Showing posts with label annniversary. Show all posts
Showing posts with label annniversary. Show all posts

Monday, November 19, 2012

Edisi Makan-Makan : Naili's Sentul


Berapa lama tak makan sini?
Lama dah kot.

Aku tau tpt ni mmg lama sgt dah. Awal2 dia bukak dulu la. Masa tu abgcik n kakcik yg bawak. Time tu anak buah aku- dak Fatin tu - yg skang dah dajah 5 - kecik lagi. Baru 3.4 tahun kut. Which masa tu dia nak limau ais, dia seluk air tu amik limau, then dia perah2 balik dlm air n keliling meja. Syabas. Haha.
Lps tu pegi lagi dgn bf (ketika itu). Haha. Beberapa kali la juga. Haha.
Kami panggil tpt tu restoran nyamuk sbb ada nyamuk la plak.
Tp kira abis romantik la kiranya sbb pilih tpt tu. Haha.

Lps tu ada la sekali 2 pegi dgn kengkawan.

Ngan myDH. Ini la 1st time. Hari Sabtu.10.11.12 tu ari (eh. Aku pun tak pasan aku pegi date cantik itewww). Dah dkt sgt dgn umah kan. Jadi, mari kita pegi.
Masa g tk ramai org lagi. Dpt tpt duduk yg bersila tu.

Nak makan lamb chop. Nak makan lamb chop. (hehe. ada orang dok eiww..eiww..eiee.. ai tak makan kambing, skali lamb chop makan. Haha. Urban gitulah..kambing tak makan. Lamb makan. Hohoho. Aku oke je. Kambing ka lembu ka makan seme, tp sbb aku tak suka makan2 sgt, jd aku tak amik kesah la pasal makanan ni. Asal ada, oke dah)


Sori ler gmbr tak memuaskan. Pakai S2 je pun. Bukan Note2 mahupun S3. Takde la nak bawak kamera godang plak hai nak melantak kt tpt yg sekentut je pun dari umah. Lagipun sapa biasa gi Naili's ni tahu la cemana gaya kat dlm tu. Agak kalo kelkatu jatuh dalam tu pun tak pasan. Haha. Tp mana nak ada kelkatu sbb takde lampu. Ngee.

Tp lamb chop mmg sedap. Lembut sajork. Aku amik gravy dia mushroom. Sbb tingat masa kat hotel KSL JB tu hari. Cam sedap sungguh la sos mushroom. MyDH memalu plak nk order bagai. It's on me oke.. tp dia amik Chicken Chop. Tp lamb chop aku tu pun half aku kasik ke dia. 

Lps tu terpikir, baik g sini masa anniversary.

Me : Patut kita dtg sini masa anniversary kan. Cam romantik jugak tpt ni.
MyDH : Anniversary kita cuti, booking hotel lah. Hari Jumaat tu.

Ha...masa kat sini la dpt idea nak gi hotel tu.

Me : Ek?? (cam tak caya lak pakcik ni yg bagi idea. Hihi). Lps tu kita booking utk candle lite dinner skali kan? hihi.. (saja cakap, tp tak kuasa la kan. Igt kenyang ke makan candle lite dinner, aku penah g skali, masa valentine.. seketui2 dia bawak course. Pastu secoet je. Udah la menda2 sayur mayur yg aku tak makan tu. Kuasa)
MyDH : Gi yg dekat2 je. 
Me : Pullman Putrajaya?
MyDH : Oke gak tu.

So, begitu lah terkeluar idea nak gi Pullman tu. Hurm. Aku ada kenalan kat Pullman tu. Tp cam segan pulak. Tetiba nak tanya ke dia plak. Dah lost contact seme. Tentah dia pun dah tak keja situ (T___T).

Oh. Kembali ke cite Naili's - oke la. Aku minum air jus longan. Dekat nak satu tin buah longannya. Puas hati. Ye lah, rega pun RM8.90. MyDH minum jus epal asam boi. Dia siap letak serbuk asam boi tu (tetiba aku kecur. Haha). Pun rega sama. Total utk 2 org dlm 60++. Owh. Skali skala buleh, berkali kala, pitams.

p/s ; Adik2 TTCian, nati kita gather kat sini plak. Amacam?? Masa beday akak ke. Hikss... :D

Wednesday, December 15, 2010

~Pasal Tinjau Tinjau Di Hari Lahir~

[entry ini tiada sama sekali berniat utk menunjuk nunjuk. Sekadar berkongsi dlm ni kegembiraan yang dapat  sekali sekala dalam seumur hidup. Mohon tidak disalah erti :)) ]

Tahun ni celebrate bufday cum anniversary kat tempat tinggi. Yg boleh napak hampir seluruh KL. Bila aku 'jerit' kat 'dinding' FB ada yg teka KL Tower. Kui kui kui... blum lagi kut nak menderma duit kat situ. Nanti lah kut ada rezeki lebih kan. Tehehehehe.

Mulanya aku mmg buntu lah nak makan kat mana. Mana lagi KL ni tpt yg bes. Hotel sebelah ni? Huhu. Makan smbil menyaksikan opis tersayang kami tu? Wahh..romantik la sgt kan. Kalo cemtu lebih baek piknik je kat gazebo tu. Tehehehehe. Tp ehh...lunch tu aku dibelanja oleh kawan peguam aku kat situ. Hik hik..maceh kak. Itu pes time sy lunch kat situ. Amek Ala-carte. Makan spegetti Arabiata. Sedap. Not bad.

So, on my befday eve yg juga ari anniv. aku tu aku terpaksa mendapatkan bantuan mr google. Thanks to technology nowadays. Anda boleh kemana sahaja dgn bantuan internet. Percayalah! Wahhh... eklan di situ. Aku google dgn keyword - romantic dinner Kuala Lumpur. Dan aku klik utk blog. Sbb apa pilih blog dan bukan search kat web je. Sbb kat blog la dpt review yg ikhlas. Again..thanks to google. Beliau listkan blog blog yg ada cerita pasal romantic dinner. So, dpt klue seterusnya iaitu Look Out Point Ampang

So, type lagi Look Out Point atau nama melayu nya, Menara Tinjau Ampang. There u are. *wink*wink* Tpt yg mmg menarik dan lomantik lorhhh. Dari review suma kata view amat cantik tp makanan agak kureng. So, gugel dari satu ke satu tpt. Boleh klik sini utk list restoran- klik sini- Look Point.

So, ati sudah tertawan, maka setelah menimbang tara review2 blogger lain maka aku decide nak makan kat Haven. Dia ada romantic diner package. So, pagi2 tu aku book la pakej tu sbb baca yg di review kena book dulu. Takut penuh dan tk dpt tmpt bes.

Ptg after opis, trus gerak. Tp jem adalah maha hebat ptg smlm. Jalan Ampang tak gerak langsung. So, my dear cilok sana sini amik AKLEH. There.. aku awal2 lagi da suh amik AKLEH tp dogil kan..tu la pasal. Hihi. Aku mmg nak bajet smpai sana before gelap. So, buleh la napak perbezaan siang dan malam kan.

Oleh krn awal, kiterang dpt paking kat atas. RM5 bayaran paking dia. If paking kat bawah je RM3. Bawah pun ok, exsais naik tangga la sket. Hihi. 

Terus bagitau nama kat kaunter tu so, dibawa ke meja. Yupss... spesel la sket sbb ada alas meja bagai. Ceaa... dan pemandangan mmg...wahhh.... (sbb pes time pegi kan. So, ada sedikit jakun. mahap yer).

Pemandangan sebelum senja
Pemandangan masa senja
Pemandangan selepas senja-malam.
Okeh. Kamera aku bukan tahap DSLR. So, gambar ado ado yo lah yer. Bila wat mode malam dia mcm gegar plak. Haishh... beli kamera baru lah ceni. Wahh....

So, yg dtg pertama adalah air fresh orange.
Then dia bawak course by course ini

Memula mushroom soup yg byk giler itu. Boleh thn sedap. Makan ngan garlic bread. Tp aku rasa as starter  tak perlu la semangkok nih. Kenyang giler rasanya. Aku tak abis pun. Then dtg udang salut tepung. Hahaha.. tah pe nama dia dlm omputih-tempura eh. Pun setap. Tp 4 ketui je. Jadi la 2 ketoi sorang.
Then benti solat jap (dun wori, ada surau kat sini) pehtu dia antar main course. Dia tnya nak lamb chop or chicken chop. Maka kami setuju amik lamb chop and chicken chop. Rasa? Ok. Not bad. Aku makan lamb chop and my dear chicken. Tak lalu nak makan ayam dah. Then last sekali for dessert dia kasik banana boat split. Hihi. Mmg fevereto aku la eskem ni kan.

Aku bc ramai yg review makanan agak 'kureng' kat sini. So, aku pun da set mind jgn put high expectation pada makanan. Lagipun aku bukan 'pemakan' sgt org nya. Bila aku pilih tpt makan, yg pertama aku tgk, tpt tu bes ke tak, selesa tak selesa, tandas ok tak. Sedap tak sedap tu kira no.2 la.  Sedap pun sesuatu yg subjective. Org kata sedap, aku kata tak. Vice versa. Lagipun, aku ni sedap pun aku makan tak abis, tak sedap pun tak abes. So, bila da makan aku rasa ok la. Aku penah makan lagi 'hell' rasa lamb chop tu yer (wahh...hell pegi nyer. Hahahaha). Mahal je lebih. Kat mana tu rahsia la. Mampuih aku kena saman. Tp ini ok lah. Tapi tekak org lelain kan. Bagi aku ok. Aku bagi 3.5 bintang.

Tapi ok la sini. Org tak ramai. Kalo nak pegi, bajet la smpai sini dlm kul 7pm or before 8pm. Sbb after tu org da mula ramai. Nati kena paking kat bawah. Then pastu tak leh santai santai romantik. Mcm kiterang, hanya kiterang je kat hall situ. Bes sesangat. Rasa vvip lah. Hah!!!... muntoh.

Bumble bam bam tgh makan. Besonya lengan aku! Hoh.
Haven ni besau. Ada lagi tpt kat tgkt bawah sket. Tp ok je kalo duk situ pun. Napak gak pemandangan. Mcm ni ha.
Selain dari Haven ada lagi restoran lain. Panaroma n Look Out Point Western. Aku napak dua ni je. Kat web dia kata ada lagi satu restoran Gasonline ke apa ke tah. Tp aku tak napak lak celah bedah mana.

Bagi aku, ok. Boleh pegi lagi nati. Kat mana tpt ni? Klik je web web yg aku link kat tu. Nati dia guide kan. Bagi sapa biasa area Ulu Langat, Sg. Congkak tu mesti tau. Kalo dari Ampang (KL) ni dia lalu kat care4 tu, then nati da ada signboard tulis "Menara Tinjau". Follow je. Dlm 3km dari bwh tu.

Owh. Harga utk pakej ni adalah RM99++ per couple. So, bila da di plus pluskan tmbh je lah dlm 10%. 

Official Haven Web
Ok la kan. Sekali sekala. Kalo kat KL Tower RM135++  sorang yer utk bufet dinner. Huhu. Masih tak mampu rasanya. Sobss...
Dan akhir kata ku selitkan gak gmbr muka-berminyak-pakai baju sama dari pagi-kat area luar Haven tu. Owh.. aku sker gmbr kiterang berdua tu. Mcm gmbar tepek je kan. Suh adik pelayan tu amikkan gmbr. Sker!

So, sekian cerita bufday n anniversary saya. Tatau la kut ada lagi pas ni kan. Miahahaha.

Friday, November 19, 2010

~Pre-Anniv. @ Avillion Admiral Cove PD~

Smlm da buat review hotel kan. Ok, skang kita tgk gambau yg smpat di capture di Avillion Admiral Cove tu. Mmg byk tp kena tapis2 la masuk sini. Stgh tu da ada dlm FB. But then gmbr berdua mmg nan hado la sbb kamera ai tu takde tripod tripod bagai. So, konsep dia 'abg..amik gmbr kat sini eh' atau pun 'meh org amikkan gmbr awak meh'. Kalo ada pun pakai self potrait, tp mmg idak la aku nak jaja kat sini bila muka beso pinggan jadinya. Segala jururawat jerawat bagai pun napak.

Last year pegi pun duk sekitar2 ni gak. Duk kat Selesa Beach Resort yg mmg jalan kaki kat pantai tu mmg sure leh smpai gak lah ke situ. Huhu. 

Gmrb 1 : Bilik mmg berhadapan dgn wing satu lagi. Tp wing dpn ni  mmg tak buleh nak lepak luar sbb takde balkoni. Bilik aku duk tu mmg ada balkoni. Mula mcm 'ala...tak ngadap laut pun'

Gmbr 2 : Tapi, perasaan tu lekas2 ilang.. ala, napak gak pe... ok la tu dari takde kan. Bukan kita doplohpatjam nak duk kat balkoni. Ate' , keme bayo memahe takkan nak duduk luo pulak kan. Rileks je..napak gak laut ni ha.

Gmbr 3 : Gambaran dr pintu masuk. Bilik mmg luas dan selesa lah utk 2 org dewasa nih. Sebelah  balkoni tu ada sofa. Sgt comfy lah.

Gmbr 4 : Kemudahan dlm bilik - ada bilik dlm bilik (tatau apa motipnya gini..tp ok jugak, mcm privasi gitu). Ada tibi plasma. Bes sbb takde la segedebuk atas meja kan. Kadang tu ada hotel yg takde remote, hah..ko pegi la tekan tekan kat peti tb tu. Ini bes. Siaran pun byk. Ada iron n iron board. Tkyah susah nak call suh antar (tp sayang..aku tak guna pun..tp kalo course, ini amat berguna). Juga ada sinki dlm bilik. Tak perlu gi toilet. Dan ada gak kipas kalo da sejuk giler beku beku waktu malam. Tp kipas ni tak boleh nak laras2..dia laju gitu jer. Cuma yg tk bes adalah 2 buah katil single. Lupa lak aku nak mintak bilik ada katil queen. Tp itu tidak la menjadi permasalah besar ye puan puan. Ehem... :P


Gmbr 5 : Lunch kami pada hari tersebut. Haha, retu kawan aku, Hana dia kata dia gi PD makan satey haji samuri, then dia kata mcm la kat KL takde. Rupanya aku lagi trok. Mcm la pizza  takde kat KL. Tehehehe. Tp ini mmg niat nak makan pizza pun. Mula ingat nak beli Papa John's dari KL, tp kang da sampai sejuk plak kan. So, beli sajer di pekan PD.

Gmbr 6 : Red for me, green for him. Dinner di Rest. Nasreen.

Gmbr 7 : Inteprem sket... muka hepi dibelanja lauk ketam utk dinner. Ngehehhehe.
 

Gmbr 8 : Menu mlm itu. Kailan goreng ikan masin, sotong goreng kunyit, sup campur n ketam masak lada hitam. Ketam itu mmg memuaskan hati. Mmg berbaloi2 ngan reganya. Isi banyak.. giler ramai org kat kedai ni. Kalo nak pi sila pastikan anda pegi awal atau pun dilajakkan terus utk makan lewat. Kalo peak hour time Buletin Utama tu mmg smpai menunggu2 tepi meja kita lah. Nak makan pun rasa tercekik sbb org duk  nunggu bila la kita nak bangun.

Gmbr 9 : Bekpas pagi itu. Nasik dagang. Lain sket la dari kebiasaan. Salu bekpas nasik lemak atau nasik goreng. Aku tak berapa suka nasi dagang. Tp amek je lah. Dan pau comel2 itu setappp..


Gmbr 10 : Mana 1 obor-obor? Haha. Jalan jalan tepi pantai jumpa ini. Hehe. Cena la buleh ada kat sini. Sapa lak romen romen kat sini nih..haiya.. Yg bwh tu mmg obor obor. Masih hidup time tu..nyaris napak tau..kut tak mesti gatal2 kalo terkena.


Gmbr 11 : Swimming pool yg saya tk dpt nak mandi.. tkpe, lenkali dtg harus berendam sini. Ada gak khidmat spa, manicure, pedicure kat tepi pool ni.

 Gmbr 12 : View sekitar n gmbr gedik2. NGeheheheh

So, itu saja laporan percutian pre-anniv saya. Jumpa lagi di percutian post-anniv. bulan Januari nati. Insyaallah.. Semoga berbaloi baloi mcm ini juga. 

Owh.. rate yg saya dpt utk bilik superior di AAC ni adalah RM200++. Saya booking online saje di website rasmi Avilion. Org mmg ramai la kat sini, so kena book awal lah. Cuti sekolah ni lagi tak harap kan.. Sapa2 nak terai buleh la..nati pasni nak terai Legend Water Chalet lak lah.. errr..mampu ker?? teheheheh

Thursday, November 18, 2010

~Pasal Pre-Anniv. Holiday: Avillion Admiral Cove~

Ouch. Da kul 4 lebih. Kejap je masa berlalu. Memana yg keja tu dah nak balik pun kan. Napaknya opis aku tak block FB reni. Esuk pun sama la tu. Org tak ramai. Bos bos pun ramai cuti, so apa laga la kan meke meke tu. Aku pantau dari FB je lah. Mmg ada deme online tp memasing tak update status. Gaknya takut aku meng komen la tu. Tehehehheheh.

Ok, skang baru leh start citer pre-anniversary di PD last week. Wahh..ada pre n post kah? Teheheh. Secara tak sengaja, date aku pi PD ni adalah genap sebulan lagi ke my 2nd wedding anniv. Dan nati Insyaallah, bln 1 yg date ke Sabah itu pun adalah sebulan selepas our 2nd wedding anniv. Jadi ada pre n post nya. Masa wedding anniv. mmg tak plan apa apa pun lagi. Ari apa ek masa tu. Ari keja rasanya.
So, spti yg dibagitau, kami ke sini.

Bes. Mmg bes. Utk entry ni aku bagi review hotel ni lah dulu secara general eh. Nati next entry baru ada gmbr bebagai. Wahh...gi PD pun ada entry ber part part eh. Mcm la bercuti cuti di over d sea gayanya. Teheheheh. 

Secara keseluruhan hotel ni mmg worth for buying lah. Eh. Bukan for buying. For staying. Aje giler ko nak beli hotel. Apa ingat main saidina ke nak beli beli hotel  bagai. Ngeh ngeh ngeh. Aku rasa berbaloi. Ni 1st time aku ke hotel ni. Ada yg tnya awat tak ke Avilion Water Chalet tu. Jawapannya adalah aku rasa tak berbaloi utk abis RM400++ satu mlm utk 2 orang jer. Lain kalo aku ada anak2, itu buleh consider walo aku rasa mcm errr....tak gamak je. Maklum ler....gaji keme ni tak byk ye dok. Kena la mikio itu ini. Mahal tuh. Jadi kita  uko baju di badan sendiri udah la yer.

Apa pun, mmg bes. Masuk je lobby utk check in terus dihidangkan dgn pemandangan laut yg terbentang. Pulak tu dekat dgn tpt kapal layar berlabuh. So, mmg cam bes..!

Masuk je lobby trus napak ini.
Walawei..santek nya.. lps tu masuk bilik pun, walo superior tp bilik mmg luas dan besar dan selesa terlebih utk 2 org. Mmg sesuai kalo org nak amik2 gmbr. Ramai aku tgk bwk kamera godang tu. So, gmbr sure cantik. Lain la aku ni bwk kamera ala ala je ni. Jd gmbr pun ala ala je lah.

Makan utk bekpas pun not bad. Swimming pool pun luas gak. Cuma mungkin tak dalam la kut. Eh. Ok la tu...aku ni mana reti berenang. Tp aku tak dpt mandi sbb takde baju mandi. Nati pas ni nak gi carik baju mandi lah. Aku sker je nak lepak2 dlm pool tu. Laki aku tak sker takpe..biar dia tggu kat luar. Teheheheh.

Cuma yang kureng sket adalah kemesraan para kakitangannya. Kurang mesra alam sket lah. Yg jaga kaunter pun kurang senyumannya. Layanan kat kita pun so-so je.Tatau la kut dia tgk aku ni mcm pompuan-selekeh-tah-dtg-dari-mana dia tak berapa nak layan aku tatau. Tp mmg tak buleh la camtu kan. Guest is guest walo dia napak cam budak hingusan ke hapa. Senyum mmg tak la kan kalo berselisih. pun Yg nice dan friendly ada lah guard dia yg aku rasa bkn warganegara sini. Jalan nak ke pantai berselisih ngan derang siap ckp ' good evening sir'. See..mana pegi Budi Bahasa Budaya Kita warga Malaysia ni. Kalo pihak mgt AAC ni terbaca (kut la kan..tersesat time gugel word - Avillion Admiral Cove), sila take notes berkenaan ini yer. Kasik course sket. Ada hotel yg aku penah pegi, yg hanya beberapa bintang je pun, tau je senyum, layanan kaunter ok.

Nak lagi bes masa bekpas, takde org tggu kat pintu. Kan biasa ada org tggu kat pintu utk amik pass makan tu kan. Tp masa kiterang masuk takde, so, kiterang masuk dlm kasik ke kaunter. Jarak kaunter ke pintu agak jauh la gak. Then aku pun amik makanan, my dear amik tpt. Bila aku da amik makanan, my dear lak gi makan. Skali dia terkena ngan tukang jaga pintu tu. Dia kata kat my dear, tk napak pun laki aku ni bagi pass tu ke dia. Laki aku kata dah bagi kat dlm n tunjuk kad hotel tu. Makna dah takde la pass tu. 
Eh..helloo...ko igt kiterang ni kaki 'kencing' ke. Kalo ko nak tnya tu ko kena pastikan yg ko  mmg duk tercegat kat pintu tu tak gerak gerak. If ko pun kejap ke sana kejap ke sini, jgn la pertikai 'ai tak napak pun you kasik pass'. Siap dia kata dia duduk je situ dari pagi. Ek eh. Lempang nak??.. Kalo ko duduk situ, harus la aku bagi kat ko. Kalo btul la kiterang kaki kencing nak mentekedarah makan pree, kiterang takdenya nak carik kaunter tu nak bagi pass tu. Trus je la amik makanan. Coiii btol. Kalo takde pun aku leh bayar la rega bekpas tu. Wahhh..... tak baik meriak..tak baik..tak baik. Cpt cpt istighfar semula.

Tu yg aku kata tu, kurang kemesraan sket kakitangannya. Kalo ye pun dia nak tegur, dia kena pi la cek dulu. Ini nak salahkan kiterang pulak. Mcm menyampah sket la sbb dek peristiwa itu. Sombong..tau la laki aku time tu pakai suar pendek apek cina bunga2 hawai tu..ko sesenang nak pandang rendah kan. Igt nak merempat makan pree situ. 

Satu lagi cadangan aku adalah, before serahkan kunci, derang kena brief sket la cara penggunaannya. Sbb lain hotel lain cara nak bkk pintu tu kan. Ye lah..mana tau kut dpt kat org 'darat' cam aku ni ha. Memula tu kiterang slot in kunci tu then tarik balik. Tp still takde lampu ijau kuar. Kan salu kalo pakai slot card tu dia ada lampu ijau utk approved kan kunci tu dan merah kalo tak approved. Yg ni pun kiterang pun buat la camtu. Tk buleh. So, turun balik, dtg la sorang tu ajar kiterang. Rupanya slot kad, tggu bunyi 'klak' bukak pintu baru cabut card tu. Gituuu... kan sng kalo derang brief dari awal.
Kalo tak, jd masalah smpai patah kunci sbb masa aku check out ada satu cina tu pulangkan kunci yg da patah. Katanya memula elok, tadi tup2 patah. Mana mungkin patah kalo tak di jolok joloknya dgn kuat. Kan tak memasal. Nak claim guest, sure guest tak mengaku. Jadi.. pasni kalo gi hotel yg pelik2 kad dia harus aku tanya, lantak la dia ingat aku 'darat' ke hapa..dari nyusah nyusah kan badan kan.

So, keseluruhannya aku summarize kan spti ini :
Bilik penginapan : ★★★★
Kemudahan dlm bilik : ★★★★
Pemandangan : ★★★★★
Parking : ★★★★
Kakitangan : ★★★
Makan pagi : ★★★

Monday, December 14, 2009

~Aku dan 30th birthday~

Samat Ari jadi...
Samat Ari jadi...
Samat Ari jadi to ieda..
Samat Ari jadi..

clap! clap! clap!.. puhh..puhh..puhh..[tiup lilin smpai tersembur2 ayaq liuq]

I'm 30 olredi. Owh! tk sangka..tk sangka..dulu kan ms sekolah rs umo 30 tu mcm da tua benau kan. Skang udah berlaku pd diriku. Boleh turn to 13 balik tak?? [emm..kalo buleh pun tak hingin aih..kuasa nak panjang masa muda..pehtu plak bkn boleh bebas2. Nak pegang duit pun mak ayah tak kasik. Huhu]

Apa terjadi ari ni. Bersmbg dari kisah smlm yg aku terlentok lalok lps overdose ubat batuk. Pehtu my dear wish tpt kul 12. Aku mcm mamai2 gitu je. Aku mcm mimpi ke apa ke tah rasa dia poluk, poluk, kiss2. Yg aku tau asik ckp panas! panas! [malam td mmg panas giler]. Mamai giler aku nih. Kuasssaaaa!!

Huyee!!..Dania menang gadis firefly..opssiee..aku tgh tgk AD nih. Hiksss..Aku kan peminat tegar citew nih [berapa kali mao ckp daaa..]

Okeh. Pagi gi keja cam biasa. Smpai je Rinie wish hepi befday. Salam2, laga2 pipi. Pehtu dtg lak ada se "nama" dgn aku yg baru 2 ari lps befday dia gak. Adik Ida Faridatul aku. Salam, laga2 pipi gak. Adik2 SPS pun wish. Pehtu Liana dtg wish. Sara pun ada call. Pas tu dpt msg2.
[so..dgn ini aku nak minta maaf sbb lambat reply msg korang. Sapa yg bc blog ni sure tau masalah hp aku. Dia takleh nak anta msg. Aku tk sempat nak wak gi kedai. So..mmg aku terasa kecewa sket lah disitu. Tp ptg tu aku ke KLCC gak, baiki jap. Baru dpt anta msg balik]

Dah tu lak pagi ni td aku hectic sket. Bz plak. Dgn tetamu2 yg pepagi dtg nak jumpa aku. Wah!! Bz sungguh lah.

Dan tetiba..."nah kak ida.." kata clerk aku smbil meletak sebuah kotak atas meja. Ptt td aku dgr kat dpn tu ada org sebut2 nama aku.



Opssiee...terharu kejap. Pulak tu kotak dia stoberi. Eiiii!! Suka sgt!.Ada org kedai kek anta ke opis. Tgk lak dlm dia.


Hik. Hik. Hik. I know la sapa yg buat suprise nih. Lagi2 pulak tulisan kat luar kotak tu aku da kenai. hik. hik. hik. Choc Indulgence yer. Tp bukan SR punya, tp lagi setappp dari SR. Sungguh!


Maka kami pun bersama2 menyanyikan lagu hepi befday. Dan aku pun tersengih girang.


Dan upacara potong! potong! potong! kek.

Lepas tu kembali bz,zb. Ingat nak baiki tipon masa rehat. Idak sempat. Ate' udah nak motong kek la, apa la mananye nak sempat.

Kami ke KLCC pas opis. Seb bek incik Sani still under warranty. Pree sajek. Cino tu kata software poblem. Dlm sejam tu sempat la pusing2 KLCC tu. Igt nak tgk wayang ke kan..tp cam maleh ah. Nak apdet blog nih, pehtu nak tgk masakan kat cafe world lagik, yg penting nak tgk Awan Dania. Hehe.

Then smpai umah, godek2 tipon [sbb da kena resetting] mandi, solat siap nak kuar dinner. Cewah! Candle lite dinner ker?? Hehe. Jauh woo kami pegi. Jgn memain. Hehe.



See. Berlatar kan KLCC lagik. Sori la paparan kurang jelas. Ate...tipon da nak abih warranty katanya. Haha. [eh. Sani yg mcm kamera tu cantik giler. Terminat di situ. Rega pun amat berpatutan. Haruskah??. Oh, tidak..igt pada 'mansion di atas kayangan' awak tu ye puanstoberi]


Tembam sudah. Sudah Tembam. Nga.nga.nga.

My dear suka nau tgk gelagat org. Smpai terteleng2.

Kami makan western di HR Steak House. Jauhhhhh sgt dr umah kami smpai my dear sempat lah tgk bola M'sia lawan Laos 20minit terakhir kat umah kami. Huhu. Makan di sini adalah sedap, rega pun berpatutan [chicken chop RM6.50]. Rega tu dari anak buah aku yg Fatin tu tak reti duk diam, takmo duk baby chair tu, asik duk bwh meja tgk kucing, akak ipar aku pun tk smpat nak suap ayam hinggalah skang anak buah aku nak masuk dajah 3 dah. Tp dulu portion dia besau la sket. Sapa yg tak pemakan cam aku ni, mmg secukup rasa lah. Aku kalo makan western mmg di sini lah. Sbb lagi bes dr restoran kapal2 yg org ckp tu.

Dan, abis la citer di ari pertama aku ber umur 30 thn. Eh. Cop! Aku ada hadiahkan sesuatu utk diri aku sendiri lah.

Taraaaaa....

Ngeh. Ngeh. Ngeh. Td pun ramai gak doakan aku dpt baby. Moga2 termakbul doa korang. Buku What to Expect tu mmg bes. Dia ada byk series What to Expect lah. Memula aku nak beli yg What to Expect dari start conceive smpai la melahirkan..tp..tu nati lah. Skang ni baik kita beli before u expecting dulu. Seronok nih..tk sabar nak baca. Majalah parenthood tu. Haa... tu baaaanyakkkkk gmbr baby. Tu aku beli. Saja. Petua baru. Mana tau kalo duk tgk gmbr baby, lelama dia berjangkit. Bkn berlagak namo beli Maj. PaMa tu, tp dia byk iklan. Plak tu gmbr bb pun tk byk, parenthood ni aku tgk byk gak rencana2 dia,gmbr bb every each page. Ai loike..

Oklah korang. Itu saja cerita di hari pertama aku berumo 30. Moga hari2 mendatang akan membawa kebahagiaan utk diriku. Untuk Suami terchinta..[cewah!] mekasih kerana sudi menjadi pelengkap hidup sayang. I looooveeee u very much!! muaaahhh!! Jom baca buku ni sesama nak. Teori dulu pehtu praktikal. HAHAHAHAH !!!!

Pnstoberi : Hanya berdoa dan berusaha.

~Aku dan 1st Anibesari~

[Patut entry ni kuar mlm smlm. Tp aku overdose ubat batuk mlm td. Tk smpai sejam sudah lalok. haha. Aku geram. Tekak da gatal2 dan merengsa. Aku telan la dua sudu besar penuh ubat batuk tu. Haha. Lps tu kan kul 12 my dear masuk bilik wish hepi befday. Aku mcm mamai2 jer. Haha. Bengong sungguh kan]

13hb adalah date rasmi anibesari kami. Maknanya date itu lah kami disatukan sbg suami isteri. Tp aku lebih suka guna date 14 Dis je. Sbb sng lah. Skali harung ngan birth date aku kan.

Takde apa yg spesel pun.

Cuma pada hari berkenaan aku bgn pepagi. Memasak nasik lemak berlauk. Takde la lauk bagai2. Ada smbl udang, tempe goreng, ikan bilis goreng, telur mata kobau dan juga timun. Itu sahaja.



Lepas itu kami ke sini.Jgn harap my dear nak menyumbangkan suaranya. Mmg jangan harapppp!. Aku la sengsorang. Pilih lagu dan melalak. Tobat takmo ajak dia dah. [Dee...after u da balik dr europe trip, kita pegi karoke yer. Ai rindu tul nak nyanyi lagu duet kita tu. Eh, cop! ttiba aku blank apa tajuk lagu tu. Dimana burung kenari ke..eh bukan yg pasti lagu hail amir n uji rashid tu which pompuan dlm video clip tu hana duk kata macam reen. Haha. Eh. Aku da ingat. Tajuk dia Jiwa Rasa Gelora. Awwwss]

Tkpe..aku lalak je. Lagi best. Lagu Faradhiya. Lagu Amelina pun nyanyi. Ko dengo je la yer incik suami. Dia dengo, pehtu order makan, dia makan, pehtu da terlentok nak tido. Haha.

Lepas tu balik umah. Tido.

Lepas tu malam pun spesel apa. Kami makan ini.


Haha. Maggi Curry. Aku kan masa tu nak amik gmbr masa maggi tu penuh lagi dlm bowl tu. Pehtu aku lupa. Aku makan trus. Pehtu da setgh baru ingat. Trus amik hp, snap gmbr. Eee..seb bek my dear tak napak, kut tak mao kena perli nyer tu.

Apa yg speselnya Maggi Curry nih. Sbb my dear yg masak. Ekekekek. Aku nak snap gmbr dia tp aku takut..kang dia marah. Woooowowowo..

Lepas mkn tu aku makan ubat batuk. Pehtu tu yg aku lalok tu.

Dah tu je citer aku di ari anibesari. Nati smbg ttg aku dan 30th birthday plak.

Pnstoberi : Rasa sekejap je masa berlalu.