Yeah.
Dah 2 minggu puasa. Tp rupanya aku tak penah buat entry makan apa, berbuka apa, berbuka di mana, masak apa.
Entah ek. Cam malas.
Sama je kot cam orang lain. Nak nak pulak di KL nih. Cam aku yg takdak pilihan WP1 ke 2 ke 3 apa tu, akur je lah balik kul 5. Maha haibat lah jammed nya. Nak nak plak awal minggu puasa tu ari. Ya Allah Ya Tuhan, teruk btul jammednya. Mmg pasti smpai kul 6 suku camtu lah. Itu paling awal.
Ada skali tu dah siap de-frost ayam, tp sbb lambat, trus singgah bazar ramadhan. Time tu la aku beli sambal udang. Mintak 3 ringgit. Menggigil2 tangan pompuan tu nak buh. Punya la nak mengira berapa ekor udang. Eh. Naik geram plak haku aih.
Sbb tu aku tak sker nak beli lauk kat bazar Ramadhan, selain rega tak munasabah munaserawak bagai tu, sumpah tatau nak beli apa. Tgk makanan yg terdedah menggunung entah dari jam berapa tu kan terus aku cam blur. Pulak kalo tgk lauk gulai lemak. Itu masak bila tu. Kang elok nak berbuka dah berbuih2. Eh. Kes berbuih ni housemate aku pernah kena (itu sebelum kawen dulu la). Dia beli sambal sotong. Skali nak berbuka udah berbuih. Hurm. Sambal, kalo masak awal pagi hari yg sama pun susah nak berbuih. Itu sure la yg lebih semalam. Sedih nya rasa. Beli memahal berbuih.
Sbb tu aku kalo nak beli, aku beli nasi kukus ayam rempah tu ke. Senang. Kalo beli lauk tu lah aku takut. Tp kalo takdak pilihan nak wat cemana kan?
Masuk minggu kedua, Alhamdulillah. Nak kata smpai awal tu tak la gak. Kul 6 camtu gak la. Maklum la, aku lalu jalan Tun Razak. Salah satu jalan paling haibat jammednya kat KL nih. Kalo baca traffic update #kltu tu, tau lah orang menyumpah2 kalo kat jalan Tun Razak tu. Ada skali tu (yg aku igt smpai skang) dia update "apa la dosa aku smpai gini skali jammednya kat jalan Tun Razak" time dia tulis tu 7.30petang. Haha. Nak gelak pun ada, nak kesian pun ada.
Lagipun seronok nak masak sbb ari minggu tu aku dah pegi pasar, beli barang basah nak masak. Ikan, udang, sayur mayur bagai. Sayur pun melambak lagi dlm fridge tu smpai skang. Kobis masih tak masak. Tkpe, nati leh buat masak lemak.
Kalo diberi pilihan dan smpai awal, mmg aku nak masak. Sbb lebih puas ati. Dan sbb aku tak serajin adik2 aku (kenyit mata kat Zana) yg nak bangun masak utk sahur, maka, kalo masak utk berbuka, lauk itu boleh dipanaskan. Begitu. Kalo beli kat bazar, sendiri mau ingat la kan. Lalu nak panaskan balik? Mmg tak la kan.
Dan Alhamdulillah, dalam mggu ke2 puasa mmg aku masak. Ada takde pun hari Khamis sbb berbuka puasa kat ofis. Hari Rabu (1 Ogos), bes. Giler terkejut, kul 5.20pm dah masuk lorong ke rumah aku. Wahhh... apasal tah tak jammed. Cam terkejut pun ada. Hihi *tahpehapatah, tak jammed pun bising, jammed laaagi la bising*
Ala, masak pun biasa2 ja. Takat kari ikan, sayur campur goreng ngan ayam goreng kunyit tu, takkan tak sempat kalo smpai umah kul 6 kan. Lps tu penah gak masak sambal tumis udang, lemak udang. Beli udang setengah kilo, dua kali boleh masak. Takde la menggigil tangan kan. Haha. Seme pun simple2 ja. Mmg la orang kata, alah, makan berdua je, beli lagi baik. Hihi. Dah 4 tahun kot, aku rasa jimat dan puashati lagi kalo masak. Melihat suami berselera makan hasil masakan kita adalah kepuasan setiap isteri :)
Retu ada terbuat mee kuah Utara. Haa...kau..elok nak berbuka baru siap. Haha. Padan muka. Yg remeh sbb nak buat garnishing dia tu. Nak rebus, nak goreng. Tu yg buat lambat. First time buat, tp oke la juga. Igt nati nak terai lagi lah. Retu pedas berdesing. Oke. Nati buat lagi skali aku share resepi. Simple ja.
Jadi, tu jelah citer puasa 2 minggu ni. Takde menarik sgt pun lah. Harap2 edisi memasak ni akan berkekalan lah lagi 2 minggu. *lps tu malas balik kah?? Hahahahahaaaa
10 comments:
Memang Kak Reen. Nak2 kat Labuan ni. Kalau lauk tuh mahal lah yang amat. Walaupun berdua je nak makan tapi boleh gak berjimat.
eh, kenyit mata kan kita pulak dia.. kelakar la kekda ni.. zana bangun sahur masak 1 jenis lauk jer la kekda.. then buat telur dadar.. tp nak masak 1 lauk tu terpejam2 gak la mata.. hahaha..
mmg hati isteri ni akan lebih puas bila tgk suami makan bertambah.. hilang penat segala.. lagipun mmg jimat la masak drpd membeli.. lagipun kalau beli tp xsedap & mahal memang rasa macam x berbaloi.. bukan berkira, tp kita nk membeli dgn duit, bukan percuma..
zana kalau bulan selain puasa, jarang sungguh masak sebab adiey jenis x makan malam.. hihihi..
dah ada keluarga waktu berbuka tu nmpk harus penting ^^
Ida hari tu kan penat memasak, try lah ke bazaar.. tak sedap ! mahal ! Mneyesal tak sudah.. Masak lagi baik.. even simple pun kak kekda.... Nmpk hubby mkn licin, siap bertambah(sedap ke or sememangnya lapar??HAHA) .. Hati rasa girang!! hkhik
nory pon x suka beli lauk kat bazar, selalu gi baza beli kuih2 & roti john je.Tu pon ikut nasib, dpt yg sedap,sedap lah, dpt yg x sedap, redha jela..hehehe
beli mmg skit hati sket kak.. hari tu ain beli ikan keli sekor kena 4.50.. mahal betul padahal ikan keli kan murah je.. lepas tu tak sedap pulak masakan dia..
ain mmg masak je kak sebab boleh balik awal. kalau lewat, mmg takkan ah kan. sbb ye lah.. tgk suami makan masakan kita bertambah nasi rasa ya Allah, hilang semua penat lelah..
samelah kami ni dah bertiga, amir dah besar ni kalau tak masak payah pulak .. masak mmg dia makan mengalahkan mak pak yg pose ni ... suami pun makan pinggan licin senang hati ..
CARMELLO :
Beli lagi jimat dan puas hati :)
ZANA :
Takpe... air tgn hasil masakan isteri tu la penambat hati suami :)
EL_JANNA :
Kami berdua je Janna :)
EIDA :
Tu la pasal. Kejadian menggigil tangan nak kasik sambal udang 3inggit tu mmg buat akak menyampah ja haih.
NORY :
A ah..akak pun ulang tu je lah. roti john murtabak. kira da tau kedai yg sedap, p kedai itu je lah. hihi
~AIN :
Kan...?? tu la pasal, kalo lewat cena nak masak kan.. tp kalo ada peluang, masak je lah. dari nak berebut2 kat bazar tu. mmg tak larat.. masak lagi puas hati
MASYA :
Kan...?? masak lagi puas hati. Tp akak salute juga la orang rajin ke bazar ni. Bukan mudah, orang ramai, paking jauh.. menapak lagi. Penat...
Post a Comment