Day 3 - Terengganu to Kelantan.
Oleh kerana kami stay area Gong Badak, so, arah jalan nak Kelantan tu dah mudah. Dalam 3 jam smpai Kota Bharu (follow GPS n signboard)
Check out dari homestay dalam kul 8pg.
Breakfast area Gong Badak tu gak. Ada kedai makan area Sekolah Teknik (kalau tak silap). Tapi tak jauh dari Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA). Sebelah Petronas. Kalau dari arah KT dia belah kiri lah. Kalau dari Gong Badak belah kanan. Nama kedai tu aku lupa. Mok Teh ke apa ntah. Nati aku clarify balik ngan myDH. Tak silap aku dia mmg buat sarapan je. Ada nasi dagang, nasi lemak n nasi minyak. Nasi kerabu pun ada.
Ha.. kali ni dah pandai. Tahu dah nasik lemak ada ikan. Tp aku amik nasik lemak lauk ayam bakar. Ha.. ni la yang special kat kedai ni. Ayam bakar dia sedap wes. Rasa cam nak tapau wat ratah dalam keta. Tp cam melampau plak. Cumaaaaa.. aku tak amik gambau je. Entah. Kelam kabut je rasa pagi tu. Huhu.
KT - KB.
Laluan nak ke Kelantan ni oke la. Jalan pun oke. Pulak tu awal2 tu nampak pantai seme kan. Cantik pantai dia. Pastu nampak la jalan nak ke Jeti Merang yang nak ke Pulau Redang tu. Mak oii.. jauh wey dari Kuala Terengganu. Kalau kita naik bas ke K. Terengganu, aku suggest naik la dari jeti Syahbandar. Sbb boleh tahan jauh wey.
Maaf. Sesekali bagi can penunggu gua nak berselfie. Shawl tu aku lilit dalam kereta ja. Tak pakai inner pun. Tapi oke je shawl tu terletak. Bes! |
Smpai kat Kubang Kerian call my adik - Bahyah a.k.a Thiaki. Adikku ini kan, siap amik cuti tau nak nyambut kedatangan aku. Huhu. Mekasih bebanyak tau Ki. Dia ni ekceli member porem mesra dot net. Lama dah kenal.. makan 10 tahun dah kot. Dulu dia keja kat Selangor. Lps tu dpt kerja kat hometown dia, pindah la. Dia yg deal ngan owner homestay aku duk kat KB. Aku bagi contact number, then dia yg call. Biar la mereka bercakap bahasa mereka. Hihi.
Kiterang g homestay dulu. Letak2 barang. Solat Zohor (jamak) dulu baru gi lunch.
Lunch
Kat Restoran Nasi Ulam Kampung Kraftangan. Restoran cikgu ke apa ntah derang panggil.
Sbb smpai lewat. Lauk2 pun byk abis.
Kat sini pun cam nak giler gak berebut. Lagi la. Berebut pinggan kau. Hahaha. Aduyai. Asik berebut je nak makan percutian kali ni. Sbb konsep ni cam makan berhidang. Kita amik la pinggan then hidang utk famili kita. Dah la lawak, ada sorang brother tu siap amik termos nasik tu bawak kat meja dia. Sbb dia kata famili dia ada 30 orang. Aduii... langsung la orang lain nasik tak cukup. Kiterang pun amik nasik sket je.
Napak bekas besau tu. Itu kiterang buat buh nasik. Bekas ulam tu. Tp dah abis, amik je buat bekas nasik. |
Lauk ayam goreng. Ikan goreng. Pun sedap saja. Amik ulam2 yang mana ada je. |
Dah makan jalan sket ke Pasar Siti Khadijah. Tak de beli apa pun. Saja jalan buat peluh tiak (T___T). Sian mak aku penat jalan jauh2 tu. Tak pergi pun takpe. Lps tu takde nak kemana, balik lah ke homestay utk rest.
Terserlah kekatikkan. Adikku ini mmg tinggi orangnya. Err. Gigih aiols pakai dress kan. Dah napak seperti pregnant. But I'm not. But, still wish (T__T). |
Homestay di Kelantan.
Homestay kali ni besarrrrr. Luassss. Dan selesa.
Bebetul depan wakaf che yeh. Mmg depan idung. Keluar pagar rumah, terus nampak tpt jual2 kat wakaf che yeh tu. Heaven laaaaa... Haha. 3,4 kali kuar masuk g wakaf che yeh.
Oleh kerana dpn rumah dia luas, maka waktu malam dia buat parking utk orang yg pergi pasar tu. Takpe lah. Kereta kiterang elok terletak dpn rumah tu je. Cuma, mungkin agak tak selesa sbb ada orang2 yg bersidai atas motor derang dpn muka pintu nak masuk rumah tu. Tp buat tatau saja. Kunci pintu dan tgk tv diam diam dalam rumah.
Rumah ni 4 bilik. 3 bilik air. Ada tv lengkap astro semua channel ada (rasanya la. Anak2 buah aku tgk citer Korea pun ada). Pastu wifi pun ado. Ha. Apa lagi nak. Bantal punya la byk. Siap ngan toto selimut lebih lagi. Dia boleh gak kalau nak 2 bilik ja. Dia akan kunci la bilik2 lain. Kami amik semua bilik.
Kiterang mmg puas hati lah dengan homestay nih.
Wakaf Che Yeh
Oleh kerana depan idung je katanya kan. 2,3 kali la pergi jalan2. Memula tu ptg dalam kul 6. Tgk kedai2 kat area dpn tu. Pastu masuk rumah utk solat seme. Keluar lagi nak g makan. Pastu dalam kul 11 kuar lagi. Time ni orang tak berapa ramai lagi. Mungkin sbb baru 1 week cuti skolah n orang gomen belum gaji masa tu. Hihi. 1st time pergi. Mmbr aku siap tanya tak sesat ke dalam tu. Hihi. Kiterang takde jalan jauh2 sgt. Tp mmg boleh sesat dalam tu sbb dia macam tertutup dengan kanvas, so tak boleh nak detect kita dah kat mana. Haha.
Jadi, settle lah hari di Kelantan. Esuk sudah gerak balik ke Perak.
4 comments:
Salam i follow u ;)
aku suka la shawl ko pakai ni.. cun!! bli katne??
wah terbaiklah.. homestay dpn wakaf che yeh... rindunya pg KB, pernah pg sekali kot.. hahaha... shopping lupe hinggatan kat wakaf tu.. padahal balik.. baru pikir balik.. sini pun ade jual jgk..
mm :
Tenkiu follow :)
LUV:
Aku beli kat sha RnD tu.. mmg sedap kain dia.. elok terletak.
MASYA :
Tu lah..sama je menda dia. Tp ada terbeli jugak tp tak shopping sgt la sbb baju bajan ni kenanga pun ada. hihi
Post a Comment