Thursday, December 3, 2009

~Hectic Day~

Dear diary,

Hari ini adalah hari hectic giler utk saya semasa di tempat kerja.
Pagi2 lagi telefon meja sblh yg menempatkan klik saya yang bercuti hari ini telah berbunyi.
Waktu itu saya pun belum bersarapan [eh. saya mmg bersarapan lambat. slalunya slps jam 9 pagi barulah saya bersarapan]. Saya pun menjawab panggilan itu dgn "menarik" taliannya. [tak tahu nak describe cemana..tp kalo anda keja di opis,anda tahu lah makna "tarik2" phone nih kan. Yg penting bukan membawa maksud anda menarik gagang atau telefon tersebut ke meja anda].
Rupa-rupanya bos saya. Dia mencarik kan klik saya itu. Sayakatakan beliau bercuti. Lantas bos saay trus bertanya lagi "Ida ada?".
Oh. Bos ini masih tidak mengecam suara saya rupanya. Tp tidak mengapalah. Bos itu baru je 3 bln [eh..ke 2 bln?] mengambil alih tpt bos lama yg tlh berpindah ke cwgn lain. Bos lama itu call ext org lain pun panggil Ida, ida. Huhu.
Setelah saya berkata Ida lah di talian, bos saya menyuruh saya ke bilik nya.
Lalu saya pun ke biliknya. Di sana sudah kelihatan ketua2 unit yg lain [ketua unit saya sdg berkursus]. Jadi ceng cong ceng cong di biliknya dlm masa setgh jam. Mendpt "mandat" yg perlukan tindakan SEGERA.
Hectic saya pun bermula. Sudahla kebanyakan "mandat" itu tugas hakiki rakan meja sebelah saya itu. Beliau pula bercuti 2 hari utk menjemput kepulangan ayahanda [ttiba sy blank cemna nak eja ayahanda. Ayahanda or ayahnda?] dari Mekah [penerbangan yg pertama].
Saya kembali ke meja saya. Lantas memberi mandat tersebut kepada clerk dan adik2 SPS itu. Mujurlah mereka mudah membantu.
Dan tetiba..tanpa disangka2, rakan sebelah meja yg sepatut cuti itu, telah dtg. Oh!!! Syukurnya saya. Saya pun cong ceng cong ceng dgn beliau ttg mandat SEGERA tersebut.
Lepas itu saya pun makan nasik goreng yg saya bawa dari umah. Datang pula si jurutera ke tpt saya dan mengatakan "wah..sedapnya" [tk tahu kenapa, tp saya anggap kata2 mcm tu ketika saya sedang menyuap makanan adalah sgt annoying!]. Saya yg rasa annoying terus berkata "nak ke? nah la" Laju shj si jurutera menggeleng. Rupanya encik jurutera nak ajak meting 8hb nati. Ok lah tu.
Selepas itu saya meneruskan pula mandat2 lain dr bos td yg sememangnya tugas hakiki saya. Tp saya rasa mcm hectic lah. Saya rasa mcm ada menda yg tak sempurna lagik.
Selain itu saya buat juga mandat dari bos kepada bos sy. [ini mandat smlm..tk siap..alamak! ada surat tak draf lagi. Matik!! ].
Sejurus kemudian, saya beri rakan2 seunit wajik buatan ibu saya yg saya bawa balik dr kg tempohari. Oh! semua wajib makan wajik saya. Habis ok! I loike [tetiba]. Ada juga buah jambu cicah kuah rojak mak bee yg dibeli oleh clerk saya. Jambu dibeli di Tapah sbb clerk saya itu ber out station ke caw. Perak. Kuah rojak pula ketua unit saya yang beli sewaktu out station ke Kedah bulan lalu [glamer kan mak bee ini. Rasa semua org kenal dan tahu].Saya dpt makan sikit2 shj sbb org yg lalu lalang pasti singgah di unit kami utk "merasa" [abis...aku takyah rasa la yer]. Tp tidak mengapa lah sbb saya boleh beli lain kali sbb kan saya setiap bulan lalu ikut Tapah tu.
Sambung hectic saya dan dah pukul 12.30 thari. Cpt nya masa berlalu. Adik clerk saya da ajak makan. Jdi kami turun cafe dan tapau [aha! bkn slalu yer kami turun awal camni..time mahu carik lauk lebih je. Sbb kalau turun lambat, tinggal lauk yg tak best shj].
Pukul 1 saya bukak blog jap [ewah! dlm hectic pun smpat nak bkk blog yer..Ate..rehat katanya]. Saya dpt idea utk countdown anniversary n birthday saya. Carik2 gmbr dulu. Tetapi lambat pula internet di opis saya hari ni. Saya pun solat zohor dahulu. Lps tu baru saya smbg dan publish lah blog saya spti mana terdapat di atas. Sticky mode cubaan pertama saya.
Lepas itu baru makan nasik yg ditapau. Tp saya merasa kenyang dan muak pulak. Adakah saya salah pilih lauk kari bersama sayur kobis itu. Huh! tak abis pun.
Pukul 2 saya kembali meng hectic kan diri. Kemas kini semua data2 tanah milik opis saya ini. Juga bayaran2 cukai nya. Kalo ada byrn tertunggak lagi mmg susah lah sbb dengar2 thn dpn bajet di cut lagi [potong! potong! -sila ikut nada kompang itu yer], Kena check bebtul ini. Hectic nyer keja nih. Nasib ada adik2 SPS ini yg turut membantu. Juga nasib baik ada sesetgh negeri yg pejabat tanahnya sudah canggih yg mana boleh check samada kita dah bayar atau belum cukai hanya melalui online shj. Antara negeri tersebut adalah Terengganu dan Kedah. Congrate to them! Mudah mcm ini. Bukan mcm sesetgh negeri yg kedekut kertas nak keluarkan bil. Lepas tu bila da terlepas pandang pandai pula memberikan surat peringatan. Katanya thn hadapan sila bawa salinan resit dan sertakan sampul surat bersetem beralamat sendiri. Negeri mana?? Lu pikirlah sendiri!!!
Tp kan. Dlm saya berhectic matic tu sempat pula saya ber gchat dgn Puan Ita n Puan Shah. Ini bukan apa. Utk menghilangkan rasa stress akibat hectic tersebut. Tp..say attp rasa ada sesuatu tak "sempurna". Itu menyebabkan saya lebih rasa hectic.
Setgh jam lagi ke waktu balik saya ada appmt pula. Mujur si pembuat appmt dtg tpt pada masanya. Appmt pun ini juga membuatkan saya rasa hectic. Memcm pulak kehendak mereka ini. Word "tandas" pun mahu berkira. Jd..saya pun pandai la pusing sana dan pusing sini. Apa? Ingat mereka lawyer, mereka boleh lencong2. Haa....silap lah! Tp appmt diakhiri dengan penyudah yg baik. Mujur.
Dan jam pun menginjak ke angka 5. Walau saya rasa macam ada "tk kena" je dgn keja saya tp saya rasa saya perlu balik rumah. Jd saya pun pulang. Tetapi dalam kereta suami saya pula menimbulkan satu cerita. Mungkin kerana perasaan hectic saya itu masih belum padam sepenuhnya makanya dia pun terkena lah tempias hectic saya. Saya seperti mahu bercerita ttg apa yg ditimbulkan oleh suami saya itu. Sesuatu yang menarik utk diperkatakan. Tp napaknya dear diary saya ni dah panjang berjela pula.Saya harus berhenti.
Napaknya hectic saya dah makin kurang bila saya menulis.
Jadi menulis lah anda sebelum anda ditulis.
Renung-renungkan dan selamat beramal...

Puanstoberi: Mmg suka menulis.

2 comments:

cikCha said...

pnjg berjela siot...seb baik aku rajin membaca nyer tgh2 mlm ni...hohoho

puanstoberi said...

hahahahahahahah...aku pun maleh nak baca balik sbb berjela.hahahahha