Monday, May 9, 2011

~Pasal Dah Nak Siap~

Pagi ni gempar kejap kat opis. Malas aku nak citer pasal apa. Leh tgk kat sini. Aku pun tatau citer sebenar lagi. Tp tak leh gak nak citer gak kot sbb katanya takleh citer pasal organisasi kan. Klik je sini. Sapa tau, tau la kut apa aku maksudkan - kes terbaru

Apa yg penting, berhati hati yer. Aku pun gerun gak. Tau je lah. My dear laki aku tu sker paking keta jejauh, pehtu ajak jalan kaki. Wisau oh. Dia takpe la lelaki kan. Bkn target utama. Aku yg pompan ni la kan.  Tkpe, lupakan kejap. Bkn itu kes utama.

Jadi tempek gmbr ini utk menenangkan perasaan jap. Huhu.

Ni masa petang Sabtu yg panas membahang tu. Langit biru sebiru birunya. Takde awan langsung. Tu pandangan dari garaj umah aku.

Then pas tu kiterang pegi tgk progress umah. Sbb rasa cam pelik. Last bayar bln Feb retu. Bkn aku la bayar ekceli, treasury la kan. Kena tgk gak la kut2 ter delay ke apa ke kan. Wisau gak lah. Tp bila pikirkan developer ni amik dari projek yg 'sakit', takkan dia pun nak sakit kan. Tp manalah tau kan.

Aku kira2 dlm 30% je before abis bayar and time for me pulak la utk merelakan gaji dipotong. Huhu.

Tak boleh nak masuk pun. Lagipun blok aku paling ke belakang. Yg still ada kelambu ijau tu. Nak jalan kaki tgh panas ptg tu? Hui.. peluh tiak je kang. Amik je gmbau dari luar. Jadi lah.


Yg penting da siap oh. Suka. Suka. Rerasa bila leh masuk eh? Nati nak suh my dear call developer tu. Yg 3 blok lain mmg da berpenghuni. Tu blok yg 'sakit' la. Buat sekerat jalan terbengkalai which blok D yg aku beli tu mmg tak naik lagi time tu. Thn lps baru start buat balik, dan ketika itu lah aku ternampak iklannya lalu aku pun buat keputusan utk beli. Wah... sebok nak terangkan. Hahaha. Tp tu lah org kata rezeki kan. Sbb selama ni mmg aku tak hal pun. Ramai yg kata mcm rugi sbb aku beli umah takde tanah. Tp ada aku kesah?? eh.... hahahaha... tader..tader.. acah je tu.

Takde lah. Konsep dia mudah. Dlm nak beli aset ni kita tak boleh tak terlalu tamak. In case, aku nak umah dkt ngan opis dan umah baru. Maka, aku kena la berkorban beli umah takde tanah. Mana nak ada umah atas tanah yg dkt ngan opis dan baru dan rega range gaji aku leh wat loan. Tp kalo aku tak kesah umah 2nd, jauh dari opis dan atas tanah, maka ada byk option nyer. Paling aku sker area Bangi sanun. Atau kalo nak dkt ngan opis pun, area yg aku beli ni pun ada. Umah 2nd dan atas tanah. Tp aku nak umah baru. Jadi itu la dptnya. Jadi tak perlu kut nak kata apsal aku beli umah kat kwsn jem dsbnya. Ini je kemampuan aku (ada je org opis yg kata gini bila aku gitau area umah ni kat mana).

Jadi. Saya sudah tidak kesabaran. 
Jadi. Skang sudah mula kena buat kira-kira dan bajet.
Dan sudah boleh berangan2 konsep housewarming. Apakah pool party? teheheh.
Yg pasti kengkawan seme pasti dijemput. Jgn lupa bawa swimming suit okeh.

8 comments:

Zana Adieyza said...

mmg kena buat kira2 & bajet dgn betul.. kalau x, mesti ada pembaziran or masalah kewangan di kemudian hari..

maszmadi said...

hm.. kat mane yerk, macam kenal jerk area nie.. hehe nak kena pi housewarming nie, balik keje nanti kena pi shopping swimming suit la plak.. haha

IDAZS said...

ni kat sentul utama ke tu? mcm penah tgk.

pedulikan apa org kata, yang penting x rugi beli rumah, harga semakin naik :)

puanstoberi said...

aDieyza :
Yeps.. kena kira kira dan kira. teheheh.. tp kira guna je lah apa yg ada kat umah skang ni. Mana leh bawak, kita bawak.
Ni pun nati renovate guna duit yg rebat dpt balik tu (utk bumi tu sbb wat loan full)

Masz:
Mana mungkin kamu tidak kenal. Berjalan kaki pun boleh dari rumahnya kamu duduki sekarang ini. tehehehe.
Ha..wajib..wajib dtg.. sila bwk bikini Aisya skali yea.. tehehehe :D

IDASZ :
Tetttt... tehehehheh

Ha kan..nak ikut ckp org je mmg takde apa la kita kan. Igt sng ke nak buat keputusan ni. Ni bkn keputusan cam nak beli sayo kangkung kat pasar cokit. Teheheh

♥MiZz-siHa♥ said...

xlame lg bleh la dok umah br kan..hehe..
bestnye..ade pool x??bleh renang2..

puanstoberi said...

Siha :
Yepss.. kalo ikut tak sabo rasanya, tp tak leh la kan teruja sgt. haha.
Ada pool tapi tak reti renang2. Cena?? teheheheh

Daleela said...

Dear.. nak join.. hehehhe

puanstoberi said...

Daleela :
Bisa aja... :D