Thursday, March 21, 2013

Edisi Nasi Lemak Sambal Tumis Kosong


Yer.
Aku tahu gmbr tersebut agak annoying dan disgusting.
Sebab aku sendiri pun tak suka nak taruk gmbr nasik2 dah digaul2 ni. Mmg rasa erkk.. 
Dan aku pun tak suka tgk gmbr yg nasik dah digaul2 ngan kuah segala. Gmbr close up plak. Lagi la... 
Satu lagi gmbr tulang temulang dgn sisa2 makanan dlm pinggan sendiri selepas makan. Errkk... lain la kalo mmg dlm pinggan yang dihidang. Ni gmbr tisu lap tangan pun ada dlm pinggan lagi mau amik gmbr. Errkk... mual.

Haha. Mmg mengada kan aku ni. Haha. Tak pe lah. Orang nak update mesti bersebab. Jadi, takpe. Update je lah. Kalo tgk kat FB ke, setagram ke, ai scroll lelaju yer.

Dato CT pernah update gmbr nasik kandar entah dia amik dari mana kat instagram dia. Pastu ada mat saleh mana tulis 'it look gross'. Muahahaha. Mmg kalo di tgk mmg agak 'gross' lah. Dari menda tu sedap, rasa cam tak lalu nengoknya. 

Oke, kali ni terpaksa aku amik. Sbb geram.
Itu nasik lemak lauk sambal. Takde sambal tumis ikan bilis ke apa. Mmg kena sebut sambal sebab semata sambal.
Kenapa ek? Kenapa mostly nasik lemak kita beli misti lauk sambal kosong.
Apa ke kedekut beno nah buh ikan bilis ah.
Tp yg aku beli pagi tadi ni mmg bukan kedekut dah. Salu tpt lain ada la sehelai ikan bilis jumpa. Ini sehelai pun takde. Sambal semata. Oh. Ada bawang. Rupanya sambal tumis bawang lah.
Tak tau berapa ringgit. Lupa nak tnya MyDH. Dia yg beli.

Tahu. Ikan bilis mahal. Tp takyah la ko beli tahap RM60 sekilo tu. Tp jgn lak beli yg RM20 sekilo. Itu bule buat patah gigi. Dah la keras gedegan, beso cam ikan masin pun ada. 
Satu lagi trend, kepala ikan bilis. Tp kadang dimaafkan juga sbb ada la sehelai 2 badan ikan bilis tu.

Mmg pangkah la kedai ni. Dah la lembap. Sbb tu pagi aku tak suka beli nasik lemak yg belum bungkus. Makna yg dia bungkus time kita mintak. Sbb menggigil tangan jadi parkinson nak letak segala sambal, ikan bilis semua. Takut terlebih bagi... haih. 

Nati ada orang cakap - 'pegi masak sendiri'. E eh. Buleh gitu ke orang meniaga cakap? Takyah defensive sgt boleh. Kalo semua orang masak sendiri, semua peniaga pun tak bule carik makan. Nak meniaga tu, bagi la sempurna sket, walo tak buleh nak sempurna 100%. Biar la buat bebetul sambal tumis yg kita boleh panggil sambal tumis ikan bilis.

Sekian dari peminat tegar ikan bilis rangup.

p/s : sambal dia tu sedap sebenarnya. Dia tak pakai cili boh. Tgk kaler pun tahu. Pekat. Tapi.. tu lah.. kecewa sbb ikan bilis feveret takde. Pffttt... APTB

Aku tak minta banyak. Dapat nasi lemak begini pun dah cukup dah. Sumber gambar : here 


8 comments:

Sheila Salim said...

assalamualaikum kekda. heee. sheila pun tak suka guna cili boh sejak kawin. nani sheila masak bagi kekda ek. hehehehe. kennnn, skrg mkn nasi lemak cincai2 je bubuh. kadang tu telur cam tknk bagi pun ado. bapok nipis telur rebus tu. haihhhh

Nory Zoulkefle said...

nory suka nasi lemak macam gambar yg last tu...
selalu makan kat LOKAS MAKAN...
sekali ngan ayam goreng panas2...
perghhh sedappppp...

Anum said...

sedapnya

Carmello said...

Kak reen, kalau kat Labuan..nak jumpa nasi lemak yang lengkap pun susah.. Kenkadang telur rebus suku pun takda... Sambal dan nasi semata jer..

Anonymous said...

kan?mmg sakit ati
kdg ikan bilis sekor dua tu pon ikan bilis saiz plg kecik
klw g mkn kt kdai kacang je byk dr ikn blis saya ckp je xnak kcg ikan bilis lebey
lg satu kan pesen nasi Lemak kecik satu 80 sen yg mmg ada sambal smata xde telo xde bilis yg tu xpe sebab mmg hage pon murah hehe

Anonymous said...

disgusting? idak punn..teruja lagi ado laa..wuwuwuw! setap nyerr.... jejeh ayaq lioq...

puanstoberi said...

SHIELA :
Salam. A ah, akak mmg dari dulu tak suka cili boh tp kalo dah takde option sgt terpaksa la. Mmg ada stok cili blender je dlm peti ais. Kadang2 smpai beku. Haha.

NORY :
Kan..sedap tau camtu.. tak faham org yg kedekut nau nak bagi ikan bilis.

puanstoberi said...

CARMELLO :
Kat Labuan nak lengkap kena buat sendiri. Hikhik :>

NANA :
Kan..geram kan.. tah apa kedekut sgt ikan bilis tatau lah.

CHE SUE :
Risau org tak suka pamer2 gmabo selekeh2 tu. Huhu