Tuesday, December 22, 2009

~Aku dan Kebab,Cendol,Rojak.

kredit to: http://havefoodwilltravel.files.wordpress.com/2009/10/foto-kebab.jpg

kredit to : http://chittyboy.files.wordpress.com/2008/05/nyonya-makko-cendol.jpg


kredit to : http://www.mortonfox.com/ljpics/20040131/pasembur.jpg

Haha.
Mcm mengidam kayaknya kan.
Sesuai la tu.
Udah la org speku aku peknen.
Pehtu craving memacam makanan.

Ini kejadian ari Senin.
Dah nak petang tu teringin plak kebab. Adess...
Mana nak carik kebab dol ari2 Senin yg pasar malam susah nak carik nih.
Lain lah kalo teringin kebab ari Sabtu. Sonang la. Larik je ke pasar malam jalan TAR tu kan.

Cemna lak aku leh tingin kebab.
Ha..sbb pagi tu aku ada intebiu utk penyewa2 kafe kat opis aku tu.
Aku urusetia kan. So, kena la masuk jugak.
Tetiba ada sorang tu citer dia meniaga kebab.
Udah..aku rs macam "sedapnya kebab...sedapnya kebab"
Ha..padahal aku bukan suka sgt pun kebab.

Gitau my dear nak kebab, trus dia kata "awak mengandung ke?"
Ekekekek. Tkde ngandung2 de..ini tingin nih.
Tp satu hal la nak carik kan. Seb bek la ada satu kedai burger masa nak balik ke umah aku tu ada jual kebab.
Kebab pita tulisnya.
Jadi, dpt la kebab walo dia hanya guna daging burger dan rasa pun lebey kuang burger je cuba dia masukkan dalam poket tu je. Hehe [eh.tp poket tu sedap. Rangup. Tk rasa tepung sgt].
Tp aku akan lebey puas jika dpt kebab mcm pasar malam jalan TAR tu. Yg daging dia hiris2 tu. Eisshh..dappp nyer.

Itu kisah kebab.

Skang masuk lak bab Cendol dan Rojak.
Cendol dan Rojak ni mmg sinonim bersama. Dimana ada cendol, adalah rojak. Vice Versa. Haha.

Ini bukan teringin.

Tp waktu lunch smlm adalah tidak terasa nak makan nasik.
Jd mengajak my dear lunch di luar. Memula nak ke McD drive thru shj. Tp tetiba teringat rojak titiwangsa, lalu terus la ke sana.
Tapau dan makan di taman.
Hajat hati mmg nak snap gmbr tp aku dah buat sesuatu yg clumsy.
Mmg la clumsy of me. Skang ni kan tghari pun cuaca mcm mendung2 gitu. Angin pun sepoi2 bhsa camtu. Pehtu elok la kami duk bawah pokok dah. Aku pun kata la "jgn ada bendasing jatuh dlm rojak ini sudahhh". Elok je tak lama, angin..tiup tudung yg aku selepang ke bahu, elok landing dlm kuah rojak...Eiiii..gerammmmm...seb bek la keta dkt..leh amik tisu n air masak dlm keta tu. Clumsy betul lah. Tkde dah la nak tgkp gmbr ke apa.

Rojak dia sedap la. Pekat. Pedas suma cukup. Tp idak la nak kata sedapppp sgt tu. Lagipun aku bukan penggemar rojak tegar. Tatau kesedapan rojak tu cemna.

Tapi...cendol dia mmg sedappppppp.. Eishh..air gula tu yg buat sedap. Dgn likat nyer. Eiii...rasa nak pi beli je lagi besok. Tk silap aku mamak ni ari minggu pun ada. Dia stail mamak yg bawak lori pick up tu. Kalo dari Istana Budaya, lorong 1st nak masuk jln sehala kat ttwangsa tu la. Dln sekolah apa tah. Nati lah. Nak beli cendol jagung. Slurrppp...nom nom nom nom..

Tp kan on d way nak pi ttwangsa tu aku ternampak kemalangan woh.


Aku rasa itu lori gas sudah tersasar dari haluan lalu menghentak divider lalu terbalik bedebum dan bersepah lah tong2 gas dlm lori tu. Dan dpn lori itu ada sebijik Waja yg dah pecah lampu belakang belah kirinya. Mungkin dilanggar oleh lori atau mungkin terhentak dgn tong gas. Oh! Ngeri jugak sbb bayangkan kalo tong2 gas itu melayang kena kereta atau ada tong gas yg ter pecah dan seterusnya boleh mengakibatkan letupan. Woh! aku sudah imagine bukan2.

Tp waktu balik itu aku napak JPA 3 da datang menyelamatkan keadaan. Seb bek terbalik kul 1 lebey, kalo kul 4 lebey..hadap la jem dia..dkt jalan tun Razak dkt ngan IJN tu. Haa..tpt paling jem tu kalo balik opis.

Huwaaa...kebab,rojak,cendol, kebab,rojak..eh..rojak takmo lah. Nak kebab ngan cendol je. Dap! Dap!

Pnstoberi : Dulu tk makan, skang udah makan.

5 comments:

Anonymous said...

aku kat sini dah tak larat tgk kebab..kiri kanan depan blakang kebab..kalo tak kebab, piza!
sini depa panggil kebab, CHAWARMA..
tapi kureng kick sb takde SOS CILI! org arab tak reti makan pedas...hoh! tensen aku~

p/s- terliur2 aku tgk gambo cendol tuu...adoilaa adoilaaa...!

cikCha said...

amboii amboii mkn sorg2 yerr...hohoho

puanstoberi said...

CHE SUE,

Sure best kebab sana kan sbb purely kebab. Kat sini derang da Malaysia kan. Ok la tu kebab tu, ko beli then tmbh sos cili. Pastu buh mayonis lebih. Perghhh..nikmatnya. Sekiranya aku mengandung harus ko kena pos yg frozen nyer ke sini. Ahaks!!

SHAH,

Tak..aku tk makan sorang. Aku makan dgn incik somi. Hoho.

Pepel BoNda AmaNi said...

ish scarynya xcident tue..huhuhu takut la.....

alamak asal ada gambar2 makanan time tengah lapar nie..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

puanstoberi said...

PUANPURPLE,

Sajer..nak kasik korang terliur. Tp nyer tak buleh lupa la cendol tu. Nati nak beli cendol jagung plak. Tsskkk...