Sunday, May 9, 2010

~PnStoberi di Wedding Kulai & Sentul~

Ke Kulai Johor on d 1st Mei.
Kan..hampir seluruh semenanjung aku pusing dlm 3 wiken nih.
Cuma Kelantan n Terengganu je tak lalu.
Lain2 suma lalu.
Nak ke Perlis, lalu Perak, Penang n Kedah.
Pehtu ke Pahang.
Then ke Johor, lalu N9 n Melaka.
Phew..

Kali ini ke Johor gi ikut rombongan utk ke rumah pengantin. Mcm menghantar pengantin lah. Tp tidak juga lah sbb pengantin dan beberapa ahli keluarganya da pegi dulu utk nikah. So, kami 1 bas dtg kemudian lah.
Ini adalah majlis perkahwinan adik kepada kak ipar aku. Oh. Family kami mmg rapat dgn family belah akak ipar aku ni. Aku pun slalu je bertandang [jika ada urusan lah] ke umah parents kak ipar aku nih. Retu ke Perlis pun kiterang suma tido umah adik kak ipar aku ni lah. So, agak merapat di situ which aku da kenal suma adik beradik kak ipar aku ni. Jd takde la rasa cam janggal ke apa kan.
Bertolak dr Sentul lebey kuang 7.30 camtu. Tup2 kan elok smpai Seremban perkara tak diduga telah terjadi. Elok2 baru nak warm up atas bas tu ttiba terdgr satu letupan. Owh. Mujur juga bas tak laju. Mujur juga bas duk di laluan kiri shj. Bayangkan kalo bas laju dan duk di lane kanan. Giler. [kenapa eh? bila je kita ditimpa bencana ke apa mesti kita ada ckp "naseb baik / mujur"] Itu maknanya Tuhan masih beri kita peluang kan. Emm..muhasabah sket. Huhu.
Dan once again naseb baik juga bas tu tayarnya meletup kat hentian Seremban. 2 kali jugak aku ke tandas Petronas tu. Pulak tu smpat la kami makan nasik lemak yg dibekalkan oleh tuan rumah. Huhu. Ini benarnya dlm plan mao makan kat hentian Pagoh ke mana tah.-kak ipar aku a.k.a ketua rombongan
-bas walo bas sekolah tp selesa. Siap ada tv flat screen dpn dan di tgh2. Ate' tgk dvd je la aku. huhu.
-tu dia..ttiba jem menghala Seremban n Melaka. Gileww..
-Tayar yg pecah.
-Madear yg makan sik lemak.

2 jam stuck di situ menantikan org w/shop tukarkan tayar. Uihh...haiii...
Smpai Kulai dlm kul 3 lebey. Prut masing2 da lapa trus makan lah. Makanan adalah sedap. Daging masak apa tah. Tp sedap. Aku da tak larat la nak pi amik gmbr dkt2. Ini mmg hampas la jadinya sbb cuma zoom dr tpt duduk je. Huhu. Tp pelamin adalah me lawa. Kerusi itu aku sker. Dulu tk smpat nak pakai sbb masa aku kawen dia baru nak start pesen camtu. Rasa mawi yg start pakai camtu dulu. Mawi adalah kawen seminggu slps aku [motip nak kaitkan dgn perkahwinan Mawi??]
Dan lps tu trus balik. Tk singgah memana. Mula mcm nak singgah la Ayer Itam ke mana ke. Namun hanya tinggal impian sbb mcm da lewat. Jd trus balik. Singgah solat kat hentian Machap rasanya [eh. hentian ni mmg byk lalat ek? Tp bagus gak sbb f.court dia pakai air-cond. Ngeh].
Lps tu berenti makan kat..alah hentian mana tah. Sblm hentian jejantas air keroh tu. Yg ada gerai Tu Dia Pak Tam tu. Bes jugak hentian ni. Napak cam bes je makanan2 dia.
Smpai umah dlm pukul 10 lebey camtu. Ok. Pengalaman pergi makan kenduri sejauh 300++km. Pegi-makan-balik. Huhu.

Then minggu ini di Sentul la plak. Majlis menyambut menantu. Kat Dewan Komuniti Sentu. Ini ada byk la gak gmbr but then aku suh anak buah aku je amik. Tema hijau. Walo panas tp selesa sbb kami dpt rileks kat bilik VIP yg dikhaskan utk family nak berehat. Lama gak la melepak. Dari kul 12 smpai kul 2 camtu. Then balik lah sbb aku nak kena keja plak malam tu.

So, apa pun Selamat Pengantin Baru utk Firdaus n Norizah. Pasangan ini juga sepejabat spti kami. Hihoww.

PnStoberi : Goodie Box dia cantik

No comments: