Wednesday, December 26, 2012

Monday, December 24, 2012

Suka Suka Jadi Duka


Orang kata bulan 12 ni bulan byk tragedi berlaku kan. *secara kebetulan*
Tgk lah dulu, kes Highland Tower runtuh. Bulan Disember jugak.

Berbalik pada kes budak lemas di taman tema ni.
Seriau rasa.
Tp kat Malaysia ni macam bermusim.

If musim buang bayi, maka seme citer berkisar pasal tu.
Skang budak lemas plak.
Dulu, rasanya kes camni jarang2 ada.

Malas nak tulis salah siapa, betul siapa.
Tapi kat memana theme park pun, even kat Morib (Gold Coast Morib Resort) yg kecik tu pun ada life-guard yg jaga. Tp kalo dah ramai2, dah meriah ber famili day, tak terbuat dek life-guard tu, maka tanggungjawab sebenar dan sememangnya perlu adalah dari waris dewasa yg terdekat lah. Mmg kena keep on eye je bebudak ni. Air wey..bahaya. Dalam ke tak dalam, memacam boleh berlaku.
Pulak tu, budak budak kan. Mostly kalau dah jumpa air mmg tak keruan.

Sbb tu, kat pool umah aku tu, aku cukup seriau if ada budak2 yg turun takde pengawasan - lps tu duk kat kolam dewasa. Walau tak dalam mana - tp kalo dah malang orang kata tu.
Kat situ, seronok je bebudak 5,6 tahun ni mandi manda. Dari kolam kanak2, dia p terjun kat kolam dewasa.
Sapa pun tak jaga (tgk dari atas rumah agaknya).
Kita pulak yg kecut perut nengoknya.

Entah. Malas nak cakap lelebih.
Nati ada yg smash 'engkau takde anak, apa tau?' (-_-")

Lemau Sungguh Lah!

Oh. Apa hal lemau sangat ari ni?


Kena penyakit monday blues??

Kalendar Sekolah Tahun 2013

Walau takde anak sekolah, ada keperluan aku tau takwim ni. Supaya aku tak plan bercuti masa cuti sekolah.
kredit : google
Dan ini sekolah aku pulak. Ini lagi lah penting supaya tak jadi kes 'burnt' tiket lagi.
Eh. Tak boleh nak pikir lah yg tu. Tak pepenah dibuat burnt tiket flight nih. Huwaaa..... (T____T). Luar negara pulak tu. Huwaaa lagi (T____T)


Jadi, cuti 2 bulan tu (Julai - Ogos), harus carik tpt pengganti. Tp harus diingat bulan puasa dan raya juga ada lah dlm cuti tu. Huhu.
*puasa 10 Julai
*Hari raya 8 Ogos

Friday, December 21, 2012

Celebrate Double Celebration : Edisi 2012

Oh. One week sudah berlalu. Lambat pulak bercerita. Tp, siapa endah kau mahu bercerita atau tidak kan. Haha. Ya lah. Sekadar mencoret di sini, mungkin dijadikan rujukan sendiri suatu hari nanti (sbb aku pun kadang2 terlupa apa yg aku dah buat).
Kalo tidak smlm nak menulis dah, tp semalam aku terkena 'mild-stress'. Haha. Ada ke tiada term begitu?
Tetiba saja aku rasa cam give-up. Bukan give-up keja mahu pun give-up utk berusaha nak TTC. Tapi aku give-up nak study! Aku dah rasa malas nak amik exam n cukup..cukup sudah. Ha. Tu dia... ambik kau. Tetiba terasa takde beban, batu digalas.  Haha. Mujo stress yg mild. Dpt ditangani dgn baik. Then pagi tadi pun dah jumpa jap lecturer - diskas ngan dia pasal research. Dah malas lah citer pasal ni.

Oke, pasal Celebrate Double Celebration

13 Disember and 14 Disember.
Tahun ni takde la beria apa pun kan.
13 Disember (Khamis) ajak myDH lunch kat PapaJohns. Kami, walau pun sepejabat, namun boleh dibilang dgn jari kot - selama 4 tahun ni kami lunch berdua waktu ofis. Jarang amat. Lunch kat kafe pun tak penah kot. Ke ada? Ada pun kalo kita keja weekend lah. Kalo hari bekerja - Mon to Friday tu mmg takde lah. Prinsip dia senang - bila sampai ofis - we're ofismate - balik rumah baru bed-mate. Eh?

So, PapaJohns lah kita. Nomnom.
Biasalah. Our feveret (ke my feveret??Haha) - Texas Heat.

14hb. we'ols cuti. MyDH kata bos tanya gak nak gi mana lagi derang ni (maksud, aku ngan myDH la sbb kami kalo cuti mmg ada je nak travel kan. Huhu). Tp sehari je kot.
Mula pagi tu igt nak g UM - jumpa lecturer - tp tak sempat ah. So, lepak2 rumah, mandi kolam dulu then pas solat Jumaat gerak ke sini.


Miahaha.
Kan retu konon nak masak la apa la. Haha. KIV dulu plan tu. Entah. Tak plan sgt pun. Aku saja klik klik date 14hb tu skali ada kosong lak Morib nih. Igt full dah sbb last minute kan. Ada yg birthday package (kena check-in hari befday - mmg kena dah la kan) - tp malas lah sbb dpt kek la apa la, kang satu hal sapa nak perabihkan kek tu. So, amik yg biasa dan harusnya paling murah lah. RM196.56++ (dah plus plus tu jadi 230 camtu lah) Pakej dia ini :
Studio Suite  - 2D 1N Accommodation for 2 person in a Studio Suite with Private Bath with Jacuzzi, Buffet Breakfast & BBQ Dinner for 2 person, Water Theme Park Admission pass for 2 person. A mystery gift for you!

Terms & Conditions:
1) Promo valid for check-in on Sun-Fri
2) Not applicable on Saturday, eve of Public Holidays & Public Holidays

Misteri gift tu dpt kipas kecik tu. Yg tala ke muka tu. Huhu.
Pastu oke la. Dpt makan BBQ. Dah kurung bau dah sini. Dulu aku pegi masa course bulan 2 tu kemain busuk kalo duk luar tu waktu malam. Yg kami suppose ada BBQ gak malam akhir tu. Tak tahan bau, masuk balik makan dalam bilik seminar. Ni skang, dah oke sket. Ada la gak, tp terkawal. Tidak la smpai rasa nak muntah belahak balik segala ikan, kambing yg dah di telan tu. Huhu.

Byk gak menda di BBQ kan. Cam ikan cencaru, udang, kambing, ayam. Makanan pun byk. Sokay la kan. Boleh la kata orang tu. Tp kalo takde pakej ni rega seorang is RM65/pax which aku rasa cam tak baloi je. Kalo pakej ni - baloi. Huhu.


Bilik kami senang - tingkat 1, buleh terjun terus ke theme park. Haha. Tp oke la. Tidak mengadap bangunan. Terus direct theme park saja. Gmbr atas tu mmg dari bilik lah. Cuma kena tutup langsir je lah. Kang org napak plak kita. Hihi. Kalo bawa anak2 mmg bes. Sila la pegi bersama ahli famili anda. Huhu.

Kasik befday girl menciwi ngan cardigan baru dari Zalora.
(T___T)
Kiterang ni saja nak rehat2 ja. Lama tak pegi hotel. Last retu ke Redang tu. Lama dah tu. Bulan 7. Tu pun bukan hotel. Pastu masuk jap la ke theme park tu. Buat syarat kata orang tu. Nak masuk theme park ni boleh je 2 ari. Katakan kita check in - Jumaat, check out - Sabtu. So, dedua hari buleh masuk, dgn syarat jgn cabutkan gelang nak masuk tu. Pakai la bawak tido ke mandi ke makan ke berak ke seme yer. Huhu. Kiterang masuk hari kedua tu je before balik.

Balik tu singgah beli kepek kejap. Tp aku ni bukan buleh masuk kedai kerepek2 tu. Cam onggila. Padahal mula niat dia 'sahaja aku singgah tpt ni nak beli kerepek pisang sahaja!'. Tp bila kuar entah apa aku borong smpai dkt RM50.
Singgah gak beli pulasan. Byk jual tetepi jalan tu. Sedap. Aku mmg minat pulasan dari rambutan. Sedap!

So, itu saja lah untuk tahun ni. Sbb aku takde kat ofis masa befday tu, jadi, takde la celebration kat ofis. Huhu.

Oh. Hadiah dari MyDH?? Dia sudah warning - toksah nak citer kat blog. Hihi. Jadi, tak buleh citer la, tp terkejut gak aku dpt adiah tu. Mmg tak jangka langsung dia nak bagi menda tu. Terharu gak la dia kata lama dah dia nak belikan. Hihi. Ailebyu much la abang! Skang kaki saya sudah ada kling kling. Eh, tercerita plak. Hahahah. LOL

Hadiah anniversary utk myDH? Takdak. Tak sempat nak beli kat MyDH. Mmg dah plan ngan Dee nak gi KLCC nak beli adiah, tp tak jadi bila mak admit spital tu ari. Jadi, nenanti ye.. tggu. Adakah Iphone5 ?(pitam!!!)

p/s : Thanks pada yg ucap2, wish2 tu ya. Kat FB mmg ai tak letak notification. Saja. Tp gedik plak update gmbr kat instagram wish pada diri sendiri kan....??? smpai org keliru, 33 ke 34? :P

Thursday, December 20, 2012

Edisi Cash Out : Sudah Kosong

Kosong... kosong... bak lagu Najwa Latif.

Dah.
Tgk BEliau dah takde terus cash out.
Bukan byk nau pun.
Tapi cash out saja lah.
Thn lps cash out bulan 11, tahun ni bulan 12.
Setahun baru dpt byk tu. Org lain sehari je (atau satu BE) kot dpt byk tu.
Takpe la. No hal lah tu kan.
Jadi, bulan 2 la baru dpt gamaknya.
Sila bersabau. Huhu.
Kira bonus gak la tu. Bonus menulis blog. (T___T)

*perlu jot down sbb nati senang nak igt bila date cash out.
Date cash out : 20.12.2012

Edisi Permohonan Berguni

Begini lah keadaan meja salah sorang adik2 aku.
Ada 4 semuanya. Dan begini lah semuanya. Byk tak banyak sgt la, tp berguni juga yg smpai. Tp tidak la smpai berguni-guni-guni.
3 jawatan - dibahagi kpd 3 orang utk key-in. Sorang lagi key-in yg tak cukup syarat punya.


Bercakap ttg tak cukup syarat ni kan.
Entah ek. Aku pun tak reti nak cakap cemana.

Kita dah letakkan syarat (kalo tgk kat paper mmg tak detail - tp kat laman web, dah ada yg detail), tp mengapalah nak hantar juga walaupun kamu mmg tak memenuhi syarat yg ditetapkan.
Mahu mohon jawatan Pembantu Akauntan, tapi dibagi Diploma Pertanian, dibagi Ijazah Multimedia. Rugi dik, pergi fotostat segala sijil, minta cop sana sini, cuci gmbr, hantar pos tp pastu permohonan tak dishortlisted (atau secara kasar dikatakan - reject!). Lainlah kalau ada kabel besau batang pokok kelapa kan. Muahaha. Tp skang mana ada kabel besau camtu, seme pakai fiber optik cable je. (T___T).


Beribu permohonan smpai, pastinya yg dishortlisted yg memenuhi syarat. Itu tapisan pertama - tapisan kedua baru kita tgk yg terbaik - tapisan ketiga tgk yg lebih terbaik - dan seterusnya dipanggil temuduga.


Aku tahu, mereka yg menghantar (walau tak cukup syarat), hanya mencuba nasib, manalah tau, kut takde applicant yg layak, tup2 organisasi ni nak amik pembantu akauntan yg berkelayakan diploma pertanian. Hihi. Adoi.. maafkan saya.. terketawa pula.
Ini bukan hal mencuba nasib. Yang sememangnya memenuhi syarat pun tak tentu lagi di shortlist. Begitulah perumpamaannya. Jadi, fikir lah bebetul sebelum membuat penghantaran. Rugi masa tau. Sayang kos seme tu. 

Dulu kami guna online - jobsMalaysia - tapi ada sedikit problem here n there bila guna medium tu. Tu yg guna manual. Mujur juga ketiga2 jawatan ni cam jawatan 'khusus', so tak la teruk sgt nak key-in. Kalo jawatan Pembantu Tadbir - mungkin ada yg pitam di celah2 borang.

Utk adik2 ku - dun worry oke. Nati akak belanja pizza bila dah abis interview. Huhu.

Edisi Pisau Stoberi & Gantung Gambar

Dah dpt. Yang di order dari white.my tu.
Isnin order - Selasa dia bagi tracking number - Rabu dapat dlm kotak besau. Muahaha. Sudah la orang admin masukkan dalam guni borang org mintak kerja tu. Igt kut sapa la hantar application guna kotak, rupanya ai yang punya. LOL

Suka. Dpt pisau stoberi. Tgh pikir nak taruk mana. Gantung kut. Cantik sket. Hihi.
Yg cam pokok tu - tpt gantung gmbr ber magnet.
Retu dah beli printer kaler - buleh la print gambau - then gantung situ - tetiap mggu tukau gambau (hihi. Macam kan rajin). Dia bagi skali magnet - 6 ketul. Nak lebih beli sendiri. Kat mana pulak nak beli magnet? Tapi tak buleh letak gmbar besar2. Gmbr kecik2 saiz pasport tu - nice.

Tpt Gambar- RM49. Pisau - RM35. 

Close up pisau. 
Cik Jamilah Jamil a.k.a Hasta kata nak tgk close up, so pepagi sblm g kerja amik gmbr. Hihi. Pisau ni napak cam pisau seramik (eh. btul ke pisau seramik. main petik je aku ni), tp sebenarnya bukan. Stainless steel je ni.  Aku rasa mmg aku tak guna la pisau ni. Nak gantung je pisau ni kat tepi dinding. 

Dan, aku rasa, aku nak men-stoberi kan lah ruang dapur ku itewww.... hiwhiwhiwwww :P

Eh. Reni date cantik juga - 20.12.2012

Wednesday, December 19, 2012

WW : Jakun kewww??


Hampeh sgt kan.
Terasa ai tauu.. salu gak buh gmbr laksa la, mi goreng lah.
Muahahaha.

WW : Ujian


Tuesday, December 18, 2012

Edisi Makan Makan : Mi Kari Ketam

Sepeninggalan ai ke meeting ni, ai sajikan uols dgn mi kari ketam nih. Mihihihi.
Ada yg tingin??
Retu masa ai upload gmbau ni dlm FB, ada sorang kazen ai - yg peknen kata terliur.
Alamak. Ai tak bersalah dlm ini gambau.
Huhu.

Ini pegi tak plan pun. Petang Ahad kite lewat lunch. Sbb ngemas rumah bagai nak giler. Byk tul barang. Ntah hapa hapa plak tu. Menyampah rasa. Seme nak simpan. Mesti simpan, sbb aku ni ada peel - simpan - lps tu takde guna - bila dah buang - baru nak guna barang tu - jadi sbb camtu lah barang (sampah) melonggok2 dlm segala bekas. Haih.

Alahai. Idak la sedap nau. Dlm gambau je tempting kut.
Rasa biasa2 je lah (tp jgn diikut aku ni - aku tak sker makan - seme menda pun aku rasa biasa2 - durian crepe yg org menggila tu - aku rasa cam.. eh, apasal seme orang suka tp aku tak suka. Ha.. begitu )
Rasa Mi kari la. Cukup semua rasa dia. Yang diletak seekor ketam (ketam sedap - masih manis2) - saiz sederhana - diletak juga isi ketam (yg pjg2 tu - tapi dia kerat) - ada sedikit tauhu,daun bawang,bawang goreng dan telur rebus (separuh). Itu je lah. Kalo kat YikMun tu hari, giler banyak garnishing dia. Rasa nak pitam abiskan.

Selain mi kari, ada gak yg lelain berasaskan ketam. Nak nasik putih lauk ketam masak pedas pun buleh. Tp aku taktau lah berapa lama kau kena tunggu kalo mintak menu itu, sbb mi kari ni pun lama gak la menunggu. Mungkin dia sediakan mangkuk by mangkuk kut kari tu, bukan kuah seperiuk besar. Mungkin. Sbb tu agak lambat. Kalo dah ada dlm piuk cam kuah laksa tu sekejapan je lah dah smpai atas meja kan. Cam kita makan laksa bawah2 pokok tu. Order - zup sampai dah. Bukan susah kan. Taruk laksa-garnish dia-dan curah je kuah laksa (tetiba tingat Laksa Buyung Emas kat kg aku tu. Huhu). 
Tapi itu laksa. Ini mi kari. Mungkin dia buat semangkuk, semangkuk gitu. 

Tak mengapa. Ada rasa nak pegi lagi. Nak try yg lain.
Tapi tatau lah mydear kepingin ke tak nak pegi sbb retu pun cam dia tanak je pegi dah. Lambat!. Katanya. Oh ya. Aku order air sirap limau. Yg smpai sirap tanpa limau. Tu la, lenkali tulis. Duk ingat2 sudah yg smpai sirap. Mujo tak menyirap aku di situ. Semangkuk mi ni RM8. Nak lagi mahal orderlah ketam nipah, udang harimau. Seme tu ikut berapa kilogram. Huhu.

Kat mana pulak mi kari ketam ni?

Dkt Kg Dato Keramat. Sblh masjid Al-Akram ke apa nama masjid tu. Dia bukan dari hadapan, tp area belakang2. Yg ada kedai nasik ayam segala tu. Dkt2 juga dgn pasar keramat. Alah, orang biasa dgn tpt ni tau lah kot. Yg tak biasa tu, google2 je lah. Kedai ni pernah masuk JJCM rasanya kalo tak silap. Pun ada dlm paper jugak rasanya. Isnin tutup. Buka dari jam 12.30 t/hari - 10mlm (if I not mistaken). 

Tp kalo sementelah ada kat area ni - oke lah pegi. Kalo sekadar mmg nak carik ketam - baik gi Bagan Lalang ke atau memana lah tpt seafood. Lagi puas hati kot. Huhu.

Pagi Yang Awal. Awal Yang Pagi

Hari ni mungkin hari yg pjg utk saya.
Hari ni jadi antara orang terawal smpai ofis.
Kul 7.15pg dah punch kad.
Fuyoh.
Maklum la 5.30pagi dah bangun.
Fuyoh lagi.
Manakan tidak. Suppose nak kena g Putrajaya jam 7.30pg sbb ada sesi dialog apa tah bersama JPA kat Kementerian sanun (prog HRMIS lah).
Tapi bila boss smpai dia panggil gitau ada hal sket pagi ni.
So, aku tak perlu attend sesi tu. Yey!
Tapi tak yey sgt la. Kira start dari bos panggil - kurang lebih 7.30 tu, ada kerja perlu dibereskan sbb nak meeting hari Jumaat ni. Pulak petang kena gak gi Putrajaya. Sesilap haribulan kena g sorang kot. 

Oh. Bukan senang nak buat job rotation. Semua aspek kena ambik kira termasuk aspek kebajikan (keluarga) mereka. Satu persatu permohonan pertukaran kena teliti, kaji dsbnya.
So, utk itu - buat adik cumil ku Eka - dun be too frustrated sbb tk dpt tukar tu yer. Kalo cikgu lagi la ribuan, malahan puluhan ribu permohonan yg derang nak kena timbang tara. Tapi, sampai masanya, Insyaallah, ada la rezeki. Kita jgn rasa ini dugaan, tp kita cuba rasa ini adalah 'nikmat' yg Allah bagi kita sbb Dia yakin kita mampu hadapinya. Orang lain tak merasa.

Dah. Ni stop kejap sbb tgh breakfast. Yerp. Aku takde masalah utk makan jam 9pagi. Sbb time makan aku mmg antara 9-10pagi tu.

Bila lah nak siap asaimen aku ni. Huhu.
Apa pun semoga ada sinaran kegembiraan buat kita seme. 


Monday, December 17, 2012

Edisi Kereta : Dia Buat Hal Lagi

Aduyai.
Dia buat hal lagi.
Baru je bulan 9 tu ari dia buat hal memacam.
Ni dia buat lagi.
Haih.
Nak marah pun tak buleh.
Sbb menda dah nak jadi.
gmbr sekadar hiasan
Sejak masuk rumah baru, keta ni boleh dikatakan tetiap bulan ada saja halnya.
Memula retu leaking-pastu merebak ntah penyakit apa-smpai dia overnite kat UM-aku pun tak penah lagi overnite situ, dia dah overnite dulu-pastu skali tu ngan termasuk plastik apa celah2 enjin tu-bila keta gerak plastik tu panas jadi dia ada bau-pastu tumpangkan classmate naik keta-dia kata keta akak ni 'gelong' (sbb dia duk blkg, jadi dia perasan)-buat balancing-tukar tayar sbb tayar tu dah 'bengkak' (mujo sebijik je).
Ni dia buat hal leaking lagi. MyDH antar kedai. Dia kata apa tah nak tukar lagi.
gmbr sekadar hiasan juga.
Mmg rasa tak buleh nak 'stand' dah dgn keta ni. Dia buat hal dkt2 dgn befday dia ke 8, 13hb Januari nih. Mujo lah dah 8 thn, takde la kos tinggi sgt insurans seme kan. 

Tapi bila muhasabah diri semula, aku rasa aku dah tahu apa puncanya.
Yang bermaksud: Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka dan mensucikan mereka dan doakanlah untuk mereka, sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Surah at-Taubah, Ayat: 103).

Yer, kekhilafan dari aku sendiri. Byk tahun juga terabai. Harta tidak 'disucikan'. Mmg kena potong gaji terus ni. Kalo tidak lalai terus.

Dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu; maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertakwa dan yang memberi zakat.
(Surah al-A'raaf, Ayat: 156).

Atau pun, ini kot puncanya. Muahaha.


Mana satu pilihan hati? Muahaha :P


Alahai... cakap2 je pun. Belum lah nak serius bebetul. Itu pun nak merajuk. Bukan la skang pun. Nak kasik abiskan plat smpai WYY 9999 dulu lah. Huhu (T____T)

Edisi Pisau Stoberi

Kui kui kui.

Rupanya aku masih tak boleh meninggalkan habit aku yg tak-boleh-tengok-produk-ada-stoberi ni. Bila tgk ada je stoberi, misti rasa cam nak lah. nak lah.
Akibatnya terbeli ini kat white.my.

Tak memasal. Entah2 kat kedai luar berapa hinggit je nih.
Bukan nak pakai pun. Lagipun retu dah ada pisau kalerful yg beli kat IKEA tu.

Saja, nak letak2 kat dapur. Muahahaha.
Dan mmg dah plan nak tempah cover peti ais - coway - bekas beras dengan corak kain stoberi gak. Tp tak terbuat lagi. Nak tempah kat orang yg buat cushion cover aku tu ari. Bes. Pandai dia buat. Kejap je.

Byk gak menda unik2 kat white.my ni.

Retu derang kata jgn beli sbb salu ada poblem site ni. Lambat hantar lah apa lah. Entah. Nasib2 la kot. Retu aku dah beli gak satu. Oke je sampai.
Gitu gak ngan Zalora. Org kata macam2. Tp retu, aku order, tak smpai 24jam smpai pun.
Nasib. Nasib.
Beli online gitu lah lumrahnya. 
Takpe lah. Bukan aku beli hok ratus2 pun.

Hok murah2 camni je.
Selain ni, aku beli gak pokok yg boleh letak gmbr.
Nak letak kat meja consul. Hihiw.

Nak tgk yg unik2 lelain buleh la tgk kat white.my

Friday, December 14, 2012

It's 365 days X 33


Semalam times (x) 4.
Hari ni times (x) double 3 plak.
Alhamdulillah, telah 33 tahun diizinkan oleh Allah untuk tumpang bernafas dibumi-Nya.

Terima kasih atas segalanya Ya Allah.
Semoga ada rezeki yang 'satu' itu pula nati. Insyaallah.

p/s : Nak carik t-shirt camni lah. Muahahaha

google
14.12.2012 - bercuti utk meraikan double celebration - no candle lite dinner - extend bulan 2 nanti lah. Miahahaha. Have a nice weekend!

Thursday, December 13, 2012

Wednesday, December 12, 2012

WW 12.12.12 : Prosedur Tindakan Tatatertib

# aku teringin sangat nak tahu - apa yg bermain di benak fikiran mereka yg mengambil tindakan utk tidak hadir tanpa kebenaran ni?
Edited :
# Eida komen tanya ada sesi kaunseling tak sblm hukuman dijatuhkan? Nanti 1 sweet day, i akan citer secara detail ya. But, in simple - tatatertib ni bukan hukuman yg dijatuhkan sewenang-wenangnya.

WW 12.12.12 : Still Counting


Tuesday, December 11, 2012

Dah Dapat Cardigan. Dah Dapat Cardigan

Muahaha. Gedik..dik..dik...
Heboh dah dapat itu ini.
Muahahaha. Gedik..dik..dik..dik... (eh..ni da amik trademark dak Eida Baharum neh).

Seme aku dok carik tu, seme aku dpt online.
Mihihi.
Kali ni aku amik dari Zalora plak.
Fes time ber Zalora.

Aku bayar RM9 je nih.
Suka! Suka!
Rega sebenar RM59. Derang bagi RM50 sbb retu publishkan derangnya artikel. Hihiw.
Nipis je sebenarnya ni. Tp selesa lah. Labuh sket. Tu yg penting.
Senang. If nak kuar dekat2 leh la sarung je cardigan ni.


Bayar semalam. Reni dpt.
Boss napak kotak ni atas meja. Pastu dia tnya, orang yg hantar ni ada tak jerit aaaa cam kat tivi tu. Haha. Funny ah my boss. Tp mmg masa akak dept aku antar kotak ni aku cakap awat akak tak jerit cam kat tivi tu. 

Hihiw. Pas ni kang nak carik lagi apa nak beli sbb ada lagi dia bagi 20% diskaun plak sempena bufday. Tp itu boleh guna utk next order je kut ke ntah cena tah. Takpe la..ada menda nak beli, bole beli. Takde, toksah. Huhu
Hihiw.

Dalam tak sedar, kuat online shopping juga rupanya haku nih.

Edisi Budi Bahasa Budaya Kita

Hari ni, izinkan sebentar aku nak membebel. Aku, kalo membebel tu harus panjang. Haha. Tp tatau lah kan, ikut lah byk mana jejari tak runcing aku nak menaip kan.

Sebelum tu, aku nak citer sket pasal klip kat utube. Yg ada kes budak2 pompuan buli sorang budak pompuan lain. Tatau la klip lama ke baru. Aku jarang nak jelajah utube tu. Tp ni ada artis yg kuarkan video tu kat twitter dia 2,3 ari lepas. So, aku tgk. Kata orang budak Felda. Sejauh mana kebenaran tatau lah. Tp dari persekitaran dlm clip tu mmg napak cam ladang2 la. Ada 2,3 orang budak duk tolak2, tunjal2 kepala, sepak2 dan potong rambut sorang budak pompuan ni. Salah seorang tu elok bertudung.
Aku tak nak bebel pasal kes buli ke apa. Ni seme pasal bahasa. Kejap2 kuar 'babi', 'babi' dan berbabi babi lah perkataan babi (cisss.. dah kena samak plak blog aku ni. Muahahah).
Aku nak bebel pasal 'bahasa'.

Mengapa ya? Budak2 sekolah, tgk bahasa mereka mmg gerun woh. Apakah hilang langsung nilai2 murni dalam diri anak2 ni? Manakah silapnya? Guru2 di sekolah? Ibu bapa? Keluarga? atau kegagalan kempen Budi Bahasa Budaya Kita ni. Itu tak kira bahasa sms derang tu (yg aku penah buat entry pun kan).
Google
Lps tu smlm, masa aku mandi kolam. Ada sekumpulan bebudak ni. Tatau la mmg anak2 residen situ atau pun sedara mara mereka kan (sbb biasanya kalo anak2 residen ni, jarang berenang kat kolam dewasa, seme kat kolam kanak2. Napak bebudak ni mmg biasa berenang). Ada la dlm 4,5 orang - lelaki n perempuan- dalam umur 10-12 tahun camtu. Aku perati je. Yang perempuan tu... tak padan dgn keciknya. Mengamuk2 marah kan si lelaki. Entah kenapa. Berebut pelampung ke apa ntah. Amboi garangnya dia. Mulut tak lepas kejap2 babi, kejap2 sial. Niat aku nak tenangkan pikiran sambil swimming (swimming kahh?? Muahahah) langsung tak jadi. Lagi buat pikiran tak tenang. Duduk dlm 10minit, naik lah. Bosan je tgk 'drama' bebudak nih. Padahal sorang tu dah biru2, bibir pun dah menggeletar, pun taknak naik2 lagi. Tatau lagi dari pukul berapa dan smpai kul brapa meke berkubang sambil berbabi tu sbb waktu azan maghrib tu aku napak ada lagi derang berendam.

Tu yg buat aku terpikir. Mana hilangnya budaya berbahasa kita. Aku skang nak sebut sial tu pun tak sanggup. Ni jadi bahan mainan di bibir saja. Tp mungkin mereka dah di'train' yg sial tu adalah perkataan cam biasa. Cam sebut 'ayam', 'bunga melati' gitu lah kot. Yer, persepsi kita sial tu sesuatu yg negatif bila sedari kecil kita di ajar itu adalah negatif. Mungkin bagi mereka sial itu adalah ayat biasa yg tak perlu dipikir negatif. Bahan berlawak dgn rakan2. Tak salah utk gunakannya. Itu lah kot.

Begitu juga babi. Takde apa yg negatif pada mereka. Sebut lah. Bukan salah pun kan. Babi kan lah rakan2 tu selagi boleh. Tu adalah sinonim kepada perkataan cantik, pandai, lawa dan sebagainya kut. Kan ada kat FB orang letak camni kan. 
Google

Ini lah jadinya kalo perkataan tu dah jadi menda yg 'biasa'. Terlalu byk sgt yg 'biasa'. Seharusnya kita kena 'betulkan yg biasa, dan biasakan yang betul'. Tak kesian kat bangsa kita ker??


Google

Edisi HomeMade Durian Crepe

Motippp??
Padahal aku yg tak suka kan. Pastu tetiba nak ber home-made bagai.
Haha.

Akak ipar aku la.
Dia mmg "baking" punya orang. Rajin wat cake seme ni. Ramai pun tempah kat dia. Even masa tunang aku dulu pun dia yg buat sebijik kek ising. Eh. Ye ke ising? Camtu la lebih kurang. Tp mmg kat kg tu salu la orang tempah ke dia.
So, balik masa mak aku admit spital tu, aku pun tanya kut dia ada belajar wat durian crepe. Dia kata takde. Aku cakap kat KL glamer mendalah tu.
Pastu abg aku duk google resepi seme. Then derang nak buat. (T___T).
Lagipun kat kg ada la sesket durian kan. Barang2 cam whipping cream, susu seme tu mmg dah ready stock kat umah. Cuma, takde time tu tepung ubi n pewarna. So, beli je lah.
Kami try 2 jenis tepung je. Tp rasanya kalo guna tepung hongkong, tepung hwonkiew (ke apa tah namanya tu) lagi sedap kut. Tgk resepi ada yg 2 jenis, 3 jenis, 5 jenis, 6 jenis, hatta 7 jenis tepung pun ada. Fuh.. tu yg sedap tu gaknya kut.
Ni kami buat tepung gandum n tepung ubi je. Napak cam apam balik pun ada (-_-")

So, buat.
Yang derang ni tak penah tengok beso mana la menda tu.
Skali derang buat besau gabak.
Huhu.

Ah, aku buat pun besau gabak jugak.
Dpt la 12 bijik. Merasa la seketul sorang sbb petang tu, seme adik beradik balik sbb kami buat solat jemaah n baca yasin utk kesihatan mak jugak.

So, itu lah. Tak memasal je tetiba aku yg tak suka ni buat plak mendalah crepe ni.
Tp next time, sbb aku tak suka durian, aku nak ganti ngan jagung plak lah. Itu mungkin aku suka. Mungkinnn.... hohohoo (T___T)

Monday, December 10, 2012

Dah Dapat Cadar. Dah Dapat Cadar.

Muahaha.
Last week memacam menda aku nak carik.
Kejap2 nak carik cardigan.
Kejap2 nak carik cadar.
Kejap2 nak carik jeruk pak ali.
Tapi oleh kerana pembelian skang di hujung jari, mmg ku beli seme online ja. Muahaha.

Tapi, jeruk pak ali tu idak la aku smpai nak beli online. Ada le tu nati. Sabo je sket.
2 tpt telah dikenal pasti. Nati ada masa nak terjah.


Oke.
Cadar dh dpt.
Beli online kat cadarmurah.
Penghantaran yg cepat.


Kenapa beli online?
Sbb retu carik kat Sogo cam nak rambang mata dah.
Byk sgt. Pulak tu remeh sbb aku kena beli cadar yg boleh fit dgn tilam 12" to 16".


Dulu boleh la belasah je std size punya cadar.
Skang nak kena carik2 plak.
Malas. Kang suh SA tu carik2, aku tak berkenan, pastu derang merengus2 marah.

Malas.
Lagi satu, oleh kerana saiz2 gitu, rega pun cam errr... takde dah la 40,50inggit cam aku salu beli kat Jusco tu. Huhu. Boleh beli, tp kena amik king size supaya leh ngam, tp nati mengelebeh2 gak la dia cam orang pakai baju over-size. Tak cunh.
Jadi, beli online sudah.
MyDH pun tak kesah.
Nati lah, bila dah pasang harus ai ciwi. Ngeee.


Aku mmg giler cadar (same goes to memana wife pun rasanya).

Sker betul nak tmbh koleksi. Tp berpada2 la kan. Tp suka lah.
Nati bonus ke apa, nak beli gak la satu kat Sogo tu. Buat kenangan duit bonus. (T_____T)

Cardigan - aku tggu member aku pos sbb retu tersilap pos.
And aku dah beli selai kat Zalora. Ngehngehngeh. Ni pun ada rasa nak beli kat MilkADeal jugak. Ngehngehngeh.

**3 n 4 days to go. Wink.Wink. Miahahah :P

Edisi Jawatan Kosong


Iklan dah keluar.
(thanks 2 my team yg menjalankan tugas dgn bersungguh utk keluarkan iklan pada masa yg ditetapkan. Biasa sblm ni pakai vendor utk keluarkan, tp kali ni aku suh derang je direct urusan ngan Utusan. Aku percaya team aku boleh buat. Spti ayat bos kami - u can do it)

So, lps ni, mmg byk la panggilan masuk nak tnya pasal ni. Bersedia je lah.
Lps tu sibuk nak shortlisted kan pulak.
Then interview.


Dulu pakai JobMalaysia. Tp cam lambat nak dptkan raw data dari derang.

So, kita pakai borang. Mmg hazab la sbb nati berguni2 permohonan.
But then, ini jawatan 'specialization', harap2 mmg yg mintak tu ikut derang nyer kelayakan lah.
Pada yg nak mohon pun, aku harap, tgk dan baca la betul2 kelayakan yg diperlukan.
Kalo takde tu, atau tak berkaitan, toksah la mohon. Mmg biasanya memana HR pun akan shorlisted yg ada kaitan. Itu pun tapisan pertama lah. Ada lagi tapisan kedua, ketiga, keempat smpai la dpt berapa orang calon untuk interview.


So, kalo ada yg layak, boleh lah mohon.

Borang n syarat2 seme ada kat sini.

Saturday, December 8, 2012

Edisi ML Mega : Tersingkir Jugak. Bagus!

Buat lagi lawak entah hapa hapa.
Sudahnya tersingkir jugak.
Bagus.
Aku mmg sedari Raja Lawak tak berkenan kumpulan ni.
Mmg tah hapa hapa.
Tp cemna smpai ke ML Mega plak derang nih.
Haih.
Dari mggu pertama lagi Awie dah tegur jgn buat lawak double meaning.
Buat jugak (mggu kedua takde kot). Lps tu mendapat la.
Tp smlm (ML Mega minggu 4), Astro censored kan.
Tp dpt tau la.
Sbb memula tu sorang tu kata (tah sapa nama yg kurus kecik tu) "aku tak boleh masuk lah ngan korang ni"
Then yg gemuk sket tu pi buat cam ludah air liur and letak kat pala budak tu.

Kawan tu tanya la "hang buat apa ni"
Dia kata "ni la petua orang tua kalo tak buleh masuk"
Lps tu kena censored panjang smpai la abis. AC pun masuk.


Apa la lawak camtu. Oke, ko buleh kata - org yg tafsirkan lucah - maka lucah lah ia.
Tp apa keperluan pulak ko nak buat cam ludah2 - letak air liur atas 'kepala' - then kata nak bagi senang 'masuk'.
Buat la lawak global sket. Tk semestinya ada unsur lucah dalam lawak.
Yg lelain tu takde pun unsur lucah. Sket tu oke lah. Tp kalo tetiap mggu. Tu habit namanya. Kalo aku pun, aku pikir engkorang ni asik pikir menda lucah n sx saja kerjanya. Takut haku ngan orang camni.

Bagus pun keluar, takyah susah2 Astro nak delayed kan n terpaksa censored utk korang.
Konon cam dia kata dia bertahan smpai mggu ke4. Mmg la bertahan sbb 3 mggu takde penyingkiran. Kalo tidak, mggu kedua pun engkau dah takde dah. Melucah je kerjanya. Lps ni ko letak nama kumpulan Lu-Cah je lah.

Heeee....

Friday, December 7, 2012

Edisi Promosi : Plaza Angsana

Ada hal yang tak dpt dielakkan.
Jadi, 2,3 ari takde entry gamaknya.
Dari itu, blog ini ditinggalkan dgn publisiti yg berkaitan ofis ai je lah yer.

Satu.
Keterangan lanjut : Kraftangan

Pada sesapa yg berada di Johor - boleh la datang yer.
Ni kira mini HKK gak ni.
Tahun lps aku kena bertugas masa perasmian
Tp tahun ni mintak pelepasan.
Perasmian bebetul masa befday aku. Mana bolehhhh... muahahaha. Takde lah.. sebuk wat asaimen lagi neh. Byk lagi yg belum hantar. Kelas dah nak abis, asaimen blum siap. Acena?

Dua.
Pada yg tgh mencarik2 kerja.
Sila la beli paper Utusan Ahad ni (Mingguan) ari Ahad ni.
Ada la 3 jawatan kat situ (Nama jawatan tu, tak leh la gitau lagi kan. Hihiw.)
Kalo takde apa2 masalah, Insyaallah ada la keluar (ni kira 1st time me n my team kuarkan iklan jawatan kosong kat paper. Kiterang trus je berurusan dgn Utusan Media n Sales)
Kalo tak keluar - pitam! Hahahaha.

So, itu saja. Happy weekend (walo weekend aku tak berapa nak happy sgt ni. Sobsss)

Doa : Dipermudahkan Urusan


p/s : No weekend again. Terpaksa balik Perak ptg ni.

Thursday, December 6, 2012

Cash Out Earning

Tgk Zana buat entry pasal BE dia.
Hihi. Aku mmg tak selalu la bukak Nuffnang tu. Malas. Bukan byk pun earning kan.
So, retu ada tgk.
Sbb igt nak cash out.
Tgk2 tgh ada BE.
Biar dulu lah. Dah habis sok baru nak cash out.
Ingat kut sempat la bawak g shopping kat Langkawi sok.
Tapi, katakan kalo ujung bulan 12 baru cash out, ujung bln 2 baru dpt kot. Lambat.

Alahai. Cam byk je bunyinya nak bawak smpai ke Langkawi.
Kuikuikui.

Oke, kali ni aku telus lah yer.
Takde de nak tutup2.


Takde byk mana pun.
Tu pun hasil lebih setahun kot. Last year bulan 11 aku cash out.
Setahun baru dpt byk tu. Muahahahah. Napak nau tak byk iklan masuk. Muahahaha.(tp aku salu dpt iklan kaler merah putih - cam colgate/hotlink - mungkin sbb layout blog ni tema camtu. Hihi)
Tapi tak kesah pun. Bukan tu tujuan utama aku berblog 

Ada pun takpe..takde pun takpe.
Ada tu - rezeki - Alhamdulilah. Takde tu - belum lagi lah. Allah bagi rezeki tang lain. Insyaallah.

Ye lah. Bukan ramai pun orang masuk sbb aku pun tak rajin nak BW bagai. Dan takde nak promote kat memana network. FB ke apa ke. Segan woh. Bukan ada apa pun kat blog aku ni. Merepek merapu je lebih.
Nak BW plak pun limited sgt skang ni. Tambah2 lagi time bz nih.

Tapi still, saya ucapkan terima kasih banyak2 pada kawan2 yg setia berkunjung ke sini. Ada la 2,3 orang yg saya mmg dah aim utk bagi sesuatu sbg penghargaan.

Tp bz nau skang ni. Tggu yer, dah study week ke nati boleh la bagi.
Atau pun bila dah dpt cek ni kan.
Sedikit penghargaan utk mereka2 yg tak pernah jemu turunkan komen (walaupun lately ni aku lambat nak reply seme komen) 
Dan tak lupa kepada semua silent reader saya kat office ni. Ai know what u did last summer. Miahaha. Thanks kerana naikkan jumlah UV saya di blog ini  Kalo nak saya belanja, sila lah call extension saya. Miahahaha (^^,).

*byk tu rasa buleh beli set Corelle / Vision tak?? Hahah. Tutup bekas Corelle mungkin boleh la. Miahahahaha.

Keep Calm

Serius...
rasa minggu ini terlalu panjang.
Mana taknya.. mana aku ada cuti. Weekend tu ari pun kat Marriot then berulang ke UM.
Lambat sungguh nak tggu weekend.
Tu pun minggu ni ada course HR jugak di Perak.
But yg tu bg adik2 aku je lah pegi. Tak larat dah.
Course aku utk thn ni dkt nak 20 hari dah.
Lps tu, next week pun mujo jugak.
Kalo tak, kena bertugas utk protokol kat Plaza Angsana Johor.
Ada promosi kraf kat sana.
Awal2 dah gitau yg aku ada assignment utk disiapkan.
(padahal.. itu date anniversary n befday ai lah. Hihi).

Jadi kesimpulannnya... cepat la weekend...

Wednesday, December 5, 2012

Edisi Teringin Jeruk

Pulakkk...
Padahal inilah salah satu makanan yg perlu di-avoid-kan utk para TTCian.

Entah ek.
Retu masa kat MAHA beli jeruk Pak Ali. Beli yg mangga. Setgh kilo beli. Sedapnya la hai. Sekejapan je kami berdua abiskan. Sedapnya la hai. Terjejes liur dibuatnya bila tingat.


Lps tu kelmarin ofismate bawak jeruk yg campur2 tu plak.
Sedapnya yg jambu batu tu.
Sedap. Sedap. Sedap.

Jadi,
Skang aku rasa aku nak beli setgh kilo jeruk mangga.
And setgh kilo jeruk jambu ni.

Mana plak aku nak carik Pak Ali kat KL ni kan.
Retu penah beli kat Tesco Selayang. Ada lagi ke tah.

Tgk kat blog dia ni, tak de plak senarai kat mana dia jual kat KL nih.

Tapi, oke la jeruk Pak Ali ni kan., tak rasa sgt 'tajam' dia tu.

*Aku gi MAHA 26 Nov retu. Pas kerja. Tau je la skang kan ujan je asal time kul 5. Pegi gak la sbb aku pikir takde masa dah aku nak pegi. Course lagi kan weekend tu. Lagipun mmg nak elak weekend. Giler ramai kang. So, pegi. Tp terus pegi tpt yg jual2 ni je lah. Parking pun dpt dekat. Jalan kaki je. Igt nak beli madu, tp takde yg menarik. So beli la jeruk ni, habbatus sauda, mee sanggul ngan apa tah lagi. Time tu la aku rasa durian crepe sbb byk tpt yg jual. Tp org yg cerewet makan cam aku ni, mmg aku kata tak kena ngan selera aku la. Buah durian mmg aku makan, takde la smpai tutup2 idung bagai, eiww eiww bagai, tp aku tak berapa suka (aku ni apa je yg aku suka?? ada ke??). So, mendalah tu pun aku kureng la. Mula mmg nak beli dah 1 pack tu, tp mujo rasa dulu. Kalo tak... mmg duk dlm peti ais smpai ke sudah la jawabnya. Makan sket pun rasa durian dia lama nau cam makan sebijik durian. 
2 tahun lagi gi MAHA ni nak amik cuti lah. Haha. Beria. Eh, mana tau, time tu dah ada anak ke kan. Ngeee :D

Edisi Makmal Di Marriot Putrajaya


Tetiba nama naik pula.
So, what to do.
Sudah la ada kelas ganti Sabtu n Ahad tu.
Tp bak kata penceramah masa kelas tu, jgn byk merungut2. Itu tanda kita tak redha sbb sebenarnya Allah bagi kita peluang. Pulak tu, katanya kadang2 kita kena buat win win situation.
So, aku perlu redha sbb walaupun kena masuk bengkel/makmal tu, tp aku buleh ulang alik. Kalo dibuat kat Johor ke. Ha.. cena? So, redha. Dan aku juga buat win win situation. Kelas pegi, makmal pun masuk. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Thanks my boss n my husband yg sgt memahami (dan big boss jugak yg bagi peluang saya masuk makmal ni and bg pelepasan nak ke kelas jugak. Hihi. Bkn la secara direct gitau dia, tp dia tau je... Siap ptg lps balik kelas tu dia sempat tanya 'gi kelas ye pagi tadi' Huhu)

Marriot Putrajaya.
Last year aku penah duk kat Palm Garden tu. Saja pegi time tu. Nak pegi PD dah penuh, so ke Palm Garden. Hihi. Tp Marriot ni 1st time la.

Makan bes.
Tiramisu tu bes. Salu aku tak suka. Ni 2x amik. Sedap!
Malam pertama je ada camni. Malam kedua takdak dah.
Tp masa ni makan kelam kabut. Tak menikmati
*tetiba rasa nak gi Bagan Lalang. Huwaaa...*
Bilik pun bes. Luas dan selesa.

Cuma, menyampah ngan lif. Dah la nak tekan naik bilik tu kena masukkan dulu kad bilik. Dah tu, tetiba hari last tu aku nak naik dia tak mau plak. Giler tak effisien buat camni. Apa pekdah aku pun tak tau. Nak jaga keselamatan pun... tak perlu kut cemni. Try try masuk tak buleh, tau2 pintu lif dah tutup. Apakah?? Kuar entah kat level mana, pastu mintak maintenance situ guna kad dia pun tak buleh gak. Apakah?? Turun balik, then pegi kat kaunter. Katanya sbb kad aku de-activate sbb ada duk ngan electronic devices. Ye lah tu, aku letak dia ngan hp. Kan?? Kan??? Kan menyusahkan. Haih. Tulis situ buleh tak? Aku pun tak tingat la pasal tu. Haih!
Oh. Toilet. Again, dia guna bidet. Nyampah haih. Apa ni main pancut2 kat blkg nie?? Me dun loike (hikhikhikk... sila baca dgn bertatasusila - jgn pikir lain. ngeeeee)

Makmal ni sebenarnya utk Perancangan Kerja Tahun 2013. Utk core bis kiterang la. Bahagian Promosi, Usahawan seme tu. So, aku pegi ni macam just utk tau apa2 keperluan derang dr segi perjawatan ke apa camtu lah. Tp bes la. Dpt jumpa orang cawangan seme kan.