Friday, November 2, 2012

Titew X Shuke Lah!

Kalo salu duk dgr Era sure ada dgr iklan Kak Siti tu kan.
Ala, yg Siti Nurhaliza dok peringatkan jangan main cinta masa sekolah tu kan.
Laki aku cukup berbulu je dgn iklan tu. Dia eleh kan la apa la si Siti tu. Amik laki orang la katanya, pandai nasihat orang la apa la. Ewah. Kemain kau kan bang.. aku mestilah sokong Kak Siti. Ai kan peminat Kak Siti. Haha. *tetiba*

Tapi tu lah. Kadang tgk bebudak muda ni bercinta (kononnya), mmg tahap Ohmaigad! Gilos. Tolong yer.. tolong jangan memuntah-belahak-kan kami yg kertu ni. Aku tatau la orang lain. Tp aku, kalo tgk ayat kasih sayang derang ni kat FB, mmg tahap muntah belahak aku rasa. Sbb tu ada certain FB aku hide kat wall aku. Kang satu hal plak, elok tak morning sickness sbb pregnant, sbb lain plak halanya.

Wohooo... skang segala luahan rasa ko tulis kat FB kan. Dan dan tu la ber sayang, ber anja, ber B la, C la, D lah. Adoi.... (ini aku cakap generasi kelahiran tahun 90-an dan ke atas yer)
Yer, yer.. aku tau, mesti ada yg cakap, eleh, zaman ko takde FB ni, buleh la cakap, tgk kot ada.. cemana la ghoper nya kan.

Yerp. Mmg zaman aku bercintan cintun dulu takde FB. Tapi tak semestinya zaman ada FB ni kita perlu meluah rasa yg memuakkan tu kat satu dunia. Kau nak cakap ko sayang dia-gi msg la wey. Ko tahu ke tidak yg baca FB ko bukan kawan2 ko saja. Mak baca, bapak baca, makcik baca, pakcik baca, cikgu baca. Aduhai.

Atau pun ada yg cakap. Lantak la.. aku dah abis skolah, dah masuk U pun. Sukati lah. Ha, ni lagi bes. Kalo da masuk U, sila buat cara orang U sket yer. Jangan nak menunjuk satu dunia sayang2, anje2 ko tu. Huakkk... (muntah ijo). Lps tu tetiba tgk ada status "engaged with......" Ya Allah Ya Rabbana, rasa nak tercirit jap aku. Padahal ni aku ngan dia ada ikatan persaudaraan ni, motip la plak makcik dia tatau bila masa anak buahnya yg sorang ni nak kawen dah... kecik hati aku tau tak dijemput ke 'majlis pertunangannya'. Adoi... . Haha. Lawak apa kah mereka buat wey.

Elo. Elo. Esuk kalo elok hubungan tu, Alhamdullillah lah kan. Jangan sok, dah clash segala, ko buat ayat maki hamun plak dalam tu. Time tu anje anje dah takde, anjing mungkin la ada.

Jauh lagi anak-anak, adik-adik perjalanan ni. Jangan terlampau 'mengada' sgt.

Aku ada sorang lagi anak buah, lelaki - skang kat UTEM - buat degree mech engineering ke apa tah. Gitu lah. Ada FB juga. Ada gf juga. Tp aku leh tatau pun dia ada kawan, smpai la akak dia gitau. Kebetulan gf nyer tu satu U plak ngan aku. Eceh (satu U khenn...). Tp dia bkn post-grad la. Fakulti Sains.  Itu la cara orang U berkawan... elok je. Takde pun nak letak gmbau bersama, takde la nak letak 'in relation' ke, 'engaged with' ke. Bukan kita tak bagi kawan. Kawan lah elok2. Ari tu, masa aku buat housewarming, aku suh anak buah aku tu bawak skali 'kawan' dia tu. Elok je dia dtg. Dah aku plak tatau nak bahasakan diri aku apa. Makcik ke Kakak. Haha. Oke lah kan. Takde plak kita rasa nak muntah belahak ke apa.

Aku risau juga, tetiba aku bukak FB dah kuar 'married with'. Ha kau.... ni bkn tahap buleh cirit dah ni, dah buleh dapat penyakit schizophrenia terus aku.

Akhir skali, kalo tulis pun masih ejaan camni, elok takyah pikir la nak engaged ke married ke. Ini elok bagi dia buat karangan 1000 patah perkataan dengan ejaan rumi yg betul dulu.

arap fham... 
Aq xhot mcm kowank
Cpew nk kwn ngan aq ... Aq k...
Nt XXX mention nme hang bwu hang tw... 
Cpew uat XXX skit aty XXX akn block trus... 
Ase xder aper dh...
XXX kwn dngn semua ownk... 
Tpy aq xsombong... 
Lau XXX xbls im kowank... XXX bz ....
Tpy jgn mlebih...jgn nk antr at im ayt2 biru... 


Kredit gmbr to FB my kazen
(eh, kat mana nak carik gambar2 somee cards in BM ni. Kadang bes jugak. Hihi).
Smpai skang aku tatau apakah terjemahan kepada 'mcet' tu.
Ada kah muncet? adakah melecet? takkan mencit?
Sumpah tak paham!

19 comments:

sweet tooth said...

betul la... Mmg x paham langsung tulisan diorang ni... Nangis cikgu BM baca.... Huhuhuhu

CIK PUAN TIPAH said...

seriusly tak faham bhs skrg..nmpk sgt sy dah tua..hehehe

nad said...

Hape kebenda la ayat www tu?
Rase nk sebat jugak je ngn kayu besbol haha!
'aku' dh cukup pendek nak dipendekkan lagi jdk 'aq'..?? Sumpah tak phm dgn dorg ni

Anum said...

apa ek
anum pun x faham

aNgeL pUTiH said...

wakakaka... adoi kak, terbahak2 saya baca weh.. anak buah saya pun suka taip cmni kat FB.. meluat betoll.. pakkal anak org.. rasa nak dilempang2 jek.. apsal ek?

# mcet tu mencik ke? erkk!! mcm lain jek..

honeylily said...

kan..memang tak faham bahasa penulisan thy all ni..(ke sebab dah tua)...
sama la bukan kes org lain, adik ipar sendiri masih blaja kat fb tu aduhai..tak segan silu..siap status "married to" padahal blum pape pun lagi..kena sound sekali dgn my hubby, hmmm barulah reti sikit nak sopan dalam fb..
bak kata my fren~dok post macam2, esok2 kalau putus, satu dunia tahu kan dah malu...

Zana Adieyza said...

mcet?? apakah itu??

budak2 skrg ni kalau boleh zaman sekolah rendah dah nak kecoh2 bercinta.. hohoho..

ejaMaria said...

aku nak sebat pakai kayu hoki terus... kecik-kecik nak bercinta... haih... makan pun mak bapak bagi lagi... bersabar la sikit...

Azueriena said...

zaman kiter dulu...gua cintan sama lu...lu cintan sama gua x...hehehhe...

maser tu pun mak2 kiter bising jugakk...apa punya bahasa daa...heheheh

su said...

titew pun x phm.. erkk.. hahahaha

Carmello said...

Hahahah saya pun cukup tak suka betul bebudak eja macam tu.. sikit2 okay gak.. Ini semua mesej tulis macamtu Kak Reen..

Jiha said...

Bila baca ayat gitu, rs nk bg tempeleng je..

::EIDA:: said...

huwaaaaaaaaa.. tak paham ape yg die tulis tu?? mcet? ida rasa benci aka mencik kot? ida suka je tulis mencikkkk.. tapi taklah tulis mcet? HAHAHAAHAH

Ok lewtewww.... ;p

Unknown said...

salam ziarah.

budak2 sekolah sekarang ni, x macam kita. dulu kita bercinta pun, panggil awak saya. Sekarang ni, belum apa2 dah "mama" "papa" "ayang" "sayang".


Jemput ke blog akak di cheezemaz.blogspot.com. Mana tau berkenan nak rasa serbuk cheese CHEEZE MAZ, yg bila dicampur air akan menghasilkan sos cheese seenak sos cheeze wedge, KFC. Lagipun hy RM 10.00 untuk 1 pack seberat 200 gram.

Puan Awin said...

biasa la budak2 zaman skrg kak...zaman dh canggih, sume di hujung jari je...

Nory Zoulkefle said...

titew pon tak shuke tapi kdg2 terikiut2 jugak kt dlm blog...hahahah...

Hida Kadiso said...

hadoi la.. mmg kene tenang betol2 baru pham.. ni le bdak2 skang.. kite pon dulu couple dari zaman skolah juge tp idak le gini.. haishh..

azeul said...

https://www.facebook.com/hampehecards

azeul said...

https://www.facebook.com/hampehecards