Monday, March 25, 2013

Edisi Rumpai Laut


Eh. Eh. Bukan. Bukan. 
Aku bukan nak jual rumpai laut lah.

Haha.
Saja nak bercerita perihal rumpai laut.
Tadi tgk kat FB Dr. Hamit. Dia kata rumpai laut ni bagus sbg melawan anti kanser n ada la 2,3 khasiat lain.

Dan aku takmo citer pasal kolagen bagai tu.
Ada yg kata ada kolagen. Ada yg kata takde kolagen.
Entah. Tak tahu.

Lama dah kot rumpai laut ni.
Dulu. 2 tahun lepas. Masa aku g Sabah dlm tahun 2011. Januari.
Ayah mertua aku ada kirim something yg namanya 'latok' which is rumpai laut.
Bila google latok. Ini lah gambarnya.
Kredit gambar sini.

Buat ulam tak silap aku.
Tp aku tak dpt belikan sbb mendalah ni waktu pagi je dia jual mengikut kata orang yg kami tanya tu. Dia macam sayur2 kut. Entah. Nati lah aku outstation ke Sabah, aku try tgk pepagi kut2 ada. Maybe kot, nak g Sabah. Ada urusan kat sana. Tatau bila. Dlm bulan 4 kot.


Lps tu dalam tahun lepas naik glamer rumpai laut kering tu. Yg aku tahu, akak ipar aku antara terawal yg jual. Aku tak beli sbb aku tahu tahap KPI kedisplinan aku dlm memakan apa2 makanan tambahan a.k.a supplemen. Nati ter abai je beliau dlm esbox.

Pun begitu, eceh.. ayat... pun begitu, masa g Sabah last year yg ada persidangan HR tu, aku beli gak rumpai laut kering ni. Sekilo berapa tah. Kat tpt org jual ikan bilis segala tu lah. Setgh kilo aku kasik ayah mertua, setgh lagi.... as I said tu lah... tersadai dlm esbox tpt simpan sayur. Menyemak je aku tgk. Tp nak kurangkan 'semak' tu aku tak buat apa2 usaha pun. Rajin sgt la aku kan nak rebus la nak apa. Kak ipar aku kata buat kerabu buleh. Huhu. Nak berkerabu pun aku tak rajin. Entah. Apa yg aku ni rajin pun aku tatau. Pemalas amat kan. (T____T). Mesti org kata aku kat umah tak masak langsung kan. Haha. See my instagram lah. Hahahahah... bengong.

Tu lah. Takde citer apa pun. Saja nak sembang tu je.
K lah.
Nak nyibuk kat maybank2u skali ngan org yg dpt gaji reni jap. Bayar utang segala. Padahal gaji da masuk Jumaat lepas. Saja malas nak buat segala transaksi. Tengok... malas lagi..... (-_-") Pfttt... APTB.

11 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kekda. hehehe. amboiii. nape tak makan? sheila makan ni gak. mmg diorang buat ulam pun kat sabah tu. just bubuh air limau. mmg serupa ulam dahhh :)

cikbedahlaser said...

ingt kan sayur goreng.. ahahahah

sarip yg xcited beli benda ni aritu.. nk buat ape tah... nak kata nak paksa sy makan..xde lak.. ahahahah
nk jaga kecantikan kot...

seeweed jepun ai like.. tu je sy tau

Masya said...

pttlah muka org sabah comel²kan.. makan rumpai laut buat ulam jer...

Cik Anita said...

Ada makan gak benda alah ni, tapi tulah benti sekerat jalan malasss. Susah kalau ada penyakit mls ni..hihi

su said...

Kekda sue baru baca kat page Dr. Hamid Arshat tadi
tak sangka plak rumpai laut ni mmg byk khasiatnya kan.. tpi nk amalkan tu blum sampai seru.. hehhe

Salmi Khairil said...

samalah kita..mula2 semangat pastu beli satu bekas pun tak abis2 lagi makannya..

::EIDA:: said...

Aiols sedang gigih makan tetiap hariii ;))

Zana Adieyza said...

zana kalau bab2 kena merebus segala tu mmg payah cikit la kekda.. zana suka yg terus leh minum or telan.. hihihi.. zana pun selalu je malasssss..

puanstoberi said...

SHIELA :
Malas... huhu

CBL :
Makan le..buat ulam. Huhu


MASYA :
Tu la pasal...

puanstoberi said...

CIK ANITA :
Tu oke gak buat sekerat jalan. Akak langsung tak usik. huhu.

SUWAIBAH :
Tu la pasal..malas sgt.

SK :
haha. Tu la. malas nak ngadunnya nyer

puanstoberi said...

EIDA :
Rajin tau ouls nih..

ZANA :
Zana harus la minum shaklee.. hihihik