Thursday, July 22, 2010

~Pasal Masak - Masak~

from : http://theweightinggame.ivillage.com/dietfitness/woman-cooking.jpg

Ari ni kita citer pasal masak masak plak.
Umm..igt dulu masa kecik2 suka main masak masak. Tp naper eh, nama kat blakang tu kita sebut dabel. E.g : main cikgu cikgu, main pejabat pejabat dan main kawen kawen pun ada. Haha. Zaman bebudak berhingus. Huhu.
Tp bkn nak citer pasal main masak masak ke apa ke.
Nak citer pasal masak memasak.

Me bukan la seorang yg dikategorikan as 'suka memasak'. And sedari dulu tak pernah la meletakkan memasak sbg hobi. Aku rasa ni mmg tak reti dan tak pandai masak. Dan sbb aku dok hostel dari form 1 pehtu trus smbg blaja yg mana mmg tpt tu mmg di subsidikan makannya maka aku tak pernah memasak secara serius sehingga..umm...sehingga bila eh. Melampau tak kalo aku kata sehingga aku kawen. Huhu. Mmg btol pun. Masa bujang2 dulu jarang lah aku masak. Kalo ada pun ayam goreng, ayam masak merah, tomyam.

So, bila duk hostel pepaham sudah. Makan tanggung berak tong. Eh tak. Berak tak pakai tong kat hostel. Still kat toilet. Huhu. Jadi aku tak penah la masak. Balik cuti pun mak je la masak. Kalo tolong pun, tolong kupas kulit bawang, kulit kentang. Huhu.

Masuk uitm pun gitu gak. Duk hostel ada disediakan makan. So, masak megi je la yg terer. Haha. Tp berubah sket la bila degree kena duk umah sewa, so ada pembahagian tugas masak memasak. Ha..kat sini aku blaja la jugak masak2 ngan member lain. Tp time aku je, aku belasah menu ayam..ayam..ayam. Tu pun ayam masak merah. Haha. Dan aku mmg kagum abis la kalo kawan2 buat kuah lemak ke apa ke tu. Tapi..wah..ada tapi..ko ingat tak Zatul, masa kita duk skali tu. Yg aku buat giler masak tuk pakwe tersayang aku (ketika itu lah) tu. Haha. Buat sweet sour bawal ngan apa ke tah. Padahal aku mmg tak reti siang ikan. Entah cemna la aku kerojekan bawal tu aku pun tk igt. Tp mujur bawal tk susah sgt siang.

Walo ada masak2 tp bila balik kg still aku cuma bantu2 mak aku je. Tak penah la nak merasa hasil masakan aku dan for sure mak aku pun tak caya de kalo aku masak. Entah apa rasa yg kuar kang.

So, bila da kawen, aku da kaget. Haha. Kaget halanya. Cemna nak sediakan masakan utk suami tersayang (ketika ini dan selamanya. Wakawaka eh eh). Ate' siang ikan pun tak pass kome.. Cena?? Buat masak2 lemak ke apa ke tak penah. Cena?? Apatah lagi puding2 ke apa ke tu. Kut agar2 aku tau.

Tp....sebelum aku kawen ada jugak aku buat open house dan masak sendiri. Haha. Itu pun mcm kejutan jugak. Aku buat laksa. Dan tak sangka menjadi. Tp kan..suma org akan ckp 'eleh..laksa..suma org buleh buat'.

Masa nak kawen tu baru aku try2 masak dan tiap ari Rabu aku makan kat taman ngan tunang. Gambar hiasan

Huhu. Dan pas kawen ni baru aku start memberanikan diri masak menda2 yg dulu aku kagum tgk org lain buat. Yelah masakan tu pun sebenarnya simple.

So, persoalan aku nak tnya kat sini : adakah memasak ni born 2 be sbb ada talent or diwarisi or skill or kena dipelajari. Macam org yg menyanyi-menda tu born 2 be kan. Same goes to pelukis - pun born 2 be. Kira kalo ko takde talent toksah dok harap. Kelaut halanya. Buleh la nak belajar tp lambat.

Dan pada aku, aku rasa aku boleh memasak ni sbb diwarisi. Apa yg aku masak skang ni ada rasa mcm mak aku masak which boleh thn lah (sapa yg kata mak dia masak tak sedap kan?). Dan aku declare kebolehan memasak ini adalah diwarisi. Sbb byk menda yg 1st trial da menjadi. Mean..aku tak kata la aku masak sedap giler. Tp ok la. Bwk opis suma org bagi feedback postip (yelah..takkan nak kata 'eh. Ida..ko masak tak sedap la') Haha. Tp kalo tak sedap mesti lambat abis kan.
Contoh : puding jagung- which ramai org kata mcm leceh dan aku pun salu beli mmg tak menepati selera aku tp bila aku buat..wahh...aku pun terkejut. Bwk opis suma org suka. Siap suh buat lagi tp aku malas. Mmg leceh ah nak tggu dia jd likat tu. Laksa-ni byk kali da aku buat utk open house. Mmg aku berani declare kebolehan aku utk masak laksa ni. Tak caya sila tanya Faizullah yg makan bertambah2 kalo aku bwk dtg umah makan laksa. Makaroni - 1st time masak masa buat makan2 utk kawan2. Bihun sup - ni mmg sng kan tp nak masuk list jugak dan bebaru ni bergedil - walo ter masin tp rasa tu ok la kut dari aku makan kat kedai2. Mcm tu gak lelauk lain which aku rasa 'oh..sng rupanya masak nih' (eh. kata tak reti masak tempoyak..haha).

Sbb dulu aku kan ramai osmet. Ada satu kes tu osmet aku masak tomyam ke apa ke tah. Aku tak leh nak masuk weh dia masak tu. Dah la makan skali dgn dia time tu. Aku mcm nak meluek. Dan nasik aku tak abis. Aku siap ckp ke dia jgn terasa sbb bkn tak sedap dia masak, tp aku kenyang. Tatau la apa tak kena.

Tp ada jugak menda yg aku kena practice makes perfect macam kuah kacang. Aku baru terai skali la. Da tercair la plak. Wal hal mmg every year aku tgk mak aku buat masa ari raya.

Dan dari aku takut2 nak bagi my dear aku makan apa, skang tidak lagi. Luckily my dear ni amat tak byk songeh ttg makan. Sejenis lauk pun bg dia takpe. Tp bg aku tak buleh sbb mak aku ni mmg jenis sker masak 2,3 jenis lauk. Ngeee... seb bek mak dia bkn camtu. Kut tak aku fitammm nak masak. Hoho.

Apapun mmg aku rasa aku nyer keboleh tahanan memasak ni mmg dtg dari mak la. Mak aku kalo mintak resepi mmg dia tatau la pasal sukat2 ni sbb main campak2 je. Campak campak, masuk masuk, trus jadi. Dan gitu jugak la aku. Campak2 je. Tp.. jgn buat gitu kalo puding ke hapa. Merana ko nati. Yg tu kena ikut je la resepi dia.

Dan aku nak explore.. (cewah..explore la plak) byk lagi pasal masakan nih. AKu je tak berani nak cuba. Padahal ok je. Nati nak terai lagi lah. Smlm masa beli InTrend (cantik wes Lisa Surihani..ttiba aku terminat dia), napak la mag Saji. Ada byk resepi biskut raya. Kata kat my dear nak cuba buat kuih raya tp my dear kata "tak yah..tak caya saya". Haha. Jadi langsung tak beli.

One more thing yg aku percaya utk diamalkan adalah niat ketika memasak. Macam dlm novel karipap karipap cinta. Haha. Memasak smbil disulami keikhlasan dari hati. Berniat masakan tu akan mengekalkan kasih sayang antara suami isteri. Sambil menggaulkan lauk pauk dalam kuali disertai niat yg hubungan yg terjalin pun aku 'bergaul erat' mcm masakan tu. Hehe. Insyallah..kesedapan tu akan lebih terasa. *wink wink*

Oklah, nati nak terai menda lain plak. EH. Tulis laksa tadi. Lama da tak buat laksa. Umm.. laksa. Nom nom nom.. tskkkk....


Diakhiri dgn gmbr kiterang masa makan beradap. Tetiba. Haha. Takk...aku carik gmbr masakan aku. Tkde plak dlm PC opis. Kalo kat lappy ada la. Tkpe..belasah.




7 comments:

Anonymous said...

aku pun rasa mcm warisi.. sb mak aku ckp dia pandai masak pun LEPAIH kawen! hahah..samo la tuu..

and biasa aa sume akan ckp mak sendri gak masak sedap kan so taste bud kita dah terikut ngan masin manis lauk mak.. dah kira jadi rujukan..
dalam tak sedar, kita akan masak sesedap masakan mak aa jugak..

theory in praktic by che sue!

azeul said...

saya dah lama tak memasak..dulu mak sy niaga jual nasik lemak..masa arwah mak xde,sy ngan adik2 memasak ber-3 kat dapur..memacam kitorang merapu..huhuhuhu..lama2 baru saya sedar..bahawa sy xla berbakat sangat..tp bila kitorg bersatu padu, memacam yg best leh jadi...nasik lemak kukus..lauk2 nasik lemak tu..kari ayam..ayam rendang merah (serai)...rendang kerang..memacam la..

skarang dah kurang..ntah apa rasa kalo sy masak skarang ni....

LyNn HaMzAh said...

lynn suka memasak...boleh dikatakan setiap hari lynn akan memasak...dan kebolehan tu diwarisi dari ibu lynn...cuma lynn x brp pandai la nak masak dalam kuantiti yg besar mcm nak buat kenduri...skrg nie lynn tgh berusaha nak meningkatkan diri agar dapat masak sendiri bila ada open house atau makan2 kat rumah sendiri...tak yah la susah2 nak order kat luar kan...

Asma said...

setuju ngn lynn..kena suka memasak..warisi kemahiran memasak tu satu bonus la, cam asma sndiri mmg masak kt umah, sbb hubby mmg x mau mkn luar. jd kena amik inisiatif tajamkn skill masak n variety kn masakan kita..=)

xpa..slow2 cuba..yg penting family kita suka apa yg kita masak..tekak org lain tu kemudia cite..ngeh2

puanstoberi said...

CHE SUE : yesza.. aku pun rasa diwarisi. Sbb kita leh masak mcm mak kita masak. Huhu

AZUEL :
kasik try la masak. then bwk dtg opis. Huhu

puanstoberi said...

LYN :
setiap hari memasak?? wah.. nak kagum neh. Ini namanya rajin dan mewarisi kemahiran memasak.
Tkpe lyn, ok je masak dlm kuantiti yg byk tu. Mmg masa tu tak leh ikut aturan sgt. Kena ikut naluri dah masa ni. Buat permulaan, panggil kawan2 yg jumlahnya dlm skala kecil dulu. Then baru buat yg skala besar. Sonok tgk org dtg umah kita utk makan2. Bess...

puanstoberi said...

ASMA :
umm..tu arr..kalo diwarisi tp tak diasah skill tu lama2 leh tumpul jugak kan. Entah..Reen ni pemaleh amat. Tp kalo dtg mood rajin tu jgn la ditegah2. Huhu. Ummm.. ni nak puasa ni lagi pening nak pikir menu. Huhu