Thursday, December 31, 2009

~Pnstoberi dan Cafe nye~


Ini cafe Pnstoberi.
Cafe ini namanya Cho Cho Cafe.
Kenapa Cho Cho.
Sbb Pnstoberi susun meja dan kerusi tu mcm kat cho cho train.
Hehe.

Kenapa perlu susun mcm tu.
Sbb nati buzz rating naik cpt.
Kalo susunan cafe kita kemas dan senang pelayan2 cafe tu nak anta makanan buzz rating kita naik.
Bila buzz rating kita naik, ramai yg makan cafe kita. Bila ramai yg makan nati cpt la naik kita nyer CP [cafe points] dan CC [cafe coins]. Buzz rating itu boleh naik smpai ratus2. Aku tak sker kalo buzz rating itu hanya tinggal 50.0 ke bawah. Tak suka. Pada aku 50.0 adalah markah cukup2 makan. Aku sker markah A iaitu 80.0 ke atas shj. Jadi utk memastikan markah buzz rating itu sentiasa A maka susunan cafe aku adalah statik shj. Tak mengapa sbb aku sokaaa. Haha.

Ok.
Aku mmg sudah naik antu dgn cafe ini.
Mlm je mesti masak2, masak2.
Bila balik opis je mesti bukak laptop dan aku paling sker tgk makanan tu da masak atas stove n berkilau2. Lepas tu kan kalo bukak je trus dia kata :
Cho Cho Cafe
Welcome Back.
While you were gone
You made 56,+++ coins [pencapaian takat ini lah sbb aku baru level 33, kadang dlm 33k,22k]
Owh. Mmg aku sokaaa.

Aku ada try gak main Yoville, Petville n FishVille.
Tp semua tu tak best lah. Eh. Farmville pun ada. Smpai mati lah pokok2 tanaman aku [bes sbb buleh tanam stoberi je..lain tak bes ah. Pehapa je ada lembu ilang lah, ayam turkey ilanglah].
Jadi lelain tu mmg aku tak jenguk lah. Sapa nak jd neber tu aku approve je sbb aku tau nati korang leh besarkan ladang kalo ada jiran ramai kan.

Kadang2 kan, kalo tghari cuti, tgh nak masak lunch pun aku leh berlari2 tgk masakan aku da masak ke belum. Kadang2 aku suruh my dear je tgk kan da masak ke belum. Hoho. Mmg aku da addict mainan cafe world ni wes. Cemana??

Skang ni aku tgh berhempas pulas nak naik smpai level 40. Target dlm masa seminggu je. Haha. Gilos..main ni pun nak bertarget2 bagai. Mesti la kan. Dan aku nak simpan smpai 500k. Retu aku da simpan smpai 400k. Aku extendkan cafe aku. Skang nak simpan balik. Pehtu baru nak renovate cafe itu. Haha. Atau simpan je smpai 1 juta kan. Lepas tu baru bangan jadi org kaya ada duit juta2.

Haha. Dah.

Eh. Bkn kata tadi da buat entry terakhir utk thn nih. Haha. Lantak pi lah.

~Sambutan 2010 Pnstoberi~

Sana sini org ckp selamat tahun baru 2010.
Kat fesbuk pun suma org update status dgn perihal yg sama.
Aku pun nak sibuk la gak. Nak update citer sambutan tahun baru nih kan.

Thn ni rasa mcm nak tgk gak la bunga api.
Kat mana yer. Samada di Dataran or KLCC [eh. ada ke kat KLCC ah?]
Tp nak gi cenggana nyer. Saat ni jam 8.30pm aku masih mem blog ah. Ah. Lantok..bkn jauh pun. Naik tren sajork.. ada tren baru 4 gerabak katanya kan. Penuh gak ke? Kalo nak pi pun, dlm kul 10 kang kuar la.

Dulu aku penah celebrate, eh bkn la celebrate sgt pun cuma gi tgk bunga api je. Sekali kat KLCC, tp aku tk ingat masa tu new year ke merdeka ke tah. Dlm thn 2005 or 2006 camtu. Ngan Elly osmet aku tu. Seronok gak bunga api berdentum dentam atas kepala kan. Tp kan masa tu aku mmg feel lonely lah. Mandom sungguh rasanya. Masa tu nak bg wish hepi new year [ke merdeka ke tah] tp tatau kat sapa. Aku tau la leh je bagi sesapa, tp aku nak bg kat org istimewa. Tp masa tu aku takde sesapa yg istimewa. Masa tu baru clash ngan incik A tu. Ha..rasa mcm down giler. Tp Elly pun masa tu dia da ada bf tp masa tu bf dia tak join k'org. Yg pegi aku, dia n adik dia.
Tp yg paling lawak adalah balik kena jalan kaki. Huhu. Seb bek la buleh dikirakan dekat je KLCC tu ngan umah aku. Rasa ada aku tulis kat blog lama dulu. Tp ada rajin ke aku nak selak2 balik. Kuasaaa... Masa tu nak naik tren balik, tp tak buleh nak masuk tpt lrt tu. Ha..sudahnya jalan kaki. Jumpa bebudak lelaki [yg buleh dipercayai lah. Mcm bebudak form 2, form3 tu kan] tanya derang nak kemana then derang pun nak balik umah k'org follow la derang dari belakang. Siap panjat jematan kat jalan Tun Razak tu. Haishh..tu kalo napak kat org tv3 tu haros masuk 360 kami ni kata anak2 muda yg berkeliaran di malam tahun baru [or malam merdeka].

Gitu gak tahun 2007. Ha..ini aku ingat ni. Ini bukan New Year tp ari Merdeka. Tp takpe. Aku mao citer gak sbb kesnya adalah utk tgk bunga api. Ceee, pegi tu ok je la naik tren kan. Smooth je. Aku ngan Wani [juga osmet ketika itu] then jumpa Fida n akak dia kat stesen lrt. Dan umat memang meramai la kat Dataran tu. Dah la bunga api dlm kul 12 lebey baru dia nak meletupkan. Haiya..Pehtu kejadian yg sama gak berlaku iaitu tak buleh nak masuk stesen. Jadinya, kami berjalan kaki jugak. Haha. Ini lagi gigih la sbb lagi jauh dr KLCC nun. Balik tu leh lak singgah beli nasik goreng. Lapar. Makan dulu baru tido. Pehtu bangun pagi esuknya udah merangkak keluar bilik sbb rasa nak tercabut kepala lutut.

So..mau kemana tahun nih?? KLCC or Dataran?? Dan kalo nak pegi kena la bersedia mental dan fizikal utk balik jalan kaki. Tp kan aku tingin gak nak tgk view dari bukit Permai ke jalan yg nak pi ulu yam tu ke [tah, apa nama tpt tu tah]. Yg buleh napak KL tu kan. MEsti cantik... tp tu lah, mesti da penuh keta tepi2 lereng bukit tu.

Ramai yg kata duk umah sudah. Hehe. Ok gak tu. Bkn tak dgr pun dentum dentam bunga api tu kan. Tp tak napak pun bunga api sbb ada bangunan da halang dpn umah aku. Kalo takde bangunan AMBANK tu confirm clear dan takde kemana la aku.

Oh. Mlm [pagi] ni juga ada kejadian gerhana bulan separa dlm kul 2 pagi kan. Ada majlis solat sunat di Masjid Negara. Emm..seswai la tu kan. Kat Dataran riuh rendah konsert, pehtu buleh la pi trus Masjid Negara. Tp nati mesti ada la artikel2 yg membezakan keadaan2 nih. Huhu. Udah2 la tu. Sendiri Mau Ingat sudah.

Aku nak pegi ni pun sementara kami2 ni masih takde anak. Kalo da anak, harap2 takde la aku menggatal nak pegi gak. Rasa kalo kami pegi kali ni lebih selesa sbb kami dah kawen kan, tkde la mcm takut2 nak balik lambat, takut2 nak kesana sini. Kalo ada polis tahan sbb berdua2an ke kan, tempekkan je N-kad kami tu [itu my dear kata ha..slalu ckp mcm tu kalo napak polis kat taman ke kalo k'org duk berdua. Ceaaa..berlagak la kan sbb da ada N-Kad tu] Tu lah..terpulang pada memasing cemna nak sambut.

Oklah. Nak carik makanan lah. Kalo nak kuar pun makan sesiap. Kalo aku pi kang esuk update citer dan keadaan kat sana plak yer. Ok. Selamat Tahun Baru. Bye Bye 2009 [mebi entry terakhir thn ini..huhu]

~Pnstoberi Busy La~

Di akhir2 thn ni aku punya la rasa mcm "sempit" jer.
Paham tak "sempit"
Yelah, suma keja mcm nak kena settle before 1st Jan Two O One O nih.
Oh! Sungguh la rasa kelam kabut.
Sbb keja2 ni gak aku tak buleh cuti. Sakitttttt ati

Ok. Tk buleh cuti takpe.
Nxt mth aku mao gi jalan2 kat Genting Highland [err..asal bulan 1 je nak naik Genting, apa kes]
Takmo main2 mendalah out ke in door tu.
Mao naik then tido kat hotel je.
Haha.

Err..kawan gchat sehari2 aku da msg tanya mana aku menghilang 1,2 ari nih.
Hehe.
Aku tak ilang lah. Cuma aku tak on gmail je sbb aku agak bz.
Dan aku sedikit miserable nih.

Ni aku listkan kenapa miserable sgt nih.

-Hp aku buat hal lagik. Aku leh bc SMS, leh terima call, tp aku tak leh wat call and button utk option suma tak leh tekan. Pastu bila aku nak msg aku kena berhati2 sbb kalo salah button C tak boleh tekan. Kerosakan ni aku rasa berpunca dari mendalah kat keypad dalam tu da koyak. Ini diakui oleh adik faizullah aku sbb dia pun retu rosak camtu gak. Pehtu dia gi baiki kena RM90. Waaa..ini masih ada warranty, tp aku tak pasti dia cover ke tak sbb ini adalah sebhgn spare part. Sakitttt atiii!

-S n P umah aku da siap. Tp aku takleh pikir nak pegi ke developer opiss tuh sbb aku nak clear kan suma keja2 opis nih. Tgk la sok aku call or walk in trus ke Sentul sana.

-Keja2 byk tertangguh nih. Tk dpt jugak abis kan dlm thn 2009 nih. Rasa mcm ada yg tak kena je.

-LPNT tak siap lagik.

-Nxt mth udah kena renew road tax. Ingat nak guna MYEG je. Tp tah pehapa je aku tgk. Isk.. miserable.

-Dah la..my dear da call. Nak balik dah. Smbg kat umah nati.

Shah, moga ini menjawab persoalan ko.

Ok suma, again aku ucapkan selamat tahun baru k. Nak countdown kat mana tah??

Pnstoberi : tak terasa pantas masa berlalu

Wednesday, December 30, 2009

~Pnstoberi tetiba emo!~

Entry ni aku buat sebaik sj aku tgk Buletin Utama.
Kes buang bayi yang semakin menjadi2.
Kelmarin dlm paper baca pasal org jumpa bayi tersangkut pada sungai.
Sblm tu kat kawasan air terjun [ini kan aku macam terbayang2 lagik sbb dlm gmbr tu tunjuk bebtul bb tu dok tersangkut kat batu2 sungai tu.Smpai org yg jumpa tu ingat bangkai ayam].
Td ni aku dgr 2 kes sekaligus.
Satu kat toilet kilang kat Pulau Pinang, satu lagi tpt pembuangan smpah kat Ipoh.

Bodoh! Bangang! Setan! Hamjadah! Ha..aku tatau la nak ucapkan apa lagi pada org cenggini.

Cenggana derang tergamak buang anak mcm buang sampah je.
Aku nak buang sampah pun berkali2 check samada sampah tu berguna ke tidak.
Ini selamba je..beranak dlm jamban pastu flush.
Woi..apa punya manusia la cam gini. Org cam gini kan, kalo jumpa cuba kita letak muka dia kat lubang jamban tu pastu flush. Amacam?? seronok.?

Dulu aku dgr berita mcm ni mmg aku geram, tp dgn status dan keadaan aku skang ni, aku dgr, aku baca kes mcm ni mmg jadi double geram sbb aku tahu betapa seksa dan sukarnya kita nak dptkan anak. Nak ngadap manusia2 yg asik bertanyakan kita bila nak beranak, yg anggap kita mcm manusia luar biasa, nak pikirkan apakah penyebabnya tak boleh mengandung, nak pikirkan makanan apa yg patut dimakan. Eish..bukan senang lah.

Satu lagi bila kat jalanraya tu. Kalo tgk guardian2 bebudak ni [tak kira la mak dia ke akak ke whosoever la kan] letak budak tu belah yg keta lalu lalang. AKu cukup la risau. Plak tu kadang pegang pun nak taknak je, ada yg langsung tak pegang. Eii..tak sayang anak ke korang??

Oh. Ada satu lagi. Bawak moto smbil pegang anak sebelah tgn. Woii..aku ngeri dan ngilu tgk nyer. Cuba kalo ter sungging la moto tu..budak tu la akan jatuh dulu. Apa la tak buleh nak fikir nih. Haaaaa...

Tp aku paling sakit ati bila dgr berita buang baby tu la. Kalo la taknak anak tu ko pi la letak kat umah anak yatim. Tp ye lah, yg dibuang tu pun biasanya anak yg diperolehi dgn jalan tak sah [tu pelik tu..kalo yg haram senang je lekatnya, sekali main je trus jalan] kang kalo nak beranak kat spital da jadi masalah, pehtu kalo nak letak kat umah anak yatim ke apa ke mesti la derang kena soal siasat, so yg paling mudah dlm palotak yg bengong tu adalah buang! buang! buang!. Ha..elok la tu..mmg korang ngadap mimpi ngeri lah pastu. Ada bb yg dtg kat korang, kepala berdarah2, mata berdarah2 smbil tu panggil "mama..mama" atau pun ada banyak bb merangkak2, tarik kaki tangan korang lepas tu campak dlm lubang sampah. Lepas tu seumur idup korang diganggu dgn mimpi camtu smpai korang jadi giler. Haa... aku sudah terpikir mcm citer Mastika plak.

Haishhh..emo ni. Emo!.

Pnstoberi : Petunjuk dunia akhir zaman

Tuesday, December 29, 2009

~Pnstoberi, Chipmunks & Chipettes~

Sungguh comey tau bebudak 6 eko nih. Geram..rasa nak cubit2 jek.
Aku gi tgk citer bebudak comey ni ari Sabtu lepas.
Tk plan pun nak tgk. Tp ada cerita di sebaliknya yg buat aku tgk gak citer ini. [Cerita disebalik tu akan diceritakan pada entry akan dtg]
Aku bwk sekali anak buah aku si Fatin tu. Dia ok je ngikut Ucu dan Paksu dia. Tp abang2 dia suma da takmo ikut. Maklumlah da beso katanya kan. Haha.



Synopsis: In the "Alvin And The Chipmunks 2: The Squeakuel", pop sensations Alvin, Simon and Theodore end up in the care of Dave Seville's twenty-something nephew Toby (Zachary Levi). The boys must put aside music superstardom to return to school, and are tasked with saving the school's music program by winning the US$25,000 prize in a battle of the bands. But the Chipmunks unexpectedly meet their match in three singing chipmunks known as "The Chipettes" - Brittany, Eleanor and Jeanette. Romantic and musical sparks are ignited when the Chipmunks and Chipettes square off.

Tp..walo tak plan nak tgk..tp tgk citer ni pun adalah berbaloi2. Terutama yg kecik debab nama Eleanor. Eiii..esp masa dia pakai heel tuh. Si Fatin tu pun kata "Ucu..comey je dia ucu" Hiksss....
Tp kan. Aku ttiba mcm ilang ingatan pasal Alvin n Chipmunks yg 1st dulu. Aku tgk ngan sapa ah?? Dee..adakah kita tgk bersama?? Dgn my dear?? rasa mcm bukan sbb citer ni tak silap aku dlm thn 2006 ke 2007 ke. Tak kawan lagik ngan dia masa tu. Ngan sapa eh' Iskkk..ilang ingatan lah. Ke aku tak tgk. Hoho.

Eleanor yg cute mute. Eh. Apsal mekdi takde buat collection patung2 chipmunks, chippette ni ah. Kalo ada kompom aku pilih ini budak..Hoho..

Sunday, December 27, 2009

~PnStoberi dan Azam 2010~

Ops. Sblm tu.
Kan slalu title aku ada bermula dgn "Aku dan bla bla bla"
Tp smlm aku jalan2 di alam maya ni, terjumpa satu blog.
Dia buat title mcm tu gak.
"Aku dan bla bla bla"
Jadi walo aku tak penah tgk blog dia sblm ni, aku takmo la dikatakan meniru dia plak.
Dan walo aku tak tiru dia, aku takmo la menda yg sama ada dlm blog aku.
Tk suka okeh ada sama2 nih.
So, aku tukar la title tu.
Skang guna "PnStoberi dan bla bla bla"
Tatau la plak kut ada gak org nama Pnstoberi dlm blog nya jugak kan.

So, back to d topic.

Dlm bhsa omputih AZAM juga dikenali resolution. Ini maksud dia dlm wikipedia :
A New Year's resolution is a commitment that an individual makes to a project or the reforming of a habit, often a lifestyle change that is generally interpreted as advantageous.

So, kat sini aku dpt simpulkan yg azam ni berkait dgn :
  • komitmen
  • reforming habit
  • perubahan gayahidup
Tp secara simple mimple nyer azam adalah perubahan dari yg tak baik kepada baik atau dari yg baik kepada lebih baik.
Azam biasanya mmg org buat pada awal thn. But then patut tak perlu awal tahun, bebila pun kita buleh buat azam ni. Tp da popular setiap awal thn lah. Sbb macam buka buku baru, buka diari baru kan.

Slalu aku malas nak berazam2 bagai nih. Kadang tu terlupa dah azam yg dibuat awal thn tu. Tp tawon ni nak terai la berazam. Mau test try diri ini. Buleh ke mencapai azam tu.

Jadi..apa azam dan resolusi korang?? atau mungkin wishlist korang tahun 2010 nih??
Dgn ini aku mahu meng tag korang yg membaca blog ini [esp ini org --- >puan shah, che sue, puan purple, puan ita, puan zatul] utk meng list kan tak kira la azam ke wishlist ke resolusi ke utk tahun 2010 nih. Meh la kita share bersama2 dan berdoa agar azam kita ni akan dimakbulkan Allah.

Azam Pnstoberi utk tahun 2010 [igt yer, komitmen, reforming, changing].
Aku bahagikan azam ni pada 2 iaitu yg boleh dicapai dan mungkin akan tercapai.

Jadi mulakan dgn bahagian "boleh dicapai"
  1. Paling2 utama- saving - Ya, Pnstoberi kena menguatkan azam ini. Perlu, Perlu dan Perlu. Da 6 thn aku keja dan aku lebey byk berbelanja tak tentu hala dari menyimpan. Sgt sadis bila dipikirkan. So, pasni akan lebih bijak dalam berbelanja. Namo lagik berbelanja tak tentu hala sbb aku da beli rumah dan mesti byk belanja nak guna bila nak masuk umah baru tu nati.
  2. Mahu mengamalkan hidup yg sihat. Ya. Mari lah kita berlari2. Haha. Ini aku tatau la smpai bila buleh bertahan. Ni pun sbb org ingat aku da peknen. Maknanya aku adalah gemuk melampau dah la tu. So, haruslah meluangkan masa berjoging. Haha.
  3. Juga mengamalkan hidup yg sihat dgn makan makanan yg berkhasiat. Sapa yg kenal aku maka tau la cara pemakanan aku yg tak suka akan sayur. Sungguh tak berkhasiat. Mungkin kerana pemakanan jugak lah aku susah nak peknen tp senang napak mcm peknen. Kua Kua Kua.
Kemudian azam yang "mungkin akan tercapai"
p/s : azam ni mungkin takkan tercapai dlm tempoh setahun, tp ini adalah azam sepanjang idup aku..aku pastikan akan tercapai juga sedikit masa nati. Insyaallah.

  1. Further Master di UM. Aku tatau la bila la akan tercapai ni. Sebenarnya sejak masuk keja ini lah azam aku setiap tahun. Da siap d/load borang pun ada. Tp tak penah tercapai2. Sedihnya rasa. Sbb kalo aku tak sambung Master cemana aku nak jadi lecturer, cita2 idaman aku sedari dulu lagik. Waaaa...sedey..tp aku akan pastikan satu hari nati azam ni akan tercapai jugak.
  2. Bertitik tolak dari yg no. 1 tu, aku jugak mahu carik keja lain. Tp nyer..entah..mcm "gelap" je harapan. Malas nak citer panjang lah.
  3. The most important azam. Kenapa aku tak letakkan pada bhgn I, sbb ianya adalah ketentuan Allah. Kita cuma berusaha. Utk yg ni, akan ada entry khas nati [yang aku kata entry berat tu] Benarnya aku pun tatau aku nak buat ke tidak entry pasal ni sbb nati ada yg kata baru setahun kawen pun dah kecoh2. Entah. Nati lah akan dipikirkan. Azam yg satu ini aku kan berusaha juga tp Tuhan menentu segalanya.
Ok, itu je antara azam yg dpt dipikirkan. Nati kalo terpikir lagi, aku buh lagik. Selain itu aku juga berharap rumah tangga ku aman bahagia, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah.

Semoga azam dan impian ini akan tercapai. Insyaallah.

Selamat Tahun Baru semua.Pnstoberi : Sama berdoa

~Upcoming Entry~

Byk giler dlm palotak ni entry nak di buat.
Antaranya

: Entry Deco.Deco.Deco [ini berapa bulan nak buat, tak terbuat2 lagik]
: Entry jalan2 di negeri sendiri
: Entry movie chipmunks, chippette yg cumellll
: Entry pasal pemandu2 di hway
: Entry pasal azam baru
: Dan satu entry berat yg aku pun tatau nak buat entry ke tak. Ke perlu buat entry ber password ke. Sbb entry ni mempunyai kesinambungan. Kita tgk dulu.

K. Itu jelah. Jadi takde entry untuk ari ni. Nak draf dulu lah entry2 atas tu [aku mmg tak biasa wat draf2 ni sbb nati aku terlupa langsung tak buat. Tgk dulu lah]

Wednesday, December 23, 2009

~PnStoberi dan Menanam Pokok~

Wah..da menanam pokok pulak pnstoberi nih.
Haha.
Tp sungguh la. Aku rasa mcm nak bwk balik pasu la dari kg nati. Nak buh kat dpn balkoni umah aku ni ha. Wahhh..balkoni la pulekkk. Mcm dok kat kondo la nak berbalkoni bagai.

Aku ada tanam ini.

Dan ini.

Kenal tak pokok apa.

Satu tu pokok bawang.

Satu tu halia.

Tau je lah. Aku kan "rajin" memasak. Smpai tumbuh daun mendalah tu duk dlm lemari aku. Lalu aku rasa baik lah aku simpan dlm tanah. At least aku nak halia, aku korek je dr dlm pasu tu. Hehe. Tu bawang tu, daun dia tu leh gak aku buat2 tmbh dgn daun sup. Haha.
Tp tpt dia ni kecik nau. Halia adalah tumbuhan rizom [wahhh...cam belaja sains gitu] jd dia perlukan tpt yg besar utk dia berkembang biak. Manakala bawang tu..err..bawang kategori tumbuhan apa wes. Kang kentang pun aku nak simpan dlm tanah. Haha.
Tp aku rasa mcm bes je tgk dia berkembang. So, balik kg sok nak amik pasu, tanah, nak mula menanam pokok.

Jadi marilah kita bercucuk tanam.

Pnstoberi : turut menghijaukan bumi.

Tuesday, December 22, 2009

~Aku dan Kebab,Cendol,Rojak.

kredit to: http://havefoodwilltravel.files.wordpress.com/2009/10/foto-kebab.jpg

kredit to : http://chittyboy.files.wordpress.com/2008/05/nyonya-makko-cendol.jpg


kredit to : http://www.mortonfox.com/ljpics/20040131/pasembur.jpg

Haha.
Mcm mengidam kayaknya kan.
Sesuai la tu.
Udah la org speku aku peknen.
Pehtu craving memacam makanan.

Ini kejadian ari Senin.
Dah nak petang tu teringin plak kebab. Adess...
Mana nak carik kebab dol ari2 Senin yg pasar malam susah nak carik nih.
Lain lah kalo teringin kebab ari Sabtu. Sonang la. Larik je ke pasar malam jalan TAR tu kan.

Cemna lak aku leh tingin kebab.
Ha..sbb pagi tu aku ada intebiu utk penyewa2 kafe kat opis aku tu.
Aku urusetia kan. So, kena la masuk jugak.
Tetiba ada sorang tu citer dia meniaga kebab.
Udah..aku rs macam "sedapnya kebab...sedapnya kebab"
Ha..padahal aku bukan suka sgt pun kebab.

Gitau my dear nak kebab, trus dia kata "awak mengandung ke?"
Ekekekek. Tkde ngandung2 de..ini tingin nih.
Tp satu hal la nak carik kan. Seb bek la ada satu kedai burger masa nak balik ke umah aku tu ada jual kebab.
Kebab pita tulisnya.
Jadi, dpt la kebab walo dia hanya guna daging burger dan rasa pun lebey kuang burger je cuba dia masukkan dalam poket tu je. Hehe [eh.tp poket tu sedap. Rangup. Tk rasa tepung sgt].
Tp aku akan lebey puas jika dpt kebab mcm pasar malam jalan TAR tu. Yg daging dia hiris2 tu. Eisshh..dappp nyer.

Itu kisah kebab.

Skang masuk lak bab Cendol dan Rojak.
Cendol dan Rojak ni mmg sinonim bersama. Dimana ada cendol, adalah rojak. Vice Versa. Haha.

Ini bukan teringin.

Tp waktu lunch smlm adalah tidak terasa nak makan nasik.
Jd mengajak my dear lunch di luar. Memula nak ke McD drive thru shj. Tp tetiba teringat rojak titiwangsa, lalu terus la ke sana.
Tapau dan makan di taman.
Hajat hati mmg nak snap gmbr tp aku dah buat sesuatu yg clumsy.
Mmg la clumsy of me. Skang ni kan tghari pun cuaca mcm mendung2 gitu. Angin pun sepoi2 bhsa camtu. Pehtu elok la kami duk bawah pokok dah. Aku pun kata la "jgn ada bendasing jatuh dlm rojak ini sudahhh". Elok je tak lama, angin..tiup tudung yg aku selepang ke bahu, elok landing dlm kuah rojak...Eiiii..gerammmmm...seb bek la keta dkt..leh amik tisu n air masak dlm keta tu. Clumsy betul lah. Tkde dah la nak tgkp gmbr ke apa.

Rojak dia sedap la. Pekat. Pedas suma cukup. Tp idak la nak kata sedapppp sgt tu. Lagipun aku bukan penggemar rojak tegar. Tatau kesedapan rojak tu cemna.

Tapi...cendol dia mmg sedappppppp.. Eishh..air gula tu yg buat sedap. Dgn likat nyer. Eiii...rasa nak pi beli je lagi besok. Tk silap aku mamak ni ari minggu pun ada. Dia stail mamak yg bawak lori pick up tu. Kalo dari Istana Budaya, lorong 1st nak masuk jln sehala kat ttwangsa tu la. Dln sekolah apa tah. Nati lah. Nak beli cendol jagung. Slurrppp...nom nom nom nom..

Tp kan on d way nak pi ttwangsa tu aku ternampak kemalangan woh.


Aku rasa itu lori gas sudah tersasar dari haluan lalu menghentak divider lalu terbalik bedebum dan bersepah lah tong2 gas dlm lori tu. Dan dpn lori itu ada sebijik Waja yg dah pecah lampu belakang belah kirinya. Mungkin dilanggar oleh lori atau mungkin terhentak dgn tong gas. Oh! Ngeri jugak sbb bayangkan kalo tong2 gas itu melayang kena kereta atau ada tong gas yg ter pecah dan seterusnya boleh mengakibatkan letupan. Woh! aku sudah imagine bukan2.

Tp waktu balik itu aku napak JPA 3 da datang menyelamatkan keadaan. Seb bek terbalik kul 1 lebey, kalo kul 4 lebey..hadap la jem dia..dkt jalan tun Razak dkt ngan IJN tu. Haa..tpt paling jem tu kalo balik opis.

Huwaaa...kebab,rojak,cendol, kebab,rojak..eh..rojak takmo lah. Nak kebab ngan cendol je. Dap! Dap!

Pnstoberi : Dulu tk makan, skang udah makan.

~Aku dan Majlis Makan2~

Lambat plak nak apdet pasal ini cerita.
Sepertimana di war2kan, pada 20 Dis, selamat juga lah aku menjamu kengkawan sebagaimana yang dihajati.

Makanan pun tkde la yg xtravaganza pun. Cdg nak tempah kek ke, cupcakes ke..tp tak jadi. Ingat nak tempah gak roti jala. Pun tak dpt. Sudahnya menu adalah :
-Laksa.
-Nasi impit + kuah lodeh + kuah kacang [made by my mom]
-Agar2 cocktail
-Pastu ada la jajan2 lain sket.
Itu je lah. Simple je kan.

Tp, ok jer. Kawan2 yg dtg memeriahkan majlis pun sempoi je. Ikut tema pakai kaler merah, putih n itam.

Gmbr makanan yang dijamu :


Haha. Aku nak snap2, pehtu my dear call [masa tu dia gi amik mak dia kat PJ] kata adik dia da nak sampai. Tk sempat trus aku nak snap sbb nak siap panaskan kuah laksa suma. Aku baru je cdg nak snap every each tpt aku letak makanan tu. Jadi nan ado la ya.

Yg awal2 dtg adalah family in law aku. Adik my dear yg duk Nilai tu n then tk lama monster mother in law, father in law, akak ipar in law, eh bakpe in law lagik ek.

Aku bersama bonda dan bonda [mertua].

Bersama family in law lah.

Pastu dtg la kawan aku yg sorang ni iaitu Aima. Dia ni mmg slalu je dtg kalo aku wat makan2. Pastu plak dia dtg gak masa aku wedding kat Perak retu [owh ya, rata2 member yg dtg ni mmg member yg dtg kenduri kawen aku kat Perak dulu. Pendek kata sahabat baik stok mmuah! mmuah! la ni kiranya]. Tp dia siap call aku tnya ramai tak org dlm umah aku. Haha. Tau la kan 'mansion' aku ni thp2 kena queue kan. Huawaaaa....

Pastu dtg si angel anak banak. Baguih..ikut tema na..mmg masuk la..merah putih je aku tgk. Hiks. thanks angel mai umah akak. Tp sori sesgt tk dpt nak layan sgt sbb masa tu akak sorang je ke hulu hilir sbb masa tu my dear akak kan pi antar mak dia balik PJ.

Pastu dtg si Faizullah juga. Eh. Ini budak smpai awal. Tau2 da naik umah je trus. Haha.

Then Ely, asben n her new born daughter, Khalisa Balqis. Permata Hati yg ditunggu selama 3 thn. See..ada je rezeki nyer. Usah la pening2 nak pikir kenapa tak beranak, kenapa tak beranak. Ada je rezeki nati. Korang2 kat luar pun usah la sibuk2 pening kan kepala kenapa kami ni lambat beno nak mengandung nyer. Tuhan tu Maha Mengetahui kan. So..syyyyy.. Kakakakak.

Pehtu Abg Burn, Kak Ija n anak dia mai. Then dtg la segerombolan adik2 opis aku-Rinie n Asben, Ros,Asben n Baby dia, Zahida, Fara n Nurul.

Pastu mai Zana n Kak Lin and da nak ujung2 tu Fida n akak dia smpai then yg last adalah kawan sekolah aku dulu, si reporter kita lah, Cik Azni dan kawannya. Cekap jugak kawan dia sbb aku tak gitau sgt pun umah aku tang mana, tau2 da smpai je. Baguih. Huhu.

Meh aku taruk gmbr nak??
Korang nak tau tak..td aku dah tempek gmbr ni kat facebook. Pehtu tak lama, dlm 5 minit lps aku tempek tu, trus napak Ila komen kat 'photo of you'. Gini komennya "renz, ko peknen brapa bulan dah?". Aku mati kutu trus napak komen dia tu. Haha. Woii..tanpa tapisan okeh dia kata aku peknen.

Woi org kg...... aku da gemuk oiii..serupa org peknen. Heh! seb bek aku da nikah baru gemuk kan. Kalo blum nikah da gemuk mmg payah la. Kalo tak peknen gemuk kayak gini, dh peknen kayak gimana ya???

Memang gemuk pun. Cuba la tgk...



Sapa penah dengo penyakit bengkak cantik?? Ha..org KL panggil beguk. Org Utara la kut kata bengkak cantik. Ha. Gmbr ngan Ely tu [yg pegang bb pakai bj itam tu], dia ada amik gak guna kamera dia, sekali dia tempek dlm facebook, tag muka aku. Sekali muka aku mcm org sakit bengkak cantik tu. Ha...bayangkan la. Ngeri woh tgk gmbr tu.Trus aku remove tag dan gantikan trus dgn gmbr aku kat atas tu. Eluk sket kekdahnya. Haha.
Yg ramai2 tu kan. Aku pegang perut kan. Lagi la menguatkan spekulasi org yg aku ni sedang mengandung. Kakakkakaka.. [motip ko nak letak tgn kat perut?? nak bagi perut tak napak buncit] kakakakkakak...

Grup yg sama jugak tiap kali ada majlis makan2. Hahaha.

Ada lagi gmbr2, tp aku tgk suma versi bengkak cantik tu, jd takyah buh la gmbr tu. Kita tggu lain thn pula ya. Hahah.

Dan oleh kerana kegemukan aku adalah melampau, aku da ada azam baru iaitu joging setiap minggu. Harussss.. [mmg la org tak biasa napak aku akan kata ok je sbb berat aku skang adalah berat ideal..tp kawan2 lama dulu tgk masa berat aku 35kg, skang ttiba tgk dlm keadaan yg lebih 10kg, mmg terkejut la derang].

Tp aku tgk kawan2 yg baru kawen n then tak mengandung mmg naik je badan. Aku rasa sbb k'org ni sihat dan senang ati di samping suami kami2 yg tersayang. Dan yg penting suami2 kami ni jaga kami dengan penuh kasih sayang...betul tak kawan2?? [ni khas utk yg belum mengandung dan ttiba alat penimbang naik ke nombor yg lebih besar]

Pada yg dtg ku ucapkan berbanyak2 terima kasih. Maaf la umah pnstoberi ni halus je. Nati ek, Insyallah, bila mansion atas kayangan pnstoberi da siap, kita makan2 di sana pula ya, di tepi pool mungkin. Hehe. Aku rasa aku tak buat da la kut makan2 ni, sbb aku tgk org tak selesa la. Kalo buat pun takde majlis2 la, panggil satu family, satu family dtg umah.

Jadik..tamat da sudah citer budak gemuk macam org mengandung.

Pnstoberi : Gemuk tanda senang ati.

~Aku dan Wedding~

Tarikh kejadian adalah 19 Disember.
Tempat kejadian adalah di PPR Batu Muda.
Tema kejadian adalah menghadiri wedding anak kepada sepupu aku.
Tk byk citer cuma ada gmbr2 shj.
Tp satu je aku kagum penduduk PPR ini. Masih mengamalkan konsep bergotong-royong. Bagus lah. Derang tak pakai katering pun. Bagus. Bagus.

So, let's d picture talks [ha..gasak..bia gmbr tu yg berckp]


D'Pengantin - Sedara ku adalah yg perempuan itu. Santek...kulit dia mmg halus mulus lah sbb dulu masa kekecik derang adik beradik mmg sker makan tomato secara mentah. So, kawan2 suma, kalo mao anak kulit mulus, ajar2 lah derang makan tomato secara mentah. Tp pastikan anda juga adalah seorang pemakan sayur yg tegar.


I adore wif d'pelamin. Santek kan. Moden. Kalo aku buat cenggini dulu mesti gempak lah sbb masa tu tak ramai org buat lagik. Pelamin aku tu pun aku rasa mcm da outdated..[ah! cukup2 la tu..mmg la makin lama makin cantik mendalah hiasan pengantin2 ni. Tu pun seb bek aku pengantin 2008, kalo tahun 2000 ke, bawah 2000 ke lagi ko mcm tak sanggup tgk gmbr kawen ko. Tp ok pe, ikut edaran semasa la kan. Suma org camtu. Jd apa ada hal. Haha]


Aku - Sepupu - Anak Sedara [baju ijo free-hair]
aku malas nak ckp dah aku da gemokkssss

Aku - Anak buah - Suami - Sedara Mara

Dah. Itu sahaja. Bertemu lagi di lain wedding.

Pnstoberi : Gembira dpt bertemu sedara mara

Monday, December 21, 2009

~Aku dan Fav. Song [this moment]~

Sgt suka lagu2 ini. Tau udah lama kuar dah lagu2 ni. Baru ada masa nak tempek2 lirik dia.
Eh. Baru ter perasan. Suma lagu dari seberang ek.
Haha. Maaf pak..permisi dulu yah (",)

kredit to : http://mp3-downlaod.blogspot.com

Anang - Separuh Jiwaku Pergi

Separuh jiwaku pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati dengan sadarmu
Kau tinggal aku

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Ooooo...
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati
Kau curangi aku
Kau dustai hati
Benar ku mencintaimu..


KrisDayanti - Aku Wanita Biasa

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[Chorus]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih..
Hatiku..maafkan aku..

Sixth Sense - Khatimah Cinta

Oh tidur malam
Nyanyikan lagu
Rindu hatiku
Yang terpendam

Oh bintang malam
Lukis wajahku
Katakan aku
Pergi

Genggamlah cinta
Yang kuberikan
Simpanlah slalu
Dalam hati

Ku akan slalu
Dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Kuharus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi

Biarku bawa
Sluruh cintamu
Kudakap dalam tidur panjangku...

Sudahlah sudah
Kuharus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi

Biarku bawa
Sluruh cintamu
Kudakap dalam tidur panjangku...

Peluk tubuhku
Kecup pipiku
Relakan saja
Aku pergi...

Melly Goeslaw Ft. Amee - Ketika Cinta Bertasbih.

Bertuturlah cinta mengucap satu nama
Seindah goresan sabda-Mu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih mengutus hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku pada-Mu

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada-Mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Bisikkan doaku dalam butiran tasbih
Ku panjatkan pintaku pada-Mu Maha Cinta
Sudah diubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa ku paksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Cinta...

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta

Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur pada-Mu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih

Sunday, December 20, 2009

~Invitation~

Entry "Melekat" lagik. Scroll down eh utk tgk entry baru kalo ada :)


To all my loyal followers and loyal reader, u're cordially invited.. :)) Tptnya adalah di teratak saya di dpn KLCC tu. Ngeh.Ngeh.Ngeh.
Tema hitam putih tu kalo taknak ikut pun takpe..saje je ngengada nak bertema2 bagai.
Menu cadangan adalah seperti menu hari raya. Hiksss...

Dan saya meng tag mereka suma ini utk datang. Huhu.
-Cik Zawidatul Asma
(wess...ko tak penah miss kan dtg umah aku..kali ni kalo ko tak balik kg ke jemputla dtg)
-Cik Azni
(Ha..ko bley berdiskusi dgn Cik Alang kita tu utk dtg umah aku. Ko tak penah kan dtg umah aku kan..tak sudi eh')
-Cik EscadaGurl
(sila bawa incik Tunang sekali yer)
-Puan Angel Adrianna
(ini zaman bila mao apdet blog nih..berhabuk bersin akak masa masuk blog ko tadi. Hehe. Dtg tau..da tau umah kan)
-Puan AyangAizul
(Jika keadaan kesihatan mengizinkan jemputla dtg. Ajak je Aizul tu...)
-Puan AyangKoji
(Kalo ko free, dtg lah yer)
-Puan Itayanin
(Oh..da tau tak dapek dtg..tp saja tag ajer.Hehe)
-Puan Shah
(Ah! malas nak ckp apa2..aku majuk ni Shah [buat emoticon yg marah angkat2 tgn mcm kat gchat tu] )
-PuanPurple
(Ahah!.. PuanPurple, balik kedah eh time nih..tkpe lah..kalo ada kat KL ke jemput lah dtg yer)
-Puan Suzie
(Ini aku saja tag ko..heheheheh :P )
-Cikgu Irtiyah
(Cikgu..kalo pree jemput la dtg yer. Nati kita emel ke cikgu cemna nak ke rumah kita tu).

Kawan2 lain akan sy tag di FB nati yer.

Datang tau!!!

Wednesday, December 16, 2009

~Aku dan Jemputan~

Amik ko. 3 entry utk satu mlm. Haha. Puas ati aku.
Mmg sindrom PMS lah aku nih dicampo dgn kegeraman tak dpt cuti. Bongokkkkksss!!!

Okeh. Skang aku tgh sibuk mencarik menu dan menjemput rerakan baik melalui facebook,msg n blog.

Jemputan tak la ramai mana. Hanya kengkawan terdekat shj. Org2 opis pun hnya unit aku je la. Pehtu ada la 2,3 org unit lain yg close ngan aku [and unit my dear too].

Tujuan jamuan ni adalah lebih kpd menjamu rakan2 makan. Aku sker buat masak2 ni, pehtu kasik kawan2 makan. Dr aku bujang lagi dah. Walo aku tau, aku ni idak la reti mana masak pun. Takat laksa tu lepas la kan.

So, nya sekali ni menjemput lagi la rerakan, baik rakan lama mahupun baru. Style aku kalo jemput melalui SMS aku mesti letak nama derang kat dpn. Contoh : "Salam Aima, nati jemput dtg eh umah aku ahad ni, dari kul 3-6pm. Ada wat makan2 sket" Ha. Mmg saja sbb aku tak berapa gemar cara "send 2 many" tu. Lagipun bkn byk nau jemputannya pun kan. Boleh la aku retype sorang demi sorang.

Adat menjemput dan dijemput. Memcm balasan la yg dpt. Ada yg tk dpt dtg, ada yg kata nak dtg. Tp..aku tk pernah minta la org berjanji nak dtg. Dlm menjemput nih ada 2 perkara la yg buat aku annoying, iaitu :
satu, org gitau "aku tak brani la nak janji nak dtg ke tak.."
dua, jawapan "aku takut ada plan lain ari tu.."

Okeh, ada rasional utk mengatakan mengapa aku annoying.

Utk yg pertama - apsal lak plak timbul soal berani ke takut nak janji nih. Aku tak mintak pun ko berjanji sehidup semati utk dtg umah aku. Tk usah ckp la berani ke takut ke. Kalo tak buleh kata je tak buleh. Abis cerita.

Utk yg kedua - okeh, mungkin jwpn ini bias sbb ketika ini ber hormon sindrom PMS. Tetiba aku rasa mcm aku ni kecilllll [eh, mmg kecil pun kan] je kan. Macam rasa aku ni entah sesapa je pd mata mereka. Sng ckp bkn berkepentingan pun. Sbb nyer undangan aku sudah jatuh sbg 2nd option. Dia pikir kalo da buntu sesgt takde plan baru ke umah aku. Ha..camtu la. Sbb perkataan "ada plan lain" tu aku definisi kan sbg belum ada plan sewaktu menerima undangan aku. Kalo da tau mesti da ckp ada agenda lain kan.
Tak buleh kah ckp "Insyaallah, kalo takde aral melintang buleh la dtg" Ha..aku tak kesah pun, aku tk anggap pun ini janji.
Aku tak kesah ok kalo org yg aku undang tu da mmg sedia ada plan. Contoh mcm SHAH [haha. jgn claim royalti ke aku shah.. :P ] Awal2 aku ajak dia, dia kata dia tak buleh sbb every wiken dia kena balik Rembau, lgpun nak kena teman mak mentua dia gi kenduri. [walhal aku tau, kalo tak teman mentua ko pun ko namo jumpa aku kan..kan..kan...bluekkkk :P ] So, aku tau la beliau sudah ada agenda sblm jemputan aku, jd utamakan lah dulu agenda yg tahu dari awal. Ini bg jawapan seolah2 nak carik plan lain pehtu kalo da takde baru nak memenuhi undangan aku. Sedey aku tau.

Berckp soal "takut2 ada plan ni kan" aku nak citer pasal undangan majlis kenduri 2 minggu lps yg masa aku pi Temerloh tu. 2 ari sebelum nak ke Temerloh tu my dear kata kawan dia ajak kenduri kawen kat Melaka. Pd ari yg sama kenduri di Temerloh. My dear mcm kecewa tak dpt pegi kenduri kawen kwan dia. Jd aku jelaskan kat dia, sapa yg jemput kita dulu. Dan siapa lak lebih berkepentingan pada kita [dlm hal ini si pengantin Temerloh adalah kawan seopis kami, mean kawan aku n kawan my dear, which on d other side, si pengantin adalah kawan my dear shj] Dah tentu lah kawan Temerloh aku tu menjemput dulu then dia juga kawan kpd kami berdua. Nak tknak kita kena penuhi undangan dia jugak. Lagipun kalo betul ikhlas kawan my dear nak jemput kenapa 2 ari sebelum nak kawen baru nak menjemput. Nak kata tatau no tipon cam mustahil lah. Di zaman mukabuka, zaman blog ni ada ke org tatau cemana nak jejaki kawan lama. Call je lah opis ato umah. Kata tu kawan masa sekolah.

Lepas tu plak, aku slalu ingatkan my dear, jika ada org menjemput kita, kalo da ada plan, jgn la ckp "Insyallah, kalo takde apa2 hal" Sbb mmg kita da ada hal. Bagitau je lah. Tkde la dia kata "ala, tk sudi memenuhi undangan dia". Mcm retu masa gi umah adik my dear kat Sepang tu, masa tu gak ada opismet ajak befday anak dia ke apa ke tah. Dia ajak melalui my dear. My dear bg jawapan tu lah. Kalo takde apa2 hal tu. Aku kata kat my dear, bgtau je lah kata nak ke umah adik. Ini utk mengelakkan juga nati kalo dtg opis kena tnya plak kenapa tak dtg. Haa.. gitu.

Itu aku lah. Dan dari pandangan peribadi juga. Bagi aku mengundang dan memenuhi undangan ni adalah sesuatu yg ikhlas dan bukan tgkp muat je. Seboleh2 kalo takde agenda yg dah dirancang, aku akan cuba memenuhi undangan, tp kalo tkde lagi plan aku namo la jwb "tgk lah kalo takde plan lain" [kecuali mmg aku menyampah nak dtg umah org tu sbb aku je asik dtg umah dia, dia takmo dtg umah aku.tau la umah aku kecik.tggu la mansion aku siap nati..ha, tepi pool aku wat party..tk hingin aku ajak ko. Nganga je la ko tgk gmbr kat facebook, masa tu kalo ko kata "smpai ati tak ajak aku.." mmg la aku remove trus dr friend list. Haha. Cam bongok je aku ni kan mlm ni. ]

So, amacam. Jgn la pulak ada yg tak mahu menjemput aku nati. Jemput je. Aku ni mmg sker je nak memenuhi jemputan org. Sbb tu masa raya aku tak buat open house sbb aku mmg khaskan utk pegi ke umah org shj. Aku slalu buat bukan time raya.

Dah la. Lagi byk kang lagi memacam aku merepek. Ingat yer, org memberi kita merasa, org berbudi kita berbahasa [ke terbalik ke tah]. Kalo on purpose namo dtg umah aku kan..nxt open house tkyah ajak aku dah tau sbb aku taknak dtg umah ko. Haha.

Pnstoberi : Timbal balas. Itu shj

~Aku dan cuti yg tak lulus~

Ingat yer..thn dpn jgn la memandai2 nak wat plan awal2.
Nak booking ke apa ke.
Kena takleh cuti mcm ni, mmg masak aku.

Jd..dgn ini aku umumkan yg aku takleh plan cuti awal.
Kena pegi walk-in je kalo nak kemana2.
Nasib badan.

Aku da apply cuti dari 22-24hb.
Utk ke Johor. Ke umah abg aku yg aku rasa da 14 thn aku tak pegi. Abg yg aku dan family lain jumpa hnya di hari raya.

Bukan tak diapprove, tp tak mendapat cuti [kira tak approve la tu..bukan...kalo tak approve dia kata la cuti tak diluluskan].

Tak mendapat cuti yer. Aku terpaksa batalkan.

Seb baik tak smpai nak menempah2 tiket bagai kan.
Kut tak.

Tp sian mak aku sbb aku tipon td dia da siap packing baju nak dibawa.
Sian gak kat Fatin anak buah yg umo 8 thn tu yg tak sbr2 nak jumpa sepupu dia. Mak kata asik bercerita pasal nak ikut opah gi Johor je. Ckp dia tk sedih la, tk nangis la ibu takde. Baju pun awal2 da packing. Mainan pun bawak sama.
Tup2 tak jadi pulak. Kesian derang.

Kesian aku gak kan.

Tkpe lah. Nak wat cemna. Da tugas.

Padan la muka aku. Bos dulu tak penah tak bagi cuti, skang ko hadap la..nak sgt kannnn???

Pnstoberi : Rasa nak menangis..

~Aku dan AW~

Haha. AW adalah akronim nama seseorg yg da wish belated befday ke aku dlm fesbuk pehtu aku ter delete msg tu. Haha.

Tp dlm gmail aku masih ada. Dia tulis ini :

"Happy belated birthday.....moga panjang umur...murah rezeki....anak ramai...ha ha ha.."

Aku ada jawab la sesuatu. Pehtu aku nak padam, terpadam sekali ngan msg dia sekali. Haha. Padan muko kau!.

Tp rasanya lah kan, wish dia tu berbau ikhlas ke berbau menyindir ke apa.

Happy belated birthday - ok la..acceptable.
moga panjang umur - acceptable jugak.
murah rezeki - ok, acceptable.
anak ramai - eh, ini apahal tetiba ajer. pulak tu ada ha ha ha belakangnya. oleh kerana aku berhormon PMS tatkala ini makanya otak ku menafsirkan dia seolah2 menyindir aku. Apsal lak nak suh aku anak ramai. Ko la beranak ramai. Eii..tah pehapa la mamat nih.

Itu sbb aku balas pun berbau tidak enak juga jika dibaca. Sbb tu aku nak padam. Tp terpadam msg2 dia sekali. Haha. Padan muko [ekceli kan msg dia ni pun aku tak berapa berkenan. Okeh. Betul. Mmg la takde apa2 pun. Tp aku da kata aku sdg berhormon PMS, jd aku tak leh nak accept ayat2 cinta wish dia tu sebagaimana logik akal yg belah 'angel' aku].

Aku tatau la apasal, tp dia ni kalo reply msg kat gmbr ke, kat wall ke mesti aku rs mcm sakittt je ati. Harus kah aku blok suma komen dari dia[aku penah buat yer pd classmates aku-lelaki. Sbb aku tak sker bila aku update status dia sker melucah2..jd aku blok trus dr tgk,terima dan apa2 lah berkaitan ttg dia] bagus kan facebook? kita tak suka org tu kita buleh blok, tp tak la smpai me remove dia from list of friend, kesian dia kan. Kang ttiba dia carik2 nama kita "eh, apsal ieda iereen da takde" haha. Jd kalo anda sudah ter approve kawan yg anda tak suka atau benci atau menyampah, anda boleh approve tp dlm masa yg sama anda boleh blok dia supaya anda tidak akan napak dia di dalam laman fesbuk anda. Sekian. Terima Kasih.

Haha. Okeh berbalik kisah AW tu kan. So, memula aku namo la delete komen dia sbb kang dia kata "woi..ko apa kes nak delete2 wish aku tu. Tu pun cukup bagus aku nak wish" Dia ni mmg "weng" sket. Tp da ter delete. Nak wat camno. Terimo yo lah.

Apa agaknya reply komen aku tu yer. Aku pun tak berapa ingat, tp lelebih kuang cemni lah:
"terima kasih. Err..anak ramai? Sorang pun tk napak lagi. Tp sy rasa terpakai kat awak je sbb awak kan baru kawen terus lekat.Haha"

Keterlaluan tak?? tak kut kan???

Lain la aku tulis "terima kasih. Err..anak ramai?? Apa kata loe ajarin sama gue, gue tahu loe dulu pun sekali pancut udah lekat trus. Makanya loe yg boleh proses anak seramai mungkin. Kemudian loe kasik ke guwe. Guwe ini sorang pun susah mau kena nya"

Haha. Udah la tu. Merepek!

Monday, December 14, 2009

~Aku dan 30th birthday~

Samat Ari jadi...
Samat Ari jadi...
Samat Ari jadi to ieda..
Samat Ari jadi..

clap! clap! clap!.. puhh..puhh..puhh..[tiup lilin smpai tersembur2 ayaq liuq]

I'm 30 olredi. Owh! tk sangka..tk sangka..dulu kan ms sekolah rs umo 30 tu mcm da tua benau kan. Skang udah berlaku pd diriku. Boleh turn to 13 balik tak?? [emm..kalo buleh pun tak hingin aih..kuasa nak panjang masa muda..pehtu plak bkn boleh bebas2. Nak pegang duit pun mak ayah tak kasik. Huhu]

Apa terjadi ari ni. Bersmbg dari kisah smlm yg aku terlentok lalok lps overdose ubat batuk. Pehtu my dear wish tpt kul 12. Aku mcm mamai2 gitu je. Aku mcm mimpi ke apa ke tah rasa dia poluk, poluk, kiss2. Yg aku tau asik ckp panas! panas! [malam td mmg panas giler]. Mamai giler aku nih. Kuasssaaaa!!

Huyee!!..Dania menang gadis firefly..opssiee..aku tgh tgk AD nih. Hiksss..Aku kan peminat tegar citew nih [berapa kali mao ckp daaa..]

Okeh. Pagi gi keja cam biasa. Smpai je Rinie wish hepi befday. Salam2, laga2 pipi. Pehtu dtg lak ada se "nama" dgn aku yg baru 2 ari lps befday dia gak. Adik Ida Faridatul aku. Salam, laga2 pipi gak. Adik2 SPS pun wish. Pehtu Liana dtg wish. Sara pun ada call. Pas tu dpt msg2.
[so..dgn ini aku nak minta maaf sbb lambat reply msg korang. Sapa yg bc blog ni sure tau masalah hp aku. Dia takleh nak anta msg. Aku tk sempat nak wak gi kedai. So..mmg aku terasa kecewa sket lah disitu. Tp ptg tu aku ke KLCC gak, baiki jap. Baru dpt anta msg balik]

Dah tu lak pagi ni td aku hectic sket. Bz plak. Dgn tetamu2 yg pepagi dtg nak jumpa aku. Wah!! Bz sungguh lah.

Dan tetiba..."nah kak ida.." kata clerk aku smbil meletak sebuah kotak atas meja. Ptt td aku dgr kat dpn tu ada org sebut2 nama aku.



Opssiee...terharu kejap. Pulak tu kotak dia stoberi. Eiiii!! Suka sgt!.Ada org kedai kek anta ke opis. Tgk lak dlm dia.


Hik. Hik. Hik. I know la sapa yg buat suprise nih. Lagi2 pulak tulisan kat luar kotak tu aku da kenai. hik. hik. hik. Choc Indulgence yer. Tp bukan SR punya, tp lagi setappp dari SR. Sungguh!


Maka kami pun bersama2 menyanyikan lagu hepi befday. Dan aku pun tersengih girang.


Dan upacara potong! potong! potong! kek.

Lepas tu kembali bz,zb. Ingat nak baiki tipon masa rehat. Idak sempat. Ate' udah nak motong kek la, apa la mananye nak sempat.

Kami ke KLCC pas opis. Seb bek incik Sani still under warranty. Pree sajek. Cino tu kata software poblem. Dlm sejam tu sempat la pusing2 KLCC tu. Igt nak tgk wayang ke kan..tp cam maleh ah. Nak apdet blog nih, pehtu nak tgk masakan kat cafe world lagik, yg penting nak tgk Awan Dania. Hehe.

Then smpai umah, godek2 tipon [sbb da kena resetting] mandi, solat siap nak kuar dinner. Cewah! Candle lite dinner ker?? Hehe. Jauh woo kami pegi. Jgn memain. Hehe.



See. Berlatar kan KLCC lagik. Sori la paparan kurang jelas. Ate...tipon da nak abih warranty katanya. Haha. [eh. Sani yg mcm kamera tu cantik giler. Terminat di situ. Rega pun amat berpatutan. Haruskah??. Oh, tidak..igt pada 'mansion di atas kayangan' awak tu ye puanstoberi]


Tembam sudah. Sudah Tembam. Nga.nga.nga.

My dear suka nau tgk gelagat org. Smpai terteleng2.

Kami makan western di HR Steak House. Jauhhhhh sgt dr umah kami smpai my dear sempat lah tgk bola M'sia lawan Laos 20minit terakhir kat umah kami. Huhu. Makan di sini adalah sedap, rega pun berpatutan [chicken chop RM6.50]. Rega tu dari anak buah aku yg Fatin tu tak reti duk diam, takmo duk baby chair tu, asik duk bwh meja tgk kucing, akak ipar aku pun tk smpat nak suap ayam hinggalah skang anak buah aku nak masuk dajah 3 dah. Tp dulu portion dia besau la sket. Sapa yg tak pemakan cam aku ni, mmg secukup rasa lah. Aku kalo makan western mmg di sini lah. Sbb lagi bes dr restoran kapal2 yg org ckp tu.

Dan, abis la citer di ari pertama aku ber umur 30 thn. Eh. Cop! Aku ada hadiahkan sesuatu utk diri aku sendiri lah.

Taraaaaa....

Ngeh. Ngeh. Ngeh. Td pun ramai gak doakan aku dpt baby. Moga2 termakbul doa korang. Buku What to Expect tu mmg bes. Dia ada byk series What to Expect lah. Memula aku nak beli yg What to Expect dari start conceive smpai la melahirkan..tp..tu nati lah. Skang ni baik kita beli before u expecting dulu. Seronok nih..tk sabar nak baca. Majalah parenthood tu. Haa... tu baaaanyakkkkk gmbr baby. Tu aku beli. Saja. Petua baru. Mana tau kalo duk tgk gmbr baby, lelama dia berjangkit. Bkn berlagak namo beli Maj. PaMa tu, tp dia byk iklan. Plak tu gmbr bb pun tk byk, parenthood ni aku tgk byk gak rencana2 dia,gmbr bb every each page. Ai loike..

Oklah korang. Itu saja cerita di hari pertama aku berumo 30. Moga hari2 mendatang akan membawa kebahagiaan utk diriku. Untuk Suami terchinta..[cewah!] mekasih kerana sudi menjadi pelengkap hidup sayang. I looooveeee u very much!! muaaahhh!! Jom baca buku ni sesama nak. Teori dulu pehtu praktikal. HAHAHAHAH !!!!

Pnstoberi : Hanya berdoa dan berusaha.

~Aku dan 1st Anibesari~

[Patut entry ni kuar mlm smlm. Tp aku overdose ubat batuk mlm td. Tk smpai sejam sudah lalok. haha. Aku geram. Tekak da gatal2 dan merengsa. Aku telan la dua sudu besar penuh ubat batuk tu. Haha. Lps tu kan kul 12 my dear masuk bilik wish hepi befday. Aku mcm mamai2 jer. Haha. Bengong sungguh kan]

13hb adalah date rasmi anibesari kami. Maknanya date itu lah kami disatukan sbg suami isteri. Tp aku lebih suka guna date 14 Dis je. Sbb sng lah. Skali harung ngan birth date aku kan.

Takde apa yg spesel pun.

Cuma pada hari berkenaan aku bgn pepagi. Memasak nasik lemak berlauk. Takde la lauk bagai2. Ada smbl udang, tempe goreng, ikan bilis goreng, telur mata kobau dan juga timun. Itu sahaja.



Lepas itu kami ke sini.Jgn harap my dear nak menyumbangkan suaranya. Mmg jangan harapppp!. Aku la sengsorang. Pilih lagu dan melalak. Tobat takmo ajak dia dah. [Dee...after u da balik dr europe trip, kita pegi karoke yer. Ai rindu tul nak nyanyi lagu duet kita tu. Eh, cop! ttiba aku blank apa tajuk lagu tu. Dimana burung kenari ke..eh bukan yg pasti lagu hail amir n uji rashid tu which pompuan dlm video clip tu hana duk kata macam reen. Haha. Eh. Aku da ingat. Tajuk dia Jiwa Rasa Gelora. Awwwss]

Tkpe..aku lalak je. Lagi best. Lagu Faradhiya. Lagu Amelina pun nyanyi. Ko dengo je la yer incik suami. Dia dengo, pehtu order makan, dia makan, pehtu da terlentok nak tido. Haha.

Lepas tu balik umah. Tido.

Lepas tu malam pun spesel apa. Kami makan ini.


Haha. Maggi Curry. Aku kan masa tu nak amik gmbr masa maggi tu penuh lagi dlm bowl tu. Pehtu aku lupa. Aku makan trus. Pehtu da setgh baru ingat. Trus amik hp, snap gmbr. Eee..seb bek my dear tak napak, kut tak mao kena perli nyer tu.

Apa yg speselnya Maggi Curry nih. Sbb my dear yg masak. Ekekekek. Aku nak snap gmbr dia tp aku takut..kang dia marah. Woooowowowo..

Lepas mkn tu aku makan ubat batuk. Pehtu tu yg aku lalok tu.

Dah tu je citer aku di ari anibesari. Nati smbg ttg aku dan 30th birthday plak.

Pnstoberi : Rasa sekejap je masa berlalu.

Sunday, December 13, 2009

~Meh Kita Countdown~

Entry "melekat" until 14 Dis. Scroll down utk entry baru eh.

December come again..

Let's look what d important date in December..

[Meh kita poyo2 countdown]

Lagi berapa hari nak setahun..[huhu..rasa baru je ku kelam kabut membuat preparation]

Daisypath Anniversary tickers



Lagi berapa hari angka 2 di hadapan itu akan bertukar 3 di ikuti dengan 0.. [owh..]

Saturday, December 12, 2009

~Malang Tidak Berbau~

Copy from here : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/BeritaUtama/20091212062835/Article/index_html

Tragedi pengantin baru

Oleh Rashidi Karim


TEH Affifah Shahirah Abd Hamid tidak dapat menahan sebak ketika menziarahi jenazah suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir yang maut bersama tiga lagi dalam kemalangan di Kangar tengah hari semalam, selepas pulang dari majlis akad nikah di rumahnya, di Alor Setar. Beliau sempat bersalaman dengan suaminya dan menerima kucupan pada dahinya pada majlis membatalkan wuduk selepas pernikahan pada jam 10 pagi sebelum kemalangan pada jam 1.05 minit tengah hari.

Bakal pensyarah bersama bapa, ibu dan rakan maut nahas dengan bas

KANGAR: Penuntut universiti, Teh Affifah Shahirah Abd Hamid, hanya sempat bergelar isteri selama tiga jam selepas suami yang dinikahinya pagi semalam, meninggal dunia dalam kemalangan ngeri sejurus majlis akad nikah di rumahnya, di Taman Berlian, Alor Setar.

Suaminya, Mohd Ariff Ab Kadir, 23, lulusan Ijazah Kejuruteraan Mekanikal universiti di United Kingdom, meninggal apabila kereta yang dinaikinya untuk pulang ke rumah di Taman Melati Indah, Beseri, dekat sini bertembung dengan bas persiaran di Kilometer 7 Jalan Kangar-Padang Besar pada jam 1.05 minit tengah hari, selepas bernikah kira-kira jam 10 pagi.


Lebih menyedihkan kemalangan turut mengorbankan bapa Mohd Ariff iaitu Ab Kadir Awang, 55, yang memandu kereta dan ibunya, Apsah Othman, 58, serta rakannya, Mohd Farhan Musa, 18 tahun.

Timbalan Ketua Polis Perlis, Asisten Komisioner Zull Aznam Haron, berkata semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah

Katanya, siasatan awal mendapati kereta Proton Iswara yang dipandu Ab Kadir, pembantu makmal di Sekolah Menengah Sains Syed Putra, di sini dipercayai terbabas memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.

MOHD Ariff dan isteri pada majlis akad nikah mereka, semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat.

Zull Aznam berkata, pemandu dan 27 penumpang bas persiaran dari Klang, Selangor yang dalam perjalanan pulang dari Padang Besar tidak cedera.

"Kita sudah mengambil keterangan pemandu serta beberapa penumpang bas persiaran terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Sementara itu, abang Mohd Ariff, Mohd Hazly Ab Kadir, 32, berkata beliau bersama rombongan pengantin lelaki menaiki empat kereta untuk majlis akad nikah Mohd Ariff yang juga anak bongsu tiga beradik itu dengan Teh Affifah, 23 tahun.

ORANG ramai melihat kereta yang remuk bertembung dengan bas mengorbankan tiga beranak (Ab Kadir Awang, Apsah Othman, Mohd Ariff) dan seorang rakan (Mohd Farhan), semalam.
"Saya menaiki kereta lain dan sampai ke rumah terlebih dulu. Tidak lama selepas itu, saya menerima panggilan daripada bapa Mohd Farhan memaklumkan kemalangan itu," katanya.

Beliau berkata, keluarga pengantin lelaki sudah mengadakan persiapan untuk majlis kenduri esok, manakala pihak perempuan hari ini di Taman Berlian.

Katanya, Mohd Ariff mendaftar untuk memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Mara Arau, pada Rabu depan.

Mohd Hazly berkata, Mohd Ariff dan Teh Affifah Shahirah, seorang penuntut di sebuah universiti di Australia, berkenalan sejak di bangku sekolah sebelum mengambil keputusan berkahwin.

"Selepas majlis akad nikah, saya melihat arwah adik serta ibu dan bapa begitu ceria dan tidak menduga keriangan mereka berakhir dengan tragedi," katanya.

************************************************

Taktau la macamana aku nak hadapi kalo terjadi kat diri aku.
Itu lah ayat yg dlm hati aku sebaik shj aku tgk berita pasal ni kat berita mlm tadi.
Sedih. Pilu. Semua adalah.

Bayangkan lah, belum sempat sehari bernikah dah dikejutkan dgn berita suami dah meninggal. Secara tiba-tiba. Kalau aku pitam agaknya.

Tp..ini dugaan dari Allah. Allah Maha Mengetahui. Dan dugaan tu diberi olehNya pada hamba yg dia tahu tabah menghadapi dugaan ni. Masa aku tgk kat berita n gmbr kat paper, Teh Afifah tu napak tabah dan redha. Mmg kalo kita tgk pun pasti kita rasa mcm tak buleh nak hadapi, tp bila kita ditimpa ujian tu, dgn keimanan yg kita ada ni [walaupun tak byk], Insyaallah boleh hadapi. Sbb aku da rasa ms ayah aku meninggal secara mengejut tu. Kalo ikut logik akal mmg susah sgt aku nak terima ayah aku pergi secara mengejut. Baru je mlm tu aku call berckp dgn dia. Tp subuh2 tu da dpt panggilan kata ayah dah takde. Tuhan Maha Adil. Walau mmg sukar utk aku terima, tp aku tak lah smpai hilang pedoman ke apa. Dan aku tgk pada gaya Teh Afifah ni pun aku rasa dia boleh terima dan redha.

Malang tak berbau kan. Sedih tgk tpt2 hantaran pun bersepah. Ya Allah *tskkk... aku emosi*. Dah la Teh tu belajar kat Australia sanun. Mesti la lama dia tak jumpa suami dia tu. Ingat hari ni la hari paling gembira utk dia, tp sebaliknya pula.

Kenduri kahwin jd kenduri arwah. Sedih gila *tskk..aku emosi lagik* Ah. Bunga telur, khemah, pelamin semua dah siap. Tak boleh nak kata apa lagi dah. Aku harap Teh tu kuat utk hadapi semua dugaan ni.

Puanstoberi : Pilu.

Friday, December 11, 2009

~Aku dan Incik Sani~

Hah!
Pikir la Incik Sani mana.
Incik Sani rakan sepejabat ko ke.
Incik Sani jiran sebelah umah ke.
Atau Incik Sani pak sedara ko.

Tp ini incik Sani yg aku dah bela dari awal thn 2008.
Sudah buat hal dgn aku.

Sgt geram.

Mmg geram. Tk kuasa betul.

Call in. Boleh
Call Out. Boleh.
SMS in. Boleh.
SMS out. TAK BOLEH!!!

Dari ari Selasa retu dah.
Dah call Celcom. Katanya buat troubleshot ke amenda tah. Tp yg kena setting balik no SMS center tu lah. Dah. Aku dah buat. Tak mahu jugak.

Tukar SIM Card ke phone lain. Dah buat. SMS boleh plak send.

Maknanya apa tu?? Maknanya Incik Sani tu la buat hal.

Aku fed-up dah. Dulu penah gak mcm ni. Virus katanya.
Seb bek la Incik Sani ni di waranti kan dgn anti-virus yg kalo kita nak repair dia bg free jer.
Tp masalahnya bercinta nak ke KLCC tpt asal dia tu.
Walo dkt didpn mata aku je. Tp ttp bercinta [eleh..kalo masa bercinta mao dan2 tu gak pegi trus KLCC kan..kan..byk alasan la skang].

Eh. Dulu masa baru beli tipon ni kan aku da buat personal warranty. Pakai hingga dua tahun atau dapat anak pertama, mana2 terdahulu. So, tipon ni da 2 tahun. Haruskah????
Hah! Takde makna..kan nak simpan duit nak wat 'mansion di atas kayangan'. HaHa.

Dah. Aku geram.
Balik kang tukar balik lah tipon zaman batu dulu.
No MMS. No GPRS. No Camera.
Hah! Padan Muka.

Puanstoberi: Mimpi ada org adiahkan BB on 14 Dec. haha!

Thursday, December 10, 2009

~Kerana Dirimu Begitu Berharga~

Hari ni aku terpanggil nak wat review skincare product yg aku pakai [cewah! terpanggil gitu.. ala2 rencana la plak].

Aku ni idak la pakai skincare yg d'bomb. Yg biasa2 ajer which kalo nak carik pun kat guardian/watson tu kompem ado lah. Tp aku ni kalo pakai satu2 product mmg aku jd loyal customer lah pada produk tu utk beberapa thn. Takat ni, da hampir 20thn aku menggunakan skincare, baru 3 brand je aku guna.

Ok, aku wat summarize sket la. Aku start pakai skincare [pencuci muka je] bermula form 1. Masa tu duk hostel n muka aku da start berminyak [maklum la..dah start peyed kan] Lalu mak aku belikan Hazeline Snow [wahh..mcm cumil je sebut snow tu]. So, aku pun jadilah pengguna setia Hazeline walau masa form 2 ke form 3 tah tetiba suma org pakai Fair n Lovely.

Lepas itu masuk UiTM aku rasa aku masih menggunakan Hazeline hingga bila aku tak pasti. Tp rasanya sblm grad dip aku da tukar kpd Pond's. Harus la kan ada peningkatan sket. Aku pakai produk Pond's yg kaler pink. Masa ni da pakai pencuci muka n krim dia n toner [ konon mcm da complete la set penjagaan masa tu] Aku pakai smpai la aku menang grand prize peraduan pond's tu [yg suh teka penyudah iklan pop corn yg zizan n melissa mauren makan kat dlm wayang tu].

Dan masa keja aku start pakai "Kerana Dirimu Begitu Berharga". Kali ni aku pakai complete lah suma. Mcm ini.


Aku guna White Perfect nyer set. Dulu dia buat muka kita 'cerah biru'. Skang dia buat muka 'cerah pink' lak. Dan setiap pagi ini lah yg ku tempek di muka sblm gi keja. Haha. Kalo tgk mesti kata aku siap berejam kan. Tkpe..kang aku bitau berapa lama aku duk dpn cermin utk menempek suma bahan kimia ni kat muka aku nih

Aku mulakan dgn ini.

Step 1 - Cleanse
Ini Pencuci muka. Aku pakai 2 kali sehari. Pagi n Malam.


Step 2- Tone
Lepas pakai pencuci muka kena la pakai toner [oh! my dear kata amik je toner[ink printer] kat stor opis tu bila aku ajak dia pi Watson utk beli toner nih..buat lawak pula my dear aku ni]

Aku tenyeh toner ni pagi je. Toner ni utk ilangkan kekotoran yg tk dpt dihilangkan oleh pencuci muka td. Maklum la..duk KL kan. Penuh dgn abuk,asap,debu,pencemaran,kulat,kulapuk [woi..woi..ko ingat iklan cat ke hapa nak kulat, kulapuk bagai]. Toner loreal ni ada vit. c n pro-exfoliante utk meratakan tone kulit dan mencerahkan kulit.

Step 3 - Eye care [step ni aku skip sbb aku tak pakai. AKu penah beli mendalah utk cerahkan mata ni..tp aku tak pakai..sudahnya buang je]


Step 4 - Special Treatment
Lepas tenyeh toner sapukan la mendalah ini.

White Perfect Double Essence. Baru ni [transparent rosy whitening] Dulu dia kaler biru n putih. Skang da pink n putih. Secara peribadi aku paling sker product ini lah dlm Loreal ni. Aku tatau la berkesan ke tak ke atas kulit aku tp takat ni mmg la kulit aku takde la hitam melegam kalo berjemur ke apa ke sbb dia ada Advanced Melano Block n skang utk napak rosy tu dia tmbah tourmaline gemstone. Tp masa memula aku pakai dulu, ramai la yg tegur kulit napak cerah. Skang takde dah la sbb da immune kat kulit aku kut. Tp aku sker je sbb takde la berjelaga muka atau kulit jd mengelupas tu. Gerun oih tgk muka org yg mengelupas2 tu.. [tp kalo da panas mcm kat Jom Heboh tu napak berjelaga jugak-tapi..ha..ada tapi..tapi still tidak berminyak]



Step 5 - Moisturize
Lps Double Essence tu aku tempek lagi dgn moisturizer ni. Ini pakai siang. Dia ada 2, gentle moisturizer SPF 20 ngan Day Cream SPF15. Aku pakai Day Cream tu je. Pilih je memana 1, sama lebey kuang je. Ini utk melembap lah.


And malam aku pakai lak night cream. Juga utk melembap [dulu aku tak pakai..tp sejak2 umo menginjak 30 nih harus lah menjaga dgn lebih teliti muka ni kan..kang kusam plak].

Tp utk ke opis aku teruskan dgn ini.


Ini adalah foundation. Liquid foundation. Tp dia takde white perfect punya range. Jd aku amik True Match. Sgt bes dan menjimatkan. Aku rs aku pakai dlm sethn baru habis. Takan nak tepek mcm tepung gomak lak kut kat muka kan. Tp pakai pg leh la thn smpai ke ptg. Kalo tak basuh muka lah. Kalo dah basuh muka nak solat tu ilang gak la kan. Tp aku idak la tempek balik. Kuasa..


Dan last skali aku tempek ini dimuka-Ini dlm white perfect range. White Perfect Pearl Duo Powder Foundation. Ini pun long lasting. Aku amik Nude Vanilla. Aku sgt menjaganya sbb kalo pecah..ha..mmg ke tong sampah la sbb mmg takkan leh pakai [penah terjadi aku baru beli 2 minggu, jatuh, pecah berderai, rs nak nangis time tu sbb udah la nak kena tggu gaji nxt mthnya]

Oh..ada lagi product loreal yg aku guna.



Lipstick dia. Aku tidak lah secara khusus guna lipstick loreal. Tp saja nak cukup kan set loreal maka aku pun membeli dan menggunakannya. Tp not bad juga lipstick dia. Cocok aja di bibir ku ini. Ngeee.ge.ge.

Lepas tu kalo siap ke opis ada la aku buh eye-shadow sket,blusher. Dan masa utk aku merapikan diri dgn suma tu adalah dlm 5-10min shj. Huhu. Idak la aku mengambil masa smpai setgh jam utk menata rias tu. Kdg tu dlm kul 7pg tu aku baru kalut2 iron baju, buat air [nescafe segera],mandi smpat lagi kuar kul 7.30pg.

Itu je lah nak citer. Haha. Mcm la nak iklan kat product Loreal nih kan. Kalo nak tau lebey lanjut buleh la masuk web dia ni ha - lorealwhiteperfect.my

Dulu aku ada gak plan nak tukar product lain sbb kata Loreal ni produk Israel. Tp bila pikir2 balik takpe lah. Kalo nak boikot, boikot suma..ini dulu ramai je tak makan Mekdi..skang tgk da berduyun. Kalo nak boikot..boikot trus la kan..wat pe nak ikut2 org. So, aku amik keputusan-pakai je. Lagipun tk semestinya duit aku tu mengalir pada tabung Israel tu. Entah. Terpulang lah pada memasing nyer pendirian kan.

Smpai bila aku nak pakai Loreal ni pun aku tatau. Mcm ada plan nak pakai Clarins lak. Tp tgk la dulu. Nk pakai pun kena la 'ukur baju badan sendiri' gak kan.

Pnstoberi : Jgn lupa cuci muka dgn air wuduk juga.