Tuesday, March 12, 2013

Terapi Diri : Cuti Cuti Cinta

Kepalaotak dah bintat.
[Leh lak kazen aku tnya : Da, bintat tu apa?]
Haha. Entah. Aku pun tak tahu.
Rasa2 cam bintat2 kena gigit nyamuk tu la kot. Haaa.
Oleh yang demikian, aku harus kurangkan kebintatan tu.
Jadi, mula la merepek2 nak mencari terapi kebintatan tu.
Rasa nak g tempat sejuk sejuk ja.
Cameron Highland pun bes juga.
Lama tak pegi. Tahun 2011 pegi tu hari. Repeat pun bes jugak.
Lps tu pikir cam Genting Highland pun bes jugak.
Itu lagi lama tak pegi dah. Tahun 2009 pegi.
Masa tu baru sebulan kawen.
Bukan lah honeymoon tp boleh la kira honeymoon gak. Hihi.

Lagipun, acapkali je napak Genting dari rumah rasa cam nak pegi.
Napak bas Go Genting tu kat hway tu, rasa nak pegi.
Entah ek. Mana nak pegi ni?

Jadi, diskas2 dgn yamtuan.
Macam dipersetujui.
Dia ni kan, memang tak la nak cakap "oke, jom pegi"
Jadi, kalo dia tak cakap "tak payah laaaa"
Ha, itu kira dipersetujui lah. Jgn pikir lelama.
So, malam tadi godek2 Agoda. Tunjuk rega bagai kt dia.

Then pagi ni buka semula [yer, terpaksa guna reta ofis sbb aku tak berani buat sebarang transaksi kat broadband, kang tetiba line putus ke apa, tak pitam?. Line internet ofis agak dipercayai sket. Jarang buat hal]
Tengok situ. Tengok sini. Buat perbandingan. Begitu begini. 
Log in Agoda. Masuk segala detail.
Eh. Dah terbooking pula. Laju betul proses dia. Mudah. Sbb tu ai is suka booking guna Agoda. Tp kena semak dlu la dgn harga dari web hotel tu sendiri. Kadang lebih kurang. Kadang kurang 5sen. Tp kalo booking guna Agoda buleh kumpul point.

Hiwhiwhiw. Hiwhiwhiw.


Takpe lah. Kira treat for my husband jugak lah sempena his birthday tu hari (28 Feb). Last year treat ke Grand Lexis, PD. Tahu tak, apa pun aku tak kasik lagi. Kata nak kasut, pun tak pegi beli lagi. Dia yg taknak. And also kira honeymoon gak lah. Lama tak pegi honeymoon (kononnnn.....)

Jadi, kemanakah kami nak pergi?
Antara dua tu lah. Yg pasti ada highland nya.

Mahu teka?

Ahah! Bes jugak ni kan. Sapa nak teka, sila letak jawapan di ruangan komen.

Boleh saya bagi adiah Fridge Magnet yg saya beli masa Hari Kraf tu ari.
3 orang yang akan dipilih.
Kira yg jawab betul, ada peluang lah nak dpt.
Kalo lebih dari 3 yang bagi jawapan, kita pilih random pulak.
Amacam!
Due date teka? Takde. Teka lah sehingga saya ceritakan tpt yg saya pegi tu. Hihi.
Memain ya!

****
Oke dah! Takyah teka lagi ya. Esuk je saya nak pegi tpt tu. Harus nati saya instagram kan gmbo2. Kalo ada line la kan. Maklum, utk internet kan sy guna Umobile. Entah ada entah tidak line 'atas' sana tu. Apa pun... kita enjoy!!!

17 comments:

Nurzakiah Hanum said...

syoknya cuti2

aquagugurl said...

hmmmm..Cameron Highland kot..

Nory Zoulkefle said...

ok nak teka..

jawapannya Cameron Highlands..

sbb cameron ada banyaaaaaaaak stoberi...kekda kan suka stoberi...hehehe

Sue-Rya Qistina said...

saya teka cameron highland kot. hehehe. edisi main belasah.

kalau tak cameron highland, tentulah genting highland kan. kuikuikui

Z.U.E said...

ala tak tulis brp hari tinggal kat situ.. tapi saya rasa kek da mesti ke cameron sebab kat cameron banyakkk stoberi kan kek da suke stoberi

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kekda. sheila rasa Genting Highland kut. hehe. kekda, bestnya g honeymoon. sheila tak berkesempatan lagi nak honeymoon luar hehehe

Nad MamaZN said...

Saya teka cameron highlands :)

Carmello said...

Kalau saya jadi Kak Reen saya pilih Cameron Highlands!!
Heheh

Mummy Chenta said...

chenta teka genting highland

Zana Adieyza said...

zana teka genting highlands.. walaupun cameron highlands ada potensi jugak sebab banyakkk stoberi kan.. tp rasanya mcm genting highlands jer.. hehehe..

kekda, nak cuti2 jugakkkkkk...

Bitt (double IS) said...

cameron highland ka? happy holiday :)

eKa said...

cameron highland???

SuriNasir said...

Genting highlands :)

MuMMie BeRRy said...

sy teka cameron highland.... bestnya dpt cuti2 malaysia..

PUANSTOBERI said...

Orait.... time's up!
Hihi.
nantikan jawapan dari gmbr2 yg akan di up kan.. ngee =)

::EIDA:: said...

alahaiiii.. ada GA rupanya! hikhik.. minggu lepas is busy. tak sempat jenguk. melepaasssss ;p

Masya said...

lah macam mana boleh tak perasan entry ni huhuhuhu... xde rezekilah nampaknya ...

http://masyaamiraaimie.blogspot.com/2013/03/hadiah-dari-pn-stoberi.html