Friday, August 10, 2012

Edisi Menu Berbuka : Minggu Ini

Penah tempek ke dak menu2 berbuka puasa yer sepanjang puasa ni?
Rasa cam tak pernah.
Tp kat insta.gram, FB segala penuh la kan.
MyDH pun redhooo je setiap kali pas masak aku hala myS2 tu ke pinggan. Ahahahhaa... cam mengong!

Oke, meh jenguk antara menu minggu ini.
Popia ketam tu ari Ahad. Seronok nak buat sbb pepagi tu dah pegi Tesco. Beli barang2 basah. Pegi awai ke Tesco mmg bes. Barang2 mmg segar lagi. Popia ketam amik dari resepi 1 hari 1 resepi. Nyum nyum. Tp giler beso popia nya. Pas ni kena beli kulit popia saiz kecik sket.

Tomyam campur - Isnin. Masa ni jammed haibatttt... sbb yg Sgor cuti tu. Tp sbb buat tomyam ngan ikan goreng, sempat ler. 
Spageti - Selasa. Mmg buat spageti semata. Lps tu ada beli kuih sesket. Oke la. Sekejapan dah siap.
Rabu - ingat nak buat ikan sumbat, tp tersumbat kat jammed macam hapa. Terpaksa singgah bazar Ramadhan. Beli nasik lemak n ayam panggang black pepper. Sedap jugak. Nati nak repeat lah. Sbb nati tatau nak carik kat mana lagi dah pas puasa ni.

Khamis (semalam) tu jammed jugak tp sempat lak gak menyumbat ikan nih. Haha. Eh. Ikan sumbat ke? Ikan cencaru belah belakang, taruk sambal dalam perut dia, pastu goreng. Aku mmg sedari dulu suka masak ni. Ikan cencaru masak lain seme tak makan, tp masak cemni aku makan. Kalo balik kg pun harus mak aku masak ni, dan menurun ke aku yg suka nak masak ni. MyDH kata mak dia jarang masak camni, tp bila aku buat dia mmg suka. Hihi. Sambal yang disira atas ikan tu sambal lebih dari yg disumbat tu. Sambal tu guna cili masak.

Bila aku post kat insta.gram Hani kata ikan seko ja. A ah. Mmg seko ja. Tu pun tak terabis. Ayam tu seketoi ja tu aku masak tu. Retu masak 2 ketoi tak abis. Ha, ni seketoi, aku potong kekecik, goreng kunyit. Abis ceta. Then gulai lemak putih. Seme pun sap sap soi... dalam sejam dah siap. Huhu.

So, tu lah. Mggu dpn Isnin, Selasa, Rabu, plan nak berbuka kat luar ja. Nak abiskan stock menda2 dlm peti ais ari ni. Lps tu nak clearkan dah peti ais. Ready utk balik kampung. Haha. Babai KL yg penuh sesak! (T___T)

11 comments:

Anum said...

sedap dan ringkas

Nory Zoulkefle said...

baru makan cencaru belah belakang ,semalam...cedapp!!!

ch@ said...

meh tlg kita masak kekDa. tak dan la, lotih tak terkata. berdiri lama rasa mcm melayang je. lapau bebenor. slalu beli je.

suwara entertainment said...

masak sendiri lg puas ati kan. dh lame rasenye x buat ikan sumbat tu. hehehehe

AyangAizul said...

tp nnt masa raya... kat kg lak yg sesak smpai tak leh nak kemana. kl pulak yg lengang

Zana Adieyza said...

semuanya nmpk sedapppppppp.. zana balik jumaat depan, so banyak masa lagi utk clearkan peti sejuk...

Masya said...

samelah menu hihihihihi.....
kdg2 sampai x tau nak masak ape....
belasah jerlah janji makan...

popia tu kekda pakai isi ketam ker?? rajinnya... saya hari buat pakai isi ketam yg readymate org buat kat young tu fu tu hihihihihi.. sedap jugak, cuma nak goreng api kene pelan kang melotop..

puanstoberi said...

ANUM :
Simple itu sedap. Hihi


NORY :
Bes kan. Akak sker je.

puanstoberi said...

CHA :
NAk tolong Cha masak?? Ahaha.. akak masak ni pun sbb nak bagi suami makan makanan berbuka. KAlo takk... mmg beli saja. Akak pun malas juga. Tp kerna suami, ku buat juga.. sambil2 tu dpt juga pahala menyediakan juadah utk berbuka puasa :)

SUE :
Yer, mmg puas hati. Tp kadang tak sempat.. :(

puanstoberi said...

AYANGAIZUL :
KAn?? sesak dimana2..


ZANA :
Tak sempat clear peti ais. Acena??

puanstoberi said...

MASYA :
A ah..akak pun guna yg tu lah.. hihik. tp oke juga kan. nati nak buat lagi :)