Showing posts with label Bagan Lalang. Show all posts
Showing posts with label Bagan Lalang. Show all posts

Wednesday, December 18, 2013

Apa Ada Pada 13.12.13

Hey! Mengada nya lah kan buat tajuk serupa itu.
Tahu lah anniversary kan. Haha. Saja la. Seme orang suka sempena sempena kan. Jadi, aku tumpang gak  sempena itu. 13.12.13. Sempena anniversary ke-5. Cantik kan date? (ah, tetiba tingat Che Ta kawen plak. Pa citaaa??). Ye, baru tahun ke-5. Masih hijau lagi dalam alam rumah tangga. Dan masih couple. Takpe. Aturan Allah itu kan indah :)

Hari kejadian.
Aku cuti. 
Bukan la saja gedik amik sempena anniversary ke apa. Kebetulan mak ada kat rumah. Jadi, mari lah kita cuti. MyDH pun amik cuti gak. 

Mak buat laksa. Yeyyy!

Pagi tu kiterang g JPJ. Settle seme zass balik rumah. Family abang aku sampai. Dia bawak anak2 dia n anak2 buah kak ipar aku dtg rumah. Ramai. Derang nak mandi swimming pool. Sila lah anak-anak. Huhu.

Petang, baru lah let's celebrate. Hihiw.
Celebrate makan makan kat Bagan Lalang sajer.
Pun sebenarnya more to nak bawak mak gi makan sana. 
Sbb dia asyik dengar cerita kami je kan.

Kalau Bagan Lalang, yang itu itu jugak lah pilihan kami.
Pepahat goreng sambal bercili.
Sotong goreng tepong.
Ketam sambal.
Ikan bako.
Kedai Senandung Malam Bagan Lalang

Bagan Lalang

pepahat cili Bagan Lalang

Itu je lah all time feveret kami kalau ke sana. Jadi, takyah la review lagi kan. Yang itu itu jugak kang cerita nya.

Takmo la siakap 3 rasa, 4 rasa ke. Itu kedai tomyam kat sini pun melambak.
Pepahat wajib. Sbb mendalah tu susah nak dpt kat tpt lain. Nak aku masak sendiri memang tak la. Tak reti aku. Reti makan je.

Kedai Senandung Malam lah. Mana lagi. Mula tu kami plan tak cuti - kerja je Jumaat tu, jadi ingat nak call je dulu order makanan semua. Lps tu sbb cuti, jadi oke lah. Dalam kul 5pm sampai sana. Solat dulu kat surau LKIM (mmg acapkali pun kami tumpang solat kat surau LKIM ni. Selesa ) pastu baru g pilih ikan. Bagitahu nak masak apa, bagi deposit, suh dia reserved table dulu. Pastu g beli ikan segar dulu kat pasar situ. Lepak pantai yang panas menghelit. Kul 6.30 baru gi kedai balik. Sampai kedai dah siap. Tak perlu tunggu lama.
Gambar chenoteputih tak sharp sgt lah
Nak jugekkk. Poyos yos yos.
Sebenarnya kalau nak selesa mmg kena datang time orang tak cuti camni. Selalu kami datang on weekend. Orang ramai sesajo. Tapi cam tak meriah plak rasanya. Kedai seaview tu cam tutup ja. 

Lps tu kami fikir, if next time nak dtg, dari ofis petang Jumaat pun oke kot. Orang tak ramai. Sampai pun elok2 waktu makan. Tapi, on d way nak balik tu, tgk laluan kat area pekan Sepang ke pekan Salak Tinggi tu, jammed hoi. Byk tul kereta. Derang balik kampung kot kan. 
Memang takkan la nak pergi petang Jumaat lepas balik ofis. Kang ada yg kul 9 baru smpai. Huhu.

Jadi, ini lah yang ada pada 13.12.13. Bersama family lah kiranya. Sbb mak ada, abang aku pun ada kat rumah. Gitew. Simple ja. Takde candle lite dinner bagai. Hikhik.

Oh. Sempena ulangtahun ke-5 ni, doa ku semoga hubungan halal kami ini diberkati Allah, dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT. Kekal bahagia hingga ke syurga. InsyaAllah. Ku mohon juga agar kami semakin redha, tabah dan sabar dengan segala ujian yang diberikan. Ajari lah kami untuk yakin yang ujian ini ada manis akhirnya nanti. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa terbaik untuk hamba-Mu.

Tuesday, October 8, 2013

Makan Pepahat Di Bagan Lalang

seafood, sea, bagan lalang

Edisi melepaskan hajat.
Lama giler dah plan nak pegi. Tp asik tak terpegi.
Dari sebelum operation, membawa sebelum puasa, berlalu pula selepas hari raya. 
Eh. Ini tak boleh jadi.

Jadi, Sabtu lepas. Apa nak jadi. Jadi.
Bukan la nak makan pepahat je.
Nak makan ketam. Sotong. Ikan bakar.

Entah ek.
Bagi aku la. Bagi orang lain, lain la kan.
Bagi aku, aku paling suka seafood kat Bagan Lalang.
Aku dah pergi Melaka. Tpt ketam lembut kat Kuala Gula (ni tak bes.. mahal pulak tu). Kat Jeram. 
Tapi aku lebih prefer kat Bagan Lalang.
Tu aku. Orang lain aku tak tahu. Terpulang. Citarasa memasing.

Biasa, kami ke Senandung Malam.
Pernah skali mencuba RM Serai ke apa ntah.
Ingat nak ke Seaview. Tp ketam macam tak byk.
So, ke Wak Lan Bayu Malam pulak.
Ramai kata sini pun oke.

Jadi, mari cuba.

makan ketam di kedai wak lan bayu malam

Itu lah hidangannya. Oke. Not bad. Sedap seadanya.
Bukan makan berdua ya.. tp dgn anak buah n asben dia.
Tapi, kalo kami berdua pun boleh sajorkk... asal dapat makan ketam, takde hal punya.

Utk hidangan termasuk air sirap limau se jug RM97.00 cuma.
Ikan cencaru bakar bes! Dia buat belah belakang taruk sambal (style aku buat kat rumah selalu, tp aku selalu goreng), lps tu bakar.
Ketam. Sambal cili. Hoih. Penuh cili dia. 
Pepahat sweet sour telur. Sedapppp.... suka!

Nak makan ketam pun, smpai 2 jam perjalanan.
Masa pergi lagi la. Tol Sg Besi tu byk btul kereta. Lorong touch n go jadi bersimpang siur. Suppose lalu kut MEX je patutnya (T____T).

Oh. Tips makan di Bagan Lalang ni, dtg la sebelum jam 7. Pilih lauk. Nak makan terus pun boleh. Nak suh reserved pun boleh. Jadi, dpt makan dengan tenang. Seronok je meratah ketam. Kalau selepas maghrib, mmg ramai. Nak makan pun tak senang. Nak gigit gigit kulit ketam pun payah, sbb ada je org di tetepi meja kita - sbb derang nak cop meja. Huhuhu.

Monday, January 14, 2013

Edisi Makan-Makan Hujung Minggu

Sabtu.
Tetiba teringin plak nak makan seafood.
Last week mmg asik nak makan seafood.
Kisahnya hari Jumaat tu lah. Tgk kat kafe ada ketam masak lemak. Besau. Tp nak amik kang, kena mahal, aku sendiri tak puas ati. 
Dlm hati, baik beli kat pasar, pastu masak je sendiri. Puas pun puas makan. Jimat pun jimat.

Tapi, hari Sabtu tu saja sajes kt MyDH. Nak g Bagan Lalang. Makan seafood. Lagipun lama giler dah kot tak pegi. Last pegi, last year lah. Bulan 1 pun. Mmg setahun dah. Entah. Cam takde masa je nak repeat lagi.  Tp kiterang ada gak makan seafood tpt lain cam kat Alai tu, pastu yg kat Muara K.Selangor tu. Cam kawan aku, bila aku pos gambau ni, dia kata dia selalu pegi. Tak kesah la kan. Aku nak pegi ni pun kena amik kira masa segala. Makan sejam setgh to 2 jam juga nak menyampainya. Well, i nyer pemandu kan berhemah. Kuikuikui :D

Jadi, ini adalah ad-hoc. Rasa nak pegi - jadi - siap2 pas Zohor (walaupun kul 4 juga geraknya) - zupp - terus pegi. 

Smpai dkt kul 6pm. Terus beratur pilih lauk2. Pastu terus makan la. Tu pun dkt kul 7pm gak baru makanan sampai. Biasa ler tu. Nak makan cam gini mmg kena sabar menunggu. Kalo lagi lmbt datang, lagi lama kena tunggu. Sbb tu kalo reramai, aku akan booking dulu. Mean, bukan la booking call. Dtg awal, dlm kul 5 camtu. Pilih2 lauk n bagitau nak makan kul brapa. Nati datang, duduk then sekejap je smpai. Sambil2 tu buleh la jalan2 kat pantai ke. 

Cam biasa - kiterang pilih Senandung Malam jugak. 3rd time being there. Dan orang mmg meramai sungguh kedai ni. Kiterang igt tgh2 bulan, lps orang masuk skolah, tak la ramai. Tp ramai jugakk... Mujo dtg awal. Tapi bila abis makan, jalan2 tgk kedai lain, tak berapa ramai org. Maknanya kedai ni mmg feveret lah.

Aku pun, ini mmg kedai pilihan. Tp kali ni rasanya tak berapa nak kick. Selain incik crab, aku dtg sini nak makan pepahat. Kira feveret juga ni dan bukan senang nak beli kat pasar ke apa. Tatau cemna aku terbuleh suka pepahat ni. Tp masak cili + telur lah. Lelain tak pernah rasa. Retu kat Alai, Melaka tu, aku tgk org buat rebus. Sedap ke ntah. Dulu mmg bes. Thumbs up utk pepahat cili telur dia, tp kali ni cam alahai..mana tah telur dia. Ketam masak cili pun cam dah oily sket. Tp buleh lagi dimakan la.

Tapi paling bes, cicah ikan bakar ni. Sedap! Dap! Dap!. Eh.. walo dah kali ke3 ke sini, ini baru 1st time makan ikan bakar. Haha. Makan kat kedai ikan bakar, tp tak penah makan ikan bakar. Dahtu, kang tak terabis pulak. Sotong goreng tepung pun still sedap.


Kira ni kalo keempat aku makan kat Bagan Lalang (walo ada org tu katanya dah beratus kali kot), dan sekali je aku makan kedai lain. Tu pun sbb penuh kedai2 ni, maka makan kat kedai yg cam kecik je. Tp dia ada letak meja kat tepi laut. Sedap gak tu. Serai ke apa tah nama kedai dia. Dia ada gak cam bihun sup seme. Nxt time, mau try kedai2 lain plak.

Yg bes kat Senandung Malam ni sbb rega dia affordable. Tp tpt2 lain kat situ pun sama kot. Takde la mahal. Utk apa kiterang makan berdua tu (haha. Org lain seme ramai2..kiterang berdua je.. lantak la..) RM53 cuma. Bes. Ketam 3 eko tu.

Ahad - ke Tesco jap pepagi tu. Mmg pagi la. Kul 8 lebih dah kuar. Kekdahnya nak beli Dynamo ngan minyak masak je (aku dah beli minyak jagung, pastu bila baca balik, org kata minyak jagung tak elok untuk deep fry plak..terpaksa beli Sri Murni balik. Haih). Tapi, tah berbagai plak dapat. Biasa tu... mmg biasa kan camtu. Haha.

Pastu cam dh dkt kul 11, makan trus kat tesco tu. Makan dalam kuali.



Wednesday, July 6, 2011

~Pasal 1 Pagi Di Gold Coast~

Malam dah.
Makan pun dah.
So, citer pagi2 lak.

Pagi tu tkde xtvt sgt. Pepagi je Rina n Zahida serta akak Rina n pasangan da ke laut while kiterang masih mantuk2 lagi. Aku, Dak Eta n Dak Fara tido pun dkt kul 3 kot. Haha. Gilos. Apa je tah kiterang sembang. Tau je la kan. Duk atas 1 katil. Lps tu leh mengekek2 ketawa tetgh mlm. Mujor tak menganggu tido org lain.


Mula igt nak BBQ, skali ujan la plak. Langsung tak jadi. Maka jalan2 carik siput kat pantai. Huhu.

Lps tu singgah pasar dia. Beli seafood.

Aku mmg dah ber nawaitu dr umah mau beli. Siap bawak tong putih tu da sesiap.
Maka dibeli lah udang, sotong, ketam n ikan cencaru.
Tidak la byk nau. Cukup la utk kami makan berdua.
Tu pun rega mcm nak pitam.
Tp utk nak yg 'segar' dan terbaik dari ladang, maka pejam mata je la.
Tu pun berangan tetiap bln nak mai sini nak beli ikan2 dari sini. Haha. Apa pasar Cokit da tak cukup gamaknya.
Harga seafood sini mmg mahal dari pasar cokit seme tu sbb dia segar kan. 
 Rina kalo takde aksi dari beliau mmg bkn Rina. la kan. Haha.
Skali makcik jual ikan tu pun org Melaka. 
Leh plak derang berkenalan kat situ. Hihi.
Dia bawak ikan todak ni gi opis. Masak asam pedas.
Tp aku mcm alergy plak bila makan. Rasa merengsa tekak, mata seme.

Zahida ngan sotong beso lengan. 
Aku pun beli gak. 2 eko. Tp kalo goreng oke kot. 
Masak sambal yg beso ni cam liat sket. 
Isi tebal gaknya. Aku kureng sker.

Ni lupa plak nak buh. Ni bkn pagi. Ni ptg ms smpai tu. Igt nak mandi laut. Tp airnya yg lebih sket je dari buku lali apa je yg ko harapkan. Haha.




By gmbr kali ni. Mmg puas ati. Dedua bawak. Cik Nik bawak, che biru pun bawak. In case. Tp kedua-duanya berkelakuan baik pada hari tersebut. Huhu.

Tuesday, July 5, 2011

~Pasal Dinner di Gold Coast~

Patut entry ni kuar dulu b4 citer 1 Mlm Di Gold Coast tu.
Tkpe lah. Belasah je lah hai.

Citer ini ada kaitan juga dgn entry mari mengenal seafood yg aku penah tepek mggu lps tu. Tp gmbr tu dari sumber pasar ikannya. Bkn dari restoran.
Hihi.
Citer byk tak guna.
Layan gambau je. Hihi

Restoran yg sama masa pegi 1st tu. Senandung Malam, Bagan Lalang. Kedai tepi padang dan dpn laut.
Maleh nak terai kedai lain. Oke je makan sini, jd my dear kata sini je lah.
Gi booking dan pilih seafood dlm kul 5 tu. Ckp ke dia nak makan kul 9pm.

Hasil tangkapan darat. Ikan kerapu vs bawal. Sotong. Ketam. Eh. Ada kerang gak. Pepahat jugak.



Dan hasilnya pada malam itu. Sotong goreng tepung, bawal sweet sour, kerang rebus, ketam pedas.


Pepahat masak apa tah ngan telur tu n kerapu 3 rasa. Oh. Mmg aku sker dgn pepahat.

Sng bila dah booking. Smpai je trus makanan pun smpai. Bes. Bes. Oh. Kali ni dgn adik2 seunit aku. Yg takde just Dak Rinie n Dak Ros.

Air sirap limau - 2 jag kecik.

Muka excited giler dpt makan cik Krab. Hihi.

Humang aih. Settle dlm beberapa minit. Haha.

Itu saja. Owh. Harap dgn gmbr2 ni takde la ibu2 mengandung terliur. Tp terliur pun takpa kot.. Ni tak jauh.. Bagan Lalang ja.. Leh pegi.. Hihi..
Ai pun rasa nak repeat je b4 puasa ni. Jom kawan2, kita gathering di sana. Hihi :D

Alah.. aku igt nak letak no fon org kedai ni. Kot korang2 nak pi, leh la booking dulu. Skali kad dia tah mana aku letak. Retu rasa dlm purse, takdek plak dah. Mengong. Tinggal kat umah kot. Nati kalo ada, aku edit eh.

~Pasal 1 Malam Di Gold Coast~


Harus. Mesti fefeling Gold Coast. Walo hakikatnya hanya Sepang Gold Coast.
Begitu....

Oh. Kali ni aku sempat menginap.
Thanks to Aishah yg membooking kan penginapan ini.
Camar Laut - Pusat Latihan LKIM.
Dpt suite- RM250 per nite. Ada 2 je bilik suite kalo tak silap kat sini. Sapa nak mmg kena book awal.
Ada ke memula dibaginya std room. Ah sudah. Itu 2 org aku laki bini buleh la. Ni 8 org maaa. Giler.


 Oke la. Ada hall. Ada 2 bilik. Satu ada katil king. 3 org muat atas tu. Aku ngan dua lagi adik2 aku. Pehtu satu lagi bilik katil single 2 bijik. Tu pun Rina muat tido 2 org ngan akak dia. Laki seme tido kat hall.


Tp nxt time aku nak terai Hotel Seri Malaysia gak.
Itu ari dah penuh. Kena booking awal ni nak gi sini.
Ramai gak org.
Camar Laut ni bkn tak bes. Bes. Tp bila dia adalah tpt govt, maka sedia muklam je lah kan.  Sbb aku pun keja govt so, mcm ada rasa 'birokrasi' la sket which kalo ko duk hotel yg bbetul hotel rasa cam 'bebas' sket la.
Tu aku....sbb aku keja govt. Tp aku rasa oke je sini. Rega pun oke. Leh je sapa nak terai. Tp harus kena booking awal sbb penuh sokmo.

Jalan kaki je pegi pantai n tpt makan kiterang tu. Dkt amat.

Pas makan tu kiterang jalan smpai Palm Garden tu.
Ada Carlsberg Party time tu. Hoho. Mujur tak tsunami ko.
Miahahahhaha.

Dah penat berjalan beli air kelapa n ABC lak.


Pehtu lepak2 dpn resort.
Benarnya ada yg cam chalet tu. Tp tak dpt sbb time tu ada family day. Maka full dah.

Itu saja citer kami 1 Malam Di Gold Coast. Huhu.

Monday, July 4, 2011

~Pasal Sepang dan DragonFruit~

Aku bkn sker sgt dragonfruit ni.
Tp dah ter lalu ni, ter singgah la.
Sepang kan banyak jual buah2 ni.
Hah! jgn la kuar citer pasal bukan2 tentang buah ni.
Macam citer buah limau bali Tambun tu kan.
Tau je la kan. Area Sepang kan. Dulu glamor dgn kes apa kan. Huhu.


Tp bkn salu pun makan dan beli.
Takat 2,3 bijik je kan.
Kali ke2 aku singgah kedai auntie ni. Dulu masa pegi 1st time pun singgah sini ler. Ramah beno dia. Memacam dia citer kan nyer. Pasal maid dia lari lah hapa la. Belasah la auntieee... huhu


Selamat Datang Ke Sepang.
Retu memula aku pegi bes. Dpt tgk katebang lalu ateh pala. Jadi, sedikit menjakun. Kali takde plak. Hurm. Frust... :(

Dan di ladang ni gak la aku jumpa Markisa tu.
Tp masa ni buah Markisa ni blum masak.
Cuma ada yg kaler ijau tu je lah.

Jadi seronok la. Dpt jumpa buah dragon fruit dan dpt jumpa cik Markisa. Hihi

Kut sapa tingin leh la carik kat Sepang ni. On d way nak gi Bagan Lalang. Tp masa ni Markisa tak masak lagi. Tp tatau la kalo kebun org lain pun ada. Tp kat kebun auntie ni ada.

Wednesday, May 4, 2011

~Percutian Hari Buruh : Gold Coast~

Lps check out di Palm Garden terus ke Bagan kiter. Bagan mana? Bagan Serai kah??(dulu Hana dok salu sebut Bagan Serai. teheheheh).  Bagan Lalang lah, ato nak glamer sebut je Gold Coast. Tk dpt ke Gold Coast Ostolia, Gold Coast Bagan Lalang pun jadi ler. Hoho.

Lunch kat Nilai 1 lps check out dari hotel. Mula igt nak makan area Kajang or Bangi je. Dah mcm sesat je rasanya. Tak payah la. Maka aku sajes kat my dear makan je di Nilai 1 sbb nati nak ke Bagan Lalang ikut situ. Lunch di kedai paling ujung yg ada jual nasik berlauk. BBN Cafe. Kalo gi soping kat Nilai 1 ni, mmg biasa lunch situ. Pas makan terus solat zohor kat masjid situ. Sonang. 

Then dlm kul 2.30pm perjalanan diteruskan ke Bagan Lalang.
Yups. Lalu kut Nilai jer. Sonang. Straightttttt je no belok2 da smpai ke Bagan Lalang.
If dari KL ni patut leh lalu kut Dengkil seme tu, tp tak reti. Lagipun mak takde GPS noks. Maka, takpe la jalan jauh sket pun. Tp senang kot lalu situ.
Tp singgah kat Sepang (betui ke Sepang?). Yg ada jual buah naga tu. Bes sini. Katebang lalu atas pala. Rendah je. Hahahah.
Tetiba rasa buah ni comel je. Buleh tak tukar nama pnstoberi kepada pndragonfruit. Hahaha

Dlm 3 lebih da smpai Bagan Lalang. Mangaiiii ramai giler org mandi laut. Igt nak mandi gak tp pikir2 nati ssh nak bilas badan bagai, tkyah la kot.
2 keping je gmbr guna cik Nik. Satu yg ni. Huk huk.
Tggu anak buah aku n mak dia (akak aku ler). Tp aku pi booking dulu kat kedai yg kiterang nak pegi tu. Kiterang makan di sini. 
Restoran Senandung Malam.

Sblm gi aku da review kat blog org dulu. Maceh yer utk memana blog aku masuk tu. Makanya aku shortlisted 2 kedai. Satu yg Sri Bagan tu n satu lagi ini lah. Tp aku pilih ni lah. Yg tu da ramai org review kot. Hihi.

Masa booking tu ckp la nak makan dlm kul 7. Anak buah aku smpai dlm kul 5. Solat Asar kat Surau Pusat Latihan LKIM (Shah....ko tak gitau pun opis ko ada tpt leh sewa kat sini eh?? kalo tau, aku check in sini jer). Senang sket. Takde org pun kt surau tu, tpt pun selesa (agaknya org tak pasan kut tu surau). 
Lps solat seme, gi beli makanan laut yg baru naik. Seme fresh tp rega mmg agak mahal ler. Tp baru kan. Sure sedap. Sotong seko pun rasanya da sekilo.
Ni lagi sekeping yg guna Cik Nik. Lps tu takde dah.
 My dear pilih ikan. Beli sekilo. Kasik mak dia sket. Ikan cencaru je. Mmg fresh, tp aku letak lam peti ais tu sama je beli kat pasar sini. Haha.
My akak, my anak buah(s). Anak buah aku kat FB siap tag kat kat Cik Nik yg aku pegang tu - 
kamera takde bateri
Hampagas...jaga..jaga..nati ai repeat balikkkk...

Ni kalo dari Cik Nik lagi bes kan? Uwaaaaa......

Then lepak je tepi pantai. Dlm 6.45pm gi balik kedai tu igt da boleh duduk. Tp ramai. Dia kata kalo kul 7 nak makan, kul 7 baru leh dtg.  So, jalan kaki balik ke pantai. Kul 7 tepat baru gi. My dear kata dah ada ke ni. Aku ckp if takde 'kita bako..kita bako". Ewah..kemahin jer yer.

Tp kul 7pm tu mmg ada meja da direserved. Duduk jap. Dlm 10min seme makanan di hantar. Kalo tak reserved gini la rupanya. 
Tatau la kol brapa derang dpt makan ni.

Maka tips utk  korang nak makan sini kalo cuti ari minggu or public holiday, call or dtg awal dan reserve. Gitau nak makan kul brapa. Nati sng. Kut tak 2 jam tak tentu dpt makan lagi.

Aku order sotong goreng tepung, which aku baca review rata2 blogger kata mmg kedai ni specialize dia sotong goreng tepung ni. Ketam goreng pedas (mmg puas ati giler. Ketam dia bykkkk isiii...). Then pepahat masak apa tah ngan telur (di sajes oleh org kedai tu). Siakap 3 rasa. Kerang rebus. Utk kuah amik sup cendawan. Tp apalah erti dtg sini tak amik ikan bakar kan. Aku pun lupa nak order, tp nyer if amik pun mana nak letak lagi. Samada dlm perut atau pun atas meja. Mmg tak muat. Utk 4 org menda ni aku rasa just nice. Kerang rebus tu aku tak rasa pun. My dear la dok abis kan.

Air kiterang amik satu jag. Air sirap limau.
Utk semua tu beserta nasik dan air se jag harganya RM124. Oke tak? Oke la aku rasa. Mana nak dpt ketam besau camtu. (Haaa.... suci  hati bleh? Asal letak rega je mula rasa gelisah hati tak tenang. Igt org nak menunjuk je. Aku bkn nak menunjuk kata makan smpai beratus2, cuma nak kasik info ke org kut mudah la derang nati nak dtg sini. Suci hati okeh?)

1st time makan pepahat. Oke. Buleh dimakan lagi di lain kali. Boleh masuk kat tekak. Sotong goreng mmg sedap. 2 thumbs up! Ketam masak pedas tu pun sedap. Sbb dia pedas dan ada cili padi. Mmg aku sker la kan. Sedap dan Pedas tu adalah kombinasi yg baek. Hoho

Selepas makan.

Secara keseluruhan oke. Puas ati. Cuma rasa mcm makan dlm keadaan kelam kabut sbb org ramai banget. Kita pun jadi kelam kabut. Teheheh.

Kami langsaikan seme lebih kuang kul 7.45pm. Gi solat kat Surau LKIM tu, baru gerak balik. Mmg ramai lagi yg masuk time tu.

Apa pun, mmg leh repeat lagi. Mebi nati overnite lak lah. Ada chalet Persatuan Nelayan situ. Cam bes je.

Gegambau seme ehsan dari hp anak buah ku. Sian bateri Cik Nik yg da 'penat'.

Info :
Restoran Senandung Malam : 013-3849368/019-2597356 (aku tak call pun, just dtg dlm kul 4 tu booking)

Camar Laut Resort & Pusat Latihan (Pusat Latihan LKIM) : 03-31411912/15

Persatuan Nelayan Kaw Sepang Resort : 03-31413182 (ni mmg berdepan ngan laut)

Selain dari tu ada Hotel Seri Malaysia (jauh sket la dari laut) n Golden Palm Tree