Seterusnya renew passport plak.
Ni baru lagi (11.12.13)
Aku baca entry ini, konon takmo renew dah. Konon la sangat khen. Tapi, betullah, tahun 2013 ni aku tak ke mana pun. Jangan kata nak g luar, dalam Malaysia pun jarang. Kalau tidak, ada la bulan 1 tu ke Vietnam. Tp kan tak jadi. Tiket burnt gitu saje.
Ni baru lagi (11.12.13)
Aku baca entry ini, konon takmo renew dah. Konon la sangat khen. Tapi, betullah, tahun 2013 ni aku tak ke mana pun. Jangan kata nak g luar, dalam Malaysia pun jarang. Kalau tidak, ada la bulan 1 tu ke Vietnam. Tp kan tak jadi. Tiket burnt gitu saje.
Kali ni renew kat UTC Sentul. Dah buat persediaan, dah tgk time buka pukul berapa, tapi tetap lah silap jugak. Hey. Kau ni mengapa. Aku rasa aku dah tgk bebetul dah. Waktu operasi 8.00 pagi - 10.00 malam. Tp bila dah sampai, dah beratur, rupanya jam 8.30pagi. Grrr... silap lagi. Tapi tak pe lah, sbb aku smpai situ dalam 7.30 pagi. Gi amik gambar dulu pastu naik beratur. Gile. Setgh jam beratur. Tersilap percaturan. Pergi masa orang Selangor cuti. So, orang ramai.
Kali ni dapat nombor 1022. Mean orang ke 22 lah kan. Agak awal la jugak nombor dipanggil apa seme. Cuma yg problem ibu jari kiri aku nih. Susah nak trace. Akak imigresen tu kata selalunya orang tua je yg ada kes cemni. Erkk.!! Haha. Ye lah, sebenar mmg prob ibu jari aku nih. Selalu masalah kalau nak keluar duit ASB ke T. Haji ke. Dulu aku igt sbb IC. Tp sebenarnya ibu jari aku la. Dah tukar IC pun gitu jugak. Tak masuk IC, buh ibu jari atas alat scan pun tak boleh jugak. Abis, takkan nak tukar ibu jari? (-_-")
Macam IC gak, kami buat je dulu. Dah bayar, kita masuk kerja. UTC Sentul buka smpai jam 10.00 malam. Jadi, balik kerja singgah amik. Masa nak amik tu, petang dalam kul 6.00. Dia tulis nombor dah habis. Aku pun tanya, kalau nombor habis, buat apa nak buka smpai malam. Dia kata sehari dalam 500 nombor keluar. Dia buka smpai malam supaya semua yg 500 tu boleh amik passport tu pada hari tu jugak. Tak perlu datang banyak kali. Katakan derang tak stop kan nombor nanti passport tak sempat nak siap. Kiterang pun cam ooooo....
Pengalaman berurusan dengan Imigresen ni pun aku puas hati. Orang yg kat kaunter pun oke. Bila nombor kita di panggil, dia terus ucap selamat pagi n aku pun bagi salam. Oke lah kan. Cuma kakak yg bagi nombor tu yg tak senyum langsung. Ah. Lantak la. Period mungkin.
Jadi, tips utk renew passport kali ini :
# walau katanya buka smpai jam 10.00, elok lah datang pagi sbb takut nanti nombor habis. Tapi kalau hari biasa yang bukan cuti sekolah, yg bukan ada public holiday negeri bersebelahan, mungkin smpai malam ada nombor lagi.
#Bermula April 2013, gambar mesti berlatar kan warna putih. Sbb gmbr pasport tu dah jadi hitam putih. Jadi, bawa lah gmbr berlatarkan warna putih. Sumber : Sinar Harian
#Sehari sebelum aku renew, keluar dalam paper yg bermula Mac 2014 tak perlu bawa gambar dah. Dia amik kat sana je. Dia buat cam IC n lesen memandu la kiranya. Tapi, apa nak buat, sbb aku perlukan pasport untuk perjalanan bulan Januari 2014 (T_T). Sumber : Kosmo
#Dah takde guna borang. Untuk yang permohonan baru just bawa salinan kad pengenalan. Utk yang renew tak perlu salinan IC. Bawa gambar dan pasport lama sahaja.
#Kalau taknak cuti pun takpe, datang awal dan kemudian bayar. Lps tu balik kerja ambik sbb ada ofis imigresen yang buka smpai jam 10.00 malam. Contoh UTC Sentul n Pudu. Boleh semak waktu operasi di sini : imi
Cerita pasport
Kali pertama
Kali kedua
Oleh kerana gambar hitam putih, muka aku jadi kembang setaman. Dah la pakai shawl. Ah. Hantam saja lah labu.
Oleh kerana gambar hitam putih, muka aku jadi kembang setaman. Dah la pakai shawl. Ah. Hantam saja lah labu.
1 comment:
haaaa nak ikut ida pergi honeymoon Jan ni yekk. hihihi
Post a Comment