Monday, December 2, 2013

Edisi Makan Makan : Rahman Palace Steamboat n Grill

Ini kejadian before East Coast Trip. Aku pun dah hampir terlupa nk blog kan.
Pergi 21 Nov tu hari.
Ramai kot tahu tempat ni. Tu hari pun ada masuk paper, dia promote.
Mulanya agak kompius la sbb takdak dalam google maps kalau nak google kat mana.

Oke, kalau nak google, carik Shell MRR2. Memang landmark dia itu.
Laluan dia ikut MRR2. Kalau dari arah Ampang, Shell tu belah kiri.
Tak jauh dari Petronas yg ada McD n Balai Bomba tu. Susur depan lagi, akan jumpa Shell (2 buah). Buleh terus susur masuk ikut Shell tu, terus je akan jumpa kedai Skumvhit (byk dah cawangan Skumvit ni, dulu kat Kg Baru. Pastu ada kat Taman Medan, skrg kat sini pun ada). Lps jumpa tu masuk lorong (arah kiri) tak jauh dari situ nampak la kedai ni. Dia macam atas bukit sket. Parking pun boleh atas2 tu. Kawasan baru kut situ. Ada rumah 2 tingkat. Macam baru. Entah la. Taman apa ke ntah. Lupa.

Jangan terlepas dari Shell tu sudah la. Sbb kalau terlepas, pergi la makan steamboat kat Kuantan sanun. Haha. 
Takde la.. kalau terlepas, jauh sket la nak pusing. Sbb jalan tu akan bercabang either ke Gombak atau pun hway g Kuantan.

Kedai oke. Selesa saja. Tp besar lagi area steamboat MAEPS tu.
Yg best sbb dia ada grill.
Dia bagi pilihan nak sup ke tomyam.
Kami amik tomyam sbb teringin nak tomyam. Tp cam kureng.
Kalau tahu, baik amik sup, buat ala ala yong tau foo (y.t.f) sbb bahan yong tau foo dia banyak. Kuah y.t.f dia pun bes.
Laksa mmg bes. 2 kali aku repeat. Ngeeee.. Pekat melekat kuahnya. Sedap ah.

RM23/pax utk 13 tahun ke atas.
RM15 warga emas.
RM10 kanak2 bawah 12 tahun.

Makan camni ramai2 bes lah. Kalau berdua.. mau sket je makan. Aku pergi ngan mak n family abg cik aku. Ramai la sket kan. Best lah.
Kami byk makan yg grill. Cicah black pepper. Sedap!

Boleh la sesapa nak pergi. Nak gathering ke apa ke.
Tp better call dulu lah. Takut penuh plak. Kat blog dia ada contact number.

5 comments:

JunAina said...

Kalau pergi ramai2 happening ja pas tu makan mesti tak hengat.

Amanda Suria said...

Lamanya x layan steambot....tiba2 teringin...

Azi said...

tetiba mengidam nak makan laksa.. :)

Masya said...

kalau makan mcm ni mmg kene beramai baru meriah.. baru berselera..

Mummydearie said...

Saya pergi lepas restoran ni keluar dalam paper. Masa tu lebih kurang pukul 6 petang. Tempat takda masalah nak cari sebab memang rajin makan kat Kunang-Kunang (skrg ni Skumvit kan) Tapi, tak sempat makan sebab lengang ya amat. Langsung tak meriah. Mungkin sebab mereka baru nak buka kedai. Makanya terpaksalah berpatah balik jjcm kat tempat lain :(