Thursday, December 26, 2013

Square Shawl From SBU

Apa itu SBU?
Kalo 'instagrammer' yang aktif sure tahu lah kan SBU nih.
SBU ni stand for Sincerelybyus.
Salah satu butik tudung yg femes ames skrg nih.

Aku pun tergedik gedik la nak pergi. 
Walau tak jauh dari rumah, tapi takkan aku nak pergi ke situ semata-mata kerana nak beli beberapa helai selendang kan. Mahu hamukan myDH.

So, sementelah ai dah course kat Shah Alam, dapat lah menyelinap jap.
Berdiskusi dgn adik opis aku - dia pun bawak keta masa course tu - semak2 kat google maps - dia tulis jarak perjalanan dalam 6 minit dari hotel kiterang course tu. Wah. Ini sudah bagus.
Tamat je kelas petang tu (biasa kan ada gap masa antara course petang ngan dinner kan), terus desup pergi.
Oh. Mmg dekat je pun lah.

Rezeki kiterang, dapat parking bebetul depan kedai :)
kedai shawl sincerelybyus shah alam
kredit : Gmbr dari official web SBU

Senang je nak carik. Dia kat Padang Jawa. Landmark dia dkt JPJ. Kalau kat google maps tu dia akan nampak Pizza Hut Delivery. Ha, situ la tu. Paling senang nak tgk adalah bawah tu berhampiran dengan kedai mamak. 

Aku bukan la beli byk nau pun. Lebih kepada saja nak tgk. Tpi beli lah 2 square shawl dan cookies. Cookies? Hihi. Yerp, SBU ni pun ada jual cookies. Sedap plak tu. Cookies ni dari vendor2 yg letak kat butik ni lah. 

Kalau tgk instagram derang, mmg full house betul lah masa cuti Krismas semalam. 
Aku tak pasti derang ni boleh buat online ke tak. Tgk kat official web dia ni cam boleh.
Tapi, tak tahu. Kalo kat insta dia kata takde online lagi. So, call lah tanya cemana ya.
Antara square shawl yg ada. Gmbr from insta SBU

Takpun, kalau duk dekat tu, pergi je butik dia. Lagi best kot.
Atau kalau duk KL pun dan suami jenis mmg rajin melayan, pergi je lah sana. Tak jauh pun. Lalu Federal Highway tu je. Balik singgah ICT. Kihkihkih.

Aku ni, kalau nak meredang jauh sket ni, suami ku mmg malas nak melayan. Tu ari nak ajak gi Radiusite Rawang pun tak pergi2. Nak kata jauh, tak la jauh, pun tak pergi. Oke lah.
Lps tu skrg tgh berusaha nak ajak gi Al-Humaira Bangi plak. Nampak nya masih belum berjaya (-_-")

Weols masa beli.


Dan aiols ber selfie dengan square shawl, tp pakai gaya shawl. Gitew.


Oh. Aku juga berbangga pada owner yg buka butik2 tudung or pakaian muslimah ni. Ramai dah. Memuda lak tu. Keep up good work adik2. Takpe.. korang buka, akak jadi pembeli je yer.. hihi :)

7 comments:

NinaAz said...

Ada gak singgah ritu. Tp xsesuai la ngn nina. Huhu

Unknown said...

tak jauh ngn umah ila kak oi.. rajin jugak pegi beli palazo hehe. Kalo datang meh singgah umah kitorang.

nad said...

Shawl pun ada ek kak? Bestnya
Bleh la ajak papazakwan bebila nnt :)

cikbedahlaser said...

wohooo.. patut la selalu jumpa hashtag kawan sy sbu sbu sbu ni.. ni rupe nye.... sepelaung je la kire nye dr umah.. ahahhahah
nti nk try...

Masya said...

saya yg baru tahu hihihihi .. kalau ade yg ajak kat opis ni sy pg jer redah huhuhu .. mcm best jer ni..

AyangAizul said...

radiusite ada kat sek.7, sebrg hway je ngan SBU ni. memacm lg la kdai butik tuding kat sek.7 tu. so, kalo ajak cik abg tu ada alasan bkn nak g satu kedai jer

yg jauh kemain lg dah smpai. yg pling dekat ni mmg smpai kesudah la xjejak butik2 ni. jejak kitorg smpai kat mamak bwh tu jer...
sek7 tu dok ulang alik antar amik anak skolah jer la

Carmello said...

Haahkan kak.. Rasa kagum kat diorang yang meniaga tudung semua ni sebab mampu nak bawa nama kedai diorang sampai terkenal..
Tapi saya still tak pandai nak muncungkan selendang..mesti tertempek je kat muka..