Tuesday, March 16, 2010

~PnStoberi gi Melaka~

Atas urusan kerja.
Bukan p bercuti.
Kerap lah gi otsetesen [hancus bahasa] Melaka nih.
Asal gi Melaka je aku, asal aku je gi Melaka. Ha. Gitu.

Tp..tidak mengapa. Aku sokaa ajerk.
Sbbnya....
Aku pernah menumpang di bumi Hang Tuah itu selama 5 tahun.
Menimba ilmu di situ. Owh.. Miss u so much UiTM Londu!!

http://www.abuseman.com.my/pendidikan.htm

Aku google gmbr ini sedaya upaya sbb skang keadaan hdpn ni sudah berubah. Ada mcm tangga tradisi umah Melaka tu. Udah cantik. Tp masa aku duk kat situ, gitu lah gayanya. Ada gmbr aku kat dpn pintu masuk tu. Tp idak la aku rajin nak men scan bagai. Bia situ dia duk dediam dlm album.

Kalo gi Melaka je haros aku nak pi Alor Gajah. Lagi pun mmg cawangan kiterang kat situ.
Hehe. Nostalgic lah kalo p pekan AG tu. Skang ada KFC dah..dulu kalo nak makan KFC nun kena pi Masjid Tanah. Lps tu tau jelah KFC pekan kecik2 ni, ayam dia pun kecik je. Tak pun kalo da kuar bandar tu, makan KFC kat MP lah [ceaa.. MP katanya..Mahkota Parade lah]. Masa tu manade kebesaran lain da kat Melaka tu. Gi Banda Melaka yg ada The Store tu then Banda Hilir. Haishh.. memori tul kalo ingat.

Masa dip mmg kemana2 gi naik bas lah. Sanggup tu tukar bas 2,3 kali nak p Bandar Hilir tu. Aku mmg sker outing dan peneman setia ialah Juwita. Tp kami idak la minat main bowling ke tgk wayang ke. Just outing window shopping. Selain tu kdg pi Jusco Ayer Keroh.

Tp bila wat degree n final sem tu ku sudah ada boipren yg ber kereta. Cecewah.. Haha. So, mcm berlagak namo naik bas dah. Gi memana pun naik kereta lah. Bes bila ada bf berkereta ni sbb masa degree kiterang duk umah sewa kat taman..taman..udah lupa la plak nama taman tu. Ha..Taman Dimensi. Dkt je. Jalan kaki je pi kelas. Tp kalo kelas kul 2 tu kan panas thp berpeluh tiak kan..so, bila time aku mengadas tu suh la bf aku amik. Hikss...Lepas tu pulak guard situ tegas amat. Tak buleh naik keta ber2 laki pompuan je. Pehtu ada sekali tu kena tahan.. pehtu bf aku sound balik guard tu 'abis..takkan saya nak bawak 1 kelas dlm keta nih'. Hehe. Guard UiTM ni mmg ada kuasa beso la kan nak tahan2 org nih. Salah je.."saman". Penah gak aku n bf aku tu kena tegur sbb duk sebelah menyebelah dlm library. Sehhh..org nak blaja lah..bkn nak buat apa2. Ceh.Ceh. Ceh!

Lepas tu da blaja2 kat library sambung lak belaja kat pantai Klebang tu. Eh..ye ke..bukan. Bukan.. kat Pengkalan Balak. Tp ye ke belajar. Nan ado..duk tgk matahari terbenam. Giler.. tp situ aku mmg tak pegi dah la. Eh. Ada skali. Masa tu ngan adik2 porem mesra aku. Thiaki, Ani n apa tah nama lagi sorang tu.


http://www.mkstreet.com/2009_04_01_archive.html

Ini la mercu tanda Alor Gajah. Kat keris ni aku penah bergambar ni. Dulu kat situ siap ada mini zoo. Ada la burung merak seko 2. Ke skang ni pun ada lagik zoo mini tu.

Dulu kalo pi Alor Gajah tu..abis kelas kul 12 slalu pi makan nasik ayam Nadia. Tatau la kedai tu ada dak lagi sbb tadi aku tak lalu dpn tu. Kedai dia kecik je. Dpn stesen bas. Sedap nasik ayam dia. Itu pun time menumpang keto bf aku tu lah. Ajak suma osmet2 ku lain. Hik hik. Bekpas pun kadang pi Alor Gajah jugak. Dkt dgn post opis tu. Makan roti canai. Heii...syok ah bila pikir balik. Tu yg aku suka je tu kalo nak p Melaka. Mmg memorial lah kata org.

Tp dulu..masa blaja dulu kan..kalo da kuar Hway Simpang Ampat tu..mmg da terbau je UiTM tu..rasa malas giler nak balik. Tambah lagik masa dip [yelah..ms degree kan da ada sumber semangat katanya..masa dip sumber semangat aku kat KL..so..mmg tak sker la nak balik Melaka].

Skang ni kalo kuar je hway tu macam ada satu "perasaan" lain. Entah..tatau nak describe cemana, tp aku tau korang2 pun sama camtu. Mesti tetiba feeling mcm dalam ati ada taman {kuii..ini ayat che sue slalu guna nih}

Byk lagi memori kat Melaka nih. Yelah 5 thn kan. Dulu aku rasa Melaka tu jauhhhhhhh sangat dari Perak. Tp bila da duk situ..Eh. Mcm dekat. Siap leh balik ttiap bulan tu. Hehe. Nati lenkali aku citer lagik.

Aku rindu lah zaman belajar tu. Rindu sesangat. Rindu keadaan duduk blok Balqis tu. Rindu time belajar kat library. Rindu masa dating-dating tu. Hahahahhaa.. takde lah..sesekali tu tingat tak ngapa la kan. Lagipun bf aku tu pun dah jadi ex aku skang kan. Masih keep in touch. Masih jadi kawan. Tkde masalah [ya..aku takde masalah berkawan dgn suma ex aku]. Dia pun da ada family sendiri. So..takde la apa pun. Cuma..kadang kalo da pegi tpt2 memorable tu dia otomatik la tingat kan. Tskkk.. hik hik hik.

PnStoberi : sempat beli gula melaka..buleh buat cendol cam kat blog maria tu. Ngeh. Ngeh. Ngeh

2 comments:

Unknown said...

rindunye nk ke melaka.. kenangan tk penah padam & luput dari ingatan..

masa dip ke atau masa degree, dua2 best. ko hingat tk masa kelas arab aku duk sebelah ko pastu bleh ko melukis ke melakar baju kebaya ke baju hapa ntah sempena utk hari raya.. ngalah budak art design tu.. masih ku hingat kejadian itu.

pastu ada seperkara lagi yg aku ingat, kalo kelas kul 8 pagi aku dgn ida kan selalu kuar rmh awal, maklum tkde drebar..(ekeke..) pastu ko bleh berdiri di tingkap bilik ko smbil sikat2 rambut & ko akan jerit.. "weh apa gi kelas subuh2 sepi'iii nie.!!".. ekeke..sabo je lah.

kenangan manis.. kenangan manis..
:))))

puanstoberi said...

ZATUL,
tu la tu..bila kita nak plan2 cuti2 kat melaka nih. Sure ter kekek2 golak sbb byk menda melucukan dari aku ni ha kan..dgn skirt pendek kanak2 riang tu kan..ingat tak??? yg zuraida kata aku budak kecik main pasir tu. Hahah.

Tp sumpah weh aku tk ingat yg lukis2 baju kebaya tu. Hahahah. Ada ek?? Giler kan aku ni. Aku kalo kelas ptg sure aku menyampah dan sanggup ponteng. Ekekekek