Tuesday, December 11, 2012

Edisi Budi Bahasa Budaya Kita

Hari ni, izinkan sebentar aku nak membebel. Aku, kalo membebel tu harus panjang. Haha. Tp tatau lah kan, ikut lah byk mana jejari tak runcing aku nak menaip kan.

Sebelum tu, aku nak citer sket pasal klip kat utube. Yg ada kes budak2 pompuan buli sorang budak pompuan lain. Tatau la klip lama ke baru. Aku jarang nak jelajah utube tu. Tp ni ada artis yg kuarkan video tu kat twitter dia 2,3 ari lepas. So, aku tgk. Kata orang budak Felda. Sejauh mana kebenaran tatau lah. Tp dari persekitaran dlm clip tu mmg napak cam ladang2 la. Ada 2,3 orang budak duk tolak2, tunjal2 kepala, sepak2 dan potong rambut sorang budak pompuan ni. Salah seorang tu elok bertudung.
Aku tak nak bebel pasal kes buli ke apa. Ni seme pasal bahasa. Kejap2 kuar 'babi', 'babi' dan berbabi babi lah perkataan babi (cisss.. dah kena samak plak blog aku ni. Muahahah).
Aku nak bebel pasal 'bahasa'.

Mengapa ya? Budak2 sekolah, tgk bahasa mereka mmg gerun woh. Apakah hilang langsung nilai2 murni dalam diri anak2 ni? Manakah silapnya? Guru2 di sekolah? Ibu bapa? Keluarga? atau kegagalan kempen Budi Bahasa Budaya Kita ni. Itu tak kira bahasa sms derang tu (yg aku penah buat entry pun kan).
Google
Lps tu smlm, masa aku mandi kolam. Ada sekumpulan bebudak ni. Tatau la mmg anak2 residen situ atau pun sedara mara mereka kan (sbb biasanya kalo anak2 residen ni, jarang berenang kat kolam dewasa, seme kat kolam kanak2. Napak bebudak ni mmg biasa berenang). Ada la dlm 4,5 orang - lelaki n perempuan- dalam umur 10-12 tahun camtu. Aku perati je. Yang perempuan tu... tak padan dgn keciknya. Mengamuk2 marah kan si lelaki. Entah kenapa. Berebut pelampung ke apa ntah. Amboi garangnya dia. Mulut tak lepas kejap2 babi, kejap2 sial. Niat aku nak tenangkan pikiran sambil swimming (swimming kahh?? Muahahah) langsung tak jadi. Lagi buat pikiran tak tenang. Duduk dlm 10minit, naik lah. Bosan je tgk 'drama' bebudak nih. Padahal sorang tu dah biru2, bibir pun dah menggeletar, pun taknak naik2 lagi. Tatau lagi dari pukul berapa dan smpai kul brapa meke berkubang sambil berbabi tu sbb waktu azan maghrib tu aku napak ada lagi derang berendam.

Tu yg buat aku terpikir. Mana hilangnya budaya berbahasa kita. Aku skang nak sebut sial tu pun tak sanggup. Ni jadi bahan mainan di bibir saja. Tp mungkin mereka dah di'train' yg sial tu adalah perkataan cam biasa. Cam sebut 'ayam', 'bunga melati' gitu lah kot. Yer, persepsi kita sial tu sesuatu yg negatif bila sedari kecil kita di ajar itu adalah negatif. Mungkin bagi mereka sial itu adalah ayat biasa yg tak perlu dipikir negatif. Bahan berlawak dgn rakan2. Tak salah utk gunakannya. Itu lah kot.

Begitu juga babi. Takde apa yg negatif pada mereka. Sebut lah. Bukan salah pun kan. Babi kan lah rakan2 tu selagi boleh. Tu adalah sinonim kepada perkataan cantik, pandai, lawa dan sebagainya kut. Kan ada kat FB orang letak camni kan. 
Google

Ini lah jadinya kalo perkataan tu dah jadi menda yg 'biasa'. Terlalu byk sgt yg 'biasa'. Seharusnya kita kena 'betulkan yg biasa, dan biasakan yang betul'. Tak kesian kat bangsa kita ker??


Google

1 comment:

Nad @ MamaZN said...

Teruk ar...tah mana silapnye ;(