Monday, August 6, 2012

Edisi Hari Raya 2012 : Cuti Raya

Harus uols seme da apply cuti raya ye dok?
Harus pun seme wajib amik cuti 3 hari tu kan.
22hb - 24hb Ogos. Rabu - Jumaat.
Abis, seme orang amik yg tu, sapa nak berkorban jaga ofis?

Yer, saya jaga ofis. Haha.

Aku tak amik cuti 3 hari direct tu. Bagus kan?
Haha.

Ye lah tu, sbb aku apply dari 16hb dah. Aku amik cuti, Khamis (16hb), Jumaat (17hb) serta Rabu (22hb). Belum isi secara rasmi dalam HRMIS tapi kiterang tanda dulu dlm kertas yg CC bagi sbb nak tunjuk kat bos. Bos approved seme baru key-in dlm HRMIS.

3 hari juga jadi cutinya. Cuma, manyak menda lah nak kena settle. Urusan rumah KSU pun mungkin tak settle time tu. Sbb orang KC kan dah booked utk nak buat umah aku on 23hb. Nati aku nak call divan lagi, nak call HnH lagi. Water filter lagi. Seme tu perlu call dulu, and amik masa 1-2 week utk derang hantar. Maka, raya kami tahun ni tak berapa nak raya lah sbb nak kasik si KSU tu berada dlm keadaan sempurna dulu. Agaknya open house pun byk tak dpt nak attend [ceh..macam kan orang nak menjemput. Haha].

Oh. Tahun ni kami raya dua kampung sekaligus. Insyaallah. Selalunya tak macam tu. Spent whole week satu kampung, then balik KL, baru balik kg satu lagi. Tp kali ni kena shift sket lah. Kat umah mak aku tahun ni, seme adik beradik pun raya ngan mertua meke. Jadi, kesian mak. Balik awal sket utk tolong mak. Gi pasar beli lauk seme kan, then plan kami lepas solat raya baru balik ke Pahang. Mmg tak penah lagi travel camni. Direct Perak - Pahang. Tp try lah kali ni. Rata2 suh kami naik kut Cameron, sbb kg in-law kat Raub. Tgk lah cemana kan.

Sbb tu bila orang tanya raya mana, jadi cam kompius sket nak jawab. Senang kata, raya dedua kampung lah. 

Lagipun tak buleh cuti lama sgt sbb 28hb aku perlu cuti utk hari Orientasi aku tu. Eceh. Orientasi katanya. Then 7 Sept pun mebi kena cuti kot. Sbb nak register pulak. I'm back to school lah. Hihikkkss.. berdebar pun ada ni. 8 tahun tak jadi pelajar dah ni. Taktau cena perasaannya.

Jadi, raya ni tak la terlalu excited, sbb byk menda lain yg lebih excited. Masuk rumah KSU, dan menjadi pelajar pula. Hopefully eveything will be fine. Insyaallah :)

6 comments:

Anum said...

belum tau result lagi
harap2 dapat la

Nana Aris said...

yup kekda..memang dekat kalo lalu cameron nak balik raub..sbb tu kalo raya raub kami pon salu merayap ke cameron..tp nana tak tau la jalannye camne..tau2 dah sampai je hehe

ChentaHati said...

same goes here... kita pun tak cuti. rabu terus masuk keje... jumaat b4 raya tu still keje... dah 3 tahun tak penah amik cuti raya... xpe kasik can depa2 cuti dulu... nt2 kita pulun pulak! hihihi

Zana Adieyza said...

zana memang setiap tahun raya 2-2 belah sebab kampung dekat.. hahaha.. yg mmbezakan hanyalah di mana lokasi kitaorang pagi raya tu..samada rumah zana or rumah adiey.. tp tghr dah tukar lokasi balik.. hihihi

xpe kekda.. thn depan raya kekda lagi meriah!! maklumlah raya rumah baru.. best!!

puanstoberi said...

ANUM :
Tak mungkin tak dapat kot.. hikhik

NANA ARIS :
Err...dari KL ni Nana pusing balik ikut Cameron?? Lagi jauh kot. Kalo dari KL kan dlm 45 minit da kuar Bentong.

CHENTAHATI :
Lagi bes kot dtg ofis time seme orang raya. ngehehehe :P


ZANA :
Err..tahun dpn dah jadi 'rumah lama' daaaa... :P

::EIDA:: said...

Ida amik cuti direct 3hari tu.. siap tambah 17hb lagi.. auw~~ ida raya dua dua kampung.. harus adil! hihihi