Mari buat entry lagi. Sementara orang tak ramai lagi buat entry, dan tak ramai yg baca blog, meh kita buat entry banyak2. Sbb takde orang baca. Buleh ngomel lelebih. Tkde la orang menyampah je baca pjg2. Haha. Entry ala ala syok sendiri. Ngee.
Oke. Nak cerita yg 'menarik' di KSU as aku ada tulis sket kat entry Raya Keempat tu ari. Oh. Nak cerita progress jugak ni. Byk dah progress "mansion" aku tu. Nak kata 80% settle renovation pun buleh, tp aku takutttt... kang katanya ada apa2 hal lagi. Tak berani.. tak berani *geleng geleng kepala* Jadi, citer progress esuk pula ya. Biar time takde orang baca jugak. Hihiw.
So, apa yg menarik?? Sebenarnya 'scary'. Tp idak la scarry sangat. Acena ek?? Ala, aku ada tulis sket kat FB tu ari (malas nak screen cap). Kisahnya lps balik dari Pahang Selasa tu, kami terus ke KSU. Ujan lebat KL time tu. Elok je kuar tol Gombak tu, ujan selebat lebatnya. Tp kami terus je KSU. Apa adahal. Smpai KSU pun dah ujan renyai2.
Sebenarnya singgah saja nak tgk apa yg apek tu dah buat sbb masa hari Khamis (16 Ogos) before balik kami ada singgah. Dia gitau akan pasang lampu-kipas-ekon-water heater-grill segala before 23hb. Jadi, saja nak tgk la kan. Apa yg dah siap.
Apek tu pun kata kunci grill dia tinggal dalam post box. Sokay lah, bukak-tgk dah ada. Mean da siap lah grill. Alhamdulillah.
Masa nak bukak kunci grill tu tgk ada sorang auntie (but not so auntie la. Kakak la kalo ikutkan) ni, Indian. Tgh jengah2 kat dpn rumah. Bkn jengah dpn rumah kiterang, tp rumah jiran depan kami. Bila kami smpai, dia kata "ini rumah u ka?". Kite pun kata la bukan.
Terus la dia bukak cerita.
Auntie : U semalam ada sini ka?
Kami : Takda..takda... baru sampai dari kg ini hari (kita plak yg ikut slang dia yer. Hihi)
Auntie : U tau, smlm ada bunyi banyak bising. Smpai gegar rumah saya. (rumah dia tingkat atas katanya). Bunyi macam orang ketuk dinding guna penukul besi
Kami : Errr....
Auntie : Saya tak boleh tidur. Dalam pukul 1, pukul 2 pagi itu macam.
Kami : Errr... (dalam hati mula pikir memacam).
Auntie : Kitaorang siap panggil guard. Ketuk2 ini rumah, takde orang bukak. Lps tu tgk dari bawah, napak gelap saja.
Ah sudah aci ni. Buat hal.
Kiterang tak cakap byk pun. Bukak pintu. Dan auntie tu terus ketuk2 rumah depan tu. Still takde orang.
Masuk dlm rumah, berselerak segala kotak2 lampu. Tak siap lagi pasang kipas segala. Wire pun masih terjulur sana sini. Rimas tul haku. MyDH terus call apek tu. Dia kata esuk dia jumpa kiterang.
Selesai check rumah, kiterang pun turun lah. Masa ni adik ipar aku (adik MyDH) ikut skali kiterang balik KL sbb dia nak keja ari Rabu tu. Jadi tumpang semalam kt umah kiterang. Dia keja BSN dkt KLCC tu ja. Dah tu dlm keta memacam andaian lah kan.
Tp kami tak la suspect menda lain kan. Sbb tau, rumah dpn tu ada penghuni. Mmg kami tak pernah napak. Tau tau sudah siap grill ja. Tp mmg ada orang. Napak dari bawah ada sidai kain seme.
Tapi tu lah orang kata, nak jadi cerita kan. Elok plak auntie tu datang ketuk rumah tu time kita tgh nak bukak pintu umah kita ni. Tak ke tetiba jadi seram sejuk. Kenapa tak dtg pepagi ke apa ke kan. Time kita dtg la dia ada jugak. Itu pun cukup bagus dia ketuk rumah depan. Buatnya dia dtg ketuk rumah aku. Ha, tak ko demam dibuat nya. Tetiba lak dia dgr orang ketuk dinding ngan tukul besi kat umah kiterang. Haha.
So, ending dia, keesokkannya kami dtg lagi skali ke KSU sbb da janji ngan that apek kan. Smpai je napak orang tgh pasang air-cond. Sokay lah. Masa dah masuk rumah, napak lagi skali auntie tu. Lor..tak puas hati lagi aci ni. Tp kali ni mungkin dia puas hati la. Sbb dapat jumpa owner rumah tu. Indian juga. Ha, lantak korang lah. Selesaikan lah sesama korang ya. Aku cam dgr owner rumah tu kata anak dia ke apa yg ada malam tu. Tatau la aku apa hal kan. Lantak lah. Tp suppose kalo ada apa2 hal, rumah cemgini ni, elok kita buat aduan ke management ja. Kalo duk serang2 terus ni, sesilap haribulan leh gado. So, aku da tau la siapa jiran depan. Jiran sebelah belum. Tp kami rasa ia adalah melayu. Langsir seme da pasang. Tp kenapa tak masuk lagi tatau lah. Grill pun takde lagi.
Eh. Kak Esah la pulak aku kan, nyibuk hal jiran tetangga. Haha. Oke lah. Chow cin chau...
3 comments:
klu umh saya.. tak puas ati fesbuk.. puas hati fesbuk.. bnd jtuh fesbuk. salah parking fesbuk.. smpi tahap.. prihatin sguh jiranku.. tp prihatin update story je..
ade baiknye... tp klu dh tahap amik tau tp x tolong pon x best kan..
moto ai jtuh tergolek.. tlg post je..tatau la die tlg angkat ke tak... adoyaiiii macam2...
mesti budak tu takut nk bukak pintu...tak pon.. aci tu turun.. time budak tu dh selesai...
wow... jiran banyak indian?... berdoa la agar dia bukan penganut hin** tegar... kalau tak alamat tiap malam jumaat layan asap setanggi je la... :(
dulu masa kat rumah lama... rumah no.1 selepas lif adalah rumah org india yg warak (sebuah ni je)... ktorg mmg target balik sebelum jam 6.00 ptg... kalau lewat... balik jam 8 malam terus... kalau nak keluar pun selepas jam 8 malam... sebab masa tu kalau lalu depan rumah dia semua dia tengah perasap keliling rumah dari dapur sampai depan... mmg bole mabuk asap kalau lalu masa tu...
kenangan... rumah lama... ;p
CBL :
kiterang pun rasa camtu. bila orang da ketuk2 dia pun senyap je la. Hihi.
MARIA :
Mostly kat situ Melayu (tgk nama kat developer), tp melayu ramai tak masuk lagi sbb rata2 renovate rumah.
Kalo rasa terganggu buleh report JMB/guard kan?? at least dia buleh kurang kan lah bau bauan tu.
Post a Comment