Thursday, June 24, 2010

Pelajar Tingkatan 4 MTD mati dipercayai akibat dibuli senior

Berita Harian Online | Pelajar Tingkatan 4 MTD mati dipercayai akibat dibuli senior

Al-fatihah utk arwah.
Aku masih terkejut dan tak percaya.
Arwah pernah jadi anak murid aku masa dia darjah 3.
Salah seorang pelajar harapan sekolah.
Masa darjah 6 dia adalah Ketua Pengawas.
Pelajar yg cerdik.
Dgn keputusan UPSR yang bagus, dia dapat sekolah terbaik kat Ipoh - Anderson.
Tp demi sebuah persahabatan, dia tak nak berpisah dgn best friendnya, dia pindah ke sekolah asrama biasa di Kuala Kangsar.
Masa form 3, result PMR dia bagus. So, dia takleh la nak follow best friend dia yg resultnya itu bikin pecah rekod family tu. Huhu. Best friend dia ke sek. teknik Perlis, dia ke MTD.

Dan best friendnya adalah anak buah aku.
Makanya mmg aku kenal arwah ni. Se kampung dgn aku (arwah dikebumikan di Baling Kedah, kg ayah dia)
Arwah ni mmg seorang yang baik dan hormat org tua. Rajin. Masa wedding aku dia la meringan tulang bantu.
Till now dia still panggil aku cikgu walo sekejap je aku jd cikgu dia.
Selalu jugak dtg umah aku. Main PS2 dgn anak buah aku.
Pendek kata mmg bff anak buah aku tu la.
Buat jahat sesama..buat baik sesama. Yelah..budak lelaki baru nak beso kan. Siap p pekan naik moto takde lesen berdua (dan anak buah aku kantoi kat ayah dia..terjumpa kat pekan. Apa lagi..mengamuk la ayahnya iaitu abg aku la)

Memula aku tak pasan status Acap, anak buah aku ni. Yelah..bebudak skang ni punya short form kan.
Muhammad Asyraf - tidakkkkkkk,,,,kwn baik aq dh pergi.......aq ingt rye ne leh la jmpe die,,,,tpe die dh meninggal,,,,,AQ X PERCAYE DIE DAH MENINGGAL,,,,,,,,,,,,,,,

Anak buah aku ni skang kat Perlis, so aku igt kawan dia kat Perlis sana lah. Kebetulan plak bila tgk status member2 byk citer pasal org meninggal (yelah..nak puasa ni mmg ramai org meninggal). So, aku pun citer2 la dgn my dear. Skali dpt SMS dari kak ipar aku (mak si Acap ni lah). Gigil2 aku baca. Aku plak yg tak percaya.

Anak buah aku tak dpt terima sbb dia dah lama tak jumpa member baik dia tu. Derang tak jumpa masa cuti sekolah retu sbb MTD tak sama cutinya dgn sekolah biasa. So, ari raya (which anak buah aku tulis 'rye' aku igt dia tulis utk 'ari'. Hemm..bebudak nih..terasa tua plak bila aku tak phm s/form derang ni. Haishh) baru derang plan nak jumpa. Raya pun tak jauh lagi kan.

Betul. Kalo sakit ke accident ke aku pasti leh terima tp kalo disyaki kes buli, mmg aku pun tak boleh terima. Apa dosa dia?? kenapa buat org macam tu adik2 harapan negara? Bukankah korang nati akan jadi pemimpin dalam tentera. Kenapa mesti ada subjek "buli" dalam kehidupan derang di asrama? Tau tau korang dah meragut nyawa seorang anak harapan keluarga dan seharusnya dia akan menjadi seorang yang berguna suatu hari nati.

Kakcik citer derang gitau parents dia yg arwah jatuh katil. Ramai cikgu dr kg aku yg mengajar dia pegi ke Baling utk hadiri majlis pengkebumian dia. Baling tu kg ayah dia kalo tak silap. Dr cikgu2 yg pegi tu dapat tau mata arwah pun mcm lebam. Hemm..jatuh katil mata lebam?? pikir kan lah sendiri.

Aku harap pihak berkenaan siasat la betul2. Jgn kata nak tubuhkan j.kuasa itu ini tp in d end of d day, kes tutup mcm tu je. Nak2 plak parents arwah org kampung dan hanya keja kg. Tolong lah... jgn kes ikan besar je kita nak siasat ke akar umbi tp kes mengambil nyawa org ni dibuang gitu shj. Tp aku yakin...kalau pun "abg2 senior" tu terlepas, derang takkan aman hidupnya. Seumur hidup la dihantui bayangan menakutkan. Biar... biar la..lepas di dunia, tk semestinya lepas di akhirat.

Aku penah citer ngan my dear- Naim ni baik btul dgn Acap, nak tunggu derang masuk universiti nati..sure baik juga, tukar2 citer pasal awek plak. Sekali..takat umo 16 thn je lah persahabatan derang.

Utk arwah Naim, cikgu doakan Naim ditempatkan di kalangan org2 beriman. Naim budak baik juga anak yang baik. Utk Acap..kita doakan yg terbaik utk dia ya. Mmg mcm mimpi..tp sedikit sebanyak menyedarkan kita yg perjalanan hidup kita Tuhan yang tentukan. Kita cuma merancang. Walo Acap da rancang raya nati nak jumpa dia..tp itulah yg dah tertulis utk dia. Allah yg Maha Mengetahui.

Al-Fatihah utk arwah.Gambar arwah masa wedding aku. Ini la jejaka2 yg byk membantu masa wedding aku tu. Yg duduk 2 dpn tu adalah bff anak buah aku yg sgt ringan tulang. Yg berdiri tu suma anak buah aku. Sumanya da jadi jejaka terhangat di pasaran dah. Hehe. Anak buah aku yg kawan rapat dgn arwah tu yg paling ujung kanan


** Update : Berita RTM Semasa 11 Malam- bedah siasat dibuat di PPUKM. Dan dipercayai disuruh tekan tubi oleh seniornya. Ya Allah..kesiannya. Cemna la smpai sesak napas budak tu disebabkan tekan tubi. Ya Allah....

***Update : kuar muka dpn Berita Harian. Menyayat hati.. dan Paper Utusan ada cerita lebih sket macamana derang buli tu. Dah suruh tekan tubi, kena tendang plak bila dia tak larat bangun. Tuhannn...aku tak dpt bayangkan cemna kesengsaraan dia masa tu.

13 comments:

Mama Zharfan said...

salam ziarah...me blogwalking here
al-fatihah...sedih baca kisah2 mcm ni..

puanstoberi said...

salam.
Ya..sgt menyayat hati. Slalu baca kisah org yg tidak dikenali pun dah sedih apatah lagi org yg kita kenal.

Thanks sudi singgah.. :)

Asma said...

al-fatihah untuk arwah..:(

suami pun army, pernah lalui zaman2 dilanyak masa kedet dulu..suami kt klu disuruh ulang semula mmg dia x nk..seksa..

selalu pesan kt suami klu nk pukul budak2 pun beringt la, jgn sampai jd kes polis, parah @ lebih teruk meniggal mcm arwah..tp kekadang bg askar buli2 mmbuli ni perkara biasa, nk jdkn mental fizikal kuat..klu kena twn dek lwn@musuh lg teruk kena..itu kata suami..tp ttp x agree..pukul, buli, denda tuk mengajar x apa..jgn sbb suka2 sebab tu dah culture..

Tahziah kepada keluarga arwah & anak buah..

*pnjg le pula..hehehe

khairul farhan said...

Salam Cikgu. Takziah diucapkan. Saya salah seorang ex-boy RMC. dari tahun 2005-2008. Batch saya last intake form 2. Dari apa yang saya dapat tahu, arwah memang seorang yang cikgu sayang, budak rugby lagi. Ramai cikgu yang saya call suarakan rasa tak puas hati dan sedih dengan kematian arwah. Kes ini memang luar biasa. Kami tak pernah buat benda-benda bodoh sampai boleh mengakibatkan kematian. Ragging yang dimaksudkan adalah ragging yang bersih bertujuan untuk meningkatkan stamina dan kerjasama pasukan. Tapi apa yang saya dapat tahu, senior2 arwah ini dah main body contact. Jadi ini memang salah. Arwah ditendang semasa push up. Saya dan rakan-rakan yang kat luar ni pun tumpang bersedih dan malu dengan boy RMC sekarang. Kami dulu 4 tahun kat RMC tak ada pun yang mati kena buli ni.

Salam

puanstoberi said...

ASMA :
Sedih sgt..dan menyayat hati kalo baca kat paper. Rasa nak mengalir je air mata ni sbb tak percaya. Seorang yg sihat walafiat, baik budi bahasa, pergi macam tu je. Mana la anak buah Reen tu rasa tak caya. Sgt sedih..

KHAIRUL FARHAN :
Sebelum tu. Akak bkn cikgu. Hehe. Akak ngajar dia kejap masa jadi cikgu sandaran dulu. Dia mmg good n clever student. Sayang btul rasa sbb terpikir 1 day dia akan jadi somebody.
Mmg dia dari Clifford dulu main ragbi. Akak da tatau nak kata apa lagi dah.
By d way, thanks sbb sudi kongsi pendapat n pengalaman. At least nati akak leh tunjuk kat anak buah akak tu.

sangir said...

sedih dan terharu bila terbaca kisah arwah naim ni. Walaupun saya tidak mengenalinya secara peribadi, tetapi semua pelajar-pelajar MTD terasa dekat di hati saya. Tolong sampaikan salam takziah saya kepada keluarga allahyarham. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. Alfatihah.

puanstoberi said...

SANGIR :
Insyaallah, bila balik kg nati saya smpaikan salam. Mmg saya nak melawat family dia bila sy balik kg nxt week.
Peristiwa ini mmg bebtul menyayat hati saya.

cikCha said...

bergenang pula air mata aku..

teringat kat ibu arwah..anak yg di syg anak yg dikandung anak yg dibela sekian lama...'pergi' di tgn org lain atas alasan yg lgsung x bleh diterima...huhuhu T_T

puanstoberi said...

SHAH :
Memang kejam org tu. Tp da direman pun suspek2 tu. Tatau nak kata apa dah. Kalo mak dia da balik kg aku ujung mggu ni, aku nak pi melawat. Skang derang kat Baling lagik.

Liza @ Adzriel AB said...

share kisah ni kat fb... moga jadi peringatan. alfatihah.

puanstoberi said...

LIZA :
dah lama pun kesah ni.. huhu.. 3 tahun dah..

Unknown said...

Walaupun dah lama arwah pergi but I'm still google about him when I'm alone..still remind me about his birthday..semoga arwah sentiasa tenang di sana..Amin..

Unknown said...

Even dah lama arwah Im pergi but I'm still google about him..remind me every 15.4 his birthday.,acap pun mesti sedih..semoga arwah sentiasa tenang di sana, Amin..:(