Wednesday, December 4, 2013

East Coast Trip : Day 1

Lagi lama aku tak buat entry, kang langsung tak buat. So, gigih la transfer semua gmbr2. Yg buat lmbt sbb aku ada gmbr dari 3 menda. Kamera ada, myS2 ada, and satu lagi dari gajet. Hai la hai.

Oke lah. Aku jarang buat day by day kalau trip2 ni. Tapi ini dah kes malas. Buat je lah day by day.

Oraitz. Ini kira family trip lah. Lama kot tak family trip nih. Asik la couple trip je kan. Last ke Perlis dulu kot. Berapa tahun dah tu. Sbb bkn senang nak carik time free. If not, awal thn dulu kami dah ke Langkawi. Tp sbb mak warded, cancel plan tu.

Bertolak dari rumah aku jam 7.00 pagi hari Sabtu 23hb November. Konon la nak gerak kul 6.15.. mmg tak la. Sebuk nak buat bihun sandwic segala kan. Gerak dua kereta. Aku n family abg cik. Mak pun ada. Suppose ada lagi sebuah kereta. Abg aku yg duk Ipoh. Tapi derang g kenduri dulu kat Ipoh baru gerak.

Berenti makan kat.. kat.. err.. kat mana tah RnR nih. Aku kurang periksa la RnR belah2 timur ni sbb aku jarang lalu sini. Yg pasti tpt tu toilet dia air cam keroh je. Ragu2 aku nak "beristinjak" ngan air tu. Kihkihkih. (Lanchang kot ni).

Teruskan perjalanan ke Kuantan. Kami ke Felda Bukit Kuantan. GPS dah ada melekat kat kereta sekarang kan, tidak la ragu2 kan. Hikhik. Oke la. Mudah je jumpa. Kat sini rumah mak sedara. Mmg kiterang tak pernah dtg. Kira ini la 1st time. Tp bule lupa nak amik gmbr ramai2 kat rumah makcik aku nih. Siap kiterang makan tghari kat situ. *jimat duit lunch. Hihi.

Seterus dalam kul 12 lebih tu gerak lah ke Kuala Terengganu. Lalu ikut Kemaman. Berenti jap beli Satar. Carik kedai yg orang kata ada satar bes. Tak jumpa plak. (T___T). Selalu cam tu tau. Mencik. 

Lps tu direct je lah ke Terengganu. Berhenti kejap kat Petronas Kerteh utk isi minyak dan berehat seketika. Kat Kerteh dpt la tgk Petronas nya plant yg beso amat tu. Rasa cam kat tpt lain plak.



Smpai KT dalam kul 5pm. Abg aku cam dah nak hamukan je. Huhu. Ye lah. Kalau tak lalu situ, lalu Jerangau - Jabor which aku rasa lagi teruk kut jalan dia. Entah. Aku pun tak tahu. MyDH la cakap. Abg aku ni nak jalan senang cam hway PLUS tu. Mana la belah sana ada camtu. Ni yg pening kalau konvoi nih ("_").


Oke. Dah nak smpai tu kira oke la. Set sesiap kt GPS. Tapi entah cemna buleh kiterang sesat melarat nak carik homestay. Rasa cam tertutup hijab nak carik jalan. Bayangkan lah. Dan kami buat teori sbb kiterang tak berenti kat masjid utk solat. Bukan la taknak  berenti. Masa tu semua sepakat nak solat jamak bila sampai homestay. Pergh. Sejam setgh berlegar2 area dkt2 kawasan perumahan tu.

Homestay
Kami duk kat Homestay NurKasih area Gong Badak. Sebenarnya oke je tpt ni. Rumah teres. Aku la tukang booking nya. Tp jauh sket la dari KT. Tapi tak la jauh sgt pun. Kalau dari belah KT tu dia seberang Pulau Duyung tu je. Arah nak ke Univ Msia Terengganu / Unisza. (Harga : RM140 / nite)


Ada 3 bilik. Abg aku yg bertolak lewat sket tu carik h.stay lain sbb bilik da penuh. Dia nak rest selesa sket. Takkan nak pakai toto kan. Huhu. Sebenarnya masa aku booking nih utk family aku, mak n abgcik aku. Last minute abg aku lagi satu tu nak ikut. Jadi, tu lah. Dah cam sempit. Kalau awal2 dia bagitahu nak ikut, suppose boleh la carik umah besar sket.

Dinner 
Malam kiterang makan kat kedai makan dpn homestay je. Dkt. Sbb dah tak kuasa la sbb dah sesat melarat tu kan. Bajet dalam kul 5,6 ptg dah smpai, ni dah melarat smpai maghrib. Jadi, makan dekat2 sudah. Mujur lah makan bes. BB Seafood kalau tak silap namanya. Tapi nak nunggu makanan smpai sket punya lama. Orang ramai kot. Entah. Mujor makanan boleh tahan sedap. Lps tu jalan2 jap area KT, cam takde apa je. Hujan renyai2. Terus balik. Tp kat area h.stay tu tak hujan pun. Oke lah kan. Balik tidooo....

p/s : Dah banjir sekarang. Alhamdulillah kami nyer trip awal, kalau tidak.. mmg tk dapek la nak pergi.

5 comments:

ChentaHati said...

puanStoberi-- tu kat RnR temerloh... ada pintu gerbang dan jambatan, kan?

Chekgu Azrine said...

alhamdulillah..ada hikmah pergi awalkan..

Rizziela said...

bestnya cuti2 malaysia

Amanda Suria said...

Cuti beramai2 kadang2 bermacam ragam...ada yg gelihati ada yg sentap hatidibuatnya...sib baik trip awaleh...kalau x sure cancel....

Masya said...

biasalah pg ramai² ni.. tahun ni kami x pg bercuti mana pun huhuhuhu .. bajet larik..