Friday, December 27, 2013

Edisi Ke Penang : Nak Naik Apa?

Nak g Penang. Januari ni. Cea. Macam lama je lagi kan. Next week da masuk Januari pun.
Lama dah tak naik keretapi. Last bila tah. Tak boleh nak recall.
Jadi, nak la merasa naik keretapi.

Ingat nak la merasa naik yang ada tempat tidur tu.
Utk nak amik coach yang ada tmpt tido (sleeper berth) ni pun ada class class dia.
Yang bes Kabin Kelas Satu 2plus (ADNFB)
Yang gini

Tapi, harga. Phew.
Boleh ja sebenarnya nak pilih yang gini
Tapi cam oh.. takpe lah.
Banyak hal kan. Ni taknak tu taknak. Pastu mahal bising plak.
Mmg la. Kata nak backpack, gamble je lah patutnya.
Eh. Travel ni tak backpack sgt ya. Memacam nak hangkut.

Lagi pelbagai info pasal tren intercity ni tgk kat web dia lah yer - KTM Intercity
Harga tgk sini - fare
Tapi tu belum ditambah dengan harga katil seme ni. Tu kira harga basic dia lah.
Aku tu ari tahu harga tu bila aku saja2 try nak beli tiket online.

Plan aku, pergi naik tren.
Balik naik bas.
Gitu.
Bas dari Penang (B.Worth to KL RM34.40/adult)
Tapi bila kira kira, campur tolak darab bahagi.
Rasa cam berbaloi lagi naik kereta jeee..
Huwa huwa huwa.

Takat ni plannya begitu lah.
Mungkin bawa kereta. Tapi tak tahu chemerah atau chekotakkasut tu.
Sbb nak kena tggl kat port selama 3 hari 2 malam kan.
Ada sedikit kegusaran lah nak tinggal chemerah di situ.

Dan... yg paling menggusarkan skrg adalah berita cam gini - Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora
Kena selalu check kat web Meteorologi ni lah tgk ramalan kan. Sini

Dah la kena bahan je ngan bos masa dia antar berita ikan kat Lahad Datu tu kat grup w.app kiterang.
Boleh lak la boss aku buat muka pasrah camtu.
Adoi. Doi. Doi.

Selalu lah gini tau.
Tu ari nak gi Krabi. Gini gak. Dah dkt2 sgt nak pergi nya, masa tu la memacam menda terjadi.
Walau dalam berita tu tpt aku nak pergi ni takde la disebut. Tp risau gak woh.
Mau tak risau.... 3 hari 2 malam kau....
Harap2 oke la semua kan.
Doa. Doa. Doa.
Ini juga percutian sempena anniversary kami yg mana biasanya mmg di celebrate bulan Januari kerana tak mahu bersesak2 di bulan Disember.

8 comments:

NinaAz said...

biasa kalau kt kg saya, smpai januari tengkujuhnyaa. huuu. baik2 yeaaa

Carmello said...

Naik ketapu menarik juga kan.. Tapi kalau ambil yang katil atas bawah tu macam leceh sikit kan.. Kalau org lain duduk atas,mesti dia turun naik ganggi sikit.. Tapi kalau atas tu geng kita,susah pula nak borak erh.. Heehehe

Unknown said...

Plan nak g penang gak on march tuk family sebelah suami punya vacation. sama gak, blur pasal transport...kena dulukan keselesaan anak2...

nurbijen said...

Insya Allah, moga cuaca baik2 ajer...
kami kat sini, train tu dah jadi main transport.. kalau lama tak naik, mula la intai tiket nak jalan2 naik train.... hihihi

Chekgu Azrine said...

Bestnya holiday kt penang

Masya said...

moga diprmudahkan... tunggu entry trip nanti .. hihihihihi

::EIDA:: said...

jadiknye beli ke idak tiket train tu kekda? hehehhe

cikbedahlaser said...

200++ ehhh bilik?
last time dr kelantan ke kl.. amik bilik mcm 100++...
mahal.. tp rasa berbaloi.. utk nak merasa ok la...
selesa pon iye... tido pon best.... bising bunyi keretapi tu akan lali lepas dah lama dlm tren..
klu amik katil berlangsir tu.. bising dgn org.... klu amik kerusi.. penat duduk.. utk org tak byk pusing ok kot.. tido kt kerusi... cume sempit sikit..
klu bas.. dh lama x naik.. tp leh dpt kot bas yg selesa....