Thursday, December 31, 2009

~Sambutan 2010 Pnstoberi~

Sana sini org ckp selamat tahun baru 2010.
Kat fesbuk pun suma org update status dgn perihal yg sama.
Aku pun nak sibuk la gak. Nak update citer sambutan tahun baru nih kan.

Thn ni rasa mcm nak tgk gak la bunga api.
Kat mana yer. Samada di Dataran or KLCC [eh. ada ke kat KLCC ah?]
Tp nak gi cenggana nyer. Saat ni jam 8.30pm aku masih mem blog ah. Ah. Lantok..bkn jauh pun. Naik tren sajork.. ada tren baru 4 gerabak katanya kan. Penuh gak ke? Kalo nak pi pun, dlm kul 10 kang kuar la.

Dulu aku penah celebrate, eh bkn la celebrate sgt pun cuma gi tgk bunga api je. Sekali kat KLCC, tp aku tk ingat masa tu new year ke merdeka ke tah. Dlm thn 2005 or 2006 camtu. Ngan Elly osmet aku tu. Seronok gak bunga api berdentum dentam atas kepala kan. Tp kan masa tu aku mmg feel lonely lah. Mandom sungguh rasanya. Masa tu nak bg wish hepi new year [ke merdeka ke tah] tp tatau kat sapa. Aku tau la leh je bagi sesapa, tp aku nak bg kat org istimewa. Tp masa tu aku takde sesapa yg istimewa. Masa tu baru clash ngan incik A tu. Ha..rasa mcm down giler. Tp Elly pun masa tu dia da ada bf tp masa tu bf dia tak join k'org. Yg pegi aku, dia n adik dia.
Tp yg paling lawak adalah balik kena jalan kaki. Huhu. Seb bek la buleh dikirakan dekat je KLCC tu ngan umah aku. Rasa ada aku tulis kat blog lama dulu. Tp ada rajin ke aku nak selak2 balik. Kuasaaa... Masa tu nak naik tren balik, tp tak buleh nak masuk tpt lrt tu. Ha..sudahnya jalan kaki. Jumpa bebudak lelaki [yg buleh dipercayai lah. Mcm bebudak form 2, form3 tu kan] tanya derang nak kemana then derang pun nak balik umah k'org follow la derang dari belakang. Siap panjat jematan kat jalan Tun Razak tu. Haishh..tu kalo napak kat org tv3 tu haros masuk 360 kami ni kata anak2 muda yg berkeliaran di malam tahun baru [or malam merdeka].

Gitu gak tahun 2007. Ha..ini aku ingat ni. Ini bukan New Year tp ari Merdeka. Tp takpe. Aku mao citer gak sbb kesnya adalah utk tgk bunga api. Ceee, pegi tu ok je la naik tren kan. Smooth je. Aku ngan Wani [juga osmet ketika itu] then jumpa Fida n akak dia kat stesen lrt. Dan umat memang meramai la kat Dataran tu. Dah la bunga api dlm kul 12 lebey baru dia nak meletupkan. Haiya..Pehtu kejadian yg sama gak berlaku iaitu tak buleh nak masuk stesen. Jadinya, kami berjalan kaki jugak. Haha. Ini lagi gigih la sbb lagi jauh dr KLCC nun. Balik tu leh lak singgah beli nasik goreng. Lapar. Makan dulu baru tido. Pehtu bangun pagi esuknya udah merangkak keluar bilik sbb rasa nak tercabut kepala lutut.

So..mau kemana tahun nih?? KLCC or Dataran?? Dan kalo nak pegi kena la bersedia mental dan fizikal utk balik jalan kaki. Tp kan aku tingin gak nak tgk view dari bukit Permai ke jalan yg nak pi ulu yam tu ke [tah, apa nama tpt tu tah]. Yg buleh napak KL tu kan. MEsti cantik... tp tu lah, mesti da penuh keta tepi2 lereng bukit tu.

Ramai yg kata duk umah sudah. Hehe. Ok gak tu. Bkn tak dgr pun dentum dentam bunga api tu kan. Tp tak napak pun bunga api sbb ada bangunan da halang dpn umah aku. Kalo takde bangunan AMBANK tu confirm clear dan takde kemana la aku.

Oh. Mlm [pagi] ni juga ada kejadian gerhana bulan separa dlm kul 2 pagi kan. Ada majlis solat sunat di Masjid Negara. Emm..seswai la tu kan. Kat Dataran riuh rendah konsert, pehtu buleh la pi trus Masjid Negara. Tp nati mesti ada la artikel2 yg membezakan keadaan2 nih. Huhu. Udah2 la tu. Sendiri Mau Ingat sudah.

Aku nak pegi ni pun sementara kami2 ni masih takde anak. Kalo da anak, harap2 takde la aku menggatal nak pegi gak. Rasa kalo kami pegi kali ni lebih selesa sbb kami dah kawen kan, tkde la mcm takut2 nak balik lambat, takut2 nak kesana sini. Kalo ada polis tahan sbb berdua2an ke kan, tempekkan je N-kad kami tu [itu my dear kata ha..slalu ckp mcm tu kalo napak polis kat taman ke kalo k'org duk berdua. Ceaaa..berlagak la kan sbb da ada N-Kad tu] Tu lah..terpulang pada memasing cemna nak sambut.

Oklah. Nak carik makanan lah. Kalo nak kuar pun makan sesiap. Kalo aku pi kang esuk update citer dan keadaan kat sana plak yer. Ok. Selamat Tahun Baru. Bye Bye 2009 [mebi entry terakhir thn ini..huhu]

6 comments:

Pepel BoNda AmaNi said...

kita xg mana2 pun dok umah jerk...kesihatan kurang mengizinkan...semalam kuar nak cari makan pun kereta pnya la banyak ...huhuhu langsung xjadi masuk kl...
anyway selamat tahun baru..semoga dengan kehadiran tahun baru nie akan lebih baik n sempurna dari tahun2 sebelumnya..

Unknown said...

Selamat Tahun Baru 2010!!!!!!! Moga dihormati dan diberkati.

puanstoberi said...

PUANPURPLE,
kita gi gak klcc smlm. Hiks..nati wat entry tu plak. Tp smlm lps kul 12 tu kurang da keta. Jln pun tk berapa jem lah
EN AiZWAN,
Selamat tahun baru jugak. Eh..ini kawan baru nih. Hoho

cikCha said...

aku plak...lg beberapa minit menuju je ambang 2010 aku tgh otw ke rembau...hohohoh...

puanstoberi said...

SHAH,
jd nyer menyambut di tgh jalan la yer.

cikCha said...

tak jugakkk...masa tu aku dah smpai, dgr kat TV org tgh countdown, aku plak tgh tekucil dlm toilet...heheheh...