Showing posts with label hotel. Show all posts
Showing posts with label hotel. Show all posts

Wednesday, March 20, 2013

Edisi Short Getaway : Awana Genting Highland

Takyah la namakan cuti cuti cinta ya. Ini mmg getaway. Short or weekend getaway. Bukan siap amik cuti bagai pun kan. Getaway yg mmg dkt ja ngan umah. Tak sangka jugak, ada getaway yg bes kurang dari sejam dari umah. Huhu.

Sebenar mmg dari tingkap bilik pun napak je Genting Highland. Kata dah duk area Gombak kan. Napak lah. Dulu mana napak. KLCC ye lah dpn bijik mata. Begini lah kalo di zoom.


Ni dari parking umah sebaik saja turun keta sampai dari Genting tu. Hihi. Bes kan cuti tetiba ni. Takyah plan plan. Rasa nak pegi - booking je trus hotel. Ngeee =)

Persiapan.


Masuk gmbr kat instagram. Ada yg kata rajinnya. Haha. Dia kalo dah rajin jgn ditegur2 bak kata myDH. Sbb dekat kan, so buleh la berlengah2. Nak tau apa dlm bekas2 tu.

Spegeti tu breakfast kami pagi tu. Takde la gigih bangun pepagi pun. Weekend katanya. Dlm kul 8 lebih baru start masak. Alah. Spageti bukan susah mana pun kan. Pastu myDH retu kata aku dah lama tak masak sambal sotong. So, masakkan sambal sotong. Bukan makan ngan spageti. Aku masak nasik jugak. Tp tu je lah semata lauknya. Takde lauk2 lain. Rajin sangat khennn... haha (T___T) Smpai atas tu mmg la sejuk. Tp kan ada kettle. Rendam la ngan air panas n tuang la sket air panas dlm kuah dia. Settle kan. Tgk cam byk je sambal sotong tu. Beli roti. Kat convenience store kat hotel Awana tu je. Ada seme situ. Lip balm pun ada. Ha...mendapat beli lip balm sbb tak bawak lipstick. Udah pucat lesi je muka. Pastu pencuci muka pun lupa. Tp tak la beli lain. Tu kita sental guna sabun hotel ja (-_-")

Dlm kul 12 lebih baru gerak dr umah. Singgah isi minyak dulu pastu terus naik. Dlm kul 1 camtu smpai. Kira 1 lebih gak kot. Sbb leklok smpai tu dgr azan. (Awana dkt ngan masjid). Mana tak nya, tersilap2 jalan plak.  Boleh ter pegi smpai area station skyway tu. Nak g Awana pun bule silap kan. APTB. Pffttt..... (-_-")
View. Dpt duk bilik tgkt 25. Bes!

Kiterang try je early check in. If not, kita tggl keta, amik bas trus ke skyway. Tup2, gi kaunter, register seme, buleh je masuk awal. Huyeee.... Bes. Bes. Jadi, bule la makan bekalan kita tu. Hiks. Makan kekenyang, solat, baru la gi naik Genting. Kiterang decide naik skyway. Ye lah, kalo naik bas, baik amik  bas dari bawah kan. Hihi. Tpnyer, kalo stay Awana ada complimentary naik bas free smpai atas. So, kalo nak untung, better naik bas lah. Sbb naik skyway dah RM12/pax/return kan.

Skyway pun ramai jugak orang. Merasa la beratur pusing2 tu. Kalo tau, baik naik bas smpai la atas kan. Tp tak pe lah. Sekali skala. Bukan nak kejar apa pun kan (^^,)

Mmg bes lah Awana ni. Takde rasa tak berbaloi pun dengan rega. Aku booking guna Agoda. Aku ada tnya gak kat kaunter tu, ada rate utk govt staff dak. Dia kata takde. Kalo nak murah, booking online katanya. Ye lah. Mmg aku booking online pun. Bule la tgk kat Agoda atau pun RW nyer web rega dia. If lagi awal booking lagi dpt murah kot. Entah la. Aku pun booking kurang seminggu ja. Eh. Kalo korang booking online, ada setgh hotel mmg dia tak tulis nett. Itu makna ada kiraan utk tax. Tp kalo compare, sama ja. Nett tu pun dah plus tax. Begitu.

Aku rasa mmg puas hati hotel nih. Sebenarnya mmg salu pun ofis buat kursus sini, tp nama aku tak penah naik lagi utk course kat sini. Asik la terkena Bangi (EQ), Putrajaya (Marriot). Abis2 Morib. Wahh... byk la bunyik kan. Org dah bagi course syukur satu rahmat la kan. Taktau thn lepas yg dia dah pegi course smpai  Sabah, Johor, Pangkor segala tu kan. Ngeee =)

Kawasan sekitar mmg nyaman abis. Pepagi mmg kabus ja. Smpai la kul 10 lebey pun still berkabus. Tp takde la smpai cakap pun berasap2 mulut kan. Huhu. Sempat la lps bekpas tu kiterang pusing2 jalan kaki sekitar tpt padang golf tu. Cuma tak bule masuk la area tu. Kang tak memasal kena bola golf.


Oh. Breakfast. Oke ja. Walo ramai orang. Ngan org course segala. Tp tpt cukup ja. Makanan pun dia top up je. Takde apa nak komen. Oke je lah.

Citer theme park n kebun stoberi. Later :)

Wednesday, December 5, 2012

Edisi Makmal Di Marriot Putrajaya


Tetiba nama naik pula.
So, what to do.
Sudah la ada kelas ganti Sabtu n Ahad tu.
Tp bak kata penceramah masa kelas tu, jgn byk merungut2. Itu tanda kita tak redha sbb sebenarnya Allah bagi kita peluang. Pulak tu, katanya kadang2 kita kena buat win win situation.
So, aku perlu redha sbb walaupun kena masuk bengkel/makmal tu, tp aku buleh ulang alik. Kalo dibuat kat Johor ke. Ha.. cena? So, redha. Dan aku juga buat win win situation. Kelas pegi, makmal pun masuk. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar. Thanks my boss n my husband yg sgt memahami (dan big boss jugak yg bagi peluang saya masuk makmal ni and bg pelepasan nak ke kelas jugak. Hihi. Bkn la secara direct gitau dia, tp dia tau je... Siap ptg lps balik kelas tu dia sempat tanya 'gi kelas ye pagi tadi' Huhu)

Marriot Putrajaya.
Last year aku penah duk kat Palm Garden tu. Saja pegi time tu. Nak pegi PD dah penuh, so ke Palm Garden. Hihi. Tp Marriot ni 1st time la.

Makan bes.
Tiramisu tu bes. Salu aku tak suka. Ni 2x amik. Sedap!
Malam pertama je ada camni. Malam kedua takdak dah.
Tp masa ni makan kelam kabut. Tak menikmati
*tetiba rasa nak gi Bagan Lalang. Huwaaa...*
Bilik pun bes. Luas dan selesa.

Cuma, menyampah ngan lif. Dah la nak tekan naik bilik tu kena masukkan dulu kad bilik. Dah tu, tetiba hari last tu aku nak naik dia tak mau plak. Giler tak effisien buat camni. Apa pekdah aku pun tak tau. Nak jaga keselamatan pun... tak perlu kut cemni. Try try masuk tak buleh, tau2 pintu lif dah tutup. Apakah?? Kuar entah kat level mana, pastu mintak maintenance situ guna kad dia pun tak buleh gak. Apakah?? Turun balik, then pegi kat kaunter. Katanya sbb kad aku de-activate sbb ada duk ngan electronic devices. Ye lah tu, aku letak dia ngan hp. Kan?? Kan??? Kan menyusahkan. Haih. Tulis situ buleh tak? Aku pun tak tingat la pasal tu. Haih!
Oh. Toilet. Again, dia guna bidet. Nyampah haih. Apa ni main pancut2 kat blkg nie?? Me dun loike (hikhikhikk... sila baca dgn bertatasusila - jgn pikir lain. ngeeeee)

Makmal ni sebenarnya utk Perancangan Kerja Tahun 2013. Utk core bis kiterang la. Bahagian Promosi, Usahawan seme tu. So, aku pegi ni macam just utk tau apa2 keperluan derang dr segi perjawatan ke apa camtu lah. Tp bes la. Dpt jumpa orang cawangan seme kan.

Tuesday, June 26, 2012

Edisi Penginapan Di Melaka

Kali ni stay di hotel Iris. *sebenarnya aku da lupa nama hotel ni. Mujo ada gmbr kat kafe dia. Maka, igt balik haha.*
Iris - tingat nama anak Izan Cik Mot yg comel iteww.. Hikhik.

Oh. Bajet hotel sajork ya sbb bkn pegi utk Cuti Cuti Cinta. Ni saja Suka Suka Cinta ja. Haha.
Ala ala butik hotel cam yg aku stay kat Tepen tu ari.
Tp ni mahai sket la. RM150/nite. Include breakfast. Itu hari RM100. Pun include breakfast.


Kamiorang walk in saja kali ni. 
Lokasi hotel ni kat Melaka Raya. Tp belah dalam2 sket la. Tapi kira oke la. Takde serabut2. Boleh ja jalan kaki nak gi Dataran Pahlawan. Tp mmg peluh tiak kalo nak p Jonker Walk. Huhu. 

Secara keseluruhan. Oke la. Bilik pun besau.
Tak macam kat Tepen tu ari. Sempit sgt tu.
Luas. Siap leh letak toto lagi kalo ramai.

Ni otel apa tah ni.
Ada pemandangan laut gak. Haaa... ko mampu duk otel bajet ada pemandangan laut. Haha. Tp sblm pemandangan laut tu napak la bumbung2 kedai. Haha.

Oke. Not bad lah. Staff dia pun mostly melayu. Parking pun senang. Sbb dia kawasan lapang utk parking (khas utk yg sewa situ). 

Tetiba da tingin nak wat pintu b.air camtu lak utk umah baru.
Tehehehee :P
Kira oke lah. Takde apa nak bising2 kan. Makan pagi pun just nice ja walo tak byk pilihan [eh. jgn byk bunyi lak..ni kira pun syukur satu rahmat dah lah]

Ni link web dia kut nak riki - Iris Hotel

p/s : Nxt time, utk Cuti Cuti Cinta nak p Hatten Hotel plak. Dkt banget ngan Dataran Pahlawan. Hihiwww...

Tuesday, June 5, 2012

Edisi Menginap Di SSL Traders, Taiping

Masa yg anak buah aku kawen tu, aku nginap kat SSL Traders.
Mmg mengada2. Bukannya ramai pun kat umah akak, tp saja nak tido hotel.
Alah, bkn otel mahal pun. RM100/nite. Includes breakfast. Murah kan.
Aku booking sejak dari bln 3. Yang aku ngengada kasik teaser kat entry sini.

Sbb aku tau time itu adalah peak season. Sure penuh kalo tak book awal2. Gi pun tpt ni dkt je ngan umah akak aku. 5 minit camtu ja. 
Check dlm kul 1 camtu. Bleh dah check in.

Mak aku tumpang solat jap. Dia tido umah akak aku.

Bilik.. pergh. Sempit giler. Tp idak la sesempit bilik kat Hongkong sanun tu kan. Itu kalo convert duit kita dlm seratus stgh camtu. Kat situ jalan pun kena mengiring. Ini idak la camtu. Cuma dia takde almari bagai. Ada tpt menyangkut baju, takde tpt mekap bagai. Tp dia letak cermin besar n ada cam meja kecik utk letak barang2 mekap gitu. Bilik air pun elok luas cam otel biasa.

Cuma yg bes, ada ni.

Wifi zone okeh. Bebtul ter tempek dpn bilik aku. Huhu.
Takde password bagai. Biasa otel memurah ni, wifi kat lobi ja. Kalo kat lobi siap ada dia sediakan ipad (lupa lak nak amik gmbr).

Makan lak. So so ja. Mmg tak buleh byk bunyik la kan. Satus je ko bayar. So makan je apa yg ada. Cam biasa la. Nasik lemak, tp ikan bilis habis. Smpai sudah tak berganti. Lain apa tah. Lupa dah. Lps tu call mintak iron. Kemain lama nak hantar. Sampai kena call 2kali. Bila sampai, elok panas lagi iron tu. Ate.. kabo la ada org tgh guna iron tu. Lagi lawak sbb smpai ngan kain tebal. Katanya iron board patah. Haha. Oke lah.... jgn banyak komplen. Seratus je satu malam. Paking pun senang. Dia cam ada lot paking sendiri yg luas.

Jadi, oke la. Menginap utk outstation ke, kenduri ke boleh la. Kalo sekadar bercuti nak merehatkan minda, elok carik hotel lain la kot. Byk lagi hotel kat Taiping yg bes bes katanya.

Thursday, May 24, 2012

Edisi Cameron Highland : Heritage Hotel

Yey! Booking sudahhh....


Eh. Tp nama client lain je.
Ya lah. Bukan utk ai lah. Takkan ai plak. Lps cuti, cuti..lps cuti, cuti.. botak la kepala asik nak ber honeymoon je. Hasilnya takde pun. Haha. (sebelum orang caras cakap camtu, baik ai yg caras sendiri. Haha).

Oke, ni real honeymoon nih. Utk pengantin baru.
Hihi.
Hadiah utk anak buah ai - wedding present giteww... Yg sulung, dah nak kawen pun.
Bila tanya 'mu nak hadiah ke, nak sponsor honeymoon kat Cameron?'
Dia pause kejap. Mula la tu... mula la tu...
Lps tu baru cakap 'Cameron..Cameron la Ucu'
Eceh. Nak cakap honeymoon malew lew teewww...

Haha.
Oke, sbb dia nak yang sponsor honeymoon, trus la ai godek kat Agoda. Situ kan harga molek molek aja. Haha. Nak bagi adiah, tp nak rega molek sokmo. Eh. Harus la kan. Kata orang, biar berbaloi-baloi.

Sebenarnya ai nak bagi wedding present kat beliau bekas beras tupperware tu, tp asik la abis stok. Maka, tak jadi lah. Tu yg trus tanya dia nak apa. Almaklumlah, makciknya ini tokei tupperware, segala benda harus berasaskan tupperware. 

Eh. Ai pun tak penah duk Heritage Hotel ni. Bes ke uols?
Napak cam bes.
kredit : heritage hotel
Eh. Dok godek2 utk pengantin baru, ai pun rasa nak jugak gi Cameron Highland.
Tp kalo nak kena tempeleng ngan yamtuan besau terai la. Haha.
Eh, yamtuan ai tkde nak tempeleng ai. Tp mmg kena bebel tanpa henti 24jam sehari la. Sbb dia dah perkenankan utk pegi satu tempat tu. Wiwiwwwiiii... miahahaha.

Kbai!

Thursday, November 17, 2011

My Review : Agoda

Hau hau.
Aku da lama register ngan Agoda. Tp tak penah nak booking thro Agoda kalo gi memana hotel. Apa yg aku buat adalah - aku survey kat Agoda ni, tgk review, tgk rega, then aku pi kat web hotel tu sendiri, and direct booking ngan hotel - which aku rasa lebih selamat la kan. 

Tp oke je sebenarnya Agoda ni. Antara nama yg bleh dipercayai kalo nak booking hotel.
Nak kata murah tu takde la sgt.
Kalo kita booking direct ke hotel tu pun sama lebih kuang je rega sbb rega online kebanyakkan hampir sama.

So, tak semena2 aku ke HK lak aku booking guna ni. Tu pun hostel yg kat Mansion tu la. Yg hotel Dorsett tu aku direct booking.
Sokay. Tak perlu risau la sbb dia siap bayar seme time kita booking. So, kalo duit time tu tinggi, kita untung, tp kalo rendah, kita rugi la sket. Tp mana ada duit turun, harus naik je kan. *sbb tu Dorset tu tak caj sesiap masa booking, dia amik masa kita nak check out. Sbb derang taknak rugi*

Lps tu bila dah balik, Agoda ni suh buat review. Nati dpt extra point. *yer, review ni kena buat after kita dah selamat check out yer, bkn sebelum. hihiikssss*

Maka aku pun lagi kan, pucuk di cita ulam mendatang.

Hamek kaw. Hahaha.

Klik la kalo nak baca review by Ida R tu yer. Hau hau hau.



See, komen yg sama cam aku gak dari Malaysian sblm aku tu.
Kalo ikut ati aku byk lagi nak komen, tp dia bagi byk tu je ayat yg bleh dikomen. Maka tu je lah. Biasa la. Hostel backpackers, jgn byk komen. Tp still tak bleh bla la bilik kecikkkkk camtu.
Org lain pun ramai komen camtu, leh tgk trus kat link ni
http://www.agoda.com/asia/hong_kong/hong_kong/lucky_hostel/reviews.html
Lif kecik-tak bleh naik kalo da stop kat satu2 floor-kena turun dulu baru naik-kena beratur panjang-mcm tak selesa dsbnya lah. Aku retu mujo duk tgkt 12, so takde la berebut ramai org. Sbb lif dia mmg direct naik atas je dulu. Lps tu direct turun..kalo ko kat tgkt 4 (sbb aku makan kat restoran tu retu tgkt 4) dan nak naik balik ke tgkt 12, maka ko kena la turun dulu, then tekan balik 12. Ha...begitu.

Maka, kalo nak pegi lagi ke HK, mmg aku saving duit byk2 utk booking hotel. Bkn hostel. Giler tak selesa, tak lena tido termimpi bukan2 dibuatnya. Heh!

[Eh. Has halal restaurant ke Have halal restaurant?? Hahah. Failed grammer la. Choii...]