeg aku. Apakah? Dia kata ada bunyik. Tp tak dapat detect apa dia. Ek eh. Bukankah beg tu dah masuk dlm tpt scanner tu. Harus dia tahu apa yg menyebabkan menda tu bunyi. Kut ada pisau ke apa ke. Tp mmg takde woi. Abis aku kuarkan segala menda. Menyusahkan btul lah. Tak pepenah kena camtu. Ada napak muka penjenayah ke hapa? Tp dah tugas dia kan. Nak buat cemana. Tp yg menyampah tu, buleh semua2 imigresen tu duk keliling aku. Padan la muka terpijak kaki dia ngan kasut aku yg tebal tu. Muahahaha... sebuk lagi kan. Aku pun tatau apa yg bunyi tu. Mungkin tin gegula Extra tu kut. Entah. Tu aku bawak smpai HK retu pun takde masalah. Tahpehapatah!

Akibatnya, dok geram2 beg kena tonggang, aku merayau2 lalu terbeli ini. Hohohoiii... Memang tak memasal nih. Tp aku sker. Bau dia cam bau buah2, sport2 sket. Aku mmg kureng perfume hok bau bunga2 ke, vanila ke, bau feminin sgt tu. Tu sbb yg dpt free dari Intrend tu ari aku tak pakai pun. Nak ku lanting kan je lah ke sapa2 tu nati. FOC ja. Takde de nak jual2 de. Baru skali je aku rasa aku sembur.

Flight delay. 6.15 baru naik. Dan kesudahannya, kul 8.20 baru touch down. Oke lah tu. Kalo lagi lambat lagi pitam. Dan mujo driver yg tunggu pun tak kesah orang nya. Mmg kiterang booking keta ofis dah. MyDH tggu kat ofis ja.

Jadi begitu lah. Cerita ceriti outstation pertama utk tahun 2013 nih. Ada lagi ke outstation. Duk HR kureng sket kan o.s nih. Lain la unit lama aku dulu kan.