Thursday, March 25, 2010

~Gemuk dan Gendut~

Skang ni mcm mula nak amik berat pasal apa yg dimakan. So, td gugel la pasal pemakanan. So, terjumpa web ini - health
Jumpa soklan mcm bes..so..amik tempek sini utk dikongsi bersama :

Saya ingin bertanyakan beberapa soalan mengenai gemuk dan gendut selepas berkahwin. Kenapa ia berlaku?

* Apakah ia merupakan keadaan semula jadi yang berlaku selepas seseorang itu berumah tangga?
* Adakah tabiat pemakanan rakyat Malaysia menjadi penyebab utama?
* Kenapa?
* Bagaimana dengan aktiviti seks? Adakah ia juga boleh dikatakan sebagai penyebab kegemukan dan gendut?
* Secara kasar, seseorang itu akan mengalami peningkatan berat badan. Peningkatan biasa
* Kenapa wanita selepas melahirkan anak akan menjadi gemuk?
* Apakah kurang mengamalkan gaya hidup sihat menyebabkan tubuh badan mereka membesar?
* Bagaimanakah mengekalkan bentuk badan ideal?

Jawapan

i. Perkahwinan bukan penyebab kenaikan berat badan. Bagi seorang dewasa, kenaikan berat badan selepas berkahwin bukanlah fenomena semula jadi. Kenaikan berat badan adalah akibat kurang aktiviti fizikal dan berlebihan makan.
Komen penulis : owh..bagi suami ini tandanya isteri rajin memasak..awwww

ii. Penyebab utama kegemukan di kalangan orang dewasa di Malaysia ialah 3 perkara iaitu

* Tahap aktiviti fizikal yang rendah
* Makan berlebihan
* Banyak makan makanan yang bergoreng atau berlemak.

Komen penulis : ya..saya akui..

iii. Kajian di Malaysia mendapati ramai orang dewasa yang tidak aktif dan cergas. Banyak masa diluangkan untuk menonton televisyen dan kerja harian yang dilakukan tidak banyak menggunakan tenaga seperti kerja pejabat, komputer serta kegunaan kereta untuk perjalanan. Oleh yang demikian, keperluan tenaga seseorang itu adalah rendah tetapi pada masa yang sama memakan makanan yang lebih daripada yang diperlukan. Apabila pengambilan tenaga adalah lebih tinggi daripada yang diperlukan, tubuh akan menyimpan tenaga yang berlebihan itu sebagai lemak dan berat badan akan meningkat.

Komen penulis : Pinjam sore upin ipin - betul! betul! betul!

iv. Tiada kajian saintifik yang mengaitkan aktiviti seks dengan kegemukan. Malah ada kajian yang menunjukkan aktiviti seks adalah satu aktiviti fizikal yang boleh membakar tenaga.

Komen penulis : upssss....ter lebey suda..hik hik

v. Bagi orang dewasa yang sudah mencapai berat badan normal (ideal) tidak harus ada peningkatan berat badan. Peningkatan berat badan akan meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.

Komen penulis : ok..sy akan sedaya upaya mengekal berat badan sy ini.

vi. Ada beberapa sebab mengapa wanita selepas melahirkan anak menjadi gemuk. Wanita semasa hamil akan meningkat berat badan secara semula jadi. Ini adalah kerana semasa hamil terjadinya perubahan hormon yang menyebabkan badan mengumpul lemak dan air.Lemak yang dikumpulkan ini akan digunakan untuk membuat susu ibu selepas melahirkan anak. Salah satu sebab mengapa wanita menjadi gemuk selepas melahirkan anak ialah kerana tidak menyusukan anak dengan susu ibu. Jika wanita tidak menyusu, lemak yang disimpan semasa hamil tidak akan digunakan untuk membuat susu dan akan terus terkumpul di dalam badan. Sebab kedua ialah mungkin wanita selepas melahirkan anak tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang dan tidak meningkatkan aktiviti fizikalnya.

Komen penulis : KIV utk digunakan apabila telah tiba masanya.

vii.Kurang mengamalkan gaya hidup sihat adalah di antara sebab utama badan menjadi gemuk. Gaya hidup sihat termasuk menjaga pemakanan, hidup secara aktif, memiliki kesihatan mental yang sihat dan tidak merokok.

Komen penulis : No komen!

viii. Bagi mengekalkan berat badan, seorang itu hendaklah memakan pelbagai jenis makanan. Jangan makan terlalu banyak makanan berkalori tinggi. Kuantiti makanan seperti nasi hendaklah mengikut keperluan. Kurangkan makan makanan bergoreng dan berminyak dan gantikan minuman manis dengan yang kurang manis seperti air kosong dan jus. Puan juga harus jaga waktu makan iaitu makan mengikut waktu tetapi jangan makan terlalu banyak pada setiap waktu makan. Di antara waktu makan utama, makan buah sebagai snek. Elakkan daripada meninggalkan waktu makan untuk berdiet kerana jika tinggalkan satu waktu makan, anda akan merasa terlalu lapar pada waktu makan yang seterusnya dan anda berpotensi untuk makan berlebihan.

Komen penulis : sedang berusaha menjaga pemakanan pada masa ini.

Selain daripada menjaga pemakanan, aktiviti fizikal juga perlu ditingkatkan. Jadikan hidup anda lebih aktif pada setiap hari dengan melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari seperti menaiki tangga, berkebun, mengemas rumah dan yang seumpama dengannya. Aktiviti ini boleh dilakukan secara berterusan atau terkumpul iaitu 10 minit setiap sesi sehingga mencapai jumlah 30 minit. Disamping itu lakukan senaman jenis berintensiti sederhana atau tinggi sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Sekiranya anda melakukan senaman berintensiti sederhana seperti berjalan cepat, berbasikal atau bermain badminton ianya perlu dilakukan sekurang-kurangnya 45 hingga 60 minit pada setiap hari. Badan perlu direhatkan beberapa hari dalam seminggu sekiranya anda melakukan senaman berintensiti tinggi seperti berlari dan bersenamrobik.

Komen penulis : ok..sok naik tangga k. hahaha..iyo lah tu..hiks hiksss

2 comments:

azeul said...

huhuhu..naik tangga..iyolah..

boleh tahan..semigu je kot :P

puanstoberi said...

ah ko..tak bg semangat langsung ke kak long tauuu...!!