Tetiba seme (penjawat awam lah) bercakap pasal KGT.
Sejak dari pengumuman PM kat MAPPA tu ari lah kan.
Uols harus tahu berapa KGT uols kan?
Tapi kengkadang terlupa jugak. Aku pun cam eh, berapa ah KGT aku ni. 85,100, etc. etc.
Oh. Bagi bukan penjawat awam, kut tak tahu apa la mendalah KGT ni. KGT is stand for Kenaikan Gaji Tahunan.
Kalo sebelum tahun 2012, kita menggunakan sistem tangga gaji. Tp start tahun 2012, kita dah guna gaji minimum and maksimum. Tak clear menda min-max ni? Takpe. Biar unit gaji yg uruskan tu.
Tapi, kena amik tahu lah KGT kita bulan berapa, dan berapa kan.
Kut ada yg tak tahu lagi buleh la tgk pekeliling perkhidmatan bil 1 tahun 2012.
Kat dlm pekeliling tu ada KGT bagi semua skim perkhidmatan.
Tp secara basic, dan contoh2 KGT adalah :
N17 - RM95.00/year
N27 - RM145.00/year
N41 - RM225.00/year
Tu bagi skim N (Pentadbiran dan Sokongan). Skim2 lain buleh tgk kat pekeliling tu.
Jadi, utk yg diumumkan KGT dibayar awal Julai ni, buleh la buat kira2 dari KGT uols tu ya. Huhu.
Kira cam dapat double KGT lah tahun ni.
Secara basic contoh dia camni lah :
Gred N17, TPG bulan April -
Jadi, dia akan dpt kenaikan RM95.00 pada bulan April. Lps tu pada bulan Julai, sekali lagi dpt RM95.00. Kalo TPG bulan Okt - dpt dulu lah KGT pada bulan Julai, then Okt dapat lagi yg betul2 punya KGT mengikut TPG.
Apa pun, yg penting tggu Pekeliling berkaitan perkara ni ya. Jangan buat andaian 'agaknya' 'kut', begitu begini. Kami di HR pun tgh tggu Pekeliling tu. Yg nyata aku kena settle kan hal kenaikan pangkat orang dulu ni sbb takut KUP yg 15 tahun tu ditukar ke 13 tahun. Yg tu masih dlm review tp akan diumumkan thn ni gak. Lagi plak CUEPACS mintak diumumkan masa hari pekerja (Mei). Phew!
Banyak tak banyak la kita dapat. Tapi bersyukur la dari takde kan.
Dulu ada orang tak nak kerja kerajaan ni kerana katanya 'gaji sikit'. Tapi sekarang, pantang iklan, beribu permohonan. Mmg la, dulu aku masuk keja pun basic dalam RM1+++, skrg utk qualification yg sama starting sudah 1500++ camtu lah. Campur elaun segala, 2+++ jadinya. Kenaikan pun banyak. Tu lah. Dulu orang suruh minta kerja kerajaan tak mahu, skrg tanya tanya pula. Mmg tak dapek la den nak nolong nya...
Apa pun, marilah kita mempertingkatkan prestasi kerja kita. Jgn bagi peluang 'org luar' pula kata 'gaji naik, prestasi keja tak naik juga'. Ayuh!
Update : Pekeliling utk gaji maksimum baru (yg utk org dah 'langgar dinding' tu) boleh tgk kat sini :
http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp022013.pdf
Update : Pekeliling utk gaji maksimum baru (yg utk org dah 'langgar dinding' tu) boleh tgk kat sini :
http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp022013.pdf
12 comments:
oooo barulah faham. hehehe. bagus penerangan kekda ni :)
rezeki allahkan... 2 kali naik gaji setahun, tu pun ada yg mereng x puashati kata gaji maksimum 3 kali ganda jer... hadoilah manusia bersyukurlah dgn rezeki yg diberi...
sokong... 'org luar' pula kata 'gaji naik, prestasi keja tak naik juga'.
eh² tetiba kan...
ayuh kawan2
opss.... alamak!!! terskip teks... sokong kekda... Jgn bagi peluang 'org luar' pula kata 'gaji naik, prestasi keja tak naik juga'. Ayuh!
yezaaaaa betul2...kenaikan berganda ler tahun nie
Assalamualaikum kekda. hee bestnya gaji naik kan. hehehhee
ooo.. dah paham dah.. tenkiu kakda!! dh jenuh dok google2 kat tenet ni nk bagi paham apa yang PM announce kn ari tu.. tiba2 rasa beruntung plak jd penjawat awam ni. hehe.
"kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi!!" yok!!! :)
salam kekda,
nanti tahun depan ade KGT tak ye?
yang Ai faham masa pm umumkan tu ialah kita dapat kenaikan gaji tu awal iaitu tahun ini 2kali dan bukannya gaji penjawat awam naik lagi mcm yg kwn2 (bkn penjawat awam) dlm fb dok heboh.
mmg kebanyakan kwn2 Ai yg keje private sector dok kata "asyik2 kakitangan kerajaan naik gaji"
yg disetarakan ialah gred polis dan ATM, kan?
betulkan andai Ai salah. bahaya juga klu buat fahaman sendiri ni.
ida pon malas nk pk, dapat alhamdulillah. tak dapat, bekerja seperti biasa.... ;)
SUE :
Kalo nak jelas lagi, call je HR tpt sue tu :)
MASYA :
Tu la.. yg penting kita kerja kerana Allah..
AZUE :
Kann...mari lah kita gandakan juga prestasi kita.
SHIELA :
Gaji mmg naik tetiap tahun yunk :D
PIJA :
Welkam.. begitulah.. utk org yg dah gaji pun ada penambahan KGT. Pendek kata, byk juga la kenaikan kan..
AI :
Tggu pekeliling ya. Pekeliling utk gaji maksimum dah kuar. Yg bulan Julai nyer tu, belum. huhu
Post a Comment