Wednesday, December 18, 2013

Apa Ada Pada 13.12.13

Hey! Mengada nya lah kan buat tajuk serupa itu.
Tahu lah anniversary kan. Haha. Saja la. Seme orang suka sempena sempena kan. Jadi, aku tumpang gak  sempena itu. 13.12.13. Sempena anniversary ke-5. Cantik kan date? (ah, tetiba tingat Che Ta kawen plak. Pa citaaa??). Ye, baru tahun ke-5. Masih hijau lagi dalam alam rumah tangga. Dan masih couple. Takpe. Aturan Allah itu kan indah :)

Hari kejadian.
Aku cuti. 
Bukan la saja gedik amik sempena anniversary ke apa. Kebetulan mak ada kat rumah. Jadi, mari lah kita cuti. MyDH pun amik cuti gak. 

Mak buat laksa. Yeyyy!

Pagi tu kiterang g JPJ. Settle seme zass balik rumah. Family abang aku sampai. Dia bawak anak2 dia n anak2 buah kak ipar aku dtg rumah. Ramai. Derang nak mandi swimming pool. Sila lah anak-anak. Huhu.

Petang, baru lah let's celebrate. Hihiw.
Celebrate makan makan kat Bagan Lalang sajer.
Pun sebenarnya more to nak bawak mak gi makan sana. 
Sbb dia asyik dengar cerita kami je kan.

Kalau Bagan Lalang, yang itu itu jugak lah pilihan kami.
Pepahat goreng sambal bercili.
Sotong goreng tepong.
Ketam sambal.
Ikan bako.
Kedai Senandung Malam Bagan Lalang

Bagan Lalang

pepahat cili Bagan Lalang

Itu je lah all time feveret kami kalau ke sana. Jadi, takyah la review lagi kan. Yang itu itu jugak kang cerita nya.

Takmo la siakap 3 rasa, 4 rasa ke. Itu kedai tomyam kat sini pun melambak.
Pepahat wajib. Sbb mendalah tu susah nak dpt kat tpt lain. Nak aku masak sendiri memang tak la. Tak reti aku. Reti makan je.

Kedai Senandung Malam lah. Mana lagi. Mula tu kami plan tak cuti - kerja je Jumaat tu, jadi ingat nak call je dulu order makanan semua. Lps tu sbb cuti, jadi oke lah. Dalam kul 5pm sampai sana. Solat dulu kat surau LKIM (mmg acapkali pun kami tumpang solat kat surau LKIM ni. Selesa ) pastu baru g pilih ikan. Bagitahu nak masak apa, bagi deposit, suh dia reserved table dulu. Pastu g beli ikan segar dulu kat pasar situ. Lepak pantai yang panas menghelit. Kul 6.30 baru gi kedai balik. Sampai kedai dah siap. Tak perlu tunggu lama.
Gambar chenoteputih tak sharp sgt lah
Nak jugekkk. Poyos yos yos.
Sebenarnya kalau nak selesa mmg kena datang time orang tak cuti camni. Selalu kami datang on weekend. Orang ramai sesajo. Tapi cam tak meriah plak rasanya. Kedai seaview tu cam tutup ja. 

Lps tu kami fikir, if next time nak dtg, dari ofis petang Jumaat pun oke kot. Orang tak ramai. Sampai pun elok2 waktu makan. Tapi, on d way nak balik tu, tgk laluan kat area pekan Sepang ke pekan Salak Tinggi tu, jammed hoi. Byk tul kereta. Derang balik kampung kot kan. 
Memang takkan la nak pergi petang Jumaat lepas balik ofis. Kang ada yg kul 9 baru smpai. Huhu.

Jadi, ini lah yang ada pada 13.12.13. Bersama family lah kiranya. Sbb mak ada, abang aku pun ada kat rumah. Gitew. Simple ja. Takde candle lite dinner bagai. Hikhik.

Oh. Sempena ulangtahun ke-5 ni, doa ku semoga hubungan halal kami ini diberkati Allah, dilimpahi rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT. Kekal bahagia hingga ke syurga. InsyaAllah. Ku mohon juga agar kami semakin redha, tabah dan sabar dengan segala ujian yang diberikan. Ajari lah kami untuk yakin yang ujian ini ada manis akhirnya nanti. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa terbaik untuk hamba-Mu.

5 comments:

Masya said...

sambutan biar simple, yg penting kenangan bersama² meraikkannya.. lagi² mak pun ada sekalikan.. lg seronok...

::EIDA:: said...

banyak kali dah kekda pergi sane makan. ida jugak yang tak pergi pergi nye.. adehhhhh... ;(

Nad MamaZN said...

Dapnya mkn kt bagan lalang!

Tokei Botak said...

Tak pernah pergi Bagan Lalang...nak try jugak satu hari.

QasehnyaRania said...

alhamdulillah. simple pon sudah memadai bila sambut dgn family kan.
selamat ulangtahun sis :-)
sy pon dah masuk 6 tahun. masih menanti