Tuesday, May 10, 2011

~Selera Selasa - Ayam & Ikan~

Tajuk je propa Selera Selasa. Tp mendalah ni selera di ari Ahad retu. Huhu.
Oke. Sbb saja nak gebang gak kengkonon aku je la rajin masak kan, maka aku nak tepek resepi. Tumpang lalu yer. Ngeh ngeh ngeh.

Resepi pertama saya yer puan-puan.
Ayam masak kicap manis. Boleh je diandaikan bahawa ayam yg dimasak dgn kicap manis atau ayam masak kicap yg manis sbb ada buh gula.
Sebenarnya ada memori sebalik resepi ni. Dulu masa kat Lendu, ramai tul yg sker makan ayam itam ni includes me. Zatul. Ko igt tak? yg kita bkk puasa tu, pehtu satu umah ada beli ayam itam ni, pehtu amik gmbr napak seketoi2 itam atas nasik. Haha. Aku ada simpan yaw gmbr tu. Hahahah.

Bahan-bahan :
-Harus la ada ayam. Katakan ni resepi 3 ketui ayam.
- Tepung goreng segera (could be Kentucky or apa saja lah)
-Bawang besar saiz sederhana sebijik (blend)
-Bwh putih 2 ulas (blend)
- Halia 2cm (haha. aku pun tatau betul ke tak 2cm tu. Agak2 je la yer)  (blend)
- Rempah 4 sekawan ke 3 sekawan ke. Ikut apa yg ada kat umah tu.
-Cili blander 2 sudu besar
-Sos tiram - setengah sudu
-Kicap mee - setengah sudu
-Kicap manis - setengah sudu.

Cara-cara :
- Basuh ayam. Celup ngan tepung segera tu. Goreng sehingga garing dan masak.
-Angkat dan ketepi kan dulu. Minyak menggoreng ayam tu ditinggalkan sedikit di dalam kuali utk menumis.
- Tumiskan bawang merah/putih, halia yg da diblend. Campak rempah 3 beradik tu.
- Dah naik bau best masukkan cili. Aku nak tau dia bau bes ke tak, aku tnya je mandur aku yg tgh duk tgk tv. Abg... ada bau bes tak?? hahahahah.
- kacau2 kejap. Masuk sos tiram, kicap mee n kicap manis. If suka leh je letak sos tomato. Tp aku tak letak pun.
- Kalo pekat sgt leh masuk air sket. Kat bhn2 aku mmg tak letak garam n gula sbb kicap/sos tiram tu masin dah. Dan ada manis2 kan. But rasa la. If tak berasa sgt, taruk la garam/gula/pak aji.
-Lepas tu terjun kan je ayam yg dah digoreng. Kacau2. Tutup api. Tadaaa.. da siap.

Seterusnya. Resepi kedua.
Ikan cencaru sumbat. Ya. Mmg dlm gambar ni tak napak pun seperti disumbat sbb ari Sabtu je aku rajin nak menyumbat perut ikan ni. Ari Ahad aku mandikan (sira) je dia. Huhu


Bahan-bahan :
-2 ekor ikan cencaru (sederhana besar) yg di belah belakang
-Sebijik bawang besar
-2 biji cili masak
-9 biji cili padi (aku baca petua kat mana tah, kalo nak bagi pedas, bilangan cili ni kena ganjil. Huhu)
-Sedikit garam, gula
-Air asam jawa.

Cara-cara
-Blend segala bawang besar, cili masak, cili padi, garam n gula. Dia jadi cam sambal la.
-Sumbatkan seperuh bahan yg diblend ke dalam perut ikan. Separuh lagi ketepikan dulu.
-Goreng ikan. Mmg agak mencabar sket la masa goreng sbb sambal dia akan keluar dari perut. Dan minyak ikan ni sure jadi itam.
-dah masak, angkat ikan.
-Tumis lak lebihan sambal yang da diketepikan tu (yg separuh da masuk perut ikan tu).
-Masukkan air asam jawa. 
-Kacau2 kejap. Dah masak sirakan la atas ikan tu.

Itu je la. Resepi temurun bonda ku yg mmg jadi feveret ku hingga kini. If aku balik kg sure mak masak ni. Aku sker cara mak aku buat ni je sbb aku mmg tak makan ikan cencaru masak lain. 

Haha. Itu 2 resepi aku gebangkan dulu. Tggu nati ptg resepi masak ketam plak yew. Huhu

2 comments:

Nazz@Purple said...

wah..resipi cam ni favourite nazz ar...


-yup,kg naz kat sg siput..akak belah mane tu..naz kat ngan skolah temin..tau ke..huuhu..raye leh le singgah..

puanstoberi said...

Nazz :
Simple je resepi tu.makan ngan nasik panas2 layan jugak.

Ha... kak tau tu kat temin tu. tehehe. ni raya kalo balik kg roger2 la. nati dtg umah. akak kasik duit raya. teheheh :D