Friday, August 31, 2012

Selamat Hari Merdeka, Malaysia!

kredit : FB Era

Ini tanah kita.
Tanah tempat tumpah darah kita.
Tanah yang menyaksikan sebuah negara bebas dari jajahan.

Ahh...dah..dah... tetiba datang giler nak bersajak plak haih. Kuwasa.

Oke lah, selamat hari merdeka, Malaysia.
Bunga api dari KLCC tak semeriah dulu dulu.
Dulu, tinggi bunga apinya. Ada bermacam bentuk.
Skang dah macam sama plak ngan bunga api yg orang main time raya tu. Haha.
Thn dpn (Insyaallah) dengar sayup2 je la kut bunga api. Dari rumah KSU mmg tak nampak la. Bayang KLCC pun tak napak. Dulu masa beli rumah sales tu kata napak KLCC. Mmg nak kena nih. Tp tak pe lah. Cukup la 9 thn dah mengadap KLCC. Celik je mata, bukak tingkap, bukak pintu, KLCC dah dpn idung. Haha.

So, esuk satu ofis kena Janji Ditepati.
Ikut kan je lah. Nak buat cemana. Wajib. Wajib. Wajib. Katanya. Takde sunat sunat dah.
Tak pegi, tulis dalam buku perkhidmatan. Ingkar perintah. Sudah la unit aku yg jaga tatatertib. Lagi mau buat perangai?

Takpe lah, asalkan Sabtu / Ahad dah leh cuci rumah.
Asalkan tadi dah dpt pegi Perfect Livin.
Asalkan dah dpt 'usung' apa dihajati.

Nak packing barang... nak packing barang....

p/s : Dan tinggal 4 bulan je kita dalam tahun 2012. Mmg masa berlalu pantas.

Thursday, August 30, 2012

KSU Reno : Progress [Part 6]

Alhamdulillah. Part 6. Semuanya perihal renovation dah settle. Sekali lagi syukur pada Allah. Masa yg diberi utk renovation mmg cukup cukup. Tak perlu mintak extend masa dari JMB. Pasni buleh claim balik deposit 1k dari JMB, then boleh lah buat belanja utk makan makan.
Start - ujung bln 7 dan ujung bln 8 seme dah settle. Alhamdullillah. Boleh dikatakan smoothly running. Tp biasa la, ada juga la pening kepala here n there. Tu kira minor minor je lah. Biasa la kan. Itu lah namanya pengalaman.

Tapi pun, cam aku kata la. Bukan buat major reno pecah sana, pecah sini. Aku amik 2 kontraktor.

Kontraktor 1, kerja2 dia buat :
# Grill whole unit (powder coated)
# Plaster work : 3 room cornice
# Living to dining : L-step (Double step)
# Panasonic aircond + installation (dia beli air-cond n pasang)
# Wiring work (hack dinding) + installation lamp,fan n water heater
# Piping toilet
# Paint whole unit
Utk ni, 3 kali bayo. Dan dah settle pun bayar petang semalam. Roughly berpuas hati jugak lah dengan kontraktor ni.  Tp sbb masa tu dia ada buat 2,3 rumah lain, agak cam lama dia amik masa. Padahal senang je kan. Tp masih la  tidak la terlebih masa. Kalo dia tumpu kat umah aku ja, seminggu pun aku rasa dah settle.

Aku sker sbb dia cuci rumah skali. Memula dia cuci time dia nak start buat renovation tu. Lps tu dia dah tampal balik dinding yg dia hack, dah pasang cornice- dia cuci lagi. Then dah siap seme pun dia cuci lagi. Mean, dah 3x dia cuci. Memula aku igt aku nak upah cleaner ofis ja cuci rumah, tp sbb da cuci 3x ni, tak perlu dah la nak upah. Buat sendiri je lah. Dah bersih pun, cuma nak cuci bebtul ja. Alhamdulillah sgt tang itu.
Kalo sesapa nak contact number kontraktor ni pun buleh. Orang nya pun senang bawak berbincang [walo pun blur blur sket. Haha]. Kalo kat LowYat forum pun dia ada promo syarikat dia. Muda je lagi pun. Smlm katanya nati buat makan makan i nak dtg rumah u. Hihi.

Kontraktor ni aku dpt dari brochure yg dia bagi. Mujo oke juga kerjanya. Tapi setimpal ke dgn bayaran, aku pun tak tahu. Mana aku ada pengalaman bab ni. Cuma bila compare dgn 2 lagi quotation, napak rega dia agak oke.

Then, kontraktor 2 :

# Built-in wardrobe (anti-jump sliding door - 8ft) + make up hanging table with mirror (ni kira dressing table lah. Senang. Custom made ja. Tak perlu dah nak beli dressing table hapa. Tampal ja kat beam bilik tu. Hihi.)
# Kitchen kabinet (3G base unit - 10ft, 3G wall unit - 6ft full height, Quartz table top - 8ft)

Ni pun dah siap. Tp belum finalize. Yg ni agak tak berapa memuaskan. Sbb byk cam dia tak cakap. Bila kita dah confirm baru nak bagitahu. Dia tak bagi tau jadual penuh, tup tup kata tak boleh nak buat cepat sbb tak buleh masuk dlm jadual. Dia tak communicate dgn orang buat table top (orang table top ni biasanya orang kilang, bkn sykt derang). Yg tahu mintak duit duit duit. Yg ni mmg aku selalu naik geram jugak. Tp bila dah buat, oke ja. Sehari pasang wardrobe n KC. Lps tu datang lagi skali utk install wall kabinet KC (boleh lak salah ukur, itu engkau tanggung la kan). Then last skali dia install top. 
Ini aku dapat dari survey kat forum cari.com. Entah, mungkin aku salah amik designer kut. Sbb derang kan banyak designer. Suppose aku direct call designer tu. Tp tu lah. Menda dah buat, bukan buleh nak undo. Redha je lah dgn apa yg ada. Cuma esuk, ada menda nak suh dia betulkan jugak. 

Jadi, skang ni hanya tunggu install water filter (esuk datang pasang. Penat dah. Hehari Coway ni call. Padahal aku suh dia deal ngan MyDH, nak jugak ganggu aku. Ada ramai lak tu. Kejap2 no lain, kejap kang no lain. Kejadahnya Coway ni, tak larat nak layan tau). Then Sabtu, Hood n Hob plak install. Ahad - cuci rumah/pasang blind. Next week - 8hb angkat barang. Dah confirm dah ngan movers.  Kotak2 pun dpt. So, nak taknak kena mengemas lah. Nati bila dah start kelas lagi kekangan masa kan. 

Hoi..hoi..hoi ya hoii....

p/s : Gmbr tiada. Kat instagram melambak. Naik menyampah orang tengok dah.
Tp kalo nak tgk, buleh tgk kat forum ni - lowyat
Salah satu ada gmbr wardrobe aku. For sure la yg pink pink tu. Memandai je tau apek ni amik gmbr kabinet aku. Saman kang baru tau.. Padahal bukan dia yg buat. 

p/s #2 : Mmg akan hehari dan setiap entry pasal rumah KSU. Bosan? Lantak lah. Takde citer lain dah. Lps ni blog ni tukar jadi pasal rumah je smpai bebila. Takde citer lain. Hahahaaa... Cam orang lain salu ckp, blog kita, sukati lah kita nak tulis pasai apa pun, nak baca, baca... taknak baca sudah..  *eii..nyombongnya ko kan?? ala, bkn ramai pun baca blog aku ni. Jadi, tak kesah pun aku nak tulis pasal apa pun.. lalallaa... lalaaa... selamat berhari raya... ampun maaf dipinta, betapa mesra ku rasa di hari mulia....

Wednesday, August 29, 2012

Edisi KSU : Jadual Pindah

Nak papar ke taknak?
Nak papar ke taknak?
Eh. Mengadanya kan.
Sekali aku tumbuq muka kau baru tau..


Eleh, dah papar kat FB, Instagram pun kan. Lagi mau nak pikir papar ke tak.

Haha. Risau. Kang poyo toyo tunjuk, tup2 entah bila jaman baru menjadi.
Ini adalah rough checklist. Belum smpat aku nak buat gantt chart schedule ke google doc bagai. Tp rasanya ini je lah smpai sudah.
Conteng2, stapler masuk buku catatan KSU aku.
Heh. Harus seme orang pun ada kan buku catatan camtu.
Kalo ada plan apa2, kita buat satu buku then tulis2, conteng2 dlm tu.

Macam nak kawen dulu kan. Harus seme bakal2 perantin ada buku catatan tu.
Aku dulu 2,3 kut buku. Satu yg compile segala macam hantaran bagai. Satu lagi utk aku usung ke hulu hilir, utk conteng2 bajet, nak beli apa seme (lps tu masa kemas kemas tu hari dah rasa sayang nak buang. Huhu. Kenangan tuh....)

So, skang nak masuk rumah pun aku buat satu buku.
Situ segala bala nama kedai, progress bayaran seme tulis dlm tu.
Cuma, aku beli hok nipis. Jadinya cam nak penuh dah. Huhu.

Jadi, itu lah schedule nya.
Mungkin aku pindah lebih awal rasanya. Sbb dlm this weekend, nak cuci rumah. And week after (weekend) dah boleh pindahkan barang seme. 

Kenduri doa selamat pun mungkin diawalkan, tp tatau lagi. Kena diskas juga dgn family PJ sbb derang nak wat kenduri kawen kan. Takkan aku nak nyibuk2 nak jugak buat kenduri. Jadi tatau lagi. Tp mmg plan buat sblm cuti sekolah. If cuti skola nati ramai wedding, susah orang nak commit. 

Jadi, doa-doakan ya agar seme berjalan lancar. Wisau tau sebenarnya. Orang yang karekter ENTJ ni mmg cemni, kalo dah ada jadual, lps tu jadual ter 'lari', harus dia pun akan jadi kucar kacir. Ngeee... *suami ku amat faham ini*

Ha.... jadi dah ada la date utk doa selamat (padahal tulis housewarming),  Insyallah, hajatnya nak menjamu rerakan dari pagi sampai la ke malam. Menu tukar2. Pagi lain, tghari lain dan petang lain. Beria la plan kan, tp ada sesapa ke sudi nak ke teratak hamba yg tak seberapa tu?? nak buat list of guest ni. Eh??? (T___T)

Mari Deco Deco 3D

Motip?? Ni last week punya keja la ni.
Haha.
Saja. Bes plak deco deco secara online 3D ni.
Byk pun kan web yg buat deco secara online ni.
Aku naik seronok plak main deco deco kat sini - http://mydeco.com/rooms/austin/
Try lah. Seronok. Yg bes siap dia letak rega barangan tu. If ada yg M'sia camni pun kan bes. Ke Ikea/Houz Depot ada yg cemni?? Boleh online beli terus camni kan.
Aku dah buat begini.


Hihi.
Yer. Itu mmg gambaran bilik aku. Mmg sempit master bedroom tu. Ditambah plak ngan built in wardrobe. Aku pun tatau cemana tu. Dan krn tu gak aku trus buat custom dressing table celah tepi wardrobe tu. Tak perlu dressing table bagak2 bagai.

Floor tu buleh tukar tiles, tp kena susun satu persatu pula. Malas aku. Biar dia situ. Ini gambaran 2D. Dia buleh jadi 3D juga. Bes. Dan menarik. Nak buat satu rumah. Tp harapan la. Sebuk nau skang ni. After office pun dah sebuk g tgk rumah la apa la. Tp aku sker. Aku sker kalo sebuk sebuk ni. Sbb takde la ada masa nak mengenang nasib diri yg tak serupa orang lain. Eh, apa ni? apa ni?? Hahahaha.

Try la uols. Bes!

Tuesday, August 28, 2012

Welcoming Ceremony - DTC, UM

Alhamdulillah. Semua berjalan lancar utk hari ni.
Mmg agak mencabar juga sbb mostly jalan KL jammed - jalan tutup area Dataran kan. Jadi, dia cam merebak ke seme kawasan2.

Lama tak drive, tp bila dah drive oke ja. Malah rasa seronok plak.
Hihi.

Bertolak dari ofis. Ya, dari ofis lah sbb antar 'spouse' dulu. Gerak kul 7.30pg. Dah la pagi tadi cam gelap nak hujan. On d way tu mmg hujan lah. Lebat. Stop. Renyai renyai. 
Jammed. Stuck setgh jam dkt hway yg menghala ke MValley. Yg nak masuk ke Federal tu lah. Ntah apa nama jalan tu tah. Aku risau si kotak kasut aku tu buat pangai ja, sbb ada la 2,3 kali bila jammed tu, dia tetiba baek punya termati enjin kan. Aku off air-cond, bukak tingkap. Mujo tak berapa hujan sgt dah.

Smpai DTC,UM dekat2 8.30pagi. Just nice. Aku bukan risau lambat ke apa. Aku rasa parking takde. Tp mujo aku antara orang2 terawal juga. Agaknya sbb ujan dan jalan byk tutup kan. Sokay, dpt paking selesa. Register, dpt beg, pegi duduk. Ramai juga lah. Masa briefing tu dia kata ada 6k application, yg dpt 3k sahaja (kira termasuk seme la - Master n PHD)

Majlis cam biasa. Ucapan dari VC, briefing pasal library, pasal fees and IPS itself. Ada refreshment kul 10 tu. Makanan cam open house raya. Sedap plak. Rugi tak amik byk2. Hihi. Mmg aku takde kawan yg kenal, tp kat situ ada je yg boleh dijadikan kawan.

Kul 1pm, sesi meraikan calon settle. Kena tggu smpai kul 2.30pm utk briefing kat Fakulti plak. Aku lepak2 dlm keta. Solat jap (mujo surau dkt DTC tu ada), then gerak carik Fakulti. Hoi. Berpusing2 jugak. Nyampahhh.... paking la yg buat terpusing2. Dah termasuk fakulti lain plak, reverse balik. Lps tu termasuk paking staff, ha, kang ada yg harapan kena clamp, keluar balik dari situ. Ceh. Pusing2 situ je. Tahpehapatah.

Kul 3pm briefing plak. Kenal2 sesket kawan2 se-course. Mostly aku rasa yg amik mmg student UiTM yg sama course ngan aku dulu. Yelah, nak smbg gak ngan course yg sama nama kan. 

Kul 4 settle. Aku tak tggu lama dah. Balik la. Kang jammed kat Federal apa pun tak dpt. Balik. Balik. 15 minit dah smpai ofis. Huhu.

Nxt week - 7/9 baru register.  Byk gak menda 'remeh' nak kena buat ni. Medical check-up, bayar fees kat Bank Islam. Maleh tul nak check up tu kan. Tp nak wat cena. Rasa 7/9 aku kena cuti lah. Sbb nak pindah lagi tu. Kira pagi tu ngemas, ptg gi register jap. Jap ke? Jap la kot sbb dia ikut by fakulti. Fakulti aku 7/9 petang.

Sedar tak sedar 10 tahun dah yer aku meninggalkan alam 'study' ni. Bila tanya orang yg sambung tu, derang baru setahun habis belaja. Aku 10 tahun. Pergh. Betul ke 10 tahun. Tamat Okt 2002. Dan masuk balik Sept 2012. Betul lah. Genap 10 tahun. Hurm. Rasa baru je lagi. (dan rasa masih sama muda je ngan yg lain tu. Hihi)


Tgh nak pikir. Nak amik subject apa. 3 subject la amik sem ni. Yg utama mmg aku nak amik HR la sbb itu aku tgh keja skang ni kan. Senang buat assignment ke apa kan. Pastu Mgt Theory pun kena (itu core subject), satu lagi tatau. Course aku after working hours. 6-9pm. Jadi, aku igt nak amik kelas Isn, Selasa, Rabu. Hari lelain takyah. Rehat saja. Bes. Flexible. Aku sker. Lagipun seme subject dah 'familiar'.

Moga moga segalanya berjalan lancar. Cecita aku nak settle kan dalam 3-4 sem saja (minimum boleh buat - 3 sem, maximum - 8 sem). Ke tinggi sangat angan2 tu?? Hihi. Apa pun, berdoa pada Allah moga dipermudahkan. Suka. Mmg suka sgt nak sambung belajar.

Edisi Keratan Akhbar : Wang Lesap, Kabinet Tak Siap

Sementara aiols ada majlis kat 'sekolah' ai, aiols tinggalkan uols dgn keratan akhbar ini.
Klik kalo nak tgk besar sket.
If tak napak juga, kena tgk paper Sabtu tu ari-pg27 kalo tak silap aku

Tak terkesima uolsss...

Nak nak aku yg tgh duk sakan nak buat mendalah ni.
Tpt aku buat tu pun mmg dia nak bayaran secara 3x bayaran.

40% as deposit.
Then 40% time dia dah nak pasang.
And last payment - 20% bila dah siap seme.

Ko igt aku confident nak kuarkan 40% yg pertama tu. Kalo kabinet ni rega rat rat je mmg tak rasa, tp celah mana nak dpt rega kabinet rat rat kan. Jadi, 1st payment pun risau btul rasanya nak transfer. Tp kalo tak transfer mampuih dia tak pasang kan. Tu pun aku bayo seminggu sebelum dia pasang. Lps tu payment kedua tu, dia dah dtg pasang sket baru aku bayar. Lagi 20% blum bayar sbb sehingga aku tulis ni, ada sedikit lagi wall kabinet ngan table top blum pasang. Da settle seme baru aku settlekan seme bayaran.

Kalo tgk nama sykt dlm paper tu, aku pun pernah terpikir nak g survey. Tp tak terpegi. Fuh...
Tu la, buat renovation ni pun bagaikan mempertaruhkan nasib juga kan.
Kalo nak buat renovation tu, sentiasalah berhati hati dan berdoa lah banyak2 dan minta pada Allah tunjukkan mana satu kontraktor yg perlu kita amik. Sbb bila kita dah amik byk2 quotation mmg kita rasa cam tatau nak amik mana satu. Tp berdoa berdoa berdoa, minta Allah tunjukkan, Insyaallah, nati bila nak buat keputusan, kita akan rasa tergerak je hati nak amik yg mana satu.
Cam aku tu ari, mmg ada rasa nak amik kontraktor melayu utk re-wiring, grill seme tu, tp ntah... rasa taknak amik. Lps tu dgr citer yg kontraktor tu sudah tarik diri dan dah tak buat dah rumah2 orang yg buat dgn dia. Tatau la terbengkalai ke apa. Aku pun dah tak napak kontraktor tu ada kat bawah tu dah. Awal2 tu dok ada je dia nak promote.

Entah ek, kadang kita nak tolong melayu, tp akhirnya begini lah. Apa pun, kadang, apa yg terjadi ada hikmah nya. Insyaallah. Allah menduga kerana Dia tahu kita mampu hadapinya :)

Monday, August 27, 2012

Edisi Interview Dan Cuti Masuk Sekolah

Wah....meriah dashboard ya ini ari.
Seme pakat2 citer pasai raya dah ya.

Tak smpat nak baca lagi.
Ari ni ada interview. Dari jam 8 pagi. Settle dkt dkt kul 6.
Rasa nak kebas pinggang duk dlm tu.
Pergh!
Mujo yg dtg pun half dari dipanggil.

If seme datang?
Mau kul 8 baru abis. Huhu.


So, esuk ai cuti kembali.
Dah laju laju isi cuti dlm HRMIS.
Ai ada Majlis Meraikan Calon Baru. Cewah. Calon Baru katanya.
Wii... ada rasa seronok, ada rasa tak seronok juga.
Rasa seronok sbb dah 10thn tinggalkan 'sekolah' pastu nak masuk sekolah balik.
Lagi seronok sbb tu la sekolah yg diidam idamkan sejak pas SPM. Dulu tak buleh la nak sekolah situ kan. Sbb tak pandai. Haha. So, skang, Insyaallah, dah dpt apa diimpikan.

Tak seronok - sbb satu ja.
Kena drive sendiri. Huwaaa... lama giler kot tak drive sendiri ne.

Tetambah tpt yg jammed2 tu.
Huwaaa... gigil kottt....


Majlis start 8.30pagi. Tau la..time ofis tu. Mana nak carik paking lagi.
Huwaaaa......

Sunday, August 26, 2012

Edisi Raya 2012

Aku tak byk cerita raya tahun ni. Nati sok sok ni mesti seme up citer raya kan. Baca citer raya korang je lah. Seme pun tahu aku tak excited nak raya sbb ada menda lain yg lebih meng-excited kan. Tehehee... itu lah bes masuk rumah lepas raya. Lagi memacam boleh dibuat dan di deco kan sepuas puasnya. Kalo nak rush rush, tak bes. Ngeee...

Oke, cerita raya. Sekali harung jelah yer.

Balik kg - Khamis (16 Ogos) - balik Perak dulu. Lepas ding dong ding dong settle kan hal KSU baru gerak balik. Dkt2 kul 2pm camtu gak lah. Jalan Tun Razak jammed nak mamp.. tatau pasal apa ntah. 

Nak masuk hway Duta pun sesak. 

Dkt tol dapat bam. 5 pack terus dia bagi. Bam comel ja. Buleh la buh dlm handbag.

Tp Alhamdulillah, dah masuk hway oke dah. Cuma keta banyak lah. Dkt dkt area Sungkai - Tapah tu cam jammed sket. Tkde apa pun, ada keta tercabut tayar je kat laluan kecemasan. Itu pun leh jadi jammed ke? Choy! Smpai Perak singgah bazar Ramadhan kat KK. Sini yg glamernya adalah laksa dan popia (basah/kering). Mmg gerai itu la banyak.

Jumaat (17 Ogos) - gi pasar. Beli bahan2 utk nak masak juadah hari raya. Pagi2 dah pegi. Orang pun dah ramai kat pasar. Beli tulang gak nak buat bihun sup tulang utk buka puasa. Itu pun kerek bebeno orang yg jual daging-tulang tu. Orang mintak sekilo, sekilo je lah. Nak buh lelebih pasaipa. Bila kita kata nak sekilo ja, dicampaknya balik tulang tu dkt nak kena muka kita. Eh. Ko dah kenapa. Tau la orang ramai. Tak payah la nak emo sangat. Melingkup la bisnes kau kalo camtu gaya. Baru jual tulang, kalo jual banglo entah la. Petang family abg dari Johor sampai. Kira kami 3 beradik ada di kg masa tu.

Sabtu (18 Ogos) - Family abg cik balik rumah mertua dia kat Kuang. Sediakan bahan2 utk masak rendang daging. Thn ni mak tak buat pun lemang. Penat kan nak sediakan menda2 tu. Kita beli je 3 batang lemang. Cukup lah kan. Lps tu mak buat nasi impit kuah lodeh mak lodeh ngan kuah kacang. 

Ahad (19 Ogos) - 1 Syawal. Pegi solat hari raya. Rasa nak pakai purdah agar tak dikenali. Huhu. Musabab?? Nati orang tanya "bila? bila? bila?" Ada juga sorang dua makcik bertanya. Jawapan std - belum rezeki. Lepas solat sesiap makan seme, ready utk gerak ke Pahang. Tp kami singgah KL dulu sbb nak amik barang2. Dari Perak jam 12.30pm. Hway clear ke arah Selatan, tp arah Utara... hurm..kasihan. Igt dah tak ramai orang balik, rupanya ada ramai lagi yg balik lepas solat ari raya. Singgah KL jap, makan nasi impit yg mak bekalkan (memula refuse, tp mak suh bawa jugak. Sbb mak kata nati smpai KL lapar. Mujur pun bawak sbb smpai mmg lapar pun. Mana nak carik kedai makan kan. Tp apa susah. McD kan ado. Hihiw). Lps rehat2 jap, solat asar, kita gerak ke Pahang. Pun, Alhamdulillah... smooth nyer perjalanan. Smpai Pahang dekat2 nak maghrib. 


Kalo tidak kiterang nak konvoi ngan adik myDH juga dari Perak. Derang nak lalu ikut Cameron. Tp sbb kami nak singgah KL, jadi tak ikut. Tp kalo ikut pun, masak jugak lah. Sbb meke gerak dari Perak kul 6pm, smpai Pahang 12.30pagi. Huhuii... mujo tak konvoi.

Isnin (20 Ogos) - Beraya di K.Lipis. Rumah Siti Nurhaliza. Haha. Gile ke hapa tetiba nak gi rumah Siti. K.Lipis kampung ayah mertua.  Gi umah makcik makcik dia. Siap makan lunch. Derang kata nak buat tulang masak asam. Aku pikir asam pedas. Rupanya asam tempoyak. Huuu.... Tulang masak tempoyak. Ko mampu?? Oke, di Pahang, tempoyak mmg dipelbagaikan dalam bermacam jenis masakan. Masa 1st time beraya di Pahang dulu, aku terkejut tgk tempoyak dimasak dgn ikan bilis dan petai dicicah dgn lemang. Mmg orang kata Perak yg sinonim dgn tempoyak. Tp kami di Perak buat masak tempoyak dgn ikan ja. Atau buat sambal cicah timun ja. Tp kat Pahang, segala menda derang buat ngan tempoyak - ayam, tulang, udang. Yg belum aku jumpa adalah ketam. Aku tak reti makan tempoyak yg masak selain dari ikan. Tp kalo ketam... hurm... boleh dipertimbangkan kut. Haha.


Balik dari K.Lipis, in law nak gi beli ikan kat Kg. Chat. Ya...1st time smpai ke kampung Chat ni. Canggih kg ni, seme orang suka chatting kut. Kikikikkk...
Malam - derang buat ikan bakar. 20 ekor. Ikan apa tah. Talapia rasanya. Ikan air tawar ni aku kureng sket. Walo derang kata sedap - manis apa seme, aku tetap ada rasa payau2 air tu. Tp ada ikan besar, talapia juga buat goreng. Ha.. itu sedappp... garing plak tu. Bes!
Bako bako ikan
Kita bako...kita bakoo...
Makan ramai ramai kat beranda.
Bapa mertua menunjukkan kepala ikan yg digoreng garing.
Katanya tunjuk kat kak Long (my SIL yg tak balik raya sama)
Selasa (21 Ogos) - Back to KL.. huye... eh... suka plak nak balik KL. Yelah... ce kalo dr kg sendiri.. takde nak berhuye huye punya lah. Walo masih tak keja hari Rabu tu, kami balik sbb adik MyDH follow kiterang. Dia keja ari Rabu tu. Dia tumpang semalam kat rumah kiterang. Kami pun tak kesah sbb byk hal KSU yg nak diuruskan.

Jadi, begitu lah cerita raya saya. Gambar sedondon pagi raya pun tak sempat amik. Boleh terlupa sbb dah kelam kabut nak balik Pahang lak kan. Nati lah. Ada open house ofis nati kita amik gmbr yer. 

Cerita raya uols harus lebih meriah. Gmbr pun meriah meriah belaka napaknya.

Saturday, August 25, 2012

KSU Reno : Progress [Part 5]

Err...sudah part 5. Oke, kali ni kita sekali kan progress before and after cuti raya.
Before cuti raya, apek tu sudah siap cat keseluruhan ruang. Malas nak citer balik. Citer pasal cat bagai tu dah buat entry pun.
Mmg btul, suppose dalam pakej kontraktor yg dia buat, after dia HACK, dia akan touch up kan semula dan cat macam cat asal. Tp kau tau lah kan. Memacam lah dia kata. Nati cat tak sama kaler lah apa lah. Jadi, kita top up lah.
Seterusnya sebelum cuti raya tu dia kata akan pasang grill n mungkin air-cond. So, kita pun dah puas hati. Tp sebelum tu, geram juga. Dia kata nak pasang lampu hari Rabu (15b). Dan dan la lps berbuka hari Selasa tu kiterang ngangkut lampu. Memalam tu ha. Sbb katanya pepagi dia nak pasang. Padahal aku nak hantar hari Khamis sblm balik kg. Tp dah dia kata nak pasang, kita hantar jugak. Skali kita pegi pagi Khamis tu tak pasang lagi. Hampagas tul apek ni tau. Jadi, dia kata lampu pun dia pasang skali air-cond n water heater skali.

Jadi, kita biarkan seme. Then, balik dari kg (Pahang) kita singgah. Tgk, grill da settle - we choose powder coated type - sbb tahan lama sket. Duk umah takde tanah ni tak buleh nak bagai2. Dia dah bagi std design. So, ikut je yg tu. Kaler pun std - cekelat. (tp aku napak satu rumah tu ada kaler putih. How??). No wrought iron ke bunga ke apa ke. Oke, jimat di situ. Grill mmg satu rumah lah. Termasuk yard n tingkap kecik kat toilet. Cuma aku tak buh kat balkoni ja (sliding door ada). Sbb aku rimas oh. Tp kalo ada anak kecik mungkin akan dipertimbangkan. Itu pun yg sekerat ja. Atau go for invisible grill. Tgk ramai yg pasang invisible tu.

Tp air-cond, water heater tak pasang. Lampu pun ada setengah pasang, setengah tak. Downlight settle. Lampu2 bilik tak settle. Call apek tu, dia kata akan buat esuk (Rabu-22hb). Aku suh dia settlekan juga sbb 23hb KC n wardrobe nak pasang.

Seterusnya Rabu (22hb) kami cuti. Pegi lagi rumah. Haiyo. Penat tau, hehari pegi. Kalo dah duduk takpe jugak. Ini tidak juga dapat masuk lagi. Napak orang tgh pasang air-cond. Igt nak amik cek rebate tu, tp takde orang plak kat ofis developer. So, pasang air-cond settle. Air-cond ni kontraktor dah masuk skali dalam pakej dia. Dia yg belikan. Lantak. Aku malas nak amik tau. Dia kata kalo rosak ke apa call dia. Oke, aku pegang kata2 tu. Huhu. Cuma water heater yg kami beli and dia pasang.

Khamis (23hb) - waktu lunch lari jap. Sbb kami da keja. Kontraktor utk buat KC start keja. Meka buat satu hari ja. Buat wardrobe n buat KC. Wardrobe settle. Aku buat skali built in dressing table. Kebetulan ada beam sket kat bilik tu, jadi leh la letak cermin, and satu laci. Bilik kecik wes. Cukup la ada wardrobe ngan katil ja. Plan nak buh tv, tp aku tak napak celah mana buleh dibubuh. Dlm wardrobe?? Haha. Wardrobe 8kaki ja. And full-height smpai siling. Itu pun poblem juga sbb cornice dah siap pasang. Kena bukak la semula. Tp kontraktor cornice kata "takde hall punya" Dia cabut then nati derang pasang balik lah. Bahagian atas - swing (kena tutup kipas kalo nak buka sbb kena kipas), dan bawah sliding door. 3 pintu. Pheww... puas ati. 

Lepas tu, after office kita pegi lagi. KC pun da pasang base. Kabinet atas - spoiled. Entah cemana ukuran terlebih. Tak leh nak install lah. Takpe, nati dia akan install skali dgn top. Top kena amik ukuran lain dan tempah ikut saiz dia. Takes time juga tu. Top aku guna material quartz. Sbb dpt rega promo time tu. Kalo tidak, granite sudah....

Then 24hb (Jumaat) - ingat taknak ulang dah. Ulang lagi KSU. Org yg buat top nak ukur. Wiie... tak larat nyer.. aku bukan apa, nyampah tgk wayar2 yg masih tak dikemaskan. Tp smpai je, tenang sket sbb wayar seme dah kemas pun. Lampu dah boleh pasang.

Tp yg aku geram tu, boleh lak orang yg ukur tu suh bawak hob skali. Mana nak ada hob tu sbb aku lum suh orang hob tu hantar. Hari tu si designer KC tu kata tak perlu ada hob. Dia amik ukuran ja. Then skang orang tu nak hob plak. Hoi! saja la kan. Aku dah nak hangin dah. Yg ni kata camtu, yg tu kata camni. Aku tak la call lagi org nak suh hantar hood n hob sbb retu dia kata, derang ukur-buat ja tapak utk letak hob. Lagipun masa order hob ni, orang tu dah bagi ukuran utk cut-out-size. And aku mmg da bayar skali dalam pakej utk install hood n hob. La ni designer KC tu kata derang yg nak pasangkan. Eh, retu dia yg beria kata orang dia tak pasang hood n hob. Aku kata takpe, sbb aku mmg dah bayar utk orang install. Lagipun bukan stove biasa. Kang kalo ada apa2 poblem, payah. Bengong lah derang ni. Tgk aku dah bising2, orang yg datang ukur tu trus lari. Ha, padan muka. Patut ko kena communicate la dgn org yg design KC aku tu. Dia dah dtg ukur siap dah. Then designer KC tu call. Siap la kan. Retu cakap lain, ni cakap lain. Tu ari sekali dah jadi camni gak. Awal2 tak cakap kena tggu utk pasang. La ni, kes ini plak. Heh. Mmg aku tak puas ati walo pemasangan dia oke. Tp service mengarut ja. Kalo dari awal dia gitau yg hood n hob kena ada, dia yg pasang, aku pun call la suh orang hantar mendalah tu. Potong la duit installation tu. Ini tidak, tetiba ko dtg ukur, then ko mintak hob. Giler la. Aku mmg benci menda menda camni.

So, itu lah. Dah sampai Part  5 sebenarnya boleh dikatakan 80% siap. Tp aku takut nak cakap lelebih. Kang ada je yg tak kena kan. Risau tau. Mmg risau bila berhadapan dgn kerenah kontraktor ni. Aku berdoa sangat2 agar takde apa2 masalah. Macam kan aku buat major reno. Padahal minor je. Cuma buat re-wiring, cat, grill, install air-cond, water-heater, cornice, downlight, KC n wardrobe. Itu ja pun. Tp lama btul rasanya. 

Oh. Maaf. Tiada byk gmbr. Mulai skrg mungkin aku nak kurangkan gmbr dlm rumah KSU dalam blog. Sbb cam entah.. kalo ada tu ada la. Tapi.... haa... aku dgn gumbira nya masuk gambar2 dlm instagram. Situ tak ramai orang tgk. Jadi, aku rasa selamat. Kat blog n FB aku nak kurang kan dah. Tak bes lah. Hati orang kita bukan tau. Lagi satu, tak berapa nak nice kalo paparkan setiap sudut kan. Mana lah tau...

So, itu saja utk part 5. Rasa smpai part 10 tak?? Kalo ada pun part 10 - masa tu dah ada jemputan utk korang ke majlis jamuan makan makan a.k.a housewarming. Doakan lah yer :)

Friday, August 24, 2012

Coway...Coway... Kenapa Dengan Ko Ni?

Aduhai.
Masa Home Modern Fair sehari b4 puasa tu ari, aku dah booking skali Coway Water Purifier ni.

Memang lama dah kami decide yg kami akan guna Coway utk rumah KSU. Cuma tatau nak beli terus atau sewa beli. So, bila da nak masuk, trus la order time kat fair tu. Kami letak expected date untuk pasang 15 Ogos. Saja letak je la kan. Dia kata kalo lewat pun takpe.

Setelah dibagitau itu ini, kami buat sewa beli. Mmg rasa cam rugi la sbb sewa beli - kontrak 5 tahun. Which mmg lagi mahal dari beli trus. Tp kalo beli, maintenance kena bayar. Kalo sewa beli, dia akan dtg buat maintenance 2 bulan sekali. 

Aku amik yg ni sbb dia kecik ja (nama dia pun petit). Lps tu ada 3 function. Air sejuk cam peti ais, air panas dan air warm biasa. Sokay la. Lama dah aim katanya. Amik. (info : Water Purifier Petit CHP-06D)

So, 2,3 hari lps tu, SA Coway call, dia kata aku nyer kad kredit nak expired bulan 10, so tak buleh guna. Dia mintak card lain. Ah, aku time ni cam mula dah rimas. Itu hari taknak tgk bebetul. Aku mmg tak kuasa nak gi ofis dia, dia nak dia dtg la carik aku. Aku masa tu dah la sebuk interview segala. Then sebelum raya SA tu datang. Dah la sesat barat. Padahal ofis dia kat Wisma OUA tu ja. Jalan kaki pun leh smpai ofis aku. 

So, aku nak suh dia buat auto debit ja kat maybank. Takyah kad kredit bagai. Aku pun terang la kat SA tu yg aku tak buleh nak pasang 15hb. Kita akan call bila table top KC siap. Dia kata oke.

Settle bab tu. Sekali 15hb ada sorang pompuan. Kata dari Coway Shah Alam. Tnya "cik Ida boleh tak kami datang pasang water filter rumah cik hari ni?"

Boleh?? 
Jawapan aku simple je "tak boleh!". Mmg itu aku jawab kat dia. Ada ke patut? Nak suh pasang tang mana? Lekat wayar dari idung ko? Kan aku dah kata biar aku yg call. Tak sesabar pasal? Aku kata aku dah cakap kat SA tu yg KC tak siap lagi. Takde ke dia cakap. Dia kata takde. Aihhh... Lepas tu aku call SA tu balik. Dia kata oke, oke, nati dia bagitau kat Shah Alam. Maknanya SA tu tak gitau la kat HQ dia agaknya. Harus dia amik date yg ada kat borang time aku beli kat fair tu.


Lps tu semalam (23hb) ada lagi sorang pompuan call. Cina lak kali ni. Dia dah tukar soklan. Dia tak kata nak pasang hari ni, dia tanya bila boleh pasang. Aku kata rumah aku tgh buat KC. Tggu aku call.

Dan hari ni (24hb) seko lagi call. Lelaki cina plak. Ha.. aku dah smpai 'seko' tu tahap menggelegak dah tu. Apa ke tak pepaham ni. Nak mentekedarah sgt duit aku bulan ni la ni. Jangan harap. Mmg awal bulan 9 la aku suh pasang. Nak untung je kan.

Ni kalo esuk ada lagi yg call, siap la. Naik rimas dah haku. Efficient beno pun nya. Dah kenapa? Aku smpai cakap kat dia, ni apsal hari hari call i ni, nati i  call lah bila table top i siap. Sekarang tak siap lagi, nak pasang kat mana? Atas bumbung?? Ha... kan. Hehari plak call. Macam dah kebulur sgt customer ke apa derang ni. Aku pun kalo boleh nak pasang cepat. Abis, kabinet tak siap lagi oii.. baru je pasang base semalam. Table top tu kena tempah, kat kilang. Bukan simple cam tu ja. Derang siapkan base baru naik table top. Heh. Dah la semalam kabinet bahagian atas tak dpt pasang. Terlebih ukuran plak. Tu tak kesah la, sbb nati dia pasang top, derang pasang la skali mendalah tu. Ni Coway ni yg buat rimas. Heh!

Ni nati kalo nak dtg 2 bulan skali ni mmg nahas la nih. Hehari call gaknya. Aduhainya pun.... ko jangan awal2 ni je kemain. Esuk dah pasang, dah dpt duit.. kalo ada apa2 problem, lambat dtg, mmg aku seranah lah.

p/s : Suppose tokei tupperware, pakai filter tupperware la eh. Hihi. Ni bes sbb ada 3 function.

Edisi Kad Raya dan Kerongsang Raya

Selain parcel kotak jewellery yg sampai, ada lagi satu yg sampai time aku cuti tu ari.
Taraaa...


Hehe.
Tak sangka lak dtg dari adik sorang ni.
Sampulnya beso... ku ingat orang antar resume ke apa kan. Sbb tu ari kan ada buka jawatan Pengurus Kraf Holdings tu. Bila buka, eh.... kad raya bergambar. Ada brooch lagi.
Pengirimnya kenal sgt la kan. Hihi.

Thank u Masya Kisah Hati . Berbesar hati akak terima kad raya bergambar dgn brooch kuning tu.
Nati akak pakai ngan tudung kuning ya. Hihi :)

Edisi Perfect Livin '12

http://perfectlivin.com/html/
Sangat sangat tak sabar nak pegi ini.
Mmg suka pegi tempat2 camni.
Tp dulu impian belum jadi kenyataan.

Dan skrang impian sudah hampir jadi kenyataan.
Boleh la pegi dan beli.
Hihi.
Dulu pegi dan survey saja.

Tapi eh, apa lagi nak beli?
Oh. Aku nak tukar tpt blender serbaguna aku tu. Dia nyer pengisar tu cam dah tk buleh nak kisar. Walo ada 4 pengisar yg berbeza, pengisar tu la paling berguna dan amat membantu mempercepatkan keja aku nak masak sambal segala. Seme aku campak dalam tu ja. Dah rosak terus takde mood nak masak *ye ke?? bukan mmg salu je takde mood.Haha*

Kedua, tgk la menda yg boleh di deco. Wall sticker ke. Kalo ada oven atau vacuum cleaner pun buleh hangkut juga lah. Mmg tak murah, tp biasa derang ada free gift bagai2. Aku mmg tgh aim nak beli oven. Dah byk kali tgk kat Jusco. Tp tatau nak amik brand Pensonic (42liter) atau Elba. Nak tgk kat Perfect Livin lak.

Selain tu, tgk lah. Key padlock ka, bathroom accessories ka. Yg nyata mmg tak sabau nak tggu. Hihiw.

KSU Reno : Pilihan Cat

Memula aku mmg tak berhajat nak cat rumah. Kalo nak cat pun hanya bilik tetamu. Itu pun cadang nak cat sendiri. Master bedroom niat nak buh wallcovering. Tp hajat tinggal hajat bila si apek yg renovate tu suh cat sbb kalo dia hanya cat yg dia hack tu akan napak cam comot. Saje la kan.. nak suh aku kuarkan duit cam air. Tp pikir pikir pun, better suh dia cat. If kiterang cat, kang dah siap cornice segala tu dah lawa, comot momot lak kena cat. So, dia cat, dia beli cat. Mudah. Tp apek ni mmg blur tau. Memula dia kata buat 2 kaler. Kawasan living,dinding,walkway kaler lain, bilik kaler lain. Sokay la. Kami pun pilih kaler. Utk living n walkway amek kaler kuning (sweet corn). Tak lari jauh la ngan kaler asal. Utk bilik kami sepakat pilih strawberry ice. Dedua ni menda kegemaran aku la kan.

So, bila dah siap cat, dtg la tengok. Tengok living oke la. Skali masuk bilik, buleh pulak dia buat dalam setiap bilik tu, satu dinding kaler strawberry, 2 dinding lagi kaler sweet corn. Aku cam ah...ko da pehal ni pek?? Dia nak buat feature wall plak dkt tetiga bilik tu. Mengarut! Aku suh dia cat semula. Ha..lantak. Masa kita tanya balik dia cam blur. Misscommunication lew nieee... So, aku suh dia cat master bedroom seme dinding kaler strawberry ice tu, and guest room kekal kaler sweet corn tu. Dan lebur lah harapan nak buh wallcovering kat dinding bilik. Sobss..
(kontraktor guna nippon paint - nak tgk kaler aku sebut tu, leh refer sini - nippon katalog)

Tp bila aku upload kat instagram sebelum balik raya tu seme pun sker. Haha.
Dan bila dah siap seme skali, aku amik lagi sekali gmbr dan upload kat FB pun ramai kata oke kaler tu. Aku dah nak pasrah dah sbb kalo boleh aku nak kaler light2 ja. Kalo tgk katalog pun strawberry ice tu pun kaler cam light ja kan. Bila dah kena kat dinding..humang aii... tgk dari bawah kan, napak menyerlah terang je bilik aku. Haha. Aduhainya pun.

Jadi begitu lah. Ini lah kaler master bedroom ku. Dan sepatutnya wardrobe ku ada campuran kaler purple. Lelaju ku call Alvin - kontraktor KC n wardrobe - suh tukar kaler pink. Aww... tetiba jadi gegurl sangat nehh..

Jumpa ini yg ada orang share kat FB.


Sedikit info berkaitan pilihan cat utk bilik tidur. Kredit:

When it comes to choosing bedroom paint colors there are a few things you should keep in mind. Most importantly, the bedroom is a place of rest and relaxation so for most people calm and soothing colors are best. That said, the bedroom is also a very personal room, so if wild and crazy colors make you happy and put you at ease, feel free to use them as you see fit. 

Neutrals 

Neutral colors are always a safe choice. Beige, ivory, taupe, black, gray and white can be great backdrops in bedrooms. They work with every other color so you can lighten and brighten the room using accents and bedding in different colors and patterns. Some people think that neutrals are boring but remember, with artwork, colorful rugs, fun bedding and great accessories a room can be transformed. 

When painting with neutral colors be very aware of the underlying tones of the color. For instance, white is rarely just pure white. It comes with undertones of pink, blue, yellow, brown and more. The sky's the limit. Decide if you want your color to be warm or cool and then choose the appropriate undertones (paint experts at the store can help you if you're unsure). 

Pastels - (ini la yg aku nak sebenarnya. Huhuu)

Pastel colors are wonderful for bedrooms. They're soft, relaxing, serene and can help contribute to a good night's sleep. Think about using soft blues, lavenders, greens, yellows and pinks. To keep them from looking too childish, try accenting them with brighter accessories and/or dark wood furniture. 

Bright Colors (sudahnya jadi kaler cemni)

Normally bright colors don't make the best bedroom paint colors. Energetic and bold tones aren't usually relaxing. However, in the bedroom it's important to create an atmosphere that is personal and puts you at ease. If you're the type of person who loves to be surrounded by bright and bold colors don't fight it. If you love bright, fresh interiors, a bold spring green might be ideal for your space. The bedroom is so personal that only you can decide what is best. 

Tips for Choosing Bedroom Paint Colors 

If you're having trouble deciding on a bedroom paint color keep some of the following tips in mind.
**Take a look at decorating magazines and study different photos of bedrooms. See which ones are the most appealing to you.
**Think about your existing furniture and bedroom accessories. What colors will complement them?
**Consider the size of the bedroom and the atmosphere you want to create. Generally a light color will make the space look larger while a darker or warmer color will make it feel a bit smaller and cozier.
**Is there a lot of natural light in the room? Natural light can make a space feel larger so keep it in mind when deciding on the colors. A small room with a lot of light can appear larger than a small room without light.
**If you're really having trouble deciding try using an online room planner to decorate the space. Many of them will show you exactly how the room will look so you can potentially save a lot of time and money.

Thursday, August 23, 2012

Edisi KSU : Cerita 'Menarik'

Mari buat entry lagi. Sementara orang tak ramai lagi buat entry, dan tak ramai yg baca blog, meh kita buat entry banyak2. Sbb takde orang baca. Buleh ngomel lelebih. Tkde la orang menyampah je baca pjg2. Haha. Entry ala ala syok sendiri. Ngee.

Oke. Nak cerita yg 'menarik' di KSU as aku ada tulis sket kat entry Raya Keempat tu ari. Oh. Nak cerita progress jugak ni. Byk dah progress "mansion" aku tu. Nak kata 80% settle renovation pun buleh, tp aku takutttt... kang katanya ada apa2 hal lagi. Tak berani.. tak berani *geleng geleng kepala* Jadi, citer progress esuk pula ya. Biar time takde orang baca jugak. Hihiw.

So, apa yg menarik?? Sebenarnya 'scary'. Tp idak la scarry sangat. Acena ek?? Ala, aku ada tulis sket kat FB tu ari (malas nak screen cap). Kisahnya lps balik dari Pahang Selasa tu, kami terus ke KSU. Ujan lebat KL time tu. Elok je kuar tol Gombak tu, ujan selebat lebatnya. Tp kami terus je KSU. Apa adahal. Smpai KSU pun dah ujan renyai2.

Sebenarnya singgah saja nak tgk apa yg apek tu dah buat sbb masa hari Khamis (16 Ogos) before balik kami ada singgah. Dia gitau akan pasang lampu-kipas-ekon-water heater-grill segala before 23hb. Jadi, saja nak tgk la kan. Apa yg dah siap.

Apek tu pun kata kunci grill dia tinggal dalam post box. Sokay lah, bukak-tgk dah ada. Mean da siap lah grill. Alhamdulillah. 

Masa nak bukak kunci grill tu tgk ada sorang auntie (but not so auntie la. Kakak la kalo ikutkan) ni, Indian. Tgh jengah2 kat dpn rumah. Bkn jengah dpn rumah kiterang, tp rumah jiran depan kami. Bila kami smpai, dia kata "ini rumah u ka?". Kite pun kata la bukan.

Terus la dia bukak cerita.
Auntie : U semalam ada sini ka?
Kami : Takda..takda... baru sampai dari kg ini hari (kita plak yg ikut slang dia yer. Hihi)
Auntie : U tau, smlm ada bunyi banyak bising. Smpai gegar rumah saya. (rumah dia tingkat atas katanya). Bunyi macam orang ketuk dinding guna penukul besi
Kami : Errr.... 
Auntie : Saya tak boleh tidur. Dalam pukul 1, pukul 2 pagi itu macam.
Kami : Errr... (dalam hati mula pikir memacam).
Auntie : Kitaorang siap panggil guard. Ketuk2 ini rumah, takde orang bukak. Lps tu tgk dari bawah, napak gelap saja.

Ah sudah aci ni. Buat hal.

Kiterang tak cakap byk pun. Bukak pintu. Dan auntie tu terus ketuk2 rumah depan tu. Still takde orang.

Masuk dlm rumah, berselerak segala kotak2 lampu. Tak siap lagi pasang kipas segala. Wire pun masih terjulur sana sini. Rimas tul haku. MyDH terus call apek tu. Dia kata esuk dia jumpa kiterang.

Selesai check rumah, kiterang pun turun lah. Masa ni adik ipar aku (adik MyDH) ikut skali kiterang balik KL sbb dia nak keja ari Rabu tu. Jadi tumpang semalam kt umah kiterang. Dia keja BSN dkt KLCC tu ja. Dah tu dlm keta memacam andaian lah kan. 


Tp kami tak la suspect menda lain kan. Sbb tau, rumah dpn tu ada penghuni. Mmg kami tak pernah napak. Tau tau sudah siap grill ja. Tp mmg ada orang. Napak dari bawah ada sidai kain seme.


Tapi tu lah orang kata, nak jadi cerita kan. Elok plak auntie tu datang ketuk rumah tu time kita tgh nak bukak pintu umah kita ni. Tak ke tetiba jadi seram sejuk. Kenapa tak dtg pepagi ke apa ke kan. Time kita dtg la dia ada jugak. Itu pun cukup bagus dia ketuk rumah depan. Buatnya dia dtg ketuk rumah aku. Ha, tak ko demam dibuat nya. Tetiba lak dia dgr orang ketuk dinding ngan tukul besi kat umah kiterang. Haha.

So, ending dia, keesokkannya kami dtg lagi skali ke KSU sbb da janji ngan that apek kan. Smpai je napak orang tgh pasang air-cond. Sokay lah. Masa dah masuk rumah, napak lagi skali auntie tu. Lor..tak puas hati lagi aci ni. Tp kali ni mungkin dia puas hati la. Sbb dapat jumpa owner rumah tu. Indian juga. Ha, lantak korang lah. Selesaikan lah sesama korang ya. Aku cam dgr owner rumah tu kata anak dia ke apa yg ada malam tu. Tatau la aku apa hal kan. Lantak lah. Tp suppose kalo ada apa2 hal, rumah cemgini ni, elok kita buat aduan ke management ja. Kalo duk serang2 terus ni, sesilap haribulan leh gado. So, aku da tau la siapa jiran depan. Jiran sebelah belum. Tp kami rasa ia adalah melayu. Langsir seme da pasang. Tp kenapa tak masuk lagi tatau lah. Grill pun takde lagi.

Eh. Kak Esah la pulak aku kan, nyibuk hal jiran tetangga. Haha. Oke lah. Chow cin chau... 

Edisi Shopping Online : Art Deco Coaster

Hai uolzzzz.... Masih cutiw lew tew.... hikhik..
Ai dah on mode kerja dah... hikhik
Ai jelesss??
No lah... Ai pun dah seminggu cuti dah. Last week kan hari Khamis ai dah cuti. Hikhik.
Bes per keja time orang ramai cuti. Sunyi ja...

Byk juga keja nak kena settle ni sbb 27hb terus ada interview kan.
So, retu adik2 unit dah keja smpai Jumaat, so, mggu ni akak derang ni plak lak settle kan apa yg patut.
Sebelum tu, kita 'cuci cuci mata' la kejap kat segala deal, voucher. Haha.
Ai kan suka beli beli voucher ni.
Mggu lps dah smpai jewellery box. Tp masa tu kan dah cuti, so, pagi ni masuk ofis, tgk dah ada atas meja. Ailoike lah. Ai nyer harus la Purple karer. Hihiw.
Dah berangan nati nak letak dlm wardrobe barew titew.. awww..awww.. (apahal nak buat ww,ww ni? annoying kan?)
Gmbr dari MAD
Skang dah abis lah promotion tu.
Takpe, biasanya ada je dia ulang ulang menda ni.
Kalo nak tgk buleh je masuk Milkadeal ni.

Lps tu tadik ter beli lagi ini.

Art Deco Coasters. Ini sebenarnya lapik cawan. Tp ku ada idea untuk di kreatifkan jadi menda lain. Nak tau jadi apa, nati datang umah KSU ai okeh. Hiwhiw.
Murah ja. RM18 dpt 4 keping.

Ini dari MAD, tp rasa dia dah join dgn White.my ni.
Rasa cam white.my ni sama cam Zalora n Home24 tu je kan. Tkpe lah. Ai beli hok murah2 ja. Kalo dia buat hal pun idak la rasa kecewa sgt kan. Hihiwhiw.
Ada memacam lagi menda2 utk rumah juga kat White.my ni. Menarik. Mau beli buleh klik klik white.my ini ya.

Oke. Selamat bekerja utk yg bekerja dan selamat bercuti pada yg masih bercuti :)

Wednesday, August 22, 2012

Edisi Hari Raya Keempat : Ikea


Tak suka tau gi Ikea ni sbb berhantu.
Ikea berhantu ke orang yg gi Ikea naik antu? Haha.
Frankly, mmg aku jarang ke Ikea. Setahun tu beberapa kali je kot pegi. Sbb tu lah. Sbb berhantu. Biasanya aku g Ikea mmg takde la target nak beli menda besar2. Pegi salunya sbb saja jalan2. So, bila sbb nya saja jalan2, jarang la terlepas ke sana. Nak paking pun satu hal. Ramai orang pun lagi.


Hari ni tadi, pegi Ikea. Konon ingat ari raya tak la ramai orang. Tp harapan la kan.... Ramai banget. Masuk je parking dah sesak. Tp mujo kejap ja dapat parking. Ada sorang auntie cina tu bagitau ada parking kosong kat belakang. Phew! Thanks auntie. Hihi.

So, meneruskan pengembaraan. Mulakan langkah dengan niat "sahaja aku ke Ikea sbb nak beli spageti jar". Sbb susah betul nak buh spageti yg berlebih dalam plastik tu dalam bekas. Kan dia panjang. Bekas Tupperware yg panjang tu pun tak muat. Err..Tupperware, sila buat bekas panjang yg buleh masuk spageti kering tu yer. So, ada tgk kat majalah Apartment, ada rumah orang tu dia susun bottle jar cantik ja kat kitchen kabinet dia. Ada spageti, rempah bagai2. Dan aku trus rasa cam nak beli spageti jar tu.

Jalan2 dulu dalam tu, tak amik pun beg kuning tu. Konon cam ah, nak beli satu barang ja. Tapi buleh percaya kah?? Hah! Memula amik hose yg buleh masukkan wayar tu, start menda tu lah, jadi teramik itu ini. Itu lah yg dikatakan berhantu. 

Seme pun barang utk KSU lah ni. Beli lapik kaki, beli tray yg nak letak sudip bagai dalam kabinet tu. Paling bes tpt keringkan pinggan tu. Murah. RM7.90, pastu beli tray utk letak air bertakung RM9. Ramai yg beli. Amek set pisau yg siap skali ngan tpt dia tu. Frame lah, tpt letak remote yg sangkut kat sofa tu lah, lapik kaki lah, itu lah ini.

Spageti jar?? dapattt... tp bukan glass punya sbb macam berat plak. Amek yg plastik ja. Boleh baringkan dalam kabinet nati. Rega RM15.90. Kalo ikut niat tu mmg RM15.90, tp bila dah bayar apsal berlebih2 ni. Berkali kali gandanya. Padahal amik pun seme yg mostly bawah RM20. Ada satu dua menda ja lebih 20, tu pun harus tak lebih RM50. Pitam! Itu lah berhantunya kan. Ahahaha.

Orang sentiasa ramai kat Ikea ni. Lps kabinet siap segala nati kena repeat p lagi. Masa tu kena p awai2 la. Baru selesa sket. Beli frame. Pastu nak beli tray/bekas yg nak buh dalam kabinet. Nak carik blind, tp takde yg berkenan kat situ. Tgk kat Hauz Depot nati lah. 

Jadi, itu lah cerita di hari raya keempat. Tp sebenarnya kuar dari pagi lagi. Memacam urusan dibuat. Igt nak g tgk wayang citer S.A.M tu, tp tak sempat dah. Penat dah. Esuk nak keja. 

Edisi Raya Keempat

Morning.....
Selamat raya ke empat.
Raya ke empat baru sempat jenguk sini. Menitipkan beberapa perkataan.
Sakan sgt raya kotttt???? Idak sakan pun. Tp sakan ke hulu ke hilir. Dari selatan (eh, KL tak selatan sgt kan?) ke utara (eh, Perak pun tak berapa utara kan), pastu gerak ke timur lak (haha, Pahang pun idak la timur sgt. exaggerate lebey... ahahahaha).
Begitu lah. Namun syukur Alhamdulillah, kami tak terperangkap pun dlm jammed as orang duk bebising dlm tweet #kltu tu. ehehe.... rancang perjalanan kan.. eceh, berlagak la tewww... Idokk.... kita dah serik kena jammed macam giler raya cina tahun bila tah. Sejak dari tu cam fobia pun ada. Teruk giler time tu, KL - Ipoh    7 jam! Siap masuk jalan lama, kuar balik masuk hway. Isk. Tak laratttt......
Cerita raya pun takde sgt. Tgk rata rata upload gmbr pagi raya sedondon. Aku tgk saja la. Buleh lupa nak amik gmbr lps solat raya tu. Yer, ntah cemna lupa plak. Sbb sebuk nak gerak ke Pahang. Baju pun trus tukar la sbb malas nak pakai baju kurung naek keta. Ber 'poplook' la uols... hahaa.

Nenati la citer panjang. Hari ni pun ai mmg dah ada kat KL. Smlm ptg da smpai dari Pahang. Sempat singgah umah KSU. Ha... ada citer 'menarik' di KSU time pegi tu. Dlm FB da citer sket. Nati kiter citer panjang pula.

Oke, reni byk urusan perlu dibuat. Pegi ofis developer utk amik 'duit raya'. Ahahahaha.... Yer, duit rebate utk bumi tu da bleh claim. Hikhik... Alhamdulillah... :)

So, selamat hari raya ya... dan selamat berkerja pada sapa yg masuk ofis tu. Tkpe..esuk ai join uolsss... :)

Gambar hiasan. Hihi. Tp kg ai bkn di Bentong. Exit je sini :)


Saturday, August 18, 2012

Ihya Ramadhan 29 : Aidilfitri Dengan Takwa

RAYAKAN AIDILFITRI DENGAN TAKWA

Setelah berjaya menunaikan ibadat puasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dengan pelbagai ujian dan dugaan, umat Islam menyambut Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri dengan penuh kemenangan dan kejayaan.

Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri tentulah akan disambut dengan penuh meriah. Walau bagaimanapun Islam melarang umatnya membazir dan berbelanja secara berlebih-lebihan semasa menyambut hari  perayaan ini.

Firman Allah SWT yang bermaksud: ”…dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau-lampau. Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan sedang syaitan itu pulaadalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” (al-Israa’:26-27)
                                                                                              
Oleh itu umat Islam mestilah menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh bermakna melakukan perkara-perkara kebaikan dan meninggalkan perkara-perkara mungkar. Amalan pada malam Hari Raya Aidilfitri adalah disunatkan supaya membanyakkan amalan berzikir. Takbir raya eloklah dilakukan di mana sahaja dan  pada sebarang waktu, sama ada selepas sembahyang fardhu, ketika menziarahi saudara-mara, menerima tetamu dan sebagainya.

Secara khususnya waktu takbir Hari Raya Aidilfitri bermula dari sejak matahari terbenam pada akhir bulan Ramadhan.

Takbir Hari Raya Aidilfitri adalah disunatkan bertakbir pada sepanjang malam hari raya tersebut sama ada dirumah, masjid,surau  dan sebagainya.   Di setengah kampung dan tempat, amalan bertakbir sudah menjadi kebiasaan dan tradisi yang baik yang diikuti dengan majlis tahlil serta berkunjung ke rumah-rumah jiran atau saudara-mara bagi merapatkan silatul rahim di samping menjamu hidangan yang disediakan.

Amalan dan nilai murni menyambut hari raya Aidilfitri seperti ini wajarlah dikekalkan. Daripada Abu Umamah RA, daripada Rasulullah SAW sabdanya:” Sekiranya mengerjakan amal ibadat pada malam  Hari Raya (Aidifitri dan Aidiladha) dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, hatinya tidak akan mati (pada hari kiamat) sebagaimana matinya hati (orang-orang yang kufur ingkar) pada hari itu” (HR Ibnu Majah)

Sembahyang sunat hari raya disyariatkan selepas hijrah. Dalam hal ini Anas bin Malik berkata; Rasulullah SAW datang ke Madinah ketika itu penduduk Madinah telah mempunyai dua hari besar yang sentiasa mereka  rayakan. Lantaran itu Rasulullah SAW bersabda :  “Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikan  dua hari itu dengan yang lebih baik bagi kamu, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha” (HR: Ahmad, Abu Daud, Nassa’ei dan Al-Baihaqi)

Allah SWT. berfirman yang maksudnya:
“…Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya, dan supaya kamu bersyukur” (Al-Baqarah: 185)

Jelaslah bahawa Hari Raya Aidilfitri adalah hari kebesaran untuk mengagungkan Allah dan bersyukur atas segala nikmat dan petunjuk yang diberikan-Nya. Antara cara kesyukuran yang patut ditunjukkan ialah kesederhanaan dalam apa juga  keadaan ketika menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tanpa pembaziran, boros, atau menunjuk-nunjuk.

Amalan dan nilai murni yang wajar dilakukan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri ialah menghidupkan malam dengan ibadat.  Antara ibadat tersebut ialah banyakkan berzikir, istighfar,bersedekah, membaca al-Quran dan memuji kebesaran Allah SWT. Manakala amalan yang baik sebelum menunaikan sembahyang hari raya disuruh mandi bersugi (membersihkan gigi) dan memakai wangi-wangian. Disunatkan menjamah makanan sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang sunat hari raya Aidilfitri.

Sewajarnya dalam mengerjakan sembahyang Aidilfitri atau berziarah kita disuruh memakai pakaian yang bersih dan cantik. Hassan bin Ali berkata, “Rasulullah SAW. menyuruh kami memakai pakaian yang paling bagus dan baik serta memakai minyak wangi yang paling bermutu bergantung kepada kemampuan kami”.

Amalan mulia ini haruslah digalakkan kepada umat Islam kerana ia menunjukkan kebersihan dan kegembiraan ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri. Buraidah berkata; “Rasulullah SAW tidak berangkat menunaikan sembahyang sunat Aidilfitri sebelum baginda SAW makan. Sebaliknya untuk sembahyang Aidilfitri, Rasulullah SAW tidak makan sebelum selesai mengerjakan sembahyang. Setelah selesai sembahyang, barulah Rasulullah SAW Memakan hati binatang yang telah dimasak iaitu kurbannya”.

Pelbagai amalan yang baik boleh dilakukan sempena Hari Raya Aidilfitri antaranya menggeratkan hubungan silaturahim dengan berkunjung ke rumah saudara mara, sahabat handai dan jiran tetangga. Menziarahi kubur juga digalakkan dilakukan pada hari raya Aidilfitri seperti yang lazim dilakukan oleh umat Islam di negara ini, sebagai mengingati mereka yang telah pergi.

Kesimpulannya, sambutan Hari Raya Aidilfitri bolehlah dilakukan mengikut tradisi dan budaya Melayu serta berlandaskan Islam dengan melakukan sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri dan kemudian ziarah-menziarahi sesama sanak saudara, sahabat handai juga jiran tetangga untuk mengukuhkan silatul rahim di kalangan umat Islam dan sebagai tanda kesyukuran kehadrat Allah atas segala nikmat-Nya serta meraikan kejayaan menunaikan sebulan berpuasa dalam bulan Ramadhan.

Friday, August 17, 2012

Yang Pergi, Yang Datang

Sedihnya bila dapat tahu baby Rini AF ni meninggal juga akhirnya.
Tak silap dalam 2,3 hari lepas aku ada baca yg anak dia kritikal dia akibat jatuh katil.
Lps tu masuk spital.
Dan hari ni, meninggal. Innalillah...
Sedihnya Ya Allah...
Dkt nak raya pula tu. Anak sulung pula tu. 
Tabah lah ya Rini, Allah menguji kita sesuai dengan keupayaan kita menghadapinya.
(sebenarnya aku taktau bila si Rini ni kawen pun. hihi. yelah.. da 'kertu' ni jarang2 dah baca pasal hiburan. Ni pun tau kat FB ja)
Cerita arwah anak Rini, ada kat 
kredit : sinar harian
Seterusnya, cerita dari artis AF juga. Farah dah selamat bersalin.
Baby perempuan juga. Tahniah utk Farah. Seronoknya ada baby...
Cerita dan gambar :
http://www.myartis.com/2012/08/farah-af2-timang-bayi-perempuan.html#more
http://www.gua.com.my/berita-artis/Farah_AF_Selamat_Lahirkan_Puteri_Sulungnya.html


Ihya Ramadhan 28 : Menutup Keaiban Orang Lain


Hadith: 
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW sabdanya, “Tiada menutup seseorang hamba akan keaiban seorang hamba didunia melainkan Allah menutup keaibannya di hari kiamat”.

Huraian Hadith: 
#Islam mengajar umatnya supaya tidak mendedahkan keburukan seseorang kepada orang lain.

#Sesiapa yang menutup keburukan saudara seagamanya nescaya Allah menutup keburukannya di hari kiamat kerana ganjaran yang disediakan sesuai dengan amalan yang dilakukan.

Kredit : http://www.islam.gov.my/e-hadith/menutup-keaiban-orang-lain

Thursday, August 16, 2012

Edisi Raya : Kad Raya

Ramai tunjuk kad raya yang sampai eh.
Saya pun nak tunjuk juga. Hihi.
Dah tak handle sewaan tak dpt la banyak.
Ada la dari 2 lawyer.
Pastu yg hand-made tu dari Cha, da penah citer dulu.
Kaler cekelat dari Sue - Matrade.
Lps tu dapat balasan dari Awin.


Itu je lah.

Dan mostly kad raya suprise aku pun selamat diterima oleh penerimanya.
Itu adalah yang ku kata nak buat suprise sempena Hari Raya tu.
Ada 10 semenya.
Sebagai tanda terima kasih kerana salu drop komen, salu jenguk sini.
Thanks. Thanks. Thanks.

Sebenarnya aku taknak orang susah2 balas pun kad raya aku bagi tu. Jangan risau. Saja je seronok2 nak bagi. Jangan susah susah rasa tak dapat balas ke apa. Aku tak tulis pun dalam tu 'pecah kaca pecah gelas' cuma kalo nak buat 'pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantong' oke la kut. Ihiks.

So, again - Selamat Hari Raya. Seme mood raya dah yer. Pada sapa yg dok keja lagi, keja rerajin, walo mood dah ke laut juga ke sungai. Bebuat je la sibuk. Kul 4.30ptg/5ptg kita cabut lah. Hihi.

Mana yg dah cuti (termasuk si penulis), selamat bercuti. Hati hati di jalanraya. Selamat bertungkus lumus masak lemang atau pun ketupat.

Ihya Ramadhan 27 : Konsep Halal

Kita selaku umat Islam yang tinggal di sebuah Negara Islam dan mempunyai pemikiran yang maju selaras dengan konsep Islam Hadhari seharusnya tidak boleh mengabaikan konsep halal-haram pemakanan. Meskipun kita mungkin melihat agak remeh untuk memikirkan tentang isu ini, namun apa yang membimbangkan ialah kesan serta natijahnya kepada diri dan kerukunan bangsa kita pada masa akan datang. Memang diketahui umum bahawa iman merupakan teras pembentukan jiwa dan peribadi diri yang suci lagi murni. Oleh itu, adalah amat penting pemakanan halal yang mampu menjana pembikinan muslim yang hakiki dan sempurna dari semua segi keperibadian manusia,

UMAT manusia secara am dan umat Islam secara khusus diperintah supaya memakan hanya yang halal. Firman Allah (Surah Al-Baqarah ayat 168) bermaksud: “Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.” Jelas, kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran lebih 1400 tahun yang lampau menunjukkan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna. Malah mengikut ayat 88 surah al-Maidah, Allah menegaskan bahawa makan dan minum adalah tanda keimanan seseorang. Ini bermaksud cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang.

Namun, kita sebagai masyarakat Islam yang berkongsi sebuah negara dengan masyarakat bukan Islam yang lain perlu lebih prihatin dan mampu memilih makanan yang halal mengikut syarak. Masyarakat bukan Islam di Malaysia perlu dijelaskan dengan lebih mendalam tentang konsep halal-haram makanan mengikut perspektif Islam yang sebenarnya. Kita perlu mengubah tanggapan mereka bahawa makanan yang halal haram bukan makanan daripada babi sahaja tetapi juga meliputi pelbagai konsep lain yang perlu dijelaskan dengan lebih mendalam. Antara konsep yang perlu diambil perhatian adalah:

Punca makanan tersebut iaitu seperti daging yang digunakan. Kebanyakan masyarakat bukan Islam menganggap hanya khinzir makanan yang haram dalam Islam tetapi mereka perlu dijelaskan tentang konsep binatang yang haram dimakan dalam Islam seperti binatang yang bertaring serta binatang yang hidup dua alam dan binatang yang jijik seperti cicak dan sebagainya.

Seterusnya ialah kaedah penyembelihan haiwan. Masyarakat bukan Islam tidak tahu konsep penyembelihan haiwan dalam Islam. Lebih menakutkan adalah sekiranya mereka sendiri yang menyembelih haiwan tersebut dan menjual di pasaran terbuka. Sedangkan antara syarat penyembelihan dalam Islam adalah penyembelih mestilah orang Islam. Selain itu, peniaga makanan bukan Islam juga perlu memastikan haiwan yang mereka beli di pasaran dibeli daripada peniaga Islam atau dari syarikat penyembelihan yang mendapat  pengiktirafan halal oleh JAKIM.

Mereka juga perlu dijelaskan tentang cara pengurusan makanan dan pemprosesan sesuatu bahan makanan. Adakah tempat  untuk mereka proses terhindar dari sebarang najis. Adakah tempat penyimpanan makanan tersebut bercampur dengan bahan-bahan yang haram disisi Islam. Begitu juga dari segi pengangkutan. Adakah barang makanan tersebut dibawa dengan pengangkutan yang juga memuatkan bahan makanan yang haram disisi Islam seperti daging khinzir yang dicampur dengan ayam dalam sebuah lori.

Aspek seterusnya yang perlu diberi perhatian adalah dari segi ramuan dalam bahan makanan. Sebagai contoh bahan makanan yang dicampur dengan alkohol ,minyak dari lemak khinzir dan sebagainya. Malah kedapatan restoran yang memaparkan lambang halal tetapi bahan makanannya dicampur dengan ramuan seperti alkohol dan sebagainya.Ini sering berlaku dikebanyakan restoran-restoran dan hotel yang menggunakan khidmat chef dari luar negara.

Seterusnya dari segi peralatan yang digunakan untuk memasak dan memproses sesuatu bahan makanan. Pihak berkenaan perlu memastikan bahawa peralatan seperti kuali, periuk, pisau dan sebagainya tidak pernah digunakan untuk memasak bahan makanan yang haram mengikut syariat Islam. Kita tidak mahu kuali yang pernah digunakan untuk memasak daging khinzir digunakan pula untuk memasak makanan bagi orang Islam pula.

Perkara terakhir yang perlu diberi perhatian adalah dari segi penjagaan kebersihan makanan dari benda-benda yang dianggap mengotorkan dalam Islam dan tidak suci. Mungkin pelanggan tidak menyangka restoran yang memaparkan logo halal dan mempunyai persekitaran yang bersih di luar tetapi di bahagian dapur berada dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak memenuhi ciri-ciri konsep halal dalam Islam.

Jika semua konsep asas ini dapat dijelaskan dengan sempurna kepada masyarakat bukan Islam, nescaya tidak akan berlakunya masalah dan kes sosej yang diproses dengan usus khinzir dan kes-kes yang lain. Atas dasar ini, beberapa langkah efektif perlu diambil perhatian oleh pihak berkenaan untuk memastikan masyarakat bukan Islam memahami dengan jelas apa sebenarnya konsep halal-haram pemakanan dalam Islam. Risalah-risalah perlu diedarkan kepada peniaga bukan Islam untuk memberi kefahaman sepernuhnya kepada mereka agar menyedarkan mereka tentang konsep pemakanan halal dalam Islam. Begitu juga, seminar tentang konsep halal-haram pemakanan menurut Islam perlu dijalankan kepada wakil setiap peniaga restoran dan syarikat pemprosesan makanan di setiap negeri.

Selain itu, pemantaun yang lebih bagi memastikan logo halal yang digunakan tidak disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Cadangan logo halal berkonsepkan hologram perlu dipraktikkan dengan serius.Ini kerana dengan cara ini peniaga yang ingin mengaut keuntungan lebih tidak dapat meniru logo halal keluaran JAKIM.

Peniaga yang mendapat kelulusan halal bagi restoran atau bahan makanan keluaran mereka perlu diberi kad kelulusan bercip bagi memudahkan pihak JAKIM melakukan pemeriksaan pada masa akan datang. Kad bercip itu akan mengandungi segala maklumat seperti bahan makanan serta ramuan yang disediakan oleh syarikat atau peniaga tersebut begitu juga dengan kaedah pemprosesan bahan makanan keluaran mereka.

Secara ringkasnya, kita inginkan sebuah Negara Islam Malaysia yang bukan sahaja maju dari segi pembangunan negara tetapi juga maju dari segi nilai moral dan etika insan yang berusaha untuk memajukannya.Ini bertepatan dengan konsep Islam Hadhari yang sering dikatakan oleh kerajaan iaitu maju dari segi pembangunan seiring dengan kemajuan sahsiah diri masyarakatnya. Perlu diingat bahawa usaha menyedarkan konsep halal perlu diperluaskan lagi skopnya bukan sahaja kepada orang Islam tetapi kita selaku masyarakat Islam perlu memperjelaskan isu halal ini kepada masyarakat bukan Islam.

Masyarakat yang maju adalah yang maju dari semua segi bukan sahaja dari segi pembangunan material sahaja tetapi dari segi kemajuan insani yang jitu dan mapan. Atas dasar itulah pemakanan yang sempurna dan halal mengikut kehendak syarak membawa kepada keutuhan iman dan kegemilangan sesebuah bangsa itu.

Wednesday, August 15, 2012

Bukan WW : Turbo Chopper by Tupperware

Dalam pada nak beli ke tak, nak beli ke tak.
Ku beli jugak.
Hoho.

Oleh kerana aku dah berangan, atas table top hanyalah produk Tupperware, maka beli je lah. Hihi. Takkan nak letak lesung batu atas top kan. Haha.

Dan produk tupperware yg boleh letak pun terhad kepada kaler putih merah sahaja [walo tema rumah bkn kaler tu pun]. Itu angan angan aku lah kan. Menjadi ke tak tu, tgk la cemana. Awal2 mmg jadi la kot, masuk 2,3 bulan ce tengok. Kuikuikui.

Takat ni kalo yg putih merah adalah rice dispenser, bekas bawang tu. Dan terbaru mendalah chopper ini lah dengan kitchen on the move. Kaler2 lain masuk dlm kabinet. MyDH dah sound - abis la penuh seme kabinet dgn tupperware nih. Haha. Mmg lah tu. Cemana nak susun tatau lah. Tgk lah nati cemana.

Utk katalog Ogos - September ni byk gak aku borong utk diri sendiri - duit bonus - hehe. Bagi napak sket. Sbb duit APC tu hari entah kemana halanya. Smpai skang cam blank, mana pegi duit tu ah. 

Borong smpai naik level 1 dan dapat satu bekas besar kaler purple. Sgt sgt ailoike. Salunya kalo naik level ni aku beli barang orang ja. Kali ni mmg barang sendiri. Puas hati. Esuk nak tggu gaji ko tenung la bekas2 tu yer.

Dan aku berjaya juga beli freezer mate kaler pink tu. Ya Allah. Mmg la suka sgt sbb kaler pink juga dkt2 kaler purple. Juga seronok sbb dapat beli Outdoor Snack Box kaler purple. Ini mmg aku aim dari bulan Jun punya katalog. Tp time tu dah abis. Kena tunggu lama nak dpt stock. Ni aku beli laju2, mujo ada. Yg ini mmg takde keperluan - saja beli. Sbb kaler purple. Boleh???

Bercakap tanpa gambar. Haha. Tkpe lah.

Selamat Hari Raya.
Ai da cuti esuk. Insyaallah.