Monday, June 27, 2011

~Pasal Bau ke Teknologi Yang Penting~

Ni aku baca kat paper ari Sabtu tu ari.
Mcm tertarik nak komen lanjut sket.

Rela tiada deria bau daripada teknologi

Kajian di 17 negara buktikan generasi muda terlalu bergantung media sosial, dunia internet

KUALA LUMPUR: Lebih 50 peratus daripada belia berusia 16 hingga 22 tahun di 17 negara termasuk Malaysia rela hilang deria bau daripada terputus akses dengan teknologi terutama interaksi dalam media sosial dan internet.
(hoh. Ye ke? cuba ko selsema tgk. Baru ko tau nikmat bau tu. Takde deria  bau, nak makan pun tak selera tau. Terutama kepada penggemar durian. Haha)

Hasil kajian terbaru firma penyelidikan, McCann WorldGroup mendapati, belia amat bergantung kepada teknologi yang dianggap alat bagi mereka meneroka dan memahami apa yang berlaku dalam persekitaran dan sejagat.
Kajian bertajuk ‘Kebenaran Mengenai Belia’ itu juga mendedahkan, remaja terlalu percaya serta bergantung dengan alam maya hingga tanpa segan silu membincangkan pelbagai isu termasuk soal peribadi serta kehidupan seks yang sepatutnya tidak didedahkan. 
(err.. ni mcm terkena kat satu blog bdk remaja yg derang heboh2kan sedikita masa retu je. Aku tak baca pun, tgk blog2 lain duk heboh je la)

Pengarah Kumpulan Bagi Perancangan Jenama dan Inovasi McCann WorldGroup, Dr Milan Agnihotri, berkata beberapa peristiwa penting seperti gerakan menggulingkan kerajaan di Asia Barat serta gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun, Mac lalu menguatkan lagi kepercayaan dan kebergantungan belia terhadap teknologi.

“Berita mengenai dua peristiwa yang menggemparkan dunia itu diketahui khalayak melalui Twitter dan Facebook, iaitu lebih awal daripada siaran televisyen dan akhbar.

“Ia nyata membuka mata pengguna laman web muda yang menaruh persepsi bahawa internet bukan saja meluaskan jaringan persahabatan bahkan dijadikan medium untuk meluahkan kekecewaan dalam pelbagai perkara seperti ketidakpuasan di tempat kerja.
(yelah. Segala bala nak di update kan. Smpai citer kasut terpijak taik ayam pun nak tulis. Haha. Eh. Aku tak kata org2 lain, kadang aku pun ada update status yg org rasa 'eh. ni pun nak update ke. OMG..!)

“Pendek kata, perkara yang dulunya menjadi rahsia serta diluahkan dalam diari, ditulis untuk dijadikan tatapan umum,” katanya pada sesi forum membincangkan hasil kajian itu di sini, semalam.
(ini sure berkaitan pasal blog. Akak aku pun penah ckp 'watpe nak citer pasal life kita pada org. Haha. Tak seme aku tulis kak, sket2 je. Tu pun skang da tak bleh tulis sgt. Byk paparazzi. Haha.)

Selain Malaysia, kajian ‘Kebenaran Mengenai Belia’ dikendalikan firma itu di ibu kota terpilih di 17 negara antaranya Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom (UK), Chile, Korea, India dan China.

Sementara itu, Pengarah Perancangan Strategik Bagi Asia Pasifik, David McCaughan, berkata generasi muda sekarang amat memandang serius strata sosioekonomi berbanding 10 tahun lalu di mana generasi seusia lebih mementingkan kualiti dalam persahabatan.
(oh. 10 tahun dulu aku la generasi antara umur 16-22 tahun tu. Ye. Masa tu paling2 tidak SMS je yg ada. Yg paling glamer pun chatting la. Ada geng #kampung la. Hapa la. Pastu tanya ASL please. Igt tanya ASAL. Rupanya Age, Sex n Live. Haha.)

“Kemudahan mengakses internet tanpa had turut mengubah pola sosial daripada golongan yang menetapkan fokus berdasarkan apa dilihat serta dialami kepada individu yang mengejar nama melalui cerita kontroversi selain suka menghimpit selebriti ternama untuk dijadikan teman,” katanya.

Beliau berkata, anak muda masa lampau mencari kualiti dalam persahabatan lalu selesa bergaul dalam kelompok kecil iaitu sekurang-kurangnya tujuh orang.
“Namun, generasi kini sedaya-upaya meluaskan rangkaian sahabat mereka dengan menyertai pelbagai laman sosial.

“Golongan digelar ‘generasi strategik’ ini mempunyai keupayaan memiliki identiti berbilang, memanfaatkan persahabatan dengan golongan berpengaruh untuk kepentingan diri selain berdaya menyingkirkan individu yang tidak sehaluan dengan mereka,” katanya.
(tu tak masuk lagi tgk pada bahasa yg digunakan. Aku kadang anak2 buah aku SMS, sumpah aku tak paham keseluruhan word dia tulis tu. Kena bc byk kali baru la ohh... buat jd bt [aku igt batu] Aku jd AQ. Dan memacam lagi lah. Amenda la tah. Antara SMS anak buah yg aku ada simpan - x pe arr. soq Ia - berkali2 aku nak phm sbb ada 'Ia' tu. Rupanya dia nak tulis LA kot. Ke YA. Tah. Tak reti. Esok jadi SOQ. Apa kalo short form pun tak bleh tulis SOK je ke. Kenapa harus K jadi Q plak. I jadi L. Haiiihh... tolong la oi anak anak....)

McCaughan berkata, kegilaan melampau terhadap teknologi serta laman sosial bukan saja melenyapkan sanjungan anak muda terhadap ikon berjasa dunia seperti Bill Gates, Mahatma Gandhi dan Elbert Eisntein serta digantikan dengan keterujaan terhadap idola baru, Angelina Jolie, malah menghasilkan struktur jenama baru.

Sumber : Berita harian - Sabtu - 25 Jun 2011

*utk anak remaja mungkin derang rela hilang bau, tp kot utk kita yg da 'remaja tua' ni mmg la tak rela. Ate giler ko takde idung. Haih.

2 comments:

ejaMaria said...

oh... aku tak nak kehilangan apa-apa deria walaupun duduk dlm zaman teknologi... tak sanggup... selain bau duyan... bau pokok bunga pun best tau... lagi-lagi la pokok sundal malam... ;p

puanstoberi said...

tu la pasal.
Maknanya bebudak ni rasa ada bau ke takde bau ke takpe. Maknanya derang tak kesah la idung takde.
Haih.

Err..takut woh bau sundal malam tu. Teehee