Monday, June 21, 2010

~Hatiku Dipenjara~

Keh keh keh.
Tajuk tak boleh BLAH!
Macam tajuk lagu kekdahnya.
Tp aku cuma nak menyatakan kehibaan jer.
Ada bc / dgr berita pasal Penjara Pudu (tembok) dia nak dirobohkan?
Mlm ni..kul 10 kang.
Aku tetiba rasa mcm hiba jer.
Eh. Apa hal lak nak hiba? Ada kena mengena ke pun? Penah kena penjara? Atau ada sedara mara jiran atau tetangga kena penjara?
Tidak la kan. Tah..aku rasa mcm sayang je bila nak kena roboh bangunan bersejarah tu.
Tembok tu ada lukisan yg dilukis oleh banduan.

Sedikit info mengenai Penjara Pudu :
  • Mural sepanjang 384 meter mencatatkan rekod sebagai yang terpanjang di dunia.
  • Bangunan penempatan utama mengandungi 240 bilik menyerupai Penjara Kandy di Bogambia iaitu berbentuk X dan dibina setinggi tiga tingkat.
  • Dahulunya dikenali sebagai Pudu Goal, terletak di Jalan Hang Tuah yang mula dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar.
  • Blok D yang menempatkan bilik akhir dan bilik gantung yang menyaksikan 180 pesalah menjalani hukuman gantung sampai mati di situ dari tahun 1960 hingga 1993.
  • Reka bentuk untuk dapur penjara adalah menyerupai dapur "pauper hospital" dan mengandungi sebuah stor dan bilik timbang.
  • Pada tahun 1985 penjara ini juga mencatatkan bilangan banduan yang tertinggi iaitu seramai 6,550 orang pada satu masa yang menyebabkan kesesakan dan memaksa banduan tidur secara bergilir-gilir.
Dan mlm ni temboknya akan mula dirobohkan. Sayang nya rasa. Satu lagi sejarah hanya akan tinggal kenangan.

Rasa mcm rugi plak dulu masa dia bukak tu aku tak pegi. Masa tu aku kat mana eh. UiTM ke da keja. Aku mcm sker jugak nak tgk menda2 yg ada rahsia tersendiri nih. Kalo tgk menda2 camni slalu aku terpikir "cemna?? cemna??" Yelah..cemna derang tido, cemna derang makan, cemna derang dok dlm tu. Emm.. aku penah pi kat Penjara Kajang tu. Tp tu tak heavy sgt. Just Penjara utk org2 dadah je aku pi tu. Sbb masa tu ada course Pengurusan Stor. So, pi buat lawatan kat stor penjara tu. Jadi trus la derang bagi masuk. Tp idak la kami ke sel2 Penjara tu. Cuma tgk tpt derang buat2 kraf, menjahit suma tu je. Apa giler ke nak pi kat sel2 tu. Itu pun bila napak kami2 ni derang suma tgk je. Takut pun ada. Kesian pun ada.

Apa pun..kekadang..demi pembangunan, ada yg harus dikorbankan. Lagipun tanah ni pun akan dibangunkan oleh UDA. Dan aku terpikir jugak, kalo nati ada pembangunan atas tu, lets say la nak buat kondo adakah korang sanggup beli? Kalo aku..idak la kan. Hikss..

Sumber :
http://kualalumpurcityguide.com/149/pudu-prison-kuala-lumpur-penjara-pudu/

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=507288

http://www.prison.gov.my/pride/index.php?view=article&catid=37%3Awarta-sejarah&id=318%3Apenjara-pudu-dalam-kenangan&option=com_content&Itemid=75

4 comments:

Daisy said...

cean..camne ngn hantu-hantu kat dalam tuh..diorg nk duduk mane?

ejaMaria said...

bagus nye info... aku pun tak tau sejarah penjara pudu nih...

tapi elok gak diroboh, since dah tak guna ni, penjara tu jadi port budak-budak dadah je... lagi la tak bagus :)

eh lagi satu - kalau naikkan shooping mall, agak-agak ade hantu tak?

puanstoberi said...

FYZA :
Err...antu tu gi pindah duk Times Square. Sng nak men boling n tgk wayang. Hehe. (haih..Kekda pun tgk wyg situ..mulut celupar aihh)

MARIA :
Saja aku tempek sket info2 ni. SOk2 da tinggal tapak je situ tak tau lak mana nak carik info dia kan.
Anyhow, mmg elok la buat sesuatu kat situ sbb mcm rugi plak dia "terkangkang" situ kan. Ngehh.. Nati da siap mall tu kita terai la pi. Hehe

azeul said...

sayang pulak ngan mural tu..tp lg kesian kalo tgk mural tu b4 dinding tu dirobohkan..xterjaga pun..

..roboh utk majukan tempat tu kira ok la..tp kan lg bagus kalau ada usaha utk mendokumentasikan ttg penjara pudu ni..gambar lengkap mural tu ke..emm..dah ada ke?mungkin aku xahu..hehehe