Sunday, March 28, 2010

~Mansion di atas kayangan: Am~

Ini sebenarnya tidak berkenaan dgn mansion aku lah.
Ini just info-sharing is caring.
Dapat dr paper last week-Saturday.
Bagus juga utk dikongsi-kongsi kan.

Tajuk dia adalah - Miliki Rumah Impian - Jangan buang masa terlalu lama memilih.
Blur plak hai gmbr aku amik nih.
Ok, aku ringkaskan la apa dia tulis tu.

Katanya harga rumah esp kat Lembah Klang ni makin hari makin meningkat sbb peningkatan pada kos bahan binaan,pembinaan dan upah pekerja.
Lepas tu dia kata, pernah tak kita terpikir yg harga rumah kekal jika dibeli 20thn yg lalu [tentu lah tidak bukan??] dan utk 20thn akan dtg adakah harga sama pada yg ditawarkan hari ni [juga tentu lah tidak bukan??].
So, dia kata ini lah menunjukkan bahawa apa pun keadaannya, janganlah menunggu masa bertahun2 akan datang sebelum mengambil keputusan utk memiliki rumah sendiri. Ini kerana dari bulan ke bulan, tahun ke tahun perbezaan harga rumah jadi lebih ketara.
Katanya lagi, harga rumah akan terus meningkat, apatah lagi jika di kawasan pesat membangun, dan amat menguntungkan kerana pada masa dpn nilainya pasti melambung tinggi
[ya..penting tgk lokasi sbb ada lokasi yg tidak memberangsangkan mcm umah my dear beli tu..siannn dia duk bayar je. Tkde org duduk, tk disewakan pun. Tp tatau la lps PM pegi retu dia jadi ok..lps tu plak mansion yg aku bli skang ni anggaran bila aku da abih bayar adalah buleh naik smpai half million..or mungkin lebih. Itu umah takde tanah..apatah lagi umah bertanah kan].
So, dia bagi tip2 membeli rumah impian.

a) Selak dan perhatikan iklan rumah serta jangan lupa cari maklumat mengenai kawasan perumahan yang dipilih di internet.

b) Perhatikan harga yang ditawarkan, lokasi dan kelebihan samada dari aspek komersial dan prasarana. Kena juga amik kira apakah laluan yg bakal digunakan untuk ke tpt kerja. Kalo KL ni kan suma tpt jem..so, try la tgk samada laluan2 yg buleh digunakan [ok..ada tips dari my pren-Hana. Dia kata kalo nak tgk tpt tu jem ke tak..ko kena amik cuti satu hari. So, pepagi tu try amik satu jalan yg menghala ke opis. Tgk jem ke tak..amik masa..then balik umah..kuar lak ptg kang. Tgk berapa lama kita leh smpai ke umah].

c) Buat perbandingan harga dan keluasan kediaman yang ditawarkan. Then buleh bawak family utk tgk kesesuaian umah tu. Yelah..bkn kita nak dok sorang2 dlm umah tu kan. Contoh walo mak kita kat kg kan..kena la tnya juga..buatnya kita nak beli umah kat tingkat 12, skali mak kita ni gayat orgnya..ha..kan..mau dia taknak ke umah kita nati..kita gak yg kecik ati [aku retu tnya jugak..then mak aku kata amik tgkt rendah2 suda..kalo buleh tgkt 1 pun tkpe. Hehe. Tp aku nak la juga ada view2 sket kan..so amik tgkt 3A [umah developer cino mmg takdo la tingkat ompek]

d) Dptkan maklumat mengenai kejiranan & keselamatan. Kat mana ada tadika, sekolah, surau dll lah.

e)Selepas segala-galanya selesai buleh la contact ejen hartanah dan buleh tawar menawar. Mungkin pemilik boleh nak bagi diskaun ke apa ke [ok..ini utk umah 2nd la kan]

f) Sekiranya umah baru [yg bakal dibina], pastikan pemaju yg berwibawa dan tidak ada sejarah pembinaan terbengkalai atau projek yg tidak memuaskan.

Itu lah yg dikatakannya. Mungkin boleh dijadikan panduan pada sesapa yg ingin membeli rumah. Aku dpt suma ni dari artikel 1klassifieds kat berita harian [Sabtu,20 Mac 2010]. Boleh juga tgk kat laman sesawang dia. Hehe - www.1k.com.my.

So, sapa nak beli umah tu..cpt2..buat tindakan dari sekarang sbb umah makin hari makin tinggi nilainya. Me myself pun da terasa rugi kerana lambat membuat keputusan untuk beli rumah. Tskkk..tp takpe lah..biar lambat asal selamat. Ngehh.. [err...relevan kah peribahasa tersebut??]

PnStoberi : da tgkt berapa da yer umah aku tu?? hehehehe

No comments: