Showing posts with label online shopping. Show all posts
Showing posts with label online shopping. Show all posts

Friday, November 29, 2013

Edisi Skirt Labuh : Soalan Dini

Sementara nak kuarkan entry East Coast, meh la kita sembang - sembang jap.
Tu hari Dik Dini ada tanya :

Mixed-family in da house.... said...
kak, akak beli skirt kt mana? online ke? rasa macam skrg nak ubah fesyen sikit arhhh, byk pakai seluar je...nak lah jugak berskirt...hehehehhe...tapi saya suka shoping online...kalau akak ada kedai online yg best2, share eh. TQ

Oraitz. Sebenarnya mmg aku dah addict tengok skirt. Tengok je cam nak beli. Nak beli je cam tengok skirt. Begitu lah. Kalau jejalan memang aku dah tak pakai seluar jeans dah. Sejak operation tu ari lah. Ada takde pun, khakis tu ada la. Tu pun tak berapa nak selesa. Now selesa dgn skirt labuh saja. Atau pun dress.

Jawapan utk Dini. 

Kalau skirt ni akak jarang beli online. Selain dari akak suka nak rasa material dia camna, akak juga kena tgk saiz. Maklum lah... saiz comel2 (hak tuiii) nih susah sket. Kang ada yg kena potong tang bawah kaki tu. Jadi, jalan mudah, beli kat kedai saja. Ala, selalu je ada kat booth2 skrg ni org jual skirt kan. Kalau KL ni, nak lagi bes, Kenanga (KWC) lah. Lagiiii besttttt.... Murah2 ja. Kadang RM50 dapat 2 pasang. Yg camtu siap bule bawak g ofis jugak. Pakai ngan blouse. 

Lagi satu jenis akk suka pakai yg cam kembang2 skit tu. Takde la kembang payung plak. Kang angin terangkat plak kain tu cam Marilyn Monroe kan. Hiwhiwhiw.

google.
Kalau kembang2 tu camni la lebih kurang.
kredit : Here
Yang biasa akak gayakan dengan cardigan. Pakai t-shirt lengan pendek pun buleh dah. Sarung cardigan. Pakai shawl. Dah oke dah. Tapi yg ni agak kasual. Jadi mmg tak bawak ke ofis lah. Yang ni murah. Kat Wakaf Che Yeh tu ari RM18 saja :)

Kalau nak bawak pergi ofis hok gini oke
Lycra, skirt labuh, skirt lycra
kredit : Here

Itu lah skirt2 yg akak selalu beli. Dan mmg jarang beli online. Kalau dress tu, ada la online. Cuma tu lah.. mostly kena potong la tang kaki  bawah tu sbb tak cukup inci. Hiwwhiwi.. Kalau cam Dini oke kut nak beli online sbb stdkan.. boleh google je long skirt. Macam gmbr atas ni pun rasanya online shop jual skirt gak nih.

Tapi kan, cuma satu lah kan. Kalau berdress labuh  ni, better pakai kain tebal dalam tu. Buat cam kain dalam lah kiranya. Sbb dress ni jarang walau ada lining dia. Tu ari, tunggu tren kat PWTC. Ada sorang tu pakai dress (Zalora rasanya), jarang wehhh... aku plak rasa termalu bila myDH cakap, jarang la skirt dia tu. Adoi... jadi, berhati2 ya.. dari bersopan, terus lain plak jadinya.

Wednesday, October 2, 2013

Edisi Shawl Situ Sana Sini

Sekarang ramai betul orang jual shawl.
Kalau dah semua orang jual shawl, siapa lagi nak beli?
Haha.
Takpe, kalao semua orang jual shawl, aku lah tukang beli.
Haha.
Mudah benar nak carik orang jual shawl skrg. Kat instagram. Kat FB. Kat Website, blog apa tah lagi lah.
Oleh kerana skrg ni ramai malas nak berpeluh tiak kat jalan TAR tu, baik lah kita beli online sajork.

Aku ada la 2,3 pasang beli online shawl nih. 

shawl warna warni, dua tone

Shawl dari Ezlynn Collections

Shawl ni kalau online, lebih untung kalau beli share.
Sbb shawl ni ringan. Beli 3 pun masih dengan kos pos yg sama.
So, nak beli je carik kawan.
Shawl Ezlynn ni aku beli yg NC8.
Share ngan 2 orang lagi budak ofis. Jadi, kos makin murah lah.

shawl riben ringan tak perlu iron
shawl dari Happylifeshoppe

Ni pun share jugak. Bertiga jugak. So, jimat kos di situ.
Oh. Shawl ni bes. Dia wide shawl. Aku beli sebijik corak dalam gmbr tu. Riben riben. Instead of peminat stoberi, aku jugak giler riben. Mostly sandal aku ada riben. Haha. Bebudak sgt khennn....
Shawl ni walau wide shawl, don't worry lah. Takde la besar mana kalau dah adjust2 tu. Just nice je pun ngan aku yg 'petite' ni sbb boleh tutup dada. Ada gmbr kat instagram aku pakai shawl ni g ofis. Suka shawl ni. Tak perlu iron. Ringan. Dan mudah bentuk. Rasa macam nak beli lagi. Tapi... agak2 la kan. Melambak pulak shawl kang.


wide shawl online
shawl by Khaylaa Couture 


Ini plak aku bukan beli online.
Tapi derang bukak booth masa Promosi Hari Raya kat ofis aku tu hari.
Oke gak shawl nih. Aku pakai masa hari raya. Ikut cara yg dia ajar pakai. Then, skang aku ingat2 lupa dah cara nak pakai cam kat atas nih. Payah sgt, lilit biasa sajork.

Satu lagi aku beli loop shawl kat AlHumaira

shawl, loop shawl

Tak pernah pakai lagi sbb kena tgk tutorial dulu. But, sebenarnya oke gak loop shawl ni. Mudah.

Edit. Satu lagi shawl aku pernah beli online. Halfmoon shawl dari Poplook.
Ala2 gini. Tp plain
shawl, halfmoon poplook

Lagi aku beli kat mana ah shawl?
Tak byk sgt koleksi shawl ni. Sbb aku tak suka pakai inner. Magic ke tak, aku tak suka. Mostly shawl kena pakai inner. Dan mmg sejak lepas abis sekolah aku tak pernah ada anak tudung (atau inner yg org skrg panggil. Ala, masa skola dulu panggil sekop je. Hahaha) Aku carik shawl yg boleh pakai tanpa inner. Atau pun kalau susah aku akan pakai dengan tudung awning Ariani (yg pendek tu). 

***ada gmbr mungkin tak boleh nampak sbb amik direct dari Facebook. Kalau FB di block, maka gmbr tu pun nan hado la yea...

Tuesday, August 20, 2013

Edisi Tak Memasal : Megastore AA

Entah apa lah aku ni kan.
Tu ari lah. Dpt emel AA tu. Yg promo merchandise dia.
Jadi aku pun gatai2 klik2.
Skali cam eh..comey je FM nih.
Yang ni pun comey gak. Cup lid. Bole tutup mug. Hihi.
Jadi, ku beli kedua duanya. Hihi.
Walau aku bukan lah pengumpul tegar FM.
Tapi, tu lah.. suka membazir tak memasal.
Eh..jap..jap.. tak membazir.
Sbb tema dapur ku adalah merah putih. Kan itu kaler stoberi. Merah hitam pun boleh.
Bekas tupperware yg kaler merah putih hitam mmg ku da letak atas kabinet pun.
Hihihiwww..

Yg penutup mug tu tinggal kat ofis je.
Letak air masak n hirisan lemon, tutup. Hihik.

Aku beli Khamis petang.
Td tghari sampai. Myfara yg tlg panggilkan bila orang Nationwide tu smpai.. Hihik. Tenkiu Mai

Sapa nak beli pegi lah kat web Air Asia Megastore.

Friday, July 5, 2013

Semua Online

Aku pembeli online tegar ke?
Rasa nya tak kot.

Smlm baca one artikel kat mag In-Trend [keluaran Julai] yg tajuknya sayang kan isteri klik klik kan (ye ke tajuk camtu. Betul kot). Mmg kelakar. Paling kelakar bila dia citer ada perempuan yg beli tupperware online pastu simpan kat opis. Siap ada satu lemari hasil belian barang online. Takut nak bawak balik, nati asben marah. Bawa balik satu, satu. Haha. Dan penulis tu pun kata dia nak g check ofis wife dia takut ada almari simpan segala tudung pelbagai warna dari Fareeda ke Ariani ke. Haha.
Ada kan org cemtu. Walau kadang tu duit kita pun, tetap gak takut asben bebel2. Aku pun segala belian online mmg boleh katakan 100% duit aku lah. Ye lah...aku tak cam org lain yg boleh harapkan gaji asben utk shopping. Gaji asben pun tak besau..sian kat dia. Lagipun, tkde masalah pun nak guna duit sendiri. Apadehal. Eceh! Oke, dah lain citer nyer ni.

Oke. Hari ni #ootd - outfit of the day aku adalah semua hasil belian online. Itu lah sebenarnya nak citer.
Gmbr takmo bubuh. Kat instagram dah ada. Cukup. Kang nyampah meluat sana sini nak letak.
Tudung dari Radiusite.
Dress labuh dari Zalora.
Cardigan labuh dari member. Online jugak lah.
Hihi.
Seme pun online.

Pastu smlm kan outstation [later citer]. Pagi ni tgk ada parcel poslaju.
Wiiiii....
Novel novel.

Ni takde plan nak beli. Tapi, cam bosan2 sbb lama tak beli novel, g kat Karyaseni, terus je pilih2, dan beli. Lantak ah. Bes tak bes tak tahu. Kalau baca sekerat, tak bes, takyah habiskan. Huhu. Dah 2 buah aku buat camtu. Aku baca sekerat cam tak bes je, pastu nak paksa abiskan pun tak boleh jugak, sudahnya lantak.. simpan terus lah. Malas. Nak jual balik murah2 ke apa mmg tak la. Walau tak abis baca sbb tak bes, tp  tetap menjadi koleksi kesayangan, mmg tak kan jual lah. Alangkan majalah InTrend pun aku usung bawak pindah, apatah lagi novel. 

So, takde la tegar sangat kan. Takat2 novel, takat2 voucher MAD, Groupon, takat2 Zalora, Poplook, Fareeda, Radiusite. Itu je pun. Takde la lagi sampai nak beli barang dapur online thro Tesco tu. Hihihi.

Tuesday, June 25, 2013

Edisi Poplook : Magnolia Pink Poppy

Hari tu tgk tgk jugak.
Tapi kat rumah.
Aku mmg taknak buat any online payment guna bband.
Aku rasa cam tak secure je.
Dah la lembap je kan. Kang "hang" la apa la, satu hal plak.
So, ingat da masuk keja baru lah nak beli kan.

Tup tup.

Out of stock sudahhh.....
Ala...!

Aku rasa ini mmg saiz kecik je sbb length baju is 136cm.
Sedang elok la tu. Takyah nak alter bagai kan.
Skali abis pulak dah.
Kut tak bole pakai g solat raya. Katanya tema fink kan.. biar lah fink segala dari pagi. Takpun g ofis pun oke jer.

Isk!

Thursday, March 21, 2013

Tak Sanggup Mak.....

Salu je napak Juma ni pakai tudung kat FB.
Mmg aku scroll lelaju.
Gelimattt...mat..matt.. aku terbayang ular berlingkar je. Eiiwww....

Tapi ini cam sweet pula
Ni pun lawo
Ah. Cuci mato je kat aidijuma.com.
Nati gi carik kat concept store dia je lah kalo nak.
Takat ni aku penah beli yg plain dari AJ nih.

p/s : Bulan ni jadi miskin hina dina. Sbb soping2 kat HKK. Nak buat online soping pun payah kalo bank ada 2,3 ringgit ja. Sobsss... gaji dah lambat lagi kan. Sobsss... KGT pun blum lagi. Bulan 4. Sobsss... yg satu lagi tu pun bulan 7. Sobsss....

Thursday, January 31, 2013

Edisi Domino's Pizza : Edisi 1st Time Order


Oke. Saya agak ketinggalan bab ini.
Haha.
Orang dah lama meng order cam ini, aku baru nak ter kial kial.

Haha.
Sebenarnya, kan aku prefer Papa John kalo nak makan pizza. Sbb tu jarang nak order2 gini.
Tp hari ni cam rasa teringin nak try Domino's. Pernah la makan, tipu kalo tak pernah. Salu je makan kat ofis ni. Tp tak penah order sendiri, beli sendiri lah kiranya.

So, register. Dan terus beli.
Bes juga buleh pilih2 pizza, pilih2 topping.
Hihi.
Pastu buleh tracked dia buat apa.
Sekejapan tgk eh, dah smpai delivering. Tak smpat nak tgk dia boxing n packing tu.

Ni masa course tu hari lah. Terpengaruh dgn prof yg bagi talk tu.
Dia duk kata yg Domino's ni laju la apa la. So, aku nak tgk, betul tak dia buleh smpai ofis aku dlm masa setengah jam. 
Mmg buleh la kan. Dah kata ofis aku cam blkg dapur dia ja. Cuma jalan tu sehala ja. Kena buat satu pusingan sket baru nak smpai. Kut dua hala lagi cpt dia smpai kut. 
Aku order online 11.43. Smpai sebelum 12.15. Syabas. Lagi 3 minit nak smpai dia call. Hihik.
Order ini. Setiap satu jenis pizza. Yg jenis thin crust bawak balik. Yg lelain bagi adik2 seunit makan. Hiwhiwhiw. Sedap jugak la Domino's. Kalo nak order online oke la yg ini. 

Kalo makan terus kat outlet, tetap PapaJohn la pilihan walo kat BTS tu smpai naik kematu bontot nak tggu pizza smpai ke meja. Jgn la ko dtg time ko lapar tahap pedih perut esp waktu peak hour (weekday waktu lunch). Mmg ko akan dapat pakej meleleh ailiyo tgk meja sebelah makan.

Jadi.. mari lah makan pizza.

Monday, January 21, 2013

Edisi Online Shopping : Lagi Lagi Mila

Argh... Janji Tak Ditepati!
Baru je ngomel2 minggu lepas takmo buat sebarang belian online.
Ni kejadah hapa aku dah buat??
2 helai lagi.
Aaaaaa...

Dush! Dush! Dush!

Tak buleh tahan la.... Mila ni mmg tudung feveret lah.
Dulu kan dah beli selai tu. Mmg sker sgt pakai. Nak beli lagi asik la sold out cepat. Pantang terlambat. Harus tak dapat.
Jadi kali ni bila tahu, rasa cam terpaksa beli gak. Haha.
Terpaksa konon.

Sekejapan je dah sold out kaler tudung aku amik tu.
Aku mmg tingin nak menjengah butik Radiusite ni (yg kat Rawang la. Shah Alam tu jauh nau)
Tapi tu lah, tak berkesempatan.
Jadi, ini lah jadinya.

Maka, mmg nama aku lah hehari nampaknya dapat parcel :P
Ada lagi kaler lain. Sapa berkenan - sila jengah segera ke Radiusite
Oh. Kena rahsiakan dari myDH ni. Terlalu byk sgt belian online bulan ni.
Haha. Takpe kita pakai gi course nati eh. Skali ngan dress yg beli last week tu. Aww.. ailoike.ailoike.

Friday, January 18, 2013

Edisi Shopping Online : Stop!

Stop!
Cukup tu. Bulan ni terlampau byk pembelian online aku buat.
Giler ke hapa.
Tudung, cadar, baju, photobook (eh...ni lama punya, baru redeem ja).
Asik2 parcel aku je sampai kat sini. 

Stop!
Cadar cukup dah. Kut ye pun, jgn nak menggila sgt. Tu bulan 3 nati baru beli lagi. Jangan nak giler tetiap bulan beli.

Stop!
Tudung. Cukup2 lah tu. (tp yg ni tak buleh nak kata sbb kat dealer yg aku biasa beli Fareeda tu dah tulis kt FB nak up tudung baru pas gaji. Huhuuu.. ah.. tahan je lah wahai nafsu oi)

Stop!
Baju/dress.
Yg ni sebenarnya mmg nak stop. Tetiba termasuk plak blog sweet like marshmallow ni.
Aww. Mmg sweet. Nak tambah bilangan dress peplum. Jenis yg buleh dibawa ke ofis. Ailoike je pakai g ofis ngan kain. Retu yg beli tu mmg buat pakai g ofis ja. Lagipun, labuh tutup punggung. So, tiada masalah di situ. Kain dia pun bukan jenis cotton t-shirt tu. So, napak formal dan boleh pakai g ofis. 

Ada 2 helai dress aku beli di sweet like marshmallow ni.
Baru je bayau. Hihi.
Maka, dgn itu, cukup lah dulu dress peplum ini. Lagipun bermusim kan. Cukup lah 2,3 helai.

Dah.. cukup lah dulu pembelian online bulan ini.
Apa aja la nak ngabiskan duit. Jarang g shopping mall, buat hal shopping online plak. Heh!

Dah. Bonus bulan simpan kat AHB. Ada gak pekdah. Tak sudah2 membeli.

Wednesday, January 16, 2013

Edisi MAD : Relaxing Facial Spa

Haha.
Lama kot aku dah ber voucher2 ni.
Mmg gatal je segala tangan nak klik2 Buy.
Jadi buy ini.

Macam bes.
Lagipun tpt aku tau dan senang nak access. Dokek yo ngan umah den.

Ini entah aku pegi ke tak ni kang.
Tu hari, aku dah ter burnt jugak. Yg buat manicure tu. Sbb ketiadaan masa.
Yang ni, aku nak terus call utk book appmt.
Sabtu depan tak boleh.
Sabtu yg lepas hari Wilayah tu pun tak buleh.
Sabtu selepas itu lah. Yg sebelum raya cina.
Raya cina tu mmg takde plan lah. Nak duk rilek kat umah ja.
Sbb sure ramai org di sana sini. Duk umah dendiam - masak - makan - tido - tgk tv -
Oh. Heaven! 3 hari oiii... 3 hari.. tak perlu pikir apa2 dah. Bes! Ini lah yg aku mahu...!! Ahahahahah.

Lagipun lps tu dah sebuk Hari Kraf pula. Walo mungkin kali ni aku tak la bz nau. Sbb dah unit lain.

Lama pun dah tak ber facial and ber massage2 ni.
Jom, kira rilek2 kan diri. Leh tgk full detail kat sini - MilkAdeal - Jemari Spa

Thursday, January 10, 2013

Edisi Giler Cadar

Retu ada aku buat entry aku suka cadar. Dan suka beli cadar. Tatau apsal. Bila tgk cadar rasa nak beli, bila nak beli tengok cadar. Gitu. Dulu masa tilam saiz std tu lagi seronok beli cadar kat Jusco tu. Kan memurah 40hengget pun ada. Ehhh... suka tu. Kalo tak kena marah, mmg tetiap bulan rasanya beli. 

Retu gak aku pukul rata kata para isteri ni sker buat koleksi cadar, tp ada 2,3 kengkawan komen kata derang tak suka pun kumpul cadar. Oke, kalo gitu, aku je la gamaknya yg giler kumpul cadar ni.

Tadi ter beli lagi. Erk. Ter oke. Terrrrr...
Tak cadang pun. Tgk2 kat FB, cam lawa sbb my feveret kaler ever.
Pastu design pun simple.
Tp tgk macam dah ada orang nak. Tnya je, dia kata available. So, rembat je lah. Laju2 bayar online. Esuk lusa ke next week dpt lah. Just nice. Trus la tukar nati cadar tu bila dah dapat. Hiwhiw (eh..lenjan trus? takyah basuh? Hahaha)
Dia cam gini. Tp quilt tu takde lah. Beli cadar je. Mmg aku beli pun dari sini lah. cadarmurah.com. Dia ada FB juga. cadarmurah jugak rasanya FB dia. Retu aku beli ngan dia jugak yg kaler merah tu. Senang je berurusan - sms tanya ada takde - maybank2u je duit - esuk lusa smpai lah. Guna pos laju ada tmbh sket lah.


Sebenarnya quilt pun sker gak. Tp tak perlu la kot byk2. Tp nati nak beli gak.

Aku sebenarnya suka yg fitted tu ja. Simple. Tp dek kerana tilam skang susah nak carik saiz fitted dia - yg  ada kat Sogo pun design cam terhad - plus rega pun lebih kurang ini juga - so, beli jelah ada renda2 ni. Mmg bila dah pasang tu napak cam org pakai skirt senteng. Hihihiw. Tp takpe.. ailoike ja.

Kesimpulannya ai mmg pengumpul cadar, yg mungkin akan jadi 'tegar' tak lama lagi. Hiwhiwww.... (mujo myDH tak baca ni..kalo tak..mampuih kena warning nehh.... dia skang redho je tgk aku selalu bawak balik plastik poslaju/parcel. Kuikuikui)

Wednesday, January 9, 2013

WW : Halfmoon Shawl

Isnin order.
Selasa smpai.

Rabu dah ciwi kan.

*gambar ciwi tak payah papar lah. Tp ada je di sekitar2 ni. Muahaha.

Monday, January 7, 2013

Nureen Headscarf by Poplook : Tiba tiba

Haha.
Ini mmg tiba2.
Tgk emel dari poplook masuk.
What's new?

Oh. Ada jual tudung plak.
Byk kali tgk yg ni.

Cam nak beli je.
Tp reti ke pakai nih. Beli memahal tak pakai kang sgt rugi.

Jadi, beli yg simple ini je dulu.

Tak penah ada lagi tudung gaya gini.
Rasa kat Radiusite byk kan tudung camni.
Tatau lah kain jenis apa. Belasah je lah. Napak cam senang je dia gaya kan.
Udah la aku ni style tak pakai anak tudung. Kang bersembur2 plak anak rambut kuar.

Mmg tiba2.
Ini bahaya bila boleh bershopping hanya dari tpt duduk.
Haih (T____T)

Thursday, December 20, 2012

Edisi Pisau Stoberi & Gantung Gambar

Dah dpt. Yang di order dari white.my tu.
Isnin order - Selasa dia bagi tracking number - Rabu dapat dlm kotak besau. Muahaha. Sudah la orang admin masukkan dalam guni borang org mintak kerja tu. Igt kut sapa la hantar application guna kotak, rupanya ai yang punya. LOL

Suka. Dpt pisau stoberi. Tgh pikir nak taruk mana. Gantung kut. Cantik sket. Hihi.
Yg cam pokok tu - tpt gantung gmbr ber magnet.
Retu dah beli printer kaler - buleh la print gambau - then gantung situ - tetiap mggu tukau gambau (hihi. Macam kan rajin). Dia bagi skali magnet - 6 ketul. Nak lebih beli sendiri. Kat mana pulak nak beli magnet? Tapi tak buleh letak gmbar besar2. Gmbr kecik2 saiz pasport tu - nice.

Tpt Gambar- RM49. Pisau - RM35. 

Close up pisau. 
Cik Jamilah Jamil a.k.a Hasta kata nak tgk close up, so pepagi sblm g kerja amik gmbr. Hihi. Pisau ni napak cam pisau seramik (eh. btul ke pisau seramik. main petik je aku ni), tp sebenarnya bukan. Stainless steel je ni.  Aku rasa mmg aku tak guna la pisau ni. Nak gantung je pisau ni kat tepi dinding. 

Dan, aku rasa, aku nak men-stoberi kan lah ruang dapur ku itewww.... hiwhiwhiwwww :P

Eh. Reni date cantik juga - 20.12.2012

Monday, December 17, 2012

Edisi Pisau Stoberi

Kui kui kui.

Rupanya aku masih tak boleh meninggalkan habit aku yg tak-boleh-tengok-produk-ada-stoberi ni. Bila tgk ada je stoberi, misti rasa cam nak lah. nak lah.
Akibatnya terbeli ini kat white.my.

Tak memasal. Entah2 kat kedai luar berapa hinggit je nih.
Bukan nak pakai pun. Lagipun retu dah ada pisau kalerful yg beli kat IKEA tu.

Saja, nak letak2 kat dapur. Muahahaha.
Dan mmg dah plan nak tempah cover peti ais - coway - bekas beras dengan corak kain stoberi gak. Tp tak terbuat lagi. Nak tempah kat orang yg buat cushion cover aku tu ari. Bes. Pandai dia buat. Kejap je.

Byk gak menda unik2 kat white.my ni.

Retu derang kata jgn beli sbb salu ada poblem site ni. Lambat hantar lah apa lah. Entah. Nasib2 la kot. Retu aku dah beli gak satu. Oke je sampai.
Gitu gak ngan Zalora. Org kata macam2. Tp retu, aku order, tak smpai 24jam smpai pun.
Nasib. Nasib.
Beli online gitu lah lumrahnya. 
Takpe lah. Bukan aku beli hok ratus2 pun.

Hok murah2 camni je.
Selain ni, aku beli gak pokok yg boleh letak gmbr.
Nak letak kat meja consul. Hihiw.

Nak tgk yg unik2 lelain buleh la tgk kat white.my

Tuesday, December 11, 2012

Dah Dapat Cardigan. Dah Dapat Cardigan

Muahaha. Gedik..dik..dik...
Heboh dah dapat itu ini.
Muahahaha. Gedik..dik..dik..dik... (eh..ni da amik trademark dak Eida Baharum neh).

Seme aku dok carik tu, seme aku dpt online.
Mihihi.
Kali ni aku amik dari Zalora plak.
Fes time ber Zalora.

Aku bayar RM9 je nih.
Suka! Suka!
Rega sebenar RM59. Derang bagi RM50 sbb retu publishkan derangnya artikel. Hihiw.
Nipis je sebenarnya ni. Tp selesa lah. Labuh sket. Tu yg penting.
Senang. If nak kuar dekat2 leh la sarung je cardigan ni.


Bayar semalam. Reni dpt.
Boss napak kotak ni atas meja. Pastu dia tnya, orang yg hantar ni ada tak jerit aaaa cam kat tivi tu. Haha. Funny ah my boss. Tp mmg masa akak dept aku antar kotak ni aku cakap awat akak tak jerit cam kat tivi tu. 

Hihiw. Pas ni kang nak carik lagi apa nak beli sbb ada lagi dia bagi 20% diskaun plak sempena bufday. Tp itu boleh guna utk next order je kut ke ntah cena tah. Takpe la..ada menda nak beli, bole beli. Takde, toksah. Huhu
Hihiw.

Dalam tak sedar, kuat online shopping juga rupanya haku nih.

Monday, December 10, 2012

Dah Dapat Cadar. Dah Dapat Cadar.

Muahaha.
Last week memacam menda aku nak carik.
Kejap2 nak carik cardigan.
Kejap2 nak carik cadar.
Kejap2 nak carik jeruk pak ali.
Tapi oleh kerana pembelian skang di hujung jari, mmg ku beli seme online ja. Muahaha.

Tapi, jeruk pak ali tu idak la aku smpai nak beli online. Ada le tu nati. Sabo je sket.
2 tpt telah dikenal pasti. Nati ada masa nak terjah.


Oke.
Cadar dh dpt.
Beli online kat cadarmurah.
Penghantaran yg cepat.


Kenapa beli online?
Sbb retu carik kat Sogo cam nak rambang mata dah.
Byk sgt. Pulak tu remeh sbb aku kena beli cadar yg boleh fit dgn tilam 12" to 16".


Dulu boleh la belasah je std size punya cadar.
Skang nak kena carik2 plak.
Malas. Kang suh SA tu carik2, aku tak berkenan, pastu derang merengus2 marah.

Malas.
Lagi satu, oleh kerana saiz2 gitu, rega pun cam errr... takde dah la 40,50inggit cam aku salu beli kat Jusco tu. Huhu. Boleh beli, tp kena amik king size supaya leh ngam, tp nati mengelebeh2 gak la dia cam orang pakai baju over-size. Tak cunh.
Jadi, beli online sudah.
MyDH pun tak kesah.
Nati lah, bila dah pasang harus ai ciwi. Ngeee.


Aku mmg giler cadar (same goes to memana wife pun rasanya).

Sker betul nak tmbh koleksi. Tp berpada2 la kan. Tp suka lah.
Nati bonus ke apa, nak beli gak la satu kat Sogo tu. Buat kenangan duit bonus. (T_____T)

Cardigan - aku tggu member aku pos sbb retu tersilap pos.
And aku dah beli selai kat Zalora. Ngehngehngeh. Ni pun ada rasa nak beli kat MilkADeal jugak. Ngehngehngeh.

**3 n 4 days to go. Wink.Wink. Miahahah :P

Wednesday, December 5, 2012

Peplum Fever


Durian crepe fever aku langsung tak kesah.
Tp peplum fever ni aku terjebak jua. Muahaha.
Ayo.. orang mau, kau pun mau.


Takde la. Saja je tgk tgk.
Skali ada terminat pula.

Jadi terbeli.


Labuh.
Buleh pakai g ofis.


Skrg aku nak carik cardigan panjang.
Nak carik cardigan. Nak carik cardigan.
Tapi... aku amat cerewet dgn cardigan.

Bukan seme aku sker.
Retu ada kat Zalora. Tup2 kejap je abis. Haish!

Lps tu tak jumpa dah memana yg berkenan.

Wednesday, September 26, 2012

What’s Hot At Zalora





For more information visit us at

What’s Hot At Zalora


For most women, the word “online shopping” is like music to their ears. These are the same women wholove the feeling of walking into a mall and smellling the scent of new shoes and handbags. Most are also contented to just window shop or “cuci mata.”

Shopping to be fashionable is important to women as it gives them the power to transform theirimage and make a social statement. To some, fashion is an art form but for others, it is a religion.
If this is how you feel then welcome to the shopaholic paradise of online shopping where you can find anything and everything at any price with any colour.



But what if you are too busy with work responsibilities and household chores which stop you from checking out what’s new and what’s hot in the fashion world?Fret no more, because you can now browse through ZALORA and see what’s in and hip. Still, for some women, this wont be enough as fashion is constantly changing, slightly elusive and extremely seductive.

Yet as far as shopping solutions go, ZALORA comes pretty close – you can now shop from over 100 brands and choose the perfect product without worrying about wasting time because everything is in one place. Checking it out and shopping will be a piece of cake as you know you have it all in the palms of your hand.

Visit the ZALORA blog for more fashion ideas!