Monday, December 7, 2009

~Selamat Pengantin Baru~

Utk my ex-osmet-Wani.

6 Dis- Aku n my dear ke Temerloh bagi memenuhi undangan bekas rakan serumah ku dulu. Yg sethn lalu dia juga berhempas pulas membantu di rumah ku. Tp aku nak mintak maaf lah sbb tiba turn dia aku hanya berhempas pulas dtg untuk mentekadarah makan sajork. Huhu.

Memula aku plan nak bermalam kat Temerloh. Tp bila pikir2 balik. Tk menjadi sbb takde apa yg menarik utk dipercutikan di Temerloh sanun [oih!! apa punya Tatabahasa nih]. Sudahnya pergi balik ari je. Tp nasib la ko. Mmg sesat ke barat lagik. Jematan Temerloh tu pun da pusing dkt 10x [aku geram nih..nati aku nak buat entry khas ttg jalanraya kat Mesia nih. Sakit je ati tau. Ikut signboard mmg la kompem akan sesat barat. Tah pehapa tah!!].

Kami bertolak pun da lewat. Dlm 10.30 camtu dari KL. Nak jalan jauh tp lambat. Itu kata mak aku la masa aku call gitau nak gi Temerloh. Ah! Aku da kejut rakan sekatil itu pukul 8 lagi tp dia ssh nak bangun. Maklum saja lah..ari minggu kan. Ding Dong Ding Dong sudah nya kul 10 baru nak gedek2 mandi dan sebagainya.

Plak tu tertinggal kad T n G plak. Boleh plak pusing balik kat HKL sanun amik balik T n G [my dear kata takut nati kat tol nak balik KL tu org ramai]

Ding Dong Ding Dong pukul 11 juga baru masuk hway Karak itu.

Oh! aku adalah amat jarang menggunakan hway belah2 sanun [apa tujuan pun kan?] Dan aku mmg tidak lah terer exit mana nak kuar kalo nak ke rumah kawan aku nih. My dear lak mcm kompiden jer. Aku akur sbb kg dia belah2 sana, so aku percayainya sahaja la kan.

Kami kompius mulanya nak kuar exit Temerloh or Chenor. Tp amik keputusan kuar di Temerloh shj sbb aku mcm ingat2 lupa lah jalan kat situ [aku penah gi cawangan Temerloh tu. Jd mcm leh cam sket la jalan situ] Mmg lalu pun dpn cawangan kami tu. Terus la mencarik Hosp Sultan Ahmad Shah [kalo tk silap aku] sbb dlm map ada landmark spital itu. Hah! kat sini la menyebabkan kami berpusing2 naik jematan Temerloh tu dkt nak 10kali. [nak2 plak my dear ni keberatan mulut sket nak tnya org..smpai aku kata "tkpe..biar sy je tanya". Aku nak dia yg tnya sbb dia yg drive. Kalo aku drive harus la aku tnya kan]. Lps tu baru la clear sket. Tnya kat org kat kedai makan.

Tp terkompius lagi. Tnya org lagik. Akhirnya smpai la jugak.

Aku geram nih. Dgn signboard jalanraya kat Malaysia ni. Nati la aku buat entry khas dia. Geram nih.

Walau pun geram ku tempek jugak la gmbr si Wani, pengantin baru pd hari tersebut.

Mengapa payung nya cuma satu dong?? Apa-apa'an sahaja..tp usah gusar, pengantin ttp berseri walau payungnya berada di tengah2

Saja nak amik gmbr udang panjat nenas [makanan wajib pengantin baru] ini bkn apa, ms ni aku tunggu pengantin yg tgh bersanding kat dlm umah tu. Aku snap je lah gmbr meja makan pengantin nih. Hoho [pengantin makan ayam goreng je..sadisss...]

Pnstoberi harus la ada. Dan pengantin Disember 2008 vs pengantin 2009.

Ini gmbr apa? tkde apa2. Saja. Tukang tgkp gmbr mcm jakun sbb jarang2 masuk hway ke belah2 timur ni.

Pnstoberi : Nak merasa ketam panjat nenas plak

No comments: