Takut giler rasanya bila tgk Buletin Utama smlm.
Napak jelas oh pencuri tu acu parang. Giler tul manusia skang ni.
Siap selak tudung nak tarik rantai (wonder tul, cena dia tau org tu pakai rantai- mungkin dia buat teori seme pompuan pakai rantai)
Dan dia bawak 6k dlm handbag. Gigil aku dgr nya bawak duit sebanyak tu. Kalo duit kutipan utk sekolah ke apa ke mmg pitam.
Apa pun mmg kita kena berhati hati sbb tak selamat dah persekitaran kita ni.
Dlm tv smlm cakap dipercayai org tempatan. Konghajooo....!!
Guru trauma diacu parang
2011/06/28
KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita trauma selepas menempuh detik cemas diugut empat lelaki bersenjatakan parang mengarahkannya agar menyerahkan beg tangan dan barang kemas yang dipakainya ketika memanaskan enjin kereta di hadapan rumahnya di Taman Melewar dekat sini, semalam.
Nazalina Nawawi, 36, hanya mampu menjerit apabila didatangi empat lelaki menunggang dua motosikal sebelum salah seorang darinya cuba menarik beg tangannya namun tidak berjaya dalam kejadian jam 12 tengah hari itu.
“Kemudian datang lelaki kedua dari arah belakang memberi amaran supaya saya tidak menjerit sebelum menarik gelang tangan yang saya pakai serta mematikan enjin kereta.
“Lelaki sama juga menyelak tudung untuk menarik rantai, namun tidak berjaya lalu datang lelaki ketiga bersenjatakan parang panjang membantu untuk merampas rantai tetapi tidak berjaya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Nazalina berkata, walaupun diberi amaran supaya tidak menjerit, beliau tidak mengendahkan amaran mereka dan terus menjerit meminta pertolongan.
“Saya tahu jeritan saya didengari oleh bapa mentua saya yang ketika itu ada dalam rumah dan salah seorang lelaki tiba-tiba terus mengacah parang serta mengugut mahu membunuh saya sekiranya bapa mentua saya keluar membantu.
“Kejadian ini berlaku amat pantas dan mereka akhirnya berjaya merentap beg tangan saya yang berisi wang tunai RM6,500 sebelum melarikan diri,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Setapak sejurus selepas kejadian itu.
Bapa mentua mangsa terdengar jeritan menantunya cuba mengejar penjenayah terbabit namun hanya sempat membaling batu yang mengenai kaki salah seorang daripada mereka.
Kejadian itu dipercayai turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di hadapan rumah mangsa dan rakamannya sudah diserahkan pada polis untuk tujuan siasatan.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber : Berita Harian
7 comments:
tetengah siang pon ade yang barani rompak.. seriau tengok..
tu arr skrg ni macam2 tektik penjenayah kan...kekadang nak pegi bank pun takot walaupun kluar duit RM300 jek
takut la... taman melewar tu sebelah je area Sri Gombak... dekat dgn Kpg. Sg. Kertas... :(
apa nak jadi la org kita... cari duit jalan mudah...
takut betul tengok video tu. kesian cikgu tu kan. yg sedihnya tengok ayah mangsa keluar gigih nak selamatkan anak, baling batu. nampak macam pakcik tu jatuh. semoga perompak tu mendapat hukuman setimpal. kuang ajau betul...
EDA :
Tu la pasalnya. Takut btul skang ni. Memacam.
Macam dia ada bau plak yg kawan tu bawak duit byk. Hampeh tul.
HEZE :
Btol tu uols. Wisau. Kadang kalo sunyi je tu takut nak amik duit.
MARIA :
Tu la. Hati2 tau. Nak masuk kuar keta tu tgk sekeliling. Pehtu trus kunci keta seme.
Berani btol derang ni. Tak takut dah polis seme.
QQ :
Tu la. Takde perikemanusiaan dah. Berani sungguh nak ugut bunuh la hapa la. Dia mmg mencabar polis btol.
Bia mati katak je eloknya derang ni. Konghajo sgt!
Salam
Ya Allah.. saya memang risau tentang ni. Baru2 ni ada sesuatu yg mencurigakan berlaku. Nantilah kalau x ada halangan saya tulis entri tentang ni. Bagus juga dapat ingatkan orang lain berhati2.. sebab saya mmg rasa kawasan sekitar saya sudah tidak selamat lagi. :(
erghh tatutnya...skang ni org leh bt mcm2 demi memuaskan hati sendiri...kekda...jemput dtg ke blog baru taw...eka pindah sbb ada malware blog eka, plus... blog tu ank murid rajin dok baca...so tak de privacy
Post a Comment