Tuesday, August 14, 2012

KSU Reno : Progress [Part 4]

Oke. Mmg cam bosan kalo ada yg masuk tak habis2 citer pasal rumah kan. Ate' nak buat cemna, tuan kebun stoberi terlebih excited. Kome' baca je ler yer, if tak suka, masuk le balik kebun ni tahun dpn. Baru takde kut citer pasal rumah2 ni. Haha. Cite jalan jalan, cuti cuti cinta pun mmg seme dah dibekukan smpai awal tahun dpn. Itu pun tak tentu lagi, sbb kalo tgk jadual "sekolah" aku, awal tahun aku ada exam. Adakah kena 'burnt'. Just wait n see.

Oke. Progress rumah minggu ini. Alhamdulillah. Wiring seme dah siap.

Gambar ini je boleh tunjuk. Lps ni tak payah tunjuk dah la. Nati orang naik menyampah pulak. Hihihiw. Kotak itu adalah kotak downlight. Agak mencomot sbb kena re-paint balik. Apek ni mmg saja la kan. Dok tanya u taknak cat ka, u taknak cat ka. Sudahnya.. hurm..hurm...pffftt... cat jugak!. Sbb katanya kalo dia cat balik yg dia hack tu akan jadi tak sama dgn kaler asal. Napak cam tampung2. Humphhttt.... mmg tau.  Dari ingat nak cat sendiri, kasik la dia cat. Satu rumah, dgn ceiling segala lah dia cat. Dia belikan, dia cat. Itu yg aku kata nama cat tu cam sedap. Ini bermakna, upah pun kena la tambah. Humphhh... itu lah dia..takkan below punya bajet. Harus above lah. Itu kalo tak, aku bajet utk wallpaper. Skang dah cat plak. Hummpphh... mencik tau!

Jumpa kontraktor wiring hari Sabtu. Kasik lagi duit utk 2nd deposit. Pasni bayar bila dah settle seme. Yg dia tak settle kan lagi - pasang air-cond, water heater n grill. Grill katanya dalam 2,3 hari ni lah dia pasang. Air-cond n water heater dia pasang lps cat. Aku tak kesah lah. Yg aku tau aku balik 23hb nak tgk seme tu dah complete.

So, hari Khamis before balik kampung aku kena hantar lampu, water heater, kipas yg aku dah beli. Air-cond dia belikan dan dia terus pasang.

Hari Ahad plak pegi hunting utk perabot n window dressing (poyo kan guna ayat tu). Memula gi kedai perabot. Sbb dah survey sesiap, smpai kedai tunjuk2 ja. Ewahh... cam duit jatuh dari langit je bunyi nya kan. Haha. Padahalll.... rasa nak pitam masa tunjuk tu. Tp mmg bes la sbb kalo tak masuk rumah, takkan beli barang segedebuk camtu. Harus beli seketul, seketul.  Tp aku tak la beli beria pun. Byk menda dari umah lama yg dibawa pergi skali cam sofa, rak tv, seme tu elok lagi. Letak deposit, set kan skali date hantar. Org kedai tu cam takut ja aku nak sebelum raya. Eh...dun wori..kite pun paham. Kalo nak sblm raya, lama dah order. Abis citer, amik satu kedai ja. Dgn rak kasut segala pun beli. Sng, takyah nak pikir2 dah.

Lps tu g carik window dressing. Hihi. Ini utk bilik. Sbb bilik aku tak guna langsir. Hanya sliding door ja ada langsir. Nun smpai ke Cheras dkt area Leisure Mall tu halanya. Pergi Baagus. Bagus ke Baagus? Entah. Bagus tak bagus lah, tp aku tau kedai tu ja ada menda aku nak. Dan mmg rambang mata jap (aku ni seme pun rambang mata) sbb ada diskaun hari raya. Tp kaler purple tak lawa. Tkpe lah. Amik kaler gelap. Coklat2 camtu. Kat situ gak dpt beaded curtain. Ingat nak beli string curtain, tp kang nak beli rod kayu tu mencekik lak reganya. Terus beli beaded curtain. Walo mmg mencekik gak, tp pejam mata je lah. Pasang situ, ko duduk la smpai bebila tak tukar2 dah. 

Tp bes la kedai Baagus ni. Aku sker je kot. 



Lps tu masuk kedai eletrik yg satu row dgn kedai Baagus nih. Haha. Mula nak 'tgk saja', tp ter ambil juga satu menda. Bayar sudah deposit. Apa nak jadi neh???? Ah, lantak ah. Mmg dah survey dari thn lps pun kan. Macam kan kedai di KL takde smpai ke sana. Tp tak la jauh pun. Lagipun penghantaran tetap free. Apadahal! Dah, jgn aku ternampak memana lagi menda tu lagi murah. Tp kalo murah pun, sila pasrah ya. 

Jadi itu lah utk KSU minggu ni. Sebelum balik kampung tgk lagi skali. Lps tu seminggu pastu baru tgk. Insyaallah. Harap2 seme dah siap. Lps tu 23hb kontraktor utk KC n wardrobe plak masuk utk pasang  kabinet. Settle seme tu dah boleh cuci rumah. Tp rumah pun tak kotor sgt la sbb kontraktor yg buat wiring tu mmg cuci rumah sesiap. Dia suh cleaner situ cuci. Retu pun lps dia dah pasang segala cornice, wiring tu, dia suh orang tu cuci. Toilet seme dia cuci. Nati lps cat pun dia kata cuci gak. Bagus la kontraktor ni. Kalo end-result dia oke, baru aku war warkan kontraktor tu ya. Mujur jugak pilih dia ni sbb dia tak buat byk sgt rumah.

Ni lah salah satu sbb pun aku tak kesah cuti raya sekejap ja. Gila tak excited nak tgk hasilnya. Skang pun rasa cam seme dah complete beli. Kut nati nak beli aksesori ja kot kat IKEA ke apa. Tp takde apa dah sgt pun. Hai la hai.... dan duit pun mengalir cam air sungai lajunya....

12 comments:

Anum said...

wow terbaik sis
x sabar nak tunggu sempurna semua

Chekgu Azrine said...

bestnya...suka sgt aktuviti mencntikkan umh sndiri..hehe

Nana Aris said...

excited nak tgj umah kekda dah siap..nanti dah siap amek gambar setiap sudut okeyh..

Carmello said...

Nanti dah lengkap semua nak tengok lagi rumah KakReen... Tempek gambar tau!!! =)

CIK PUAN TIPAH said...

Spttnya apek tu dah include cat syiling dan dinding. Kontraktor sy dulu mmg buat..dia minta code cat asal rumah. Sbb dia kata bila buat plaster ceiling ni..mesti kapur dia terkena dinding2 sekeliling..so mmg kena cat semula. Ni mesti kes nak untung lebih.

puanstoberi said...

CIK PUAN TIPAH :
Memang include lah sayang kalo dia dah buat wiring. Tp katanya nati kaler tak sama if dia cat tang situ saja sbb rumah tu dah setahun lebih di cat. Akan napak perbezaan. Kalo buat wiring harus la kontraktor kena cat semula.

Jadi, utk elakkan kaler tu napak tak sekata, kami decide cat semula lah satu rumah. Takpe lah. Sbb cadang pun nak cat sendiri bilik tu, dah dia cat, tak perlu cat dah :)

Kontraktor ni mmg nak untung lebih. Tak pe lah. Nak buat cemna... sekali je kot. Lps tu biar situ tak yah cat dah. Hihi.

Eh. Ter reply komen cik Tipah je, kena reply seme komen ni :)

puanstoberi said...

CARMELLO :
Eh... dah siap tak buleh tempek sini la sayang. Bahaya tau. Hihik. Tp kalo nak tgk kena dtg lah rumah akak :)

puanstoberi said...

NANA ARIS :
Nana excited, akak apatah lagi. Tp kalo amek gmbr pun tk dpt la nak tempek sini. Bahaya tu setiap sudut nak masuk sini.
Tkpe, Nana nak tgk nati, boleh dtg rumah akak. Anytime ja :)

puanstoberi said...

CHEKGU AZRINE :
Sgt bes. hihi :)

puanstoberi said...

ANUM :
Kalo ANum pun rasa tak sabar. Akak apa tah lagi kan.. huihuhu :)

Zana Adieyza said...

kalau bab masuk rumah baru, memang duit banyaklah mengalirnya kan... laju jer habisnya.. hihihi..

xpelah kekda.. bukan selalu beli barang keperluan rumah kan... mesti cantik hasilnya nanti kan..

::EIDA:: said...

Takpe kekda, air tu memang macam duit.. Eh? duit macam air.. hikhik... Tapi bila tengok hasil? Puas hati! Air=duit? duit=air? lantak lah..... hehehehhehe