Thursday, December 19, 2013

Pekeliling : SUBSIDI YURAN TASKA DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 38 TAHUN 2013 

PEMBERIAN SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN 
KANAK-KANAK DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM 

Boleh tgk kat web ini :


Aku qoute sket la yer, dari pekeliling tu. If nak baca penuh, boleh gi link kat atas ni. Sapa yang berkelayakan tu, boleh la cuba tanya HR memasing ya. 


PELAKSANAAN 

4. Kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai bagi tujuan pemberian 
subsidi yuran pengasuhan TASKA di tempat kerja sektor awam dinaikkan 
daripada RM3,000.00 sebulan kepada tidak melebihi RM5,000.00 sebulan. 

5. Pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA ini layak diberi kepada 
anak yang berumur di bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke 
TASKA. 

6. Bagi tahun kalendar di mana umur anak genap empat (4) tahun, subsidi 
yuran pengasuhan TASKA boleh diteruskan sehingga 31 Disember tahun 
kalendar. Sebagai contoh, jika tarikh lahir anak ialah pada 
24 Oktober 2013, maka pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA ini adalah 
sehingga 31 Disember 2017. 

7. Kadar subsidi yang layak diberi adalah mengikut kadar yuran sebenar 
atau maksimum RM180.00 sebulan bagi seorang anak. Kadar subsidi ini 
dibayar terus kepada pengusaha TASKA oleh agensi di mana pegawai 
berkhidmat. Sekiranya yuran tersebut melebihi RM180.00, baki selebihnya 
ditanggung oleh pegawai berkenaan.

4 comments:

Nurzakiah Hanum said...

bagus info nie
anum baru tau ada

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

baru tau ni...tq share...

cikCha said...

haar info ni la yg aku cari 2bln lepas...huhuhu..

TQ beb..

cikCha said...

haar info ni la yg aku cari 2bln lepas...huhuhu..

TQ beb..