Thursday, December 19, 2013

Apa Ada Pada 14.12.13

Hari kejadian.
Sabtu.

Dimulakan dengan menghadiri wedding anak rakan ofis. Satu bahagian. Jadi, wajib lah attend. Lagipun aku tukang bawak hadiah dept. Tak dtg kang, tak smpai adiah. Huhu. Alah, dekat nau ngan rumah. Kat Kampung Pengantin Setapak sanun je. Sepelaung je dari rumah. Ce laung, ce laung.

Pergi awal wedding tu. Kul 12 dah smpai.
Balik rumah solat seme. Kul 2pm keluar balik.

Ke mana kita??

Ke sini.

Hiwhiwhiw.

Hoih. Tpt ni launch tahun 1996. Dan skrg baru lah aku jejakkan kaki buat kali pertama. Tu dia. Nama je dok KL. Ala, baru 10 thn dok KL, rilek la. Byk lagi tpt tak pergi. Hohohoi.

Jakun jap. Wah. Tinggi nyaaaa....

Oke lah. Kat entry ni aku dah kabo kata nak hi-tea kat sini kan.
Yeah. Sempena birthday cum anniversary lah.
Beli voucher groupon. Sebenar tersilap percaturan gak ni. Beli voucher dulu. Pastu baru tgk web Atmosphere 360 ni. Utk hi-tea RM58.60++ sahaja. Pastu baru aiyarkkk...
Apa tak aiyark nya. Patut takyah beli voucher ni. Sbb voucher ni includes harga Coral Aquarium, Animal Zone n Observation Deck. Kalau tgk, harga utk masuk observation deck - RM19, Coral - RM15, Animal Zone - RM9. Bila campur2 mmg harga voucher lagi murah lah patutnya kan.
Tapi aku rasa, amik hi-tea kat restoran tu pun dah cukup dah. Dah best dah. So, kalau ada yg nak merasa naik atas tu, aku suggest, amik hi-tea ni pun dah oke. Observation deck tu takde apa sgt lah. Tak berputar pun. Just tgk KL lah.

Utk info berkaitan : Menara KL
Utk info restoran berputar : Atmosphere 360


Lps tu Coral Aquarium tu? Tak masuk pun takpe ah. Kalau bawak anak2 oke kot. Mmg akurium je pun. Ada la sesket ikan. Pastu dapat masuk sekali animal zone. Sini kelakar. Masuk2 je dah nampak ulau berlingkau. Terus tak jadi masuk. Haha. Aku oke lah, mmg aku geli kat binatang tu. Tapi, alooo... myDH kesayangan pun anje angat angat.. geli gak. Ah sudah.. kalau dia berani, aku boleh la jalan blkg dia, sambil tarik baju dia. Ni dia pun geli. Hah. Sudahnya takyah masuk. Heh. Mujo beli voucher, kalau beli tiket dah rugi. Sbb tu aku kata, baik amik hi-tea je. Takyah animal zone bagai ni. Membaziaqqqq.....

Kul 3.30 baru start hi-tea. Jadi, dalam 3.20 tu baru bole beratur naik lif. Ramai orang. Sbb cuti sekolah mungkin. Jadi, kalau datang masa cuti sekolah, datang awal tau. Kalau tak, penat nak beratur.

Hi-tea mmg on weekend n Pub Holiday saja. Orang mmg ramai. Full house lah. Kebetulan ada orang buat birthday anak dia kot. Umur setahun uols dah buat kat atas tu. Fuh. Anak datuk pun. Tahu sbb dia announce guest datuk bla bla sila dtg utk cutting cake ceremony. Fuh...

Masa naik tu hujan, jadi cam kabus je nampak. Dah lelama tu baru nampak pemandangan. Kot malam lagi lawa kot. Oh. Tercapai gak hasrat nak naik atas ni. Tak dapat lunch / dinner, hi-tea pun jadi lah #cheapskate. Haha

Hi-tea pun bagai2 jugak makanan dia. Aku just amik kuetiow goreng, sedap gak. Pastu amik la sket sket makanan itu ini. Antara yang best ini. 2 kali amik. Huhu. Puding longan. Sedap ah. Nak cari resepi lah. Sbb dia tak guna susu, atas tu rasanya santan kot.

Tempat ni kan namanya revolving restaurant, jadi, mmg dia berputar selama 2 jam tu. Just nice la cukup 2 jam smpai balik kat tpt asal kita. Waktu hi-tea ni 3.30 pm - 5.30pm

Dalam kul 5 tu, tetiba kuar lagu Happy Birthday and ada orang antar kek ni. Hikhokhikhok. Ai terkujat.


Haha. Ekceli kan, masa buat reservation tu dah gitau, hari tu my birthday, sbb dalam voucher dah tulis ada complimentary kalau birthday or anniversary. Masa amik tiket naik tu, takde la aku tanya2 bila dia nak bagi apa semua. Lantak la. If ada, ada lah kan. Dia pun takde la mintak IC ke apa nak verify. Dan masa amik makanan tu, aku nampak 2 pinggan yg tulis happy birthday and 1 pinggan happy anniversary. Cuma tak tau bila dia nak bagi. Huhu.

So, ini je lah celebration anniversary ke5 cum birthday ke-34 bersama suami tersayang untuk tahun ni. Awww...

Hadiah birthday? Hikhokhikhok.

Hanya eksklusif di Instagram. Awww... #poyonya

6 comments:

NinaAz said...

Wahhh. Comells sgttt surprise cake tuuuuu. Nampak mahal sgt. Hehe.

su said...

wow, beshnya kekda..kita pun x penah jejak menara KL ni..kat bawah2 pun x pnah jejak, apetah lagi sampai naik atas... klu ade rezeki lebih lehla minum2 kat atas tu kan..huhuh

Lynn Huraiza said...

lynn x pernah jejak kaki kat menara KL nie kak...mesti best kan...

nad said...

Besttttttnya...!!!!!!!

ch@ said...

alhamdulillah, thanks kekDa share kat blog. rasa bahagia bangat (walaupun utk kekDa) ihiks. happy belated birthday and anniversary utk kekDa :)

Masya said...

alhamdulillah moga ditambahkan lg usia tahun depat, ala² bestnya sambut kat menara camni.. suprise dpt kek mcm tu ..