Tuesday, December 18, 2012

Edisi Makan Makan : Mi Kari Ketam

Sepeninggalan ai ke meeting ni, ai sajikan uols dgn mi kari ketam nih. Mihihihi.
Ada yg tingin??
Retu masa ai upload gmbau ni dlm FB, ada sorang kazen ai - yg peknen kata terliur.
Alamak. Ai tak bersalah dlm ini gambau.
Huhu.

Ini pegi tak plan pun. Petang Ahad kite lewat lunch. Sbb ngemas rumah bagai nak giler. Byk tul barang. Ntah hapa hapa plak tu. Menyampah rasa. Seme nak simpan. Mesti simpan, sbb aku ni ada peel - simpan - lps tu takde guna - bila dah buang - baru nak guna barang tu - jadi sbb camtu lah barang (sampah) melonggok2 dlm segala bekas. Haih.

Alahai. Idak la sedap nau. Dlm gambau je tempting kut.
Rasa biasa2 je lah (tp jgn diikut aku ni - aku tak sker makan - seme menda pun aku rasa biasa2 - durian crepe yg org menggila tu - aku rasa cam.. eh, apasal seme orang suka tp aku tak suka. Ha.. begitu )
Rasa Mi kari la. Cukup semua rasa dia. Yang diletak seekor ketam (ketam sedap - masih manis2) - saiz sederhana - diletak juga isi ketam (yg pjg2 tu - tapi dia kerat) - ada sedikit tauhu,daun bawang,bawang goreng dan telur rebus (separuh). Itu je lah. Kalo kat YikMun tu hari, giler banyak garnishing dia. Rasa nak pitam abiskan.

Selain mi kari, ada gak yg lelain berasaskan ketam. Nak nasik putih lauk ketam masak pedas pun buleh. Tp aku taktau lah berapa lama kau kena tunggu kalo mintak menu itu, sbb mi kari ni pun lama gak la menunggu. Mungkin dia sediakan mangkuk by mangkuk kut kari tu, bukan kuah seperiuk besar. Mungkin. Sbb tu agak lambat. Kalo dah ada dlm piuk cam kuah laksa tu sekejapan je lah dah smpai atas meja kan. Cam kita makan laksa bawah2 pokok tu. Order - zup sampai dah. Bukan susah kan. Taruk laksa-garnish dia-dan curah je kuah laksa (tetiba tingat Laksa Buyung Emas kat kg aku tu. Huhu). 
Tapi itu laksa. Ini mi kari. Mungkin dia buat semangkuk, semangkuk gitu. 

Tak mengapa. Ada rasa nak pegi lagi. Nak try yg lain.
Tapi tatau lah mydear kepingin ke tak nak pegi sbb retu pun cam dia tanak je pegi dah. Lambat!. Katanya. Oh ya. Aku order air sirap limau. Yg smpai sirap tanpa limau. Tu la, lenkali tulis. Duk ingat2 sudah yg smpai sirap. Mujo tak menyirap aku di situ. Semangkuk mi ni RM8. Nak lagi mahal orderlah ketam nipah, udang harimau. Seme tu ikut berapa kilogram. Huhu.

Kat mana pulak mi kari ketam ni?

Dkt Kg Dato Keramat. Sblh masjid Al-Akram ke apa nama masjid tu. Dia bukan dari hadapan, tp area belakang2. Yg ada kedai nasik ayam segala tu. Dkt2 juga dgn pasar keramat. Alah, orang biasa dgn tpt ni tau lah kot. Yg tak biasa tu, google2 je lah. Kedai ni pernah masuk JJCM rasanya kalo tak silap. Pun ada dlm paper jugak rasanya. Isnin tutup. Buka dari jam 12.30 t/hari - 10mlm (if I not mistaken). 

Tp kalo sementelah ada kat area ni - oke lah pegi. Kalo sekadar mmg nak carik ketam - baik gi Bagan Lalang ke atau memana lah tpt seafood. Lagi puas hati kot. Huhu.

15 comments:

Nad @ MamaZN said...

Rase biase2 pastu lambat...
Hmmm
Kene pk byk kali tu kalu nk try
Hehe

Anum said...

wow nampak sedap nie

Cik Awin said...

macam sedap ;) tapi klu order pn kna tunggu lama, kna pk panjang la nk makan kat situ ;)

Sue-Rya Qistina said...

hohohoho. skang ni tabley tgk seafood. mula la rase nak loya. hahaha. nak wat cemane, bkn salah ibu mengandung. dulu mase preggy kan kakak n bambam, alahan pd ayam :D

ejaMaria said...

emmm... nampak ketam... macam best je... weekend la carik ketam... :)

SyaNa said...

jahat wei
sumpah tgh lapar gile petang2 ni
huhu

Suwaibah YS said...

nak jgak.. tapi susah btul nak makan ketam di khalayak ramai..
makan kat umah, msti lagi heaven kan :)

Masya said...

saya mee kari ni kurang sikit nak makan.. tp percaya tak .. pertama kali hubby suakan mee kari ketam ni kebetulan ade lbh masa dia mesyuarat saya makan habis licin hahahaha.... tak tahulah sbb lapar sgt ke hapa masa tu...

Backpackers.My said...

nama kedai? dekat pondok polis? ke dekat nasik ayam?

Chekgu Azrine said...

mee kari tuhhh..fav i nih..sedapnya!!

PUANSTOBERI said...

NAD :
Kalo ter lalu sini, buleh la try. Huhu

ANUM :
Napak je tu.. huhu

PUANSTOBERI said...

CIK AWIN :
Tp kalo tak rushing2, apa salah nya.. nak merasa :)

SUE :
Takpe..jimat duit :)

PUANSTOBERI said...

MARIA :
Itu lah sebenarnya yg ai mahukan.. nak masak ketam..tapi takde masa. huhu

SYANA :
Hahah :P

PUANSTOBERI said...

SUWAIBAH :
Itu lah yg sepatutnya. ngeee :)

MASYA :
Akak pun tak suka. tp kalo jadi bihun kari, lagi pelik kot. Muahaha.

PUANSTOBERI said...

BACKPACKERS :
Pondok polis??? oh..itu belah depan. Dkt nasik ayam tu. Tingkat bawah, bangunan 3 tgkt. Nama kedai apa yer. kedai mi kari ketam KL kot.

AZRINE :
Yaih... sila la pegi..dkt je kan ngan umah awak :)